Showing posts with label future. Show all posts
Showing posts with label future. Show all posts

Sunday, August 5, 2012

Panduan Untuk Berhadapan Dengan Pemberontakan Robot (Video)

Robopocalypse!

Video yang menarik untuk penggemar filem fiksi berasaskan robot. Aku pasti anda mesti pernah menonton filem mengenai pemberontakan robot terhadap manusia, terutamanya filem Terminator.

Kalaulah situasi seperti dalam filem tersebut berlaku suatu hari nanti, apakah yang harus anda lakukan untuk berdepan dengan robot selain menyertai The resistance?

Mari lihat apa yang anda harus lakukan jika berhadapan dengan robot dan cara menyelamatkan diri apabila situasi kebangkitan robot ini berlaku. Ianya berdasarkan fakta dan lojik. Itu pun JIKA berlaku. hah


Tibe2Jam6Petang

Tuesday, July 24, 2012

Cool: Teknologi Project Glass Oleh Google (3gambar)

Wow canggih!

Project Glass merupakan satu teknologi yang sedang dibangunkan oleh kumpulan Google X daripada Google. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah Project Glass ini, anda boleh menonton video di bawah.

Ianya sangat menarik dan salah satu ciri-ciri yang menarik perhatian aku tentang teknologi ini ialah, anda boleh menangkap gambar berdasarkan penglihatan anda serta berkongsi penglihatan dengan orang lain.

Jika teknologi ini telah lengkap, ianya pasti membawa kita kepada zaman yang lebih maju. Macam dalam game dan filem fiksi masa hadapan!




Tibe2Jam6Petang

Sunday, July 15, 2012

Konsep: Kenderaan Awam Paling Laju Di Dunia (4gambar)

Cool!

Evacuated Tube Transport (ETT) merupakan sebuah konsep pengangkutan paling pantas, tanpa geseran, murah, lebih selamat dan senyap jika dibandingkan dengan kapal terbang mahupun kereta api.

Ianya menggunakan tiub vakum sebagai landasan dan boleh membawa penumpang seramai 6 orang pada sebuah kapsul berbentuk silinder serta boleh mencapai kelajuan 4,000 mph. Dianggarkan ianya hanya mengambil masa selama 45 minit perjalanan antara New York ke Los Angeles, dan 2 jam daripada New York ke China.

Pereka ETT juga mendakwa bahawa kenderaan ini bakal menjadi satu sistem kenderaan awam dan kos pembinaanya lebih 1/10 murah daripada kos pembinaan sistem kereta api berkelajuan tinggi.

Mengenai keselamatan dan daya impak yang dialami oleh penumpang, mereka juga mendakwa ETT direka dengan ciri keselamatan dan daya G (G-force) yang terkena pada pemumpang adalah paling minimum. Mungkin mereka mempunyai cara dan teknologi tersendiri. Siapa tahu.

Nama ETT ini diberikan oleh seorang jurutera mekanikal, Daryl Oste pda awal tahun 90-an dan beliau merupakan pemegang patent untuk teknologi ini.

Dulu aku ada paparkan beberpa artikel mengenai idea super dan mungkin ETT ini termasuk dalam ketegori tersebut dan tidak mustahil untuk dilaksanakan pada masa hadapan. Bayangkan pada suatu hari nanti, anda boleh menaiki kenderaan awam untuk mengelilingi dunia dalam masa 6 jam saja!





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More