Showing posts with label koleksi ayat cinta sms. Show all posts
Showing posts with label koleksi ayat cinta sms. Show all posts

Friday, December 21, 2012

Koleksi Ayat-ayat Jiwang Untuk Kekasih



01. Dari mana datangnya cinta? dari SMS turun ke hati .. 

02. Andai kau dapat melihat hatiku, Andai saja kau dapat membaca fikiran, Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu, Menghiasi hari-hariku, Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku, Cintailah aku dengan kesungguhanmu

03. Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I

04. Hello..U ada plaster tak?? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U!

05. Hello..Aku pencuri! dan aku di sini nak curi hati kau!!!

06. U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U !

07. I nak belanja u gula-gula HACKS..faham tak ertinya?
  • H- Hanya
  • A- Aku
  • C- Cinta
  • K- Kau
  • S -Seorang

08. Luahan Cinta Ibarat Kentut, ditahan sakit, dilepas malu, dah keluar..fuhhh! Lega!!!

09. Jika kau hidup sehingga 100 tahun, aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau..

10. Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku.

11. Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!

12. Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!

13. Aku terasa sesuatu dihatiku.. ianya seperti bara yg kecil. Setiap kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU!

14. Apakah kasih sayang perlu diucapkan? Tidak perlu. Lalu kukirim SMS ini padamu, hingga tidak perlu mengucapkannya.

15. Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu..

16. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

17. Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit.. bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan.. Ini adalah cinta tanpa syarat.. Aku begitu menyintaimu…

18. Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Bagaimana harusku memegangmu? Apa perluku meneruskan atau melepaskan?

19. Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu..

20. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

21. Cintaku bukan ibarat kertas, Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala dan semakin marak ditiup kerinduan padamu… 

22. Jika mencintaimu satu kesalahan..biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu..

23. Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu… Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku

24. Aku tak dapat hidup tanpamu… kerana kaulah nyawaku.. 

25. Jika cinta itu dicukai.. aku lah pembayar cukai paling tinggi!

26. Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku. Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir.

27. Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan, Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan, Air mata kerana kekasih 1penyesalan, Air mata kerana Allah 1 keberkatan.

Thursday, December 20, 2012

Taubat Cinta



Sedar atau tidak, Allah telah mengajar kita banyak perkara. Mungkin juga sebagai kifarah atas kekhilafan silam. Mungkin dahulu kita juga pernah menzalimi perasaan orang, mungkin orang yg mencintai kita, atau kedua ibu-bapa kita, atau sesiapa sekali pun, kini Allah datangkan kesakitan yang sama sebagai muhasabah dosa.

Makna cinta yang sebenar tidak mudah dikesan dimata , tidak menyakitkan , tidak hipokrit , bahkan aman dan bahagia dalam rahmat Allah sepanjang masa.

Hari ini mungkin kita disakiti kerana pernah menyakiti. Bagi yang menyakiti kita, serahkan sahaja kepada Allah. Dia lebih tahu bagaimana mengajar hambaNya. Yang pasti, orang yang menyakiti kita akan turut merasai kesakitan yang sama, bahkan mungkin lebih lagi. 

Apalah ertinya bahagia dalam kedukaan insan lain? Saya, anda dan mereka mungkin pernah merasai dan melalui- sebagai insan yang belajar tentang kehidupan.

Lupakah kita tentang sebuah hadith yang berbunyi  :

” Takutilah doa orang yang dizalimi , kerana tiada hijab antaranya dengan Allah ta’ala"

Fahamilah ia, sebagai pengajaran atas nama ‘ amaran cinta ‘....

Tuesday, December 18, 2012

Tips Cinta - Perkara yang tidak Harus ditanya



Apa yang awak tak suka tentang saya?
Dalam setiap perhubungan ada kebaikan dan kelemahan. Tidak ada manusia yang sempurna namun jangan terburu-buru bertanyakan soalan. Jika ada sesuatu yang lelaki tidak suka tentang anda, dia akan mencari masa yang sesuai dan cara diplomasi yang terbaik untuk memberitahu anda.

