Showing posts with label memang perempuan macam ni. Show all posts
Showing posts with label memang perempuan macam ni. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

Betul ke semua perempuan macam ni?


1) Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan saja.
 Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

2) Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...

Makna tersembunyi : Hish.. I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.

3) Kalau perempuan tanya : You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi : Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

4) Kalau perempuan kata : I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
 Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

5) Kalau perempuan kata : I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus- terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

p/s : Sambungan daripada Lelaki wajib tahu - Rahsia kata-kata Wanita!, Kalau salah sila komen yek. admin pun xtahu!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More