Showing posts with label Info Seram. Show all posts
Showing posts with label Info Seram. Show all posts

Thursday, April 11, 2013

[5 Foto] Gadis Hampir Terbunuh Selepas Kerusi Buatan China Patah

Gadis Hampir Terbunuh Selepas Kerusi Buatan China yang dikatakan sangat murah ini patah.
Kerusi tersebut hancur dan serpihan tersebut tercucuk pada badan gadis tersebut. Memang kualiti kurang bagus sehingga gadis yang tidak begitu berat pun boleh rosakkan kerusi.











Sumber

Wednesday, April 10, 2013

(12 Gambar) Pelik : Patung Mainan Yang Pelik Dan Mengganggu Mental

Alat permainan bagus untuk kanak-kanak dalam proses untuk membesar kerana ianya dapat mengembangkan minda kanak-kanak untuk berfikir. Tetapi ade juga mainan yang boleh menggangu pemikiran kanak-kanak seperti yang di bawah ini.

#Mother of toys!













Sumber

[6 Gambar] Sadis : Meninggal Dunia Di Bangku Stesen Kereta Api Untuk Beberapa Hari

Seorang lelaki tua ditemui mati duduk di atas satu bangku stesen kereta api Shanxi Taiyuan. Selepas bedah siasat, orang tua tersebut didapati mati untuk beberapa hari tanpa disedari oleh orang sekeliling. Pada 25 November, seorang pelancong yang ingat orang tua tersebut tertidur cuba gerakkan dia agar tidak terlepas kereta api terkejut kerana seluruh badannya begitu sejuk. Dia kemudian dilaporkan mati oleh pihak medik di sana.

#This is CHINA!!








Sumber

Gambar Adegan Hukuman Gantung Ini Sungguh Mengerikan

Ini adalah gambar-Gambar adegan hukum gantung pelaku pembunuhan Presiden AS, Abraham Lincoln. Mereka dihukum gantung pada 7 Julai 1865. Mereka adalah Lewis Powell, David Herold, George Atzerodt, dan Mary Surratt. Mereka dihukum gantung di Fort McNair, Washington DC.







George Atzerodt



Mary Surratt



Lewis Powell



David Herold



peti mayat yang sudah disiapkan

8 Gambar Mayat Terbiar di Gunung Everest (Seram!)

Umum mengetahui yang Gunung Everest merupakangunung yang paling tinggi di dunia. Disebabkan ketinggiannya itu dan kecantikan pemandangan di situ (Pelangi Indah di Gunung Everest (LINK)), ramai pendaki di seluruh dunia cuba untuk menawan puncaknya. Dalam aktiviti penawanan puncak Gunung Everest ini lah, ramai pendaki yang kecundang dan mayat mereka dibiarkan sahaja di sana kerana kesukaran untuk membawa mayat-mayat itu turun. Jom kita lihat gambar mayat-mayat yang terbiar tidak dituntut di Gunung Everest. Menyeramkan!









Sumber

Tuesday, April 9, 2013

KEJAM!!!Bunuh 100 Bayi Dengan Gunting!(4 gambar)


KEJAM!!!Bunuh 100 Bayi Dengan Gunting!(3 gambar) | Philadelphia – Seorang graduan sekolah perubatan mendedahkan bagaimana dia melihat bayi dilahir dan dibunuh dengan gunting secara rutin di Philadelphia.

Stephen Massof, 50, dari Pittsburgh, menceritakan kekejaman itu dalam perbicaraan terhadap bekas ketuanya Kermit Gosnell, Khamis lalu.

Gosnell, 72, dituduh membunuh tujuh bayi yang masih hidup di klinik Perubatan Wanita Philadelphia.

Dia berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Massof yang menantikan hukuman selepas mengaku bersalah membunuh dua bayi baru lahir di klinik itu mendedahkan bahawa dia menyaksikan pengguguran bayi pada usia 26 minggu – dua minggu melepasi had 24 minggu yang dibenarkan.

Dia juga mendakwa melihat 100 bayi yang baru dilahirkan digunting di belakang leher bagi memastikan mereka mati.