Adakah awak sayang ibu awak lebih daripada saya?
Lelaki tidak suka kasih sayangnya dibandingkan dengan ibunya. Wanita yang menyayangi dan menghormati ibu mertua macam ibunya sendiri adalah suri yang dicari oleh lelaki. Sedarlah bahawa ibunya adalah wanita pertama yang membelainya dengan kasih sayang sebelum anda muncul dalam hidupnya.

Adakah dia lebih baik daripada saya?
Hubungan si dia bersama bekas pasangannya sudah menjadi sejarah. Dalam hatinya sekarang adalah anda. Jadi usah bertanya mengenai bekas pasangannya jika tidak mahu si dia bertanya mengenai bekas pasangan anda pula.

Sejauh mana seriusnya awak tentang hubungan ini?
Jika perhubungan anda dengan si dia masih baru, jangan bertanya tentang kahwin. Desakan anda boleh merimaskan dirinya. Adalah lebih baik anda menggunakan peluang yang ada untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat. Kalau lelaki itu benar-benar cintakan anda, dia akan memperkenalkan anda kepada kedua ibu bapanya.

Adakah awak fikir wanita itu cantik?
Baik lelaki mahupun wanita, apabila melihat wanita cantik di hadapan mata, pasti tidak melepaskan peluang untuk memandangnya. Namun, jangan pula anda bertanyakan soalan remeh sedangkan anda sedia maklum wanita itu memang cantik. Bila si dia menjawab 'ya', anda pula berasa kurang selesa.

Berapa ramai anak yang awak inginkan?
Lelaki memang inginkan anak apabila berumahtangga. Namun begitu, elakkan penceritaan mengenai lampin pakai buang dan sebagainya apatah lagi jika umur perhubungan anda masih baru dan mentah

Si Dia Suka atau Tidak? Ungkap Hatinya di Dunia Maya



Walaupun sifatnya terselubung, hati lelaki boleh terungkap melalui ekspresi yang ditunjukkannya di dunia maya seperti facebook, twitter, tagged dll. Benarkah?

Lelaki memiliki caranya sendiri untuk mengungkap rasa sukanya terhadap wanita. Ada yang mengatakan secara terus perasaanya, namun tak sedikit yang memilih terselubung dan mengekspresikannya melalui dunia maya. Ulasan berikut  membantu Anda mengungkap isi hati lelaki sesungguhnya, seperti :

  • Dia berbagi artikel tentang berbagai hal menarik, seperti restoran, seni, film terbaru dan sebagainya.
  • Dia memberi tanda “like” pertama kali pada status Anda sebelum orang lain, bahkan untuk status yang tidak penting sekalipun.
  • Jika Anda berbicara tentang sebuah lagu, dia akan memposting video tersebut di jejaring sosial malam itu juga.  
  • Dia mengirimkan Anda playlist lagu-lagu romantis dan seksi
  • Dia selalu menanggapi pesan Facebook, Twitter , e-mail dan apapun yang Anda posting sesegera mungkin.

Tips Cara Pujuk Isteri Merajuk



Isteri merajuk manja sebab suami tak minum kopi yang dibuatnya pagi tadi..

Suami cuba memujuk , tetapi isteri tetap berdiam diri. Berjam2 lamanya, sehingga suami membongkar satu rumah mencari sesuatu. 

Tak sabar ngan karenah suami yang menyelerakkan barang2, isteri pun bertanya

Isteri : Abang cari apa nie?
Suami : Suaramu Sayang.. :)

p/s : kan elok mcm ni, rumah tangga pon bahagia...

Cium Aku Sepenuh Hatimu



Di sebuah taman, sepasang suami isteri sedang berbisik-bisik :

Lelaki : "Sayang, apa yang paling kamu dambakan?"

Teman wanitanya dengan malu-malu kucing berkata : 

"Perkara yang paling ku dambakan ialah, kamu mencium diri ku di 3 tempat."

Lelaki : "Ah, itu mudah, cuba kamu katakan di tiga tempat yang mana?"

Wanita: "Paris, London dan New York."

p/s : ahahaha..boleh ke?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More