Showing posts with label koleksi cinta. Show all posts
Showing posts with label koleksi cinta. Show all posts

Friday, December 21, 2012

10 Petanda dia Adalah jodoh Kita


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir.

Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Artikel Asal

Thursday, December 20, 2012

Taubat Cinta



Sedar atau tidak, Allah telah mengajar kita banyak perkara. Mungkin juga sebagai kifarah atas kekhilafan silam. Mungkin dahulu kita juga pernah menzalimi perasaan orang, mungkin orang yg mencintai kita, atau kedua ibu-bapa kita, atau sesiapa sekali pun, kini Allah datangkan kesakitan yang sama sebagai muhasabah dosa.

Makna cinta yang sebenar tidak mudah dikesan dimata , tidak menyakitkan , tidak hipokrit , bahkan aman dan bahagia dalam rahmat Allah sepanjang masa.

Hari ini mungkin kita disakiti kerana pernah menyakiti. Bagi yang menyakiti kita, serahkan sahaja kepada Allah. Dia lebih tahu bagaimana mengajar hambaNya. Yang pasti, orang yang menyakiti kita akan turut merasai kesakitan yang sama, bahkan mungkin lebih lagi. 

Apalah ertinya bahagia dalam kedukaan insan lain? Saya, anda dan mereka mungkin pernah merasai dan melalui- sebagai insan yang belajar tentang kehidupan.

Lupakah kita tentang sebuah hadith yang berbunyi  :

” Takutilah doa orang yang dizalimi , kerana tiada hijab antaranya dengan Allah ta’ala"

Fahamilah ia, sebagai pengajaran atas nama ‘ amaran cinta ‘....

Tuesday, December 18, 2012

Tips Cinta - Perkara yang tidak Harus ditanya



Apa yang awak tak suka tentang saya?
Dalam setiap perhubungan ada kebaikan dan kelemahan. Tidak ada manusia yang sempurna namun jangan terburu-buru bertanyakan soalan. Jika ada sesuatu yang lelaki tidak suka tentang anda, dia akan mencari masa yang sesuai dan cara diplomasi yang terbaik untuk memberitahu anda.

Adakah awak sayang ibu awak lebih daripada saya?
Lelaki tidak suka kasih sayangnya dibandingkan dengan ibunya. Wanita yang menyayangi dan menghormati ibu mertua macam ibunya sendiri adalah suri yang dicari oleh lelaki. Sedarlah bahawa ibunya adalah wanita pertama yang membelainya dengan kasih sayang sebelum anda muncul dalam hidupnya.

Adakah dia lebih baik daripada saya?
Hubungan si dia bersama bekas pasangannya sudah menjadi sejarah. Dalam hatinya sekarang adalah anda. Jadi usah bertanya mengenai bekas pasangannya jika tidak mahu si dia bertanya mengenai bekas pasangan anda pula.

Sejauh mana seriusnya awak tentang hubungan ini?
Jika perhubungan anda dengan si dia masih baru, jangan bertanya tentang kahwin. Desakan anda boleh merimaskan dirinya. Adalah lebih baik anda menggunakan peluang yang ada untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat. Kalau lelaki itu benar-benar cintakan anda, dia akan memperkenalkan anda kepada kedua ibu bapanya.

Adakah awak fikir wanita itu cantik?
Baik lelaki mahupun wanita, apabila melihat wanita cantik di hadapan mata, pasti tidak melepaskan peluang untuk memandangnya. Namun, jangan pula anda bertanyakan soalan remeh sedangkan anda sedia maklum wanita itu memang cantik. Bila si dia menjawab 'ya', anda pula berasa kurang selesa.

Berapa ramai anak yang awak inginkan?
Lelaki memang inginkan anak apabila berumahtangga. Namun begitu, elakkan penceritaan mengenai lampin pakai buang dan sebagainya apatah lagi jika umur perhubungan anda masih baru dan mentah

Cium Aku Sepenuh Hatimu



Di sebuah taman, sepasang suami isteri sedang berbisik-bisik :

Lelaki : "Sayang, apa yang paling kamu dambakan?"

Teman wanitanya dengan malu-malu kucing berkata : 

"Perkara yang paling ku dambakan ialah, kamu mencium diri ku di 3 tempat."

Lelaki : "Ah, itu mudah, cuba kamu katakan di tiga tempat yang mana?"

Wanita: "Paris, London dan New York."

p/s : ahahaha..boleh ke?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More