Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Thursday, April 11, 2013

Gila, Ibu hidap HIV paksa anak daranya jual dara



JOHOR BAHRU - Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.


Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah (gambar) yang mendedahkan kejadian itu berkata,
"semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya.


“Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya. “Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro.


Khatijah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa hari dan mendapati dua beranak berkenaan menyewa bilik sebuah rumah kedai di sekitar bandar raya ini. Selepas diselamatkan, gadis berkenaan kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di sekitar bandar raya ini. Menurutnya, hasil soal siasat remaja perempuan itu didapati keciciran sekolah dan sebelum ini ibunya juga memaksanya mengemis untuk mendapatkan wang.

Ibunya yang turut kami tahan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan pesakit HIV di Taman Abad. Ketika disoal siasat, pada mulanya dia enggan mengaku cuba menjual anak gadisnya tetapi akhirnya mengubah pengakuan,” katanya.

Menurutnya, mangsa kini sudah menyambung persekolahan malah sentiasa diberikan kaunseling selain didedahkan dengan aktiviti berfaedah baginya meneruskan kehidupan baru. Khatijah berkata, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak atau individu yang dijaga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-kanak 2011.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes pengabaian kanak-kanak mahupun remaja berusia kurang 18 tahun diminta untuk menyalurkan aduan kepada JKM di talian 07-2282971.

Sunday, March 24, 2013

Parah! Kemaluan bilal masjid dipotong anaknya sendiri kerana ajaran sesat


Kuala Terengganu: Dengan tujuan mengeluarkan ‘semangat Imam Nawawi’ seorang penyelia kilang yang dipercayai terpengaruh ajaran sesat bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri, di kediaman keluarga itu di FELDA Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, suspek yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai penyelia kilang di Balakong, Selangor dikatakan memotong kemaluannya selepas melihat bapanya berusia 67 tahun yang juga bilal masjid berlumuran darah menahan kesakitan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek turut memperdaya abang iparnya berusia 46 tahun supaya turut memotong kemaluan bagi memenuhi ‘syarat’ ilmu berkenaan, tetapi lelaki itu melarikan diri.

“Suspek dipercayai terpengaruh dengan ajaran sesat dipelajari melalui laman web menyebabkan dia tergamak bertindak sedemikian,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.


BAPA mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.


Menurutnya, sebelum kejadian, suspek ada menghantar SMS kepada seluruh ahli keluarganya supaya pulang berkumpul di rumah mereka terletak berhampiran masjid dengan alasan dunia akan kiamat pada hari Jumaat.

Tuesday, December 25, 2012

Bomba Kelantan Minta Siap Sedia Hadapi Banjir



KOTA BAHARU – Rakyat Kelantan terutama yang menetap di kawasan rendah diminta membuat persiapan yang perlu untuk menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman berkata, nasihat itu dikeluarkan berikutan air sungai utama di negeri ini dilaporkan mula meningkat.


“Peningkatan paras air sungai berikutan hujan yang berterusan sejak seminggu lalu. Saya nasihatkan mereka bersiap sedia dan jika tiba masanya untuk berpindah jangan tunggu sehingga diarahkan berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, pihaknya juga sudah bersiap sedia untuk menghadapi musim tengkujuh dan menubuhkan unit rondaan baharu bagi memantau kawasan rendah.

Jelas beliau, unit itu akan bergerak ke kawasan tertentu untuk memberi maklumat terkini keadaan banjir kepada bilik kawalan bomba Kelantan selain dibantu unit perubatan kecemasan dan unit kaunseling.

“Jika keadaan buruk, kita akan meminta bantuan jabatan Bomba di negeri-negeri lain,” jelas beliau.

Namun, katanya, keadaan di Kelantan masih terkawal setakat ini dan belum ada kawasan ditenggelami air.

Tetapi semua sungai utama di Kelantan kini hampir melepasi paras normal kecuali Sungai Golok yang telah melepasi amaran iaitu pada bacaan 8.46 meter pada pukul 3 petang ini.

Paras amaran di sungai itu adalah pada lapan meter manakala bahaya sembilan meter dan keadaan cuaca di Kelantan kini hujan renyai yang disusuli hujan lebat terutama di kawasan pedalaman. – mynewshub.my

Padah ‘Baham’ Dua Beradik Anak Orang Asli


Padah 'Baham' Dua Beradik
KUANTAN – Dua beradik itu baru berusia 12 dan 14 tahun. Seorang daripadanya sebelum ini menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran.
Namun masa depan dua kanak-kanak Orang Asli itu dibimbangi terjejas berpunca daripada satu insiden awal pagi 13 Disember lalu apabila mereka jadi pemuas nafsu dua warga Indonesia yang bekerja di Ladang Rompin Seong Thye Plantations, Muadzam Shah, Rompin.

Mengikut fakta kes, kejadian yang pasti meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dua kanak-kanak itu dan juga keluarga mereka berlaku antara jam 1.30 hingga 5 pagi.
Pada mulanya, kehilangan dua beradik itu disedari keluarga mereka kira-kira jam 6 pagi, 15 Disember setelah mendapati mereka tiada di bilik tidur.
Susulan itu, bapa mangsa keluar mencari dan mendapati dua anaknya berada di dalam bilik hadapan rumah dua warga Indonesia itu, Sandi, 23, dan Heri Huswandi, 22.
Kedua-dua tertuduh bagaimanapun sudah melarikan diri. Selepas keluarga malang itu membuat laporan polis, Sandi dan Heri dikesan dan ditahan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Masjid, Muadzam Shah kira-kira jam 1 petang hari yang sama.
Kedua-dua lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.
Dua pekerja kilang itu masing-masing dihukum penjara enam tahun dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah oleh Hakim Jamaludin Mat yang juga memutuskan hukuman terhadap mereka dikira bermula tarikh mereka ditangkap 15 Disember 2012.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuan mereka merayu agar hukuman diringankan memandangkan mereka masuk ke negara ini secara sah demi mencari rezeki untuk membantu keluarga.
Mereka juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu dan sedia mengaku salah atas kesalahan yang dilakukan sebagai tanda keinsafan walaupun terpaksa berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Norazlin Mohd Yusoff bagaimanapun memohon supaya hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh memandangkan mangsa masih di bawah umur dan sepatutnya dilindungi.
“Dalam kes ini, salah seorang mangsa (adik) merupakan murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini apabila memperoleh keputusan 2A 3B dan disebabkan kejadian itu, masa depannya mungkin agak gelap,” katanya. - Sinar Harian Online
Iklan Teks: 

Mangsa banjir di Pantai Timur kini hampir 11,000



KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk petang ini dengan maklumat terkini menunjukkan lebih 10,800 mangsa dipindahkan berbanding lebih 6,000 mangsa pada sebelah pagi.

Seramai 5,297 mangsa dipindahkan di Terengganu berbanding 2,594 pagi tadi, dan jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 3,218 berbanding 1,963 pada sebelah pagi, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara pula, sejumlah 2,376 mangsa dipindahkan di Pahang berbanding 1,743 pagi tadi, manakala mangsa banjir di Johor kekal 16 orang.

Di TERENGGANU, mangsa banjir di Hulu Terengganu meningkat kepada 1,052 orang petang ini manakala Kuala Terengganu menyaksikan pertambahan 91 mangsa kepada 808.

Bilangan mangsa di Besut ialah 1,096 diikuti Dungun (744), Setiu (717), Kemaman (611) dan Marang (269).

Pusat penempatan banjir yang beroperasi di Terengganu ialah di daerah Besut (16), Dungun (12), Hulu Terengganu (16), Kemaman (13), Kuala Terengganu (lapan), Marang (10) dan Setiu (18).

Sementara itu, Jalan Jerangau-Jabor yang ditutup pagi tadi dibuka semula kepada semua lalu lintas petang ini.

Bagaimanapun, Kilometer 13 Jalan Tembila ditutup kepada semua kenderaan ringan kerana ditenggelami air sedalam semeter dan Jalan Penarik-Permaisuri di Kampung Nyatuh juga ditutup kepada kenderaan ringan.

Di KELANTAN, jumlah terbesar mangsa dipindahkan ialah di Pasir Mas iaitu 2,049 diikuti Kuala Krai (355), Kota Baharu (264), Tanah Merah (217), Pasir Puteh (245), Machang (47) dan Tumpat (41).

Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai; Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah; dan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan Rantau Panjang masih mencatat bacaan di atas paras bahaya, menurut portal rasmi kerajaan negeri itu.

Setakat petang ini, tiada lagi jalan utama di negeri itu ditutup kepada kenderaan dan tiada laporan kemalangan jiwa. Cuaca ketika ini mendung dan diselangi hujan renyai.

Di PAHANG, 2,152 mangsa dipindahkan di Kuantan, Pekan (167) dan Rompin (57).

Beberapa laluan di kawasan Sungai Lembing ditutup kepada lalu lintas bermula hari ini berikutan paras air Sungai Lembing yang semakin meningkat.

Dalam pada itu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara di Pekan berharap mereka bersabar.

Titah baginda, pihak bertanggungjawab kini sedaya upaya membantu mangsa yang terjejas dan meminta mereka tidak menyalahkan pihak berkenaan jika bantuan lewat sampai.

"Saya harap mereka tidak menyalahkan pihak yang datang memberi bantuan... mungkin keadaan jalan yang tidak berapa baik dalam keadaan cuaca hujan begini menyebabkan bantuan sedikit terlewat," titah baginda.- Bernama

Gambar terkini banjir teruk di Kelantan setakat lewat petang tadi (25 Disember 2012)


Gambar terkini banjir teruk di Kelantan setakat lewat petang tadi (25 Disember 2012). Antara kawasan atau daerah yang teruk dilanda banjir ialah Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Tanah Merah. Jumlah mangsa yang terpaksa dipindahkan ialah 465 orang yang datang dari 110 keluarga.


Mereka dipindahkan ke 13 pusat pemindahan yang disediakan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh, Sekolah Kebangsaan (SK) Telekong, Sekolah Kebangsaan Tiong, Pejabat Penggawa Peringat, SMK Mulong, Madrasah Becah Palas Lubuk Agor, SK Bukit Panau, Dewan Padang Kijang, SK Bukit Awang, SRK Kamil, Madrasah Haji Daud, SK Baruh Pial dan Madrasah Sungai Mas. Jom tengok beberapa gambar banjir teruk di Kelantan yang memang menyedihkan sebagai rakyat Malaysia.




Gambar terkini banjir teruk di Terangganu (25 Disember 2012)

Gambar terkini banjir teruk di Negeri Terangganu (25 Disember 2012) yang berlaku di Sekitar Pekan Jerteh dan Kuala Berang. Banjir yang melanda memang amat teruk dan yang paling pelik ialah Pekan Jerteh turut sama dilanda banjir, benda yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Nampaknya banjir yang melanda Bahagian Pantai Timur semakin dahsyat dan menakutkan. Berhati-hati kepada penduduk di sana.

Banjir di Pekan Jerteh


Banjir di Kuala Berang

Bil Elektrik lebih 100 peratus



SUBANG JAYA – Pengusaha restoran dan penduduk sekitar Sunway serta Subang Jaya di sini mendakwa terkejut bil elektrik mereka naik lebih 100 peratus selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggantikan meter analog kepada digital bermula September lalu.

Difahamkan, ada pengusaha restoran yang mendakwa bil mereka yang sebelum ini hanya RM600 sebulan naik mendadak kepada RM3,000.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan berkata, beliau menerima banyak aduan berhubung perkara itu. Menurutnya, yang menimbulkan ketidakpuasan hati pengguna syarikat utiliti itu bil tidak diberikan setiap bulan dan hanya menggunakan anggaran penggunaan.

Katanya, turut menimbulkan kekeliruan apabila sebahagian pengguna boleh menukar meter tetapi ada pula yang boleh sekiranya tidak mahu meter mereka ditukar. “Kebanyakan yang mengadu tidak puas hati mengenai ini, ada yang tukar, ada yang tidak tukar, yang bersetuju tukar meter mereka rasa tertipu,” katanya pengguna terpaksa kerana hanya ada satu pembekal elektrik sahaja di negara ini.

Hannah berkata, syarikat utiliti berkenaan perlu melantik badan bebas untuk menguji meter baru yang ditukar selain sebagi satu tempat untuk pengguna membuat aduan berkenaan meter yang tidak tepat. Katanya, TNB juga mesti memberitahu orang ramai berapa keuntungan diperolehi selepas melaksanakan penukaran meter itu dan kementerian harus main peranan berkenaan perkara itu.

“Masalahnya kalau tidak bayar, TNB beri notis amaran untuk potong seolah-olah ugutan kepada pengguna, keperluan bekalan itu penting, saya minta pihak utiliti itu beri maklumbalas segera berhubung cadangan penubuhan badan bebas itu,” katanya.

Pengusaha kedai makanan, Ari Krishnan berkata, bilnya sebelum bulan Julai lalu hanya sekitar RM600. Namun katanya, bermula September lalu bilnya mula naik RM2,000 dan RM3,000 sehingga bekalan di premisnya pernah dipotong selepas waktu bekerja.

