Showing posts with label Tegangkan Kulit Muka. Show all posts
Showing posts with label Tegangkan Kulit Muka. Show all posts

Saturday, September 15, 2012

Kulit Muka Kelihatan Muda dan Segar

Vitamin A dan E adalah gabungan yang baik bagi memelihara kulit muka anda agar halus, kenyal dan tegang. Ia sekaligus membantu memperlambatkan proses kedutan pada kulit muka anda. Ataupun bahasa mudahnya ~ awet muda lah!. :D

Bagi merealisasikannya, sejenis buah yang berupaya membekalkan vitamin A dan E ialah avokado. Dengan mencampurkan avokado bersama-sama madu, susu tepung dan telur, impian anda untuk kelihatan lebih muda bukanlah mustahil.

Anda boleh jadikannya sebagai topeng (masker) muka dan amalkan petua penjagaan muka ini sebagai rutin mingguan ataupun bulanan.

Tetapi, sebelum anda bergegas untuk mendapatkan buah avokado, ketahuilah dulu berapa sukatan yang diperlukannya serta 3 bahan lain...


buah avokado
Buah Avokado - akten.com.pl


~ 2 sudu teh buah avokado

~ 1 sudu teh susu tepung

~ 1 biji telur

~ Sedikit madu lebah

Cara-caranya:


1. Tumbuk isi buah avokado hingga lumat dan letakkan ia ke dalam satu bekas.

2. Masukkan madu, susu tepung dan telur ke dalam bekas yang sama.

3. Kacau kesemua bahan hingga sebati.

4. Sapukan bahan tadi ke seluruh muka anda.

5. Biarkan hingga 20 minit.

6. Cuci muka anda dengan air suam.


Thursday, August 16, 2012

Petua Tegangkan Kulit Muka Dengan Lidah Buaya

Pada saat ini, kita yang bakal menyambut Syawal memang tengah dalam mood "Raya", kan? Jadi, petua ini ringkas aja. Bagi yang nak menegangkan kulit muka, mungkin masih sempat lagi kalau nak buat.

Bila usia mencecah 30-an, garis-garis halus serta kedutan di muka mulalah kelihatan. Bagi melindungi kulit muka secara berterusan, gunakanlah daun lidah buaya. Ia berfungsi merawat, mengubat serta menegangkan kulit muka kita.

Oleh itu, jom kita praktikkan petua tegangkan kulit muka dengan daun lidah buaya yang telah diakui berkesan sejak zaman Mesir Kuno lagi. 


Cara mengamalkannya;

1. Ambil 1 helai daun lidah buaya dan belah dua.

daun lidah buaya dibelah dua
Daun lidah buaya

2. Sapukan lendir daun lidah buaya pada keseluruhan bahagian muka dan leher.

3. Biarkan ia lebih kurang dalam 20 minit.

4. Setelah itu, basahkan sehelai kain bersih dengan air suam dan lapkan pada muka dan leher.

5. Kemudian, basahkan sehelai kain bersih dengan air sejuk dan lap pada muka dan leher.


PetuaSejagat

Monday, January 12, 2009

Atasi Masalah Kulit Berkedut

Masalah kulit berkedut ni memang dihadapi oleh semua orang. Sama ada bakal, sedang ataupun telah mengalaminya. Setiap yang muda pasti akan tua. Itupun kalau dipanjangkan umurlah Semakin tua usia kita, kulit pun makin berkedut dan tidak berseri lagi seperti dulu.

Kebarangkalian kulit untuk berkedut dalam usia yang agak muda kemungkinan lebih tinggi kalau anda tak menjaga pemakanan, tidak bersenam dan tak peduli langsung pasal keadaan kulit.



Peliharalah kulit anda sebelum berkedut

Biasanya kita lebih mengambil berat tentang kulit muka. Sebab itulah yang orang selalu perhatikan. Jadi, bagi anda yang ingin pulihkan kulit muka berkedut atau kurang berseri...

Ada satu petua yang mampu mengatasi masalah kulit berkedut. Bahan-bahan asas yang diperlukan adalah mudah didapati iaitu 1 batang lobak merah, 1 biji kuning telur dan 1 sudu tepung jagung.



Sebatang lobak merah jer dah cukup


Caranya:

1. Anda bersihkah dulu lobak merah tadi. Kemudian parut. Kalau nak kisar pun boleh.

2. Seterusnya, campurkan kuning telur dan sesudu tepung jagung dengan lobak merah yang dah diparut.

3. Kacau ketiga-tiga bahan tu sampai sebati.

4. Apalagi... lumurkanlah kat muka anda.

5. Sebaik-baiknya buat pada waktu malam. Beberapa jam sebelum nak tidur.

6. Sebelum masuk tidur, cuci dulu muka anda tu dengan air yang agak suam kuku.

7. Amalkan petua ni 1 kali dalam seminggu. Buat sampai anda puas hati dengan kulit muka masing-masing, ok.


Selamat Mencuba!


Tuesday, April 15, 2008

Tegangkan Kulit Muka

Petua Penjagaan Kulit

Dewasa ini, baik lelaki mahu pun wanita kecantikan wajah amat dititikberatkan. Ini kerana untuk tampil lebih yakin di khalayak umum, kecantikan wajah merupakan satu faktor penting. Di samping itu, secara tak langsung ia juga meningkat keyakinan orang ramai kepada kita. Betul tak?

Di sini saya ada satu petua untuk tegangkan kulit muka. Tak kira anda masih muda atau tua ia sesuai untuk semua. Seperti biasa, perkara asasnya ialah kelembapan kulit. Untuk menegangkan kulit muka, anda perlu pastikan kelembapan kulit muka sentiasa dijaga.

Langkah melembapkan kulit muka:

1. Ambil sebiji mentimun dan dibuang kulitnya.
2. Potong halus-halus dan ramas hingga berair.
3. Sapukan air mentimun tersebut pada muka. Biarkan selama 20 minit.
4. Selepas 20 minit, cuci muka dengan air bersih.
5. Keringkan muka dengan tuala lembut.
6. Amalkannya tiga kali dalam seminggu.

Selain melembapkan kulit muka, mentimun ni juga ada khasiat lain.
Mentimun yang dikisar dan ditambah dengan sedikit gula boleh dijadikan sebagai minuman untuk menurunkan berat badan dan menghilangkan panas badan.

Seperkara lagi, mentimun ni boleh juga dijadikan ulam untuk merawat penyakit darah tinggi.
Caranya amat mudah iaitu makanlahlah beberapa hiris mentimun setiap kali makan nasi.


Sekian, wassalam dan selamat mencuba!


Petua Penjagaan Kulit

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More