Massof turut menceritakan mengenai adegan mengerikan di klinik itu yang begitu kotor dan peralatan pembedahan yang berkarat.

“Ia penuh dengan janin. Janin dan darah ada di merata tempat. Ada yang kepalanya sudah tanggal dengan otak dari tubuh,” katanya kepada NBC.




Dia juga mendakwa mesin ultra bunyi di klinik itu dimanipulasi bagi membolehkan janin kelihatan kecil dan lebih muda.

Graduan perubatan itu juga menjelaskan dia memperoleh ijazah perubatan dari Grenada di Hindia Barat dan tidak menamatkan latihan doktor pelatih ketika bekerja dengan Gosnell pada 2003.

Tetapi Massof berkata, dia yakin niat ketuanya jujur dan doktor itu percaya dia membantu wanita miskin yang selalu datang ke kliniknya.

“Saya percaya Gosnell jujur mahu membantu wanita dan melindungi mereka daripada didera dan diabaikan,” katanya.

Perbicaraan itu kini masuk minggu ketiga dan dijangka selesai akhir bulan ini.

Lapan pekerja klinik sudah mengaku bersalah atas pelbagai tuduhan, manakala pekerja kesembilan masih dibicarakan dengan Gosnell.

Massof bekerja lima tahun di klinik itu sebelum meninggalkan tempat itu pada 2008 kerana bertelingkah dengan pekerja lain.

“Saya rasa macam anggota bomba di neraka. Saya tidak dapat memadamkan kebakaran,” katanya.



Dia menghadapi tuduhan membunuh tiga tahun kemudian selepas siasatan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) terhadap pemberian ubat tahan sakit Gosnell mendorong kepada serbuan di klinik itu dan kes pengguguran lebih serius.

Pendakwa raya menuduh Gosnell mengaut keuntungan lebih AS$1 juta (RM3.1 juta) setahun di klinik itu. Dia mengenakan bayaran sebanyak AS$3,000 (RM 9,168) untuk setiap pengguguran.-Daily Mail

sumber

Wednesday, January 30, 2013

Seram : Asal usul, cara bermain, risiko spirit of the coin

hai..sebenarnye dah lama nak naik entri pasal spirit of the coin ni. tapi biasa lah, dok bertangguh tak tentu hala kan. sape pernah main permainan ni? aku bet mesti most of korang pernah main kan? acually, aku pun pernah main benda ni, tapi time bodo-bodo dulu lah kan dan tak tau benda ni syirik laknatullah. hehe.

aku main dulu siang hari je, kat sekolah agama lak tu kan. mana laa spirit nak muncul. hantu kak limah pun taknak kan. time tu budak-budak lain pergi solat asar kat masjid sebelah sekolah tu, kebetulan aku dengan ade 3-4 orang tak pergi sebab tolong cikgu ape ntah aku lupa. lepas tu datang lah idea bodoh nak main benda tu. aku main je lah. tapi aku rasa bukan spirit tu yang gerakkan syiling tu. ade sorang kawan aku ape ntah aku lupa nama dia. dia yang gerakkan. sebab time tu kawan aku tanya sape pakwe dia sekarang (gatal, time sekolah rendah pun dah ada pakwe). sekali syiling tu gerak kat huruf entah apa-apa. kawan aku cakap lah 'eh, salah lah. nama pakwe aku din' lepas tu dan dan je syiling tu bergerak eja nama din. haha. cam bodo je kan.

sebenarnya spirit of the coin (atau dipanggil ouija oleh orang US) ni bukan laa satu permainan tapi ia adalah satu pemujaan untuk memanggil roh dari dimensi lain untuk berkomunikasi. kaedah spirit of the coin digunakan dalam bebera ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan berbual dengan roh orang mati (syaitan)
ni adalah contoh spirit of the coin board. lepas menyeru roh, pemain akan bertanya beberapa soalan dan spirit akan jawab dengan cara menggerakkan coin tu ke arah huruf-huruf membentuk satu ejaan bagi menjawab soalan pemain.

