Showing posts with label K-Pop. Show all posts
Showing posts with label K-Pop. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

Kim Hyun Joong: Artis Kacak Dari Korea

Kenali Kim Hyun Joong dengan lebih dekat...




PROFILE

Nama: Kim Hyun Joong

Kerjaya: Penyanyi, Pelakon

Tarikh & Tempat Lahir: 6 Jun 1986 (Seoul, Korea Selatan)

Tinggi / Berat: 180cm / 68kg


Kim Hyun Joong merupakan ketua kumpulan SS501. Namanya mula menjadi sebutan peminat apabila beliau membawa watak sebagai Yoon Ji Hoo dalam drama popular, Boys Over Flowers. Melalui lakonannya dalam drama tersebut, beliau memenangi Anugerah Pelakon Terbaik di Seoul International Drama Awards 2009. Kim turut membintangi beberapa lagi drama lain seperti Playful Kiss dan Dream High.



Sunday, August 26, 2012

Won Bin: Artis Kacak Dari Korea

Kenali Won Bin dengan lebih dekat...

PROFILE

Nama: Kim Do Jin

Kerjaya: Pelakon, Model

Tarikh & Tempat Lahir: 10 November 1977 (Jeong-seon, Kangwon-do, Korea Selatan)

Tinggi / Berat: 178cm / 62kg


Karier lakonan Won Bin mula mendapat perhatian setelah kemunculannya dalam drama bersiri Propose. Nama beliau semakin dikenali dengan penampilan beliau dalam beberapa lagi drama iaitu Ready, Go!, Kwangki dan Tough Guy's Love. Won Bin mengecapi populariti luar biasa melalui wataknya sebagai Tae-seok dalam drama terkenal, Autumn in my Heart.

Dalam bidang perfileman pula, beliau mula membintangi filem pertama beliau, Guns and Talks pada tahun 2001. Tiga tahun kemudian, Won Bin muncul sebagai watak utama dalam filem perang, Taegukgi yang mencatat kutipan tertinggi di Korea Selatan. Beliau bukan sahaja berbakat dalam lakonan, malah turut mempunyai kemahiran dalam taekwondo dan luncur salji.




Sunday, March 18, 2012

Betul Betul Kreatif - Video Cover Lagu Blue (Big Bang) Versi Animasi

Fantastic baby!

Ada tak fan Big Bang kat sini? Hehe. Big Bang adalah group K-Pop yang paling penulis suka sebab banyak lagu² dia yang best. Penulis start layan K-Pop pun lepas dengar lagu diorang; Lies & Haru Haru.


Jadi masa penulis bersiar-siar baca blog tadi terjumpa la satu video yang super cute kat blog Meripipi. Dia ada share satu video cover lagu Big Bang - Blue yang guna karakter chibi sebagai Top, G-Dragon, Taeyang, Daesung and Seungri. Jom saksikan...


Video ni dihasilkan oleh MightyNoona sempena 2012 Global Event Big Bang Cover Contest yang mana pemenangnya akan dijemput ke Korea! Jadi kalau korang suka video ni, korang boleh la ramai-ramai undi diorang kat SINI. Pilih kategori "BLUE", "ETC", "Most Popular" dan tekan "LIKE". Masa penulis check tadi, dah ada 1,499 orang yang like, tapi masih ditempat kedua.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More