Showing posts with label Nafas Berbau. Show all posts
Showing posts with label Nafas Berbau. Show all posts

Saturday, August 18, 2012

Adakah Anda Berdiet Dengan Betul?

Jika nak kuruskan badan, anda pasti berdiet, kan? Namun, adakah anda tahu sama ada cara berdiet yang diamalkan itu betul atau sebaliknya? Andai anda mengamalkan cara diet yang salah, hasilnya tentu mengecewakan. Akhirnya nanti akan timbul persepsi bahawa anda memang tak boleh kuruskan badan.

Persepsi sebegitu sebaiknya dibuang sejauh mungkin. Yakinlah bahawa anda semua boleh kurus dan langsing secara sihat. Cuma perlu diperhalusi semula kaedah diet yang pernah diamalkan.

Bagaimana cara mengenalpasti sama ada diet anda itu betul atau tak?

Cuba perhatikan 5 situasi di bawah. Jika anda sedang berdepan dengannya, ia menandakan teknik diet anda kurang tepat.


1. Pening, lekas penat dan tubuh tidak bermaya

Semasa melakukan aktiviti, anda akan rasa seperti di atas. Ia berlaku kerana tubuh anda kekurangan karbohidrat dan gula.

Tersalah Diet

Oleh itu, pastikan anda mengambil kandungan karbohidrat dan gula yang berpatutan agar tidak pengsan ketika beraktiviti.


2. Kulit kering dan kusam

Kulit anda memerlukan vitamin C dan E yang boleh diperolehi melalui makanan tertentu. Justeru, masukkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam menu harian anda.

Antaranya seperti buah jambu batu, betik, kiwi, mangga, pisang dan sayuran hijau.


3. Mual dan nafas berbau

Seandainya nafas anda berbau dan berasa mual, itu tandanya ada sesuatu yang tak kena dengan usus anda.


4. Buang air secara berlebihan

Masalah buang air kecil mahupun air besar secara berlebihan biasanya terjadi akibat daripada pengambilan ubat pelangsing.

Ia akan menyebabkan dehidrasi. Dehidrasi yang berlebihan boleh menyebabkan kematian.


5. Mudah tersinggung dan hilang konsentrasi

Mudah Tersinggung

Cuba elakkan perut kosong. Makanlah secara kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.

Ini kerana jika perut kosong, otak anda akan kekurangan nutrisi dan mendorong kepada tidak berfikiran sempurna.


Adakah anda pernah mengalami mana-mana situasi di atas? Kalau ada, cubalah perbaiki cara diet anda. Saya pernah kongsikan satu artikel mengenai Cara Diet yang Betul Tanpa Risiko.

Tuesday, August 24, 2010

Segarkan Bau Nafas dengan Daun Beluntas

Sepanjang bulan Ramadhan ni, anda yang berpuasa pasti mengalami masalah nafas berbau. Hal ini memang tak dapat dielakkan. Sebagai alternatif, terdapat satu amalan yang boleh anda cuba bagi menyegarkan nafas. Iaitu dengan memanfaatkan khasiat daun beluntas.


Daun Beluntas - medicineisanart.com



Caranya mudah saja. Iaitu anda amalkan memakan daun beluntas secara mentah. Atau dengan kata lain, jadikannya sebagai ulam-ulaman ketika berbuka mahupun bersahur. Anda akan dapati rasanya agak kelat dan berangin.

Selain berfungsi menghilangkan bau nafas, ia turut berkhasiat bagi menghilangkan bau badan serta sebagai penawar sakit tekak.


Sebenarnya, petua ini bukannya khusus untuk bulan puasa saja. Anda boleh amalkannya pada bulan-bulan lain. Sekiranya anda memang sedia ada masalah bau nafas, cubalah petua di atas ya.


Selamat Mencuba!

Sunday, December 27, 2009

Atasi Masalah Bau Mulut dan Nafas Berbau

Bau mulut yang menyenangkan memberikan anda lebih keyakinan untuk berinteraksi dengan individu lain. Tapi, anda tahu tak cara untuk mengatasi masalah mulut berbau ataupun nafas berbau ni?

Jika anda perasan, saya pernah menerbitkan artikel berkaitan masalah nafas berbau di sini dan masalah bau mulut kat sini. Anda boleh merujuk pada pautan yang diberikan tu sebagai maklumat tambahan yer.

Pada edisi kali ini, petuanya berfungsi mengatasi kedua-dua masalah sekaligus. Iaitu boleh menghilangkan masalah nafas berbau serta mengawal bau mulut anda. Bahan utama yang diperlukan adalah bunga cengkih.


cengkih (syzygium aromaticum l.)

cengkih (syzygium aromaticum l.) - soorganic.com




Cara mengamalkan petua ini adalah seperti berikut:


1. Ambil sebanyak 10 hingga 15 biji atau bunga cengkih.

2. Rebuslah cengkih tersebut bersama 10 gelas air bersih kira-kira dalam masa 15 minit. Ataupun sehingga air rebusan tu tinggal lebih kurang pada paras 3 gelas.

3. Kemudian, anda minumlah air rebusan itu sebanyak 1/4 atau 1/2 gelas sekurang-kurangnya sekali sehari.

Namun begitu, anda boleh meminumnya sebanyak 3 kali (selepas makan) untuk kesan yang lebih baik.

Di samping itu, air rebusan cengkih ni juga boleh anda gunakan untuk tujuan lain. Antaranya bagi melegakan kembung perut, membuang angin dalam badan dan melegakan rasa sengal-sengal.


Selamat Mencuba!

Sunday, December 28, 2008

14 Kehebatan Campuran Madu Asli Dan Kayu Manis

Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis nie mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.

Sebelum saya pergi lebih jauh, apakata survey anda kenali dulu rupa madu dan kayu manis. Tapi dalam mengamalkan petua nie, kita gunakan serbuk kayu manis tau.



Rajah 1: Madu



Rajah 2: Kayu Manis


Berikut adalah kehebatan campuran madu asli dan kayu manis:


1. Jerawat

Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran tue kat muka (bahagian yang ader jerawat) sebelum tidur.

Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.

Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain tue, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.


2. Sakit perut

Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.

Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping tue, ia boleh menurunkan berat badan gak.


3. Selesema

Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.


4.Keguguran rambut

Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan kat kulit kepala.

Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.


5. Sakit gigi

Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.

Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit tadi. Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi tue. : )


6. Penghadaman

Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.


7. Jangkitan pada pundi kencing

Anda ada masalah jangkitan kuman kat pundi kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteria yang ada kat situ.

Caranya;

Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkannya ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.


8. Kolesterol

Anda nak mengurangkan tahap kolesterol dalam darah sebanyak 10% dalam masa kurang daripada 2 jam??

Caranya;

Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.


9. Sakit jantung

Di samping dapat mengurangkan kadar kolesterol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis nie boleh mengurangkan risiko serangan jantung.

Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.


10. Artritis

Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari.

Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.


11. Sistem imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.

Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.


12. Masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan anda. Hehe...

Untuk golongan wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.


13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran nie pada setiap pagi.

Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.


14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik

Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda, amalkan meminum setiap hari;

Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.


Selamat Mencuba!

Sunday, September 7, 2008

Ehh, Nafas Awak Berbau Lah!

Salam Ramadhan & Selamat Sejahtera,

Adakah nafas anda berbau? Tentunya anda berasa malu kalau ditegur oleh rakan-rakan, lebih-lebih lagi yang berlainan jantina.

Lebih parah lagi kalau orang yang anda minat tu plak yang sound!

Alamakk...jatuh la saham aku!! huhu...

Ataupun anda memang jenis selamber jer? hehe...

Walau apapun reaksi anda, kini anda tak perlu bimbang lagi jika mengalami masalah nafas berbau.

Secara spesifiknya adalah menghilangkan nafas berbau bawang putih.

Biasanya nafas anda pasti berbau selepas memakan makanan yang mengandungi bawang putih. Bau itu mungkin kurang enak dan membuatkan anda serta orang di sekeliling berasa tidak selesa dengannya.

Petua yang saya nak kongsikan macam ni;

Katakanlah anda tak sempat atau memang tak berpeluang nak gosok gigi lepas makan tadi. Apa yang perlu anda buat ialah makan sebiji buah epal.

Ini kerana, semasa anda mengunyah buah epal tu, serat epal tu akan menggosok gigi anda secara tidak langsung. Hasilnya, ia akan meneutralkan bau makanan tadi. :D

Kemudiannya, saya yakin mulut anda akan kembali segar dan bersih seperti sediakala. Dah pastinya anda boleh tersenyum dan berbual dengan penuh yakin lepas ni!

p.s: Tapi jangan plak anda bantai makan epal di siang hari time puasa ni. hehe...

Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More