biasanya, pemujaan ini digunakan untuk tanya khabar orang yang dah mati, berkomunikasi dengan roh, mintak bantuan secara ghaib, cari barang yang hilang, tanya masa depan, nama bakal suami/isteri dan macam-macam lagi lah.

korang pun mesti nak tau kan apa yang terjadi masa ritual SOTC ni kan? okay, setelah lengkap papan yang dilengkapi abjad A-Z dan nombor 0-9 serta "yes" , "no", "home", dan "goodbye". tak pun korang tengok contoh gambar kat atas tuh, kita boleh menjemput sesebuah roh secara rambang dan berkomunikasi dengan dorang. kita perlu tanya beberapa soalan tu untuk memastikan yang hadir itu adalah roh yang kita inginkan. mentera untuk memanggil roh itu adalah :
*spirit,spirit of the coin.spirit,spirit of the coin.spirit,spirit of the coin.please come out and play with us*
baca terus mentera tersebut sampai syiling itu bergerak perlahan. tapi harus diingatkan masa korang baca mentera tu, sema pemain dan penonton haruslah senyap jangan bersuara. bila korang dapat rasa roh tu dah datang, korang main dan tanya lah puas-puas apa yang korang nak tanya. lepas tu korang kena hantar roh tu balik. kalau dia tak nak balik, korang kena la main dengan dia sampai dia puas. sampai dia bersetuju untuk ke petak home/ goodbye tuh.

risiko main benda nih, orang cakap laa kan, kalau tengah main tu kita angkat jari kita dari duit syiling, roh tu akan ikut kita balik dan ganggu kita sebab tak hantar dia balik. tapi risiko sebenar-benarnya adalah akidah kita. boleh rosak akidah jika mempercayai pemujaan ini dan jika pemain itu orang islam, wajib bagi dia untuk bertaubat sebab pemujaan ini adalah syirik di sisi islam.

aku rasa sekian aje lah entri kali ni tentang spirit of the coin nih. sebab tulis entri pasal ni pagi-pagi buta pukul 3 ni bulu tengkuk aku meremang semacam je. kata-kata terakhir aku, kepada yang islam, jangan lah sesekali bermain permainan/pemujaan ini..syirik tau tak..

Tuesday, January 29, 2013

Misteri Kawasan Perumahan Di Kuala Lumpur


Terdapat suatu kisah di mana ada seorang lelaki dari Singapura menyewa sebuah rumah di kawasan perumahan Kuala Lumpur. Namun semenjak ia menyewa di sana, sering berlaku kejadian pelik di kawasan perumahan tersebut. Ikuti kisahlelaki ini di bawah.
Sekadar gambar hiasan
Tentunya saya ada kisah yang menyeramkan, yang ingin saya kongsi bersama para pendengar, terutama sekali rakan-rakan saya yang kini berada di tanahair Singapura. Ketika saya melakarkan emel ini, saya sedang berada di pejabat saya di Cheras, Kuala Lumpur. Kini jam menunjukkan 12.41 tengah malam.
Saya seorang warga Singapura, yang telah bermastautin di Kuala Lumpur. Saya ditawarkan bekerja dengan sebuah syarikat rakaman di KL. Walaupun saya jauh dari tanah air, tidak pernah saya lepas dari rancangan KC yang sering saya dengar melalui internet di pejabat saya. Pekerjaan saya amat memenatkan. Mengarang lagu dan lirik sehingga lewat pagi. Jadi beginilah kisahnya.
Pada 12 Jun 2012, ketika itu, saya sedang memandu dalam perjalanan ke rumah, dari pejabat di Cheras, ke kawasan perumahan Mont Kiara. Memang itu kawasan elit, dan terdapat ramai orang kaya menetap di situ, tetapi tidak termasuk saya, kerana rumah itu hanyalah rumah yang disediakan oleh syarikat. Sedangkan Yusry KRU tinggal di situ, tapi tak tahu mana satu rumahnya. Kereta yang saya gunakan pun kepunyaan syarikat.
Memang rumah itu besar dan mewah. Rumah itu mempunyai enam bilik. Malangya yang tinggal di situ hanya saya seorang. Pada hari pertama apabila saya mendapat kunci pada rumah tersebut, saya amat bangga dan gembira, kerana waktu di Singapura, saya tidak dapat jejakkan langkah ke rumah seperti itu.
Pada malam pertama, saya pulang rumah lewat. Sekitar jam 3 pagi barulah saya keluar dari pejabat. Banyak sangat mesyuarat dan tugasan yang harus saya selesaikan di pejabat. Saya tiba di Mont Kiara kira-kira jam 3.30 pagi. Oleh kerana rumah saya yang paling hujung, saya terpaksa lalu beberapa rumah. Tiba di jalan yang kecil itu, saya memang gemar memandu dengan perlahan, kerana ingin lihat kereta mewah, yang kebanyakkannya meletakkan kenderaan mereka di luar rumah. Perlahan-lahan memandu, saya menikmati pengalaman melihat kereta Lamborghini, Ferrarri, BMW, Mercedes dan lain-lain. Memanglah sunyi dan sepi.
Sedang saya menikmati melihat kereta-kereta mewah tersebut, tiba-tiba saya terdengar ketukan kuat di bahagian belakang kereta saya. Dengan pantas, saya ”jam brake”, keluar dari kereta dan cari apa yang telah saya langgar. Tetapi satu benda pun tidak kelihatan. Oleh kerana saya berada di depan kediaman orang, saya bergegas masuk ke dalam kereta dan sambungkan perjalanan, takut-takut mengganggu orang lain yang sedang nyenyak beristirehat. Di lorong kecil itu, saya tidak boleh memandu lebih dari 20 KM/J. Ikutkan hati memang saya nak pecut, tetapi takutkan pula ada rodaan polis. Maklumlah, merantau di negeri orang. Tingkah laku harus dijaga.
Sedang saya memandu, saya terbau bangkai. Amat busuk sekali. Kata saya dalam hati, ”Alamak, terpijak bangkai pula…” Saya memang sudah tahu, yang bangkai itu bukan punca dari saya, kerana baunya datang dari belakang. Saya tak nak takutkan diri saya. Saya pun pecut, dengan kelajuan 50KM/J, tak kira lah ada rodaan polis ataupun tidak.
Akhirnya, saya tiba di luar rumah saya. Pagar rumah pun buka secara otomatik. Sesudah meletakkan kereta, saya pun keluar, dan dengan segera buka kasut, untuk mencari punca pada bau bangkai. Memang tepat andaian saya. Memang bangkai itu bukan datang dari kasut saya. Bukan kerana saya terpijak bangkai, atau apa pun. Saya kembali ke kereta saya, dan dapati bau itu sudah hilang. Saya pelik. Oleh kerana saya sudah penat, saya pun masuk tidur.
Keesokan hari, saya bangun tidur dan dapati saya berada di bilik bawah, iaitu bilik yang digunakan untuk pembantu rumah. Saya bangun dalam keadaan gelabah dan terkejut. Setahu saya, saya tidur di bilik saya, iaitu di tingkat atas. Macam mana saya boleh berada di bawah??? Memanglah menyeramkan. Saya duduk di atas katil, termenung dan terfikir-fikir. Saya bergegas ke pejabat seperti biasa. Saya tidak mahu memikirkannya. Saya pun menceritakan kisah saya dengan rakan kerja saya.
Saya: “Izad (Bukan nama sebenar), semalam, aku tidur di bilik aku. Pagi tadi aku bangun kat bilik dapur. Malam ni kau tidur rumah aku boleh? Temankan aku lahh’…’
Izad : “Kau gilakah? Entah-entah semalam kau pergi minum arak, dah mabuk. Lepas tu dah tak ingat yang kau tidur bilik mana. Dah tu kau bagi tahu aku yang kau kena kacau?”
Saya pun menekankan, yang saya tidak minum atau mabuk pada malam sebelumnya.
Saya : ”Semalam, kau telefon aku di pejabat jam 1.30 pagi, dan aku yang jawab. Agak-agak kau aku mabuk ke malam semalam?”
Beliau terdiam seketika.
Izad: “Kau biar betul?”
Saya: ”Kalau aku tipu kau, aku boleh dapat juta-juta ringgit ke?”
Izad pun setuju untuk menemani saya untuk malam itu.
