Showing posts with label Melembutkan Kulit Muka. Show all posts
Showing posts with label Melembutkan Kulit Muka. Show all posts

Wednesday, December 23, 2009

2 Cara Menghilangkan Jerawat dan Melembutkan Kulit Muka

Pernah tak anda dengar mengenai sejenis tumbuhan yang diberi nama bayam duri? Ataupun sesetengah tempat menggelarkannya bayam hutan. Nama saintifiknya pula adalah Amaranthus Spinosus. Ia dikatakan mampu menghilangkan jerawat dan seterusnya melembutkan kulit muka anda.

Saya pun baru tahu mengenai perkara ni. Malah, rupa bayam duri ni pun saya tak kenal. Tapi, saya telah menjumpai dua imej yang boleh dijadikan rujukan bersama seperti di bawah.

Gambar Pokok Bayam Duri atau Bayam Hutan
Gambar Pokok Bayam Duri atau Bayam Hutan - Dr. John Meade


Gambar Daun Bayam Duri atau Bayam Hutan
Gambar Daun Bayam Duri atau Bayam Hutan - Dr. John Meade


Bagi menghilangkan jerawat serta melembutkan kulit wajah anda dengan bayam duri ni, ada dua cara yang boleh dipraktikkan;


Cara Pertama:

1. Ambil beberapa helai daun bayam duri dan bersihkannya.

2. Ramas daun tersebut sehingga hancur.

3. Selepas itu, gosokkan daun yang telah hancur tadi ke muka anda dengan lembut atau perlahan-lahan. Buatlah lebih kurang dalam 5 ke 10 minit.

4. Akhir sekali, bilas atau cuci muka anda dengan air bersih.


Cara Kedua:

1. Ambil beberapa helai daun bayam duri dan bersihkannya dahulu.

2. Terus ramas daun tersebut ke muka anda secara berhati-hati atau perlahan-lahan.

3. Lepas dah ramas, sentalkan pula daun tadi ke muka anda. Sental dengan lembut serta perlahan-lahan yer. Lakukan proses ini selama 5 ke 10 minit.

4. Akhir sekali, basuhlah muka anda dengan air bersih.


Sekali lagi, ingin saya tekankan di sini bahawa semasa anda menggosok, meramas atau menyental daun bayam duri ke muka, pastikan ia dibuat secara lembut. Jika anda melakukannya dengan kuat, saya khuatir ia akan mencacatkan kulit muka anda pula. Jadi, pastikan anda melakukannya dengan tenang dan tak tergesa-gesa.

Petua ini boleh anda amalkan sekurang-kurangnya sekali sehari.


Selamat Mencuba!

Sunday, July 12, 2009

Kulit Lebih Lembut, Parut Jerawat Pun Hilang

Setelah beberapa hari tak berkongsi "sesuatu" dengan anda, saya sambung kembali dengan siri petua berkaitan penjagaan kulit muka. Iaitu khusus untuk melembutkan kulit muka serta menghilangkan parut jerawat anda.


Bahan-bahan yang perlu anda sediakan dulu ialah buah jambu batu, sedikit kemenyan, sedikit air dan juga piring pasu.

Gambar jambu batu - Wikipedia.Org



Cara melakukannya pula seperti berikut:


1. Anda asahlah dulu jambu batu dan kemenyan tadi kat dalam piring pasu.


Contoh gambar kemenyan - DKImages.com


2. Campurkan bahan-bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan air asahan itu pekat tau. Supaya ia senang melekat kat muka anda nanti.

3. Apabila campuran itu dah sebati, sapukanlah ke seluruh kawasan muka anda.

4. Biarkannya selama 30 minit.

5. Kemudian, cucilah muka anda dengan air bersih.


Amalkan setiap hari petua ni. Jika diizinkan-Nya, kulit muka anda bukan saja lebih lembut malah parut jerawat pun boleh hilang.


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More