Katanya, oleh kerana dia perlu meneruskan operasi perniagaan, dia terpaksa memanggil pekerja syarikat utiliti itu dan terpaksa membayar sedikit wang perkhidmatan kerana mahu bekalan disambung semula. “Jika tidak saya perlu menunggu untuk penyambungan bekalan keesokan harinya,” katanya.

Monday, December 24, 2012

Saya tak akan maafkan Siti Fazurina - Ibu Fazurina


Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta, Siti Fazurina Mohd Famir hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sebelum ibunya itu ditarik ahli keluarganya yang lain meninggalkan sidang media dibuat pelakon berusia 30 tahun itu bagi menjelaskan kontroversi perkahwinannya, semalam.

Ibunya, Zubaidah Abu Bakar, 60, hadir pada sidang media itu bersama abang tiri Fazurina, Shahzuri Shaharudin, 36, serta adik-beradiknya yang lain, Mohd Fauzi Mohd Famir, 24, dan Mohd Firdaus Mohd Famir, 22. Bagaimanapun, mereka hanya berdiri berhampiran kumpulan media dan hanya mendengar sidang media tanpa berkata apa-apa.


Siti Fazurina kelihatan tersentak dan menangis apabila ibunya mengikut saudara-maranya yang lain selepas dia berkejar mendapatkan Zubaidah berhampiran tangga selepas ibunya bergegas meninggalkan sidang akhbarnya.

Bagaimanapun, dia hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sambil meminta ampun manakala Zubaidah didengar meluahkan kekesalannya dengan tindakan Siti Fazurina (berkahwin secara senyap) sebelum dia ditarik adik-beradiknya meninggalkan tempat itu.


Usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan Zubaidah mengenai perkahwinan anaknya itu gagal kerana dia enggan ditemu ramah media, termasuk ketika dihubungi melalui telefon, malam tadi. - Harian Metro

AWEK AKU AJAK TIDUR SEKALI!

AWEK AKU AJAK TIDUR SEKALI | GIRLFRIEND AKU AJAK TIDUR SEKALI, APA LAGI? BEDARAHLAH! MALAM PERTAMA KOT!

Apa nak jadi la bebudak sekarang ni. Selambe naga dia jek nak post benda-benda macam ni kat facebook.

NENEK TUA ASYIK GOYANG GERUDI!


VIDEO NENEK TUA BERDISKO DANSA DAN BERDANGDUT | Power gila nenek ni! Menari mengikut rentak irama mengalahkan wanita muda. Siapa sangka nenek yang lanjut usia begini mampu menari begitu lama dan kelihatannya beliau sangat menikmati tariannya.

Sebab beliau mampu menari sebegini lincah mungkin disebabkan meminum susu Anlene. HAHAHAHA!

#WHATEVER!

Jom saksiakan!

Bilakah Filem Lucah Pertama Diterbitkan?


Bilakah Filem Porno Pertama Di Terbitkan | Tahukah anda bilakah pertama kali filem porno dibuat? Filem porno pertama kali dibuat dan mulai diproduksi tak lama setelah projektor gambar bergerak diciptakan pada tahun 1895. 

Orang yang menjadi pelopor film porno adalah Eugène Pirou dan Albert Kirchner.Mereka berdua membuat filem yang menampilkan  wanita wanita yang hendak menanggalkan pakaian yang kemudian menjadi pencetus filem porno saat ini.

Dalam produksi filemnya,Eugène Pirou dan Albert Kirchner membuat cap dagang bernama Léar. Filem karya Pirou akhirnya banyak menginspirasi filem di Perancis yang membuat filem dengan wanita bogel yang ketika itu  sangat popular di Perancis.

Kerana hampir tidak diketahui Pirou sebagai pembuat filem porno, kredit sering diberikan kepada filem-filem lain untuk menjadi filem porno yang pertama. Salah satu upaya yang paling ilmiah untuk mendokumentasikan asal-usul perdagangan “Fim Esek-esek” dilakukan oleh Dave Thompson dalam filem dokumenteri “In Black and White and Blue (2008)”. Ia menceritakan banyak bukti bahwa industri seperti ini pertama kali muncul di Buenos Aires dan kota-kota Amerika Selatan lainnya saat pergantian abad, dan kemudian dengan cepat menyebar ke seluruh Eropah Tengah selama beberapa tahun berikutnya, namun tidak satu pun dari filem-filem porno awal ini dikenal secara luas.