Hari itu, saya pulang awal. Saya keluar dari pejabat pada jam 5 petang. Izad telah berjanji untuk datang ke rumah saya pada jam 9 malam. Izad memang suka mengkaji tentang kegiatan paranormal. Memang tidak silaplah saya memanggil dia datang ke rumah.
Tepat pada jam 9, beliau pun bunyikan ”horn” di depan pagar rumah saya. Walaupun setelah saya buka pagar rumah saya, beliau tidak masuk. Beliau tawaf kenderaan beliau seakan mencari sesuatu. Saya pun keluar.
Saya: “Jat, apa yang kau cari?”
Izad: “Tadi aku rasa aku terlanggar benda lah. Tak tahu apa. Tapi ada bunyi kuat kat sebelah belakang. Aku tak berhenti. Aku terus ke sini…”
Saya pun teringat kejadian yang sama, yang terjadi pada saya hari sebelumnya.
Izad: “Tadi aku bau bangkai. Ni dah hilang. Kelakar seram lah…”
Saya hanya berdiam diri. Saya menjemput dia masuk ke dalam rumah. Beliau duduk di sofa saya, sambil menghidupkan puntung rokok. Lantas, saya pun menceritakan kisah yang sama yang terjadi.
Saya: “Semalam, aku balik dalam pukul 3 lebih pagi gitu. Aku pun terdengar bunyi yang sama yang kau alami. Tapi aku berhenti, keluar dan cari apa yang aku dah langgar. Bila aku dapati yang aku tak langgar apa-apa, aku pun sambung perjalanan lah. Dalam kereta, aku bau busuk. Bau bangkai. Datangnya dari belakang. Aku tak tengok cermin. Aku segan nak tengok wajah dia…”
Izad: “Aku rasa, kau terlanggar makhluk atau jin kot?”
Sedang kami berbual, kedengaran pinggan jatuh berkecai di dapur. Kami berdua bergegas ke dapur, tetapi tidak kelihatan apa-apa. Walaupun kedengaran pinggan pecah, kami tidak nampak sebarang serpihan kaca. Kami berdiri tegak, dan kedengaran pula hempasan pintu di tingkat atas. Kami berdua pun lari ke tingkat atas, dan memang semua pintu bilik terbuka. Izad dan saya menyemak semua bilik, satu per satu. Semua lampu dihidupkan. Bila kami tidak jumpa apa-apa, kami pun turun ke ruang tamu.
Kami berdua berdiam diri, sambil tersandar di sofa sambil merokok. Tiba-tiba, Izad bangkit dan bergegas ke bilik kecil di dalam dapur. Saya pun mengekorinya. Saya cuba mengisyaratkan sesuatu padanya tetapi beliau menyuruh saya diam. Kami pun berdiri di depan bilik kecil itu. Pintu bilik itu memang tertutup. Beliau memberi isyarat dan menyuruh saya buka. Bila saya buka, kelihatan seorang wanita sedang duduk di atas katil.
Saya lari keluar dari rumah, tanpa pedulikan Izad. Dari luar kedengaran suara memanggil, “Azlan… Azlan…” Suaranya amat menyeramkan. Bila di luar, baru saya sedar yang Izad masih di dalam. Lampu di dalam rumah semuanya terpadam, dan Izad tidak keluar lagi. Saya dah tak tahu apa nak buat. Saya pun menjerit meminta pertolongan. Datang seorang pakcik, bersama isterinya. Saya menceritakan pada pakcik tersebut, dan pakcik tersebut langkah masuk ke dalam. Entah bagaimana, pintu rumah saya terkunci dari dalam, Pakcik itu terpaksa pecahkan pintu itu. Anjing di sekeliling kawasan perumahan itu mula menyalak tanpa henti. Sepuluh minit kemudian pakcik itu pun keluar, sambil mengheret Izad, yang dalam keadaan seperti disampuk. Saya dan pakcik itu memegangnya dengan kuat, tetapi beliau amat kuat. Dengan bacaan mentera, yang bukan datangnya dari Al-Quran, Izad meraung di lantai. Matanya merah dan wajahnya pucat.
Waktu pakcik itu sedang membaca mentera, angin yang kuat menyapa tubuh. Akhirnya, Izad memberi jeritan yang amat kuat, tetapi suaranya seperti suara campuran lelaki dan perempuan. Saya tak tahu macam mana nak terangkan. Kemudian, beliau pengsan. Semuanya berakhir. Lampu di dalam rumah pun menyala dengan tiba-tiba. Saya dan pakcik mengangkat Izad ke dalam rumah saya. Isterinya pun turut mengikut masuk.
Izad terlantar di atas sofa. Pakcik yang berasal dari Perlis itu pun bertanya dalam loghat orang Perlis. Saya cuba untuk memahaminya, dan menjelaskan padanya apa yang berlaku hari sebelumnya. Rupa-rupanya, kata beliau, sesiapa yang tinggal di kawasan rumah saya, yang harus menempuhi jalan yang sama, iaitu jalan yang saya diganggu itu, harus pulang ke rumah sebelum Maghrib. Kalau harus pulang lewat, jangan hiraukan apa-apa bunyi yang ketika dalam perjalanan. Di salah satu tiang lampu, ada tanda menyatakan ”Jalan ini ‘kotor’. Berhati-hati”. Tetapi ia ditulis dalam bahasa Cina.  Sesiapa yang keluar dari kenderaan, makhluk itu akan ikut pulang ke rumah.
Apa sebab kehadiran makhluk itu tidak diketahui. Pakcik itu beredar dari rumah bersama isterinya, meninggalkan saya dan Izad. Oleh kerana badi yang masih ada di dalam diri, saya pun memaksa diri untuk tidur.
Keesokkannya, saya menceritakan apa yang terjadi pada Izad. Kata beliau, beliau nampak wanita yang cantik sedang duduk di atas katil. Wanita itu pun datang kepadanya. Beliau ingin lari, tetapi beliau dipukau. Seterusnya, beliau tidak ingat apa yang terjadi.
Sehingga sekarang, saya masih menetap di rumah yang sama. Jikalau saya harus pulang lewat, saya akan tidur di pejabat.
Ingin saya ucapkan pada Terima Kasih pada Datuk Amri, pakcik yang telah menolong saya pada malam itu. Kini, beliau sudah berpindah, dan pertolongon beliau masih ada di ingatan.

