Showing posts with label potret. Show all posts
Showing posts with label potret. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Unik: Potret Pemandangan Menggunakan Pistol Paku (4gambar)

Cool!

Pemandangan indah di bawah bukan dilukis menggunakan berus dan dakwat, tapi dihasilkan menggunakan paku. Chen Chun-Hao merupakan orang di sebalik karya ini.

Beliau menggunakan pistol paku untuk mencipta permandangan klasik yang diinspirasikan daripada lukisan tradisional landskap China oleh Fan Kuan dan Guo Xi. Ia mengingatkan aku kepada pemandangan laut daripada ribuan mata kail. Karya yang sangat unik dan mengkagumkan.

Monday, August 6, 2012

Mozek Pokok Sakura Diperbuat Daripada 10 Ribu Cupcakes (6gambar)

Nampak sedap haha.

Mari lihat pemandangan pokok bunga sakura pada sebuah mozek yang dibuat daripada susunan 10 000 cupcakes. Ianya dibuat oleh Crumbs and Dollies iaitu sebuah kedai kek di London untuk sebuah program televisyen Jepun, ITTEQ. Kaki cupcake mesti terliur~ haha.

Menggunting Kertas Untuk Menghasilkan Potret (2 Gambar 1 Video)

Like a pro. Hanya menggunakan gunting dan kertas kecil, Ming Liang Lu menghasilkan potret. bakat yang menakjubkan!




Tibe2Jam6Petang

Saturday, July 21, 2012

Cool: Melukis Potret Di Atas Muka Surat Buku Telefon (4gambar)

Ini cool.

Kalau Alex Queral menggunakan buku telefon sebagai bahan untuk mengukir potret, Carlos Zuniga pula menghasilkan potret dengan meng-highlight setiap huruf dan nombor yang ada dalam muka surat buku telefon.

Karyawan daripada Chile ini telah melukis sebanyak 135 potret di atas muka surat buku telefon dan siri potret ini yang dinamakan 'NexT'. Highliter apakah yang beliau gunakan untuk melukis potret ini? Sebenarnya aku pun tidak tahu haha.


Potret Berwarna Daripada Tali Kasut (9 Gambar)

Cool.

Anda mungkin menyangka ini hanyalah potret berwarna yang biasa. Tapi bila diteliti secara dekat, potret ini sebenarnya diperbuat daripada tali kasut. Ya, pelbagai warna tali kasut! Ianya dihasilkan oleh Federico Uribe. Sangat unik dan mindblowing!




















Tibe2Jam6Petang 

Friday, July 20, 2012

Potret Realistik Menggunakan Microsoft Paint (6 Gambar)

Nice artworks!

Baru tadi di facebook aku ketawakan seorang kawan kerana terlalu noob bermain Darw My Thing (haha). Kemudian aku terjumpa pula beberapa artworks realistik dan awesome yang dihasilkan menggunakan MS Paint.

Artowrks di bawah dihasilkan oleh Felipe Velasquez atau dikenali sebagai Shukei20 di devianART. Mungkin sukar untuk dipercayai ianya di buat menggunakan MS Paint sepenuhnya.







Kreatif: Melukis Potret Diatas Canvas Disket (8 Gambar)

Anda masih ingat kepada cakera liut? haha

Mungkin penggunaan dikset telah pupus pada hari ini dan hanya menjadi longgokan bahan buangan yang berhabuk.. Tapi tidak bagi Nick Gentry kerana beliau menggunakan susunan disket sebagai canvas untuk melukis potret.

Mari lihat potret-potret menarik yang dihasilkan oleh karyawan daripada London ini. Mungkin ini juga boleh dikatakan sebagai proses kitar semula dalam bidang seni. Idea yang sangat baik!

Monday, July 16, 2012

Wtf: Potret Ironman Daripada Urine (3 Gambar)

Berb!!!

Seorang graduan seni daripada Taiwan telah memenangi sebuah pertandingan seni dengan hasil karyanya iaitu sebuah potret Iron Man yang dibuat daripada urine (air kencing) sendiri.

Beliau menghabiskan masa lebih kurang dua bulan untuk mencari mangkuk tandas yang mempunyai bentuk seakan kepala Iron Man. Beliau juga memakan pigmentasi yang boleh dimakan untuk menghasilkan air kencing berwarna hijau, hitam dan merah serta menggunakan air liur sendiri untuk mengekalkan potret tersebut sementara menunggu hakim pertandingan menilai hasil seni beliau. Potret ini dinamakan 'Blood Urine Man'.




Saturday, July 14, 2012

Potret Kreatif Daripada Mozek Tin Aluminium (9 Gambar)

Kreatif!

Mari lihat potret yang dihasilkan daripada tin aluminium oleh Jeff Ivanhoe. Beliau menamakan seni ini sebagai AluMosaics.

Potret ini dibuat dengan menjadikan tin munuman yang kosong sebagai kepingan mozek aluminium sebelum disusun mengikut kesesuaian warna tin sehingga menjadi sebuah potret.Jika dilihat dengan lebih dekat, cat dan warna asal tin tersebut akan nampak lebih jelas.

Ini merupakan suatu seni dan juga cara baru untuk mengitar semula tin aluminium menjadi sesuatu yang lebih berfaedah.










Tibe2Jam6Petang

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More