Menurut Patrick Robertson dalam buku Film Facts, ‘ filem porno paling awal yang dapat dipastikan tarikh pembuatannya adalah A L’Ecu d’Or ou la bonne Auberge’ dibuat di Perancis pada tahun 1908; plotnya menggambarkan seorang perajurit lelah yang memiliki janji untuk bertemu dengan seorang pelayan cantik di sebuah penginapan. El Satario dari Argentina mungkin malah lebih tua lagi. Robertson mencatat bahawa ‘filem-filem porno tertua yang masih ada tersimpan dalam Kinsey Collection di Amerika.

Sebuah filem menunjukkan bagaimana konvensi-konvensi porno mula-mula ditetapkan. Filem Jerman Am Abend (sekitar 1910) adalah menurut Robertson, ‘sebuah filem pendek sepuluh minit yang dimulai dengan seorang perempuan yang memuaskan dirinya sendiri dibiliknya dan kemudian beralih dengan menampilkan dirinya sedang berhubungan seks dengan seorang laki-laki, melakukan fellatio (blowjob) dan penetrasi anal.

Filem porno tersebar luas di era filem bisu tahun 1920-an, dan sering diputar dalam rumah bordil.
Kerana saat itu filem porno masih dicap ilegal, maka blue film atau stag film (sebutan untuk film porno) diproduksi secara sembunyi-sembunyi mulai tahun 1940an. Filem-filem tersebut kemudian diedarkan secara peribadi atau oleh pedagang keliling dengan risiko penjara jika tertangkap.

Hajjah Sitt Al-Wuzara Gadis Sesat Muncul Semula!


Mak Cik Hajjah Sitt Al-Wuzara Gadis Sesat Muncul Semula | Suatu ketika dahulu, negara kita gempar dengan kisah mengenai seorang wanita beragama Islam secara terang-terangan telah menghina agama Islam termasuk Allah S.W.T dan utusan Allah, Nabi Muhammad S.A.W.

Namanya adalah Mak Cik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Kisahnya yang gemar memaki hamun agama Islam di laman sosial Facebook dan di Twitternya mendapat perhatian meluas selepas didedahkan di stesen berita tempatan.

Gadis gila ini asalnya dikatakan beragama Islam.

Malah, ada juga beberapa kumpulan termasuklah Facebook Pendedahan Eksklusif-Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yang telah melakukan penyiasatan terhadap individu tersebut dan mendapati wanita itu adalah orang Malaysia dan nama asalnya adalah Adlin Abd Jalil.

Identitinya dikenal pasti selepas Adlin sendiri memuat naik gambar kad pengenalannya untuk tatapan umum.

Adlin dikatakan tinggal di Sweeden dan menjadi ahli aktif di sana untuk memurtadkan umat Islam yang ada.

Hingga kini, dikhabarkan Adlin sudah banyak memurtadkan umat Islam dan jumlahnya boleh dikatakan agak tinggi.

Setiap hari, ada sahaja kata-kata yang cubaan memesongkan akidah umat Islam dikeluarkan oleh Adlin untuk bacaan orang ramai termasuk pengikutnya di Facebook.

Boleh dikatakan, Adlin mengkaji setiap ayat dalam Al-Quran dan hadis-hadis dari Rasulallah, tetapi dia akan menyasarkan maksud sebenar agar umat Islam terkeliru dari ajaran yang sebenar.

Selepas pendedahan yang dilakukan, Adlin senyap seketika dari operasinya yang suka mengeluarkan kata-kata makian dan lucah terhadap Islam.

Namun, Adlin muncul semula baru-baru ini dalam meneruskan operasi menghina Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.

Astaghfirullah.



HUKUM MENYAMBUT DAN MENGUCAPKAN KRISMAS!


HUKUM ORANG ISLAM MENYAMBUT DAN MENGUCAPKAN KRISMAS | Ramai umat islam terlalu ghairah mengucapkan Merry Christmas dan ada yang begitu gembira sehingga turut ikut serta menyambut perayaan ini. Namun, tahukah anda bahawa HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM MENGUCAPKAN DAN MENYAMBUT PERAYAAN INI?

Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah ditanya:

Bagaimana hukum mengucapkan Merry Christmas (Selamat Hari Natal) kepada orang-orang Kafir? 

Bagaimana pula memberikan jawaban kepada mereka bila mereka mengucapkannya kepada kita?

Apakah boleh pergi ke tempat-tempat pesta atau majlis yang mengadakan acara seperti ini? Apakah seseorang berdosa, bila melakukan sesuatu dari yang disebutkan tadi tanpa sengaja (maksud yang sebenarnya) namun dia melakukannya hanya untuk menghormati kawan, malu, perasaan atau sebab-sebab lainnya? Apakah boleh menyerupai mereka di dalam hal itu?

Jawapan:

Mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang kafir adalah haram hukumnya menurut kesepakatan para ulama (ijma).

Hal ini sebagaimana dinukil dari Ibn al-Qayyim rahimahullah di dalam kitabnya Ahkam Ahl adz-Dzimmah, beliau berkata, Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syiar-syiar kekufuran yang khusus bagi mereka adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap Hari-Hari besar mereka dan puasa mereka, walau sekadar mengucapkan, Semoga Hari raya anda diberkati atau anda yang diberikan ucapan selamat berkenaan dengan perayaan hari besarnya itu dan semisalnya.

Perbuatan ini, kalaupun orang yang mengucapkannya dapat lari dari kekufuran, maka dia tidak akan lari dari melakukan hal-hal yang diharamkan. Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap Salib bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah. Dan amat dimurka lagi bila memberikan selamat atas minum-minum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan dan sebagainya. Banyak sekali orang yang tidak sedikitpun tersisa kadar keimanannya, yang terjatuh ke dalam hal itu sementara dia tidak sedar betapa buruk perbuatannya tersebut. Jadi, barangsiapa yang mengucapkan selamat kepada seorang hamba karena melakukan suatu maksiat, bida'ah atau kekufuran, maka bererti dia telah menghadapi Kemurkaan Allah dan Kemarahan-Nya.

Mengenai kenapa Ibn al-Qayyim sampai menyatakan bahawa mengucapkan selamat kepada orang-orang Kafir berkenaan dengan perayaan hari-hari besar keagamaan mereka haram dan posisinya demikian, kerana hal itu mengandungi persetujuan terhadap syiar-syiar kekufuran yang mereka lakukan dan meridhai hal itu dilakukan mereka sekalipun dirinya sendiri tidak rela terhadap kekufuran itu, akan tetapi adalah HARAM bagi seorang Muslim meridhai syiar-syiar kekufuran atau mengucapkan selamat kepada orang lain berkenaan dengannya karena Allah Taala tidak meridhai hal itu, sebagaimana dalam firman-Nya.

Ertinya: Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu. [Az-Zumar:7]

Ertinya : Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku- cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. [Al-Ma`idah :3]

Jadi, mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengan hal itu adalah haram, baik mereka itu rakan-rakan sepejabat dengan kita seorang (Muslim) ataupun tidak.

Bila mereka mengucapkan selamat berkenaan dengan hari-hari besar mereka kepada kita, maka kita tidak boleh menjawabnya karena hari-hari besar itu bukanlah hari-hari besar kita. Juga kerana ia adalah hari besar yang tidak diredhai Allah Taala; baik disebabkan perbuatan mengada-ada ataupun disyariatkan di dalam agama mereka akan tetapi hal itu semua telah dihapus oleh Din-ul-Islam yang dengannya Nabi Muhammad Shallallhu ‘alaihi Wa Sallam diutus Allah kepada seluruh makhluk. Allah Taala berfirman.

Artinya : Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi . [Ali Imran:85]

Kerana itu, hukum bagi seorang Muslim yang memenuhi undangan mereka berkenaan dengan hal itu adalah HARAM kerana lebih besar dosanya berbanding mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengannya. Memenuhi undangan tersebut mengandung makna ikut serta bersama mereka di dalamnya.

Demikian pula, haram hukumnya bagi kaum Muslimin menyerupai orang-orang Kafir, seperti mengadakan majlis atau pesta-pesta berkenaan dengan hari besar mereka tersebut, saling memberi hadiah, membagi-bagikan manisan, hidangan makanan dan semisalnya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shallallhu ‘alaihi Wa Sallam,

Ertinya : Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari Mereka. [Hadits Riwayat Abu Daud]

Syaikhul Islam, Ibn Taimiyah berkata di dalam kitabnya Iqtidl` ash-Shirth al-Mustaqm, Mukhlafah Ashhb al-Jahm:

Menyerupai mereka di dalam sebagian hari-hari besar mereka akan menyebabkan timbulnya rasa senang di hati mereka atas kebatilan yang mereka lakukan, dan barangkali hal itu membuat mereka mencari-cari kesempatan (dalam kesempitan) dan menghinakan kaum lemah (iman). Dan barangsiapa yang melakukan sesuatu dari hal itu, maka dia telah berdosa, baik melakukannya kerana berbasa-basi, ingin mendapatkan simpati, rasa malu atau sebab-sebab lainnya kerana ia termasuk bentuk peremehan (penghinaan) terhadap Dinullah dan merupakan sebab hati orang-orang kafir menjadi kuat dan bangga terhadap agama mereka.

Kepada Allah kita memohon agar memuliakan kaum Muslimin dengan Din mereka, menganugerahkan kemantapan hati dan memberikan pertolongan kepada mereka terhadap musuh-musuh mereka, sesungguh Dia Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Gadis Melayu Bangga Beli Dan Teguk Arak!


Gadis Melayu Bangga Beli Dan Teguk Arak | Tak sangka betul ada juga gadis melayu yang memakai tudung begitu berbangga memegang tin dan botol arak. Bukan hanya memegang, mereka juga berbangga meneguk air kencing syaitan ini.

Assalammualaikum,

Mungkin kita semua dah biasa pun tengok gambar-gambar kat bawah ni.

Tapi inilah realiti kehidupan atas nama kemajuan dan kemodenan, maka anak-anak gadis kita hanyut dalam khayalan.

Banyak lagi perkara-perkara yang amat-amat memalukan berlaku di luar sana. 

Kita hanya mampu melihat mereka tanpa dapat melaku kan apa-apa tindak kan yang dapat menyedarkan mereka ini dari terus hanyut.

Gadis-gadis ini mungkin anak-anak kita, adik-adik atau siapa pun, mereka ini... HARUS DI SELAMATKAN.. 




Begitu berbangganya mereka-mereka ini menikmati kelazatan air kencing syaitan itu, tidakkah mereka merasa malu dan kesian kepada diri mereka sendiri. 

Tidakkah mereka terfikir tentang mak ayah mereka. 

Di saat-saat tengah gembira macam ni, mana nak fikir tu semua kan. 

Kalaulah ketika ini malaikat maut datang mencabut nyawa mereka. 

Sudah terlambat bagi mereka untuk kembali...

wasalam..

Sunday, December 23, 2012

Isteri Psy Gangnam Style!


Rupa Wajah Isteri Psy Gangnam Style | Tahukah anda Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang (34) sudah berkahwin? Berliau bernikah dengan Yoo Hye-yeon pada tahun 2006 dan mempunyai dua orang anak kembar perempuan. 

Tahukah anda Psy mendapat royalti sebanyak USD 8 Juta hasil dari berbillion video Gangnam beliau di Youtube. 

Paling terbaik ialah Psy datang dari keluarga super kaya dan sebenarnya tak memerlukan langsung kareer sebagai seorang pemuzik. 

Lucky guy! 

Bomba Kelantan Minta Siap Sedia Hadapi Banjir


KOTA BAHARU – Rakyat Kelantan terutama yang menetap di kawasan rendah diminta membuat persiapan yang perlu untuk menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman berkata, nasihat itu dikeluarkan berikutan air sungai utama di negeri ini dilaporkan mula meningkat.


“Peningkatan paras air sungai berikutan hujan yang berterusan sejak seminggu lalu. Saya nasihatkan mereka bersiap sedia dan jika tiba masanya untuk berpindah jangan tunggu sehingga diarahkan berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, pihaknya juga sudah bersiap sedia untuk menghadapi musim tengkujuh dan menubuhkan unit rondaan baharu bagi memantau kawasan rendah.

Jelas beliau, unit itu akan bergerak ke kawasan tertentu untuk memberi maklumat terkini keadaan banjir kepada bilik kawalan bomba Kelantan selain dibantu unit perubatan kecemasan dan unit kaunseling.

“Jika keadaan buruk, kita akan meminta bantuan jabatan Bomba di negeri-negeri lain,” jelas beliau.

Namun, katanya, keadaan di Kelantan masih terkawal setakat ini dan belum ada kawasan ditenggelami air.

Tetapi semua sungai utama di Kelantan kini hampir melepasi paras normal kecuali Sungai Golok yang telah melepasi amaran iaitu pada bacaan 8.46 meter pada pukul 3 petang ini.

Paras amaran di sungai itu adalah pada lapan meter manakala bahaya sembilan meter dan keadaan cuaca di Kelantan kini hujan renyai yang disusuli hujan lebat terutama di kawasan pedalaman. – mynewshub.my

Pencen swasta boleh keluar usia 55 tahun



Kuala Lumpur: Pencarum Skim Persaraan Swasta (PRS) masih boleh mengeluarkan simpanan mereka apabila berumur 55 tahun, meskipun kerajaan sudah melanjutkan umur persaraan swasta kepada 60 tahun. 

Pengerusi Pentadbir Pencen Swasta Malaysia (PPA), Datin Zaiton Mohd Hassan, berkata semua caruman yang dibuat kepada PRS terbahagi kepada dua sub-akaun dan pencarum boleh mengeluarkan 70 peratus simpanan apabila mencapai umur persaraan manakala 30 peratus boleh dikeluarkan setahun sekali selepas itu. 
Katanya, PRS yang dilancarkan Julai lalu adalah caruman sukarela yang memberi pilihan kepada orang ramai untuk menambah simpanan persaraan mereka menerusi sumbangan jangka panjang dalam persekitaran yang dikawal selia. 

“Buat masa ini, Suruhanjaya Sekuriti (SC) menetapkan pencarum PRS boleh mengeluarkan sebanyak 70 peratus simpanan mereka apabila berumur 55 tahun, walaupun kerajaan melanjutkan umur persaraan swasta kepada 60 tahun bermula tahun depan. Bagaimanapun, perkara ini akan dikaji dengan lebih lanjut,” katanya dalam satu temubual di sini, baru-baru ini. 

Sebelum ini kerajaan mengumumkan umur persaraan sektor swasta dilanjutkan kepada 60 tahun daripada 55 tahun yang berkuat kuasa mulai 1 Julai tahun depan, seperti yang ditetapkan di bawah Akta Umur Persaraan Minimum 2012. 

Menerusi akta berkenaan, umur persaraan minimum pekerja sektor swasta ialah 60 tahun dan majikan tidak boleh memaksa pekerja bersara sebelum mencapai usia itu. 

Mengenai PRS, ia ditawarkan oleh tujuh firma pengurus dana dan sebuah syarikat insurans kepada individu yang terdiri daripada pelabur runcit, bekerja sendiri, pekerja serta majikan. 

Setakat ini, empat syarikat telah melancarkan skim persaraan mereka iaitu CIMB-Principal Asset Management Bhd, Public Mutual Bhd, Manulife Unit Trust Bhd dan Hwang Investment Management Bhd. 

PPA ditubuhkan Julai lalu bagi mentadbir, memantau dan menggalakkan pertumbuhan dan operasi industri PRS. 

Mengenai cadangan untuk meningkatkan bilangan penyedia skim PRS, Zaiton berkata: “Buat masa ini, jumlah itu sudah mencukupi kerana masih ada syarikat yang masih belum melancarkan skim persaraan swasta mereka. Mungkin kerana menantikan waktu yang sesuai serta melihat kepada kehendak pasaran,” katanya. 

Beliau berkata, dana PRS dijangka mencecah RM30.9 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang walaupun bilangan pencarum masih lagi rendah pada masa ini berikutan masih kurangnya kesedaran terhadap skim persaraan alternatif itu. 

“Jika dibandingkan dengan jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akhir tahun lalu mencatatkan sebanyak RM469 bilion dan dalam tempoh 10 tahun ia mungkin meningkat kepada RM600 bilion. Saiz sasaran PRS ini hanya lima peratus daripada jumlah berkenaan,” katanya. 

Bagi menggalakkan penyertaan , Zaiton berkata pencarum akan menikmati pelepasan cukai sehingga RM3,000 bagi 10 tahun pertama dari tahun taksiran 2012 manakala majikan yang menyumbang kepada skim itu untuk pekerja mereka pula akan diberikan potongan cukai sehingga 19 peratus.

Undang-undang Negara China - Bunuh Anak Kembar



Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!

ish2 sampai kena bunuh anak tue....kesian anak yang tak berdosa kan?

Artikel Asal

Syafiq Yusof sah bertunang dengan rakan kolejnya, Aeisyah Zainal


Anak kepada pengarah filem terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof mengikat tali pertunangan dengan rakan kolejnya, Aeisyah Zainal di rumah tunangnya di Gombak, Selangor semalam.

Pada majlis tersebut, Syafiq, 20, yang juga seorang pengarah filem sudah dua tahun menjalin hubungan cinta dengan Aeisyah, 20, memberi tunangnya sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibunya, Datin Fatimah Ismail beserta tujuh dulang hantaran.

Pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran.

Syafiq yang mengarahkan filem berjudul Sam berkata, dia dan tunangnya merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh setahun hingga dua tahun dari tarikh pertunangan mereka.
"Syukur kerana majlis pertunangan berjalan dengan lancar. Saya harap agar pertunangan ini sampai ke jenjang pelamin.

"Insya Allah sama ada hujung tahun depan atau 2014 kami akan berkahwin," ujarnya gembira ketika dihubungi Kosmo! semalam.
- Kosmo

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More