Showing posts with label klasik. Show all posts
Showing posts with label klasik. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Cool: Label Bungukusan Mercun Klasik Daripada China (14 Gambar)

Cool.

China memang terkenal dengan industri pembuatan mercun. Di bawah ini merupakan beberapa label bungkusan mercun yang klasik daripada China. Ia adalah sebahagian daripada koleksi label bungkusan mercun yang dimiliki oleh Mr. Brick Label. Dia mempunyai lebih daripada 300 koleksi label mercun dan boleh melihat koleksi selebihnya melalui laman flckr Mr Brick Label. Layan.

Inb4, tahun lalu mercun made in China dengan logo patiotik 1Malaysia sangat laris dijual melalui black market. Adakah logo mercun made in China tahun ini pula adalah 'janji ditepati' sempena raya-merdeka? LULZ.















Tibe2Jam6Petang

Klasik: Gambar Pembinaan Menara Eiffel Di Paris Pada Tahun 1889 (9 Gambar)

Lagi info.

Mari lihat gambar-gambar pembinaan salah satu struktur paling terkenal di dunia yang merupakan mercu tanda negara Perancis. Menara Eiffel juga dikenali sebagai La dame de fer (The iron lady) terletak di tepi Sungai Seine dan berdekatan dengan Champ de Mars di Paris.

Menara ini setinggi 325 meter (setinggi bangunan 81 tingkat) dinamakan sempena jututera yang membinanya, Gustave Eiffel pada tahun 1989 dan sempat memegang rekod sebagai struktur buatan manusia tertinggi di dunia selama 41 tahun sebelum Bangunan Chrysler di New York City siap dibina pada tahun 1930.

Namun disebabkan penambahan antena di puncak menara ini pada tahun 1957, ianya kembali mengatasi ketinggian bangunan Bangunan Chrysler. Menara Eiffel juga merupakan struktur kedua tertinggi di Perancis selepas jambatan Millau Viaduct.










Tuesday, July 17, 2012

Lakaran Terawal Mickey Mouse Pada Tahun 1928 (1 Gambar)

Klasik.

Sebenarnya watak Mickey Mouse dicipta sendiri oleh Walt Disney bersama Ub Iwerks pada tahun 1928. Gambar di bawah merupakan lakaran terawal watak Mickey Mouse oleh Ub Iwerks yang dihasilkan pada tahun tersebut. Nasib baiklah hasil akhir untuk watak Mickey Mouse ini lebih comel. haha


Tibe2Jam6Petang

Wednesday, July 11, 2012

Poster-Poster Klasik Program Angkasa Soviet Union (14gambar)

Cool dan klasik!

Poster-poster yang dibuat oleh negara-negara seperti Soviet Union dan China pada era klasik memang sangat cool. Poster-poster ini digunakan untuk menyebarkan propaganda pihak berkuasa.

Aku juga pernah melihat banyak poster-poster klasik ini yang beredar di internet, tetapi aku tidak paparkan dalam blog ini kerana takut di salah anggap atas cubaan menyebarkan idealogi dan pengaruh haluan kiri di sini haha.

Apapun, mari lihat beberapa poster yang dibuat sekitar tahun 1958-1963 untuk program angkasa Soviet Union. Walaupun ini adalah poster untuk program angkasa, namun ianya masih menerapkan beberapa propaganda dan ideologi pihak yang memerintah Soviet Union ketika itu.
In the name of peace

Socialism is our launching platform

Reporting – the mission is fulfilled

We are born to make a dream come true!

Glory to the conquerers of the Universe!

I am happy: my labor becomes a part of the republic labor.

Glory to the Soviet people, pioneers in space!

To the sun! To the stars!

Let’s conquer space!

Navigation in space is open!

In the XXth century rockets are flying to stars and trains are going to the place of feats.

Soviet means perfect!

Through the worlds and centuries!

 Be proud, a Soviet man, you have opened a way to stars from 


Cycle-Skating: Alat Beroda Yang Unik (3gambar)

Klasik!

Alat yang dimainkan dalam gambar dan video di bawah ialah 'cycle-skating' iaitu sejenis alat beroda yang mula diperkenalkan pada tahun 1920-an. Ianya merupakan sejenis alat dan juga sukan baru pada waktu itu. Pada hari ini, cycle-skating sudah diberi nafas baru dan ianya dinamakan chariot skates.

Selain long board, skate board dan roller skates, sekarang baru aku tahu kewujudan satu lagi alat beroda dan alat ini menjadikan manusia seperti basikal!




Tibe2Jam6Petang

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More