Showing posts with label rusuhan. Show all posts
Showing posts with label rusuhan. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Polis nafi kematian tiga lelaki terbabit rusuhan di Kedah



KUALA LUMPUR - Polis menafikan khabar angin mengenai kematian tiga lelaki kononnya terlibat dalam rusuhan di daerah Kuala Muda, Kedah dua hari lepas.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam satu kenyataan berkata penyebaran kematian itu dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melalui media sosial.

"Keadaan semasa di Sungai Petani, Kedah masih tenang dan terkawal, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin dan terlebih dahulu mendapatkan kesahihan sesuatu kejadian," katanya.

Beliau berkata penyebaran maklumat dan berita palsu di media sosial yang tidak merujuk kepada kesahihan sesuatu kejadian bukan sahaja perbuatan yang tidak bertanggungjawab malah ia juga adalah satu perlakuan jenayah yang boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada.

Ramli berkata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa, dan maklumat terkini juga boleh diperolehi daripada Facebook dan Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).- Bernama

Monday, October 8, 2012

DAHSYAT! - Hanya kerana PULAU rakyat China Menghancurkan barangan Jepun (20 GAMBAR)

Serangan ke atas beberapa kereta buatan Jepun dan kedai serta restoran yang berkaitan dengan Jepun habis di rosakkan dan di hancurkan ini semua di sebabkan oleh ketidakpuasan hati penduduk berhubungan pembelian tiga kepulauan kecil oleh kerajaan Jepun.Gugusan pulau berkenaan dikenali sebagai Diaoyu di China dan Senkaku di Jepun.


Tunjuk perasaan yang berlaku di berpuluh-puluh buah bandar di negara berkenaan merosakkan kereta buatan Jepun dan kedai.

Saksikan lagi gambar-gambar keganasan china terhadap barangan buatan jepun

Disebabkan sebuah pulau yg dinamakan pulau diaoyu..

Sumber : TaoTauAjer

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More