MISTERI - Cerita Di Sebalik Gambar Pasangan Berkepit Di Tanah Suci

Pernah tengokgambar berkepit di tanah suci seperti di bawah ni tak?

Kali pertama tengok, timbul juga rasa pelik. Nak jatuhkan hukum pun aku tak tahu sangat sebab aku tengok gambar ni pada mulanya di facebook. Hanya gambar dan beberapa ayat negatif pasal gambar ni.

Selepas tengok gambar kedua, baru aku mula perhatikan bahagian yang dianak-panahkan tu. Sebelum ni memang tak perasan langsung pasal tu. Perasan tak?
Aku tak faham pun bahasa Arab di sebelah kanan tu. Tapi kalau mengikut kandungan email yang aku dapat, saudara tu dipapah oleh isterinya sebab kurang upaya. Tak tahulah mereka ni betul-betul suami isteri ke tak. Bagi aku, takkan pasangan bercinta nak bercanda di tanah suci kot. Mesti orang yang ingin berada di tempat macam ni dapat bezakan halal dan haram.

Kalau kandungan email ni betul, harapnya pasangan ni mendapat rahmatNya. Walaupun berkeadaan macam tu masih nampak usahanya untuk beramal. Sebagaimana yang selalu digunakan, don’t judge a book by its cover!

Sunday, January 27, 2013

Wajah Jenazah Berubah Menjadi Hitam Kerana Semasa Hidup Selalu Maki Hamun Ibu Kandung


Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.

Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. “Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More