Showing posts with label Kulit Muka. Show all posts
Showing posts with label Kulit Muka. Show all posts

Saturday, September 15, 2012

Petua Tradisional Menghilangkan Jerawat

Apasal la jerawat kat muka ni makin menjadi-jadi? Dah banyak petua dicuba, tapi keadaannya masih sama. Malah, kadang-kadang ia bertambah teruk. Betul ker petua yang ada dalam blog ni?

Biasanya begitulah persoalan yang bermain di fikiran anda, kan? Sebenarnya, ia bergantung pada banyak faktor lain. Petua yang dikongsikan hanyalah satu usaha yang perlu anda lakukan agar masalah yang timbul dapat diselesaikan.

Namun begitu, sekiranya anda mengamalkan sesuatu petua tetapi tidak menitikberatkan soal lain seperti kebersihan diri, kemungkinan besar apa yang anda harapkan akan menjadi sebaliknya.

Justeru, anda perlulah utamakan soal kebersihan diri dan persekitaran agar kulit muka dan tubuh kekal terpelihara setiap masa.

Kulit Muka Cantik

Pagi tadi semasa membaca akhbar Sinar Harian, saya terjumpa petua menghilangkan jerawat. Mungkin ia dapat memberikan manfaat kepada anda masih dibelenggu masalah jerawat.

Oke, ramuan yang diperlukan adalah kulit Pokok Bunga Tanjung, bedak sejuk dan sedikit air.

Pokok Bunga Tanjung
Pokok Bunga Tanjung


Cara mengamalkannya;


1. Ambil bahagian dalam lapisan kulit batang pokok Bunga Tanjung.

2. Gilingkan ia sehalus yang mungkin untuk dijadikan bedak.

3. Setelah halus, campurkan ia dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air.

4. Sapukan ramuan tersebut pada kulit muka anda yang berjerawat sebelum tidur.

5. Jadikan ia sebagai amalan harian.

Sekiranya dilakukan secara berterusan, InsyaAllah kulit muka anda akan bebas daripada jerawat.


Thursday, August 16, 2012

Petua Memutihkan Kulit Muka Dengan Gula

Ramai yang mahu memutihkan kulit muka. Tapi was-was nak mencuba sesuatu petua. Betul ke ni? Confirm jadi ker? Dan pelbagai macam lagi persoalan yang menjadi tanda tanya. Saya di sini sekadar berkongsi. Menjadi atau tidak, itu di luar kemampuan saya. Apa yang sebaiknya, anda cuba dengan penuh yakin dan berdoa.

Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni. Perbanyakkanlah berdoa. Terutamanya ketika hendak berbuka. Sambil meyiapkan juadah berbuka pun boleh berdoa. Gunakan peluang yang diberikan-Nya sebaik mungkin yea. ;)

Jadi, istimewa untuk anda, saya kongsikan satu lagi petua memutihkan kulit muka. Hanya gunakan gula pasir ataupun gula perang aje.

gambar gula pasir

Proses ini dinamakan pengelupasan atau "exfoliating". Di mana ia diyakini membantu mencerahkan kulit anda serta kelihatan berseri-seri. chewwahhh macam nak kawin la plak

Oke. Sekarang kita beralih ke langkah mempraktikkannya;

1. Basuh dan bersihkan muka anda dulu daripada segala kekotoran dengan air bersih.

2. Kemudian, lapkan muka dengan tisu basah jika ada. Kalau tiada, lapkan dengan tuala lembut yang bersih.

3. Campurkan 1 sudu gula pasir ataupun gula perang dengan pencuci muka yang biasa anda pakai.

4. Sapukan campuran tersebut ke muka anda secara lembut.

5. Sambil menyapu, urut kulit muka anda secara membulat sekitar 5-10 minit.

6. Lepas tu, biarkan ia seketika dalam 10 minit.

7. Seterusnya, bilas muka anda untuk menghilangkan sisa gula tadi.

8. Akhir sekali, bilas muka anda buat kali kedua dengan air sejuk bagi menutup liang pori yang terbuka.

Amalkan cara ini seminggu sekali sehinggalah kulit anda secerah yang diinginkan. Mudah dan ringkas, kan?


PetuaSejagat

Tuesday, October 5, 2010

Tips Memelihara Kesegaran Wajah

Jika nampak wajah seseorang tu sentiasa kelihatan segar dan bermaya, pernah tak anda rasa hairan? Apa rahsia dia? Rutin harian dia memang sibuk memanjang. Tentu takde masa nak jaga muka. Dia bukannya muda lagi. Kahwin pun dah lama. Anak-anak pun dah besar panjang. Tapi muka tetap "maintain". Tak berkedut pulak tu.


Haishhh... macam-macam persoalan yang mungkin bermain di kepala anda. Buntu dibuatnya. Sedangkan anda yang lebih muda daripadanya pun dah mula timbul kedutan sana sini. Bila penat bekerja dan melayan anak-anak, muka pun nampak letih jer.

Hahh! Kalau anda nak tahu rahsianya, cubalah petua yang menggunakan pisang masak ni sebagai bahan utama.


pisang masak

Pisang masak




Cara-caranya;


1. Ambil beberapa biji pisang yang telah masak.

2. Kisar pisang tersebut sehingga ia menjadi seakan-akan krim.

3. Bila pisang tadi dah jadi krim, gunakanlah krim pisang tu sebagai bahan sapuan.

4. Sapukan pada keseluruhan kulit muka anda hingga rata.

5. Biarkannya dalam 20 minit.

6. Setelah 20 minit berlalu, bilas muka anda dengan air suam.

7. Kemudian, bilas sekali lagi dengan air sejuk pula.

8. Akhir sekali, lap muka anda perlahan-lahan dengan tuala bersih.


Amalkan selalu untuk mengekalkan kesegaran wajah anda dan mengelakkan daripada kulit muka daripada lekas berkedut.


Selamat Mencuba!

Thursday, August 5, 2010

Tips Membersih dan Memutihkan Wajah

Memiliki kulit muka yang bersih dan cerah merupakan satu anugerah yang sungguh bermakna. Bagi yang dikurniakan kelebihan itu, anda tentu bersyukur, kan?


Kulit Cerah

Kulit Cerah - stumbleupon.com




Namun begitu, bagi yang ingin mencerahkan atau memutihkan kulit muka, ada satu petua tradisional yang boleh dicuba. Bahan utama yang diperlukan adalah pucuk jambu batu yang masih muda.


Pucuk Jambu Batu

Pucuk Jambu Batu - ar-romli.net




Tanpa berlengah, apakata anda ikuti tips memutihkan wajah di bawah ini;


1. Ambil 4 hingga 5 helai pucuk jambu dan bersihkannya.

2. Tumbuk ia sampai hancur dan campurkan dengan sedikit air bersih.

3. Kemudian, sapu serta gosokkan secara perlahan-lahan bahan tadi ke muka anda.

4. Lakukan langkah no.3 sekurang-kurang dalam 5 minit.

5. Selepas itu, cucilah muka anda dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala lembut.


Jadikan proses di atas sebagai amalan untuk memutihkan kulit wajah anda.


Semoga Berhasil!

Friday, July 24, 2009

Kulit Telur Untuk Kecantikan Muka?

Pernahkah anda menggunakan kulit telur untuk tujuan kecantikan kulit muka? Setahu saya, kulit telur ni digunakan untuk tujuan kraftangan dan meneutralkan minyak masak (hasil R&D saintis UniMAP).

gambar kulit telur

Gambar hiasan kulit telur



Baiklah, kalau anda belum pernah cuba petua ni, saya akan tunjukkan cara-caranya. Selain kulit telur, anda perlulah sediakan juga bahan sampingan lain iaitu bedak sejuk dan air suam.


1. Memula sekali, anda bersihkanlah dulu kulit telur tadi.

2. Kemudian, kisar kulit telur tu sehingga halus seperti debu. Kalau anda lebih suka nak tumbuk pun boleh gak.


kulit telur yang telah ditumbuk

Contoh kulit telur yang telah ditumbuk



3. Seterusnya, anda campurkan dan kacau debu tersebut dengan bedak sejuk dan air suam hingga sebati.

4. Sapukanlah campuran tersebut ke muka anda. Tapi, pastikan muka anda dah dibersihkan terlebih dulu, ok.

5. Sambil anda menyapu bedak sejuk tu, urutlah sekali kulit muka anda secara lembut dan perlahan-lahan.


Begitulah 5 langkah yang boleh anda lakukan untuk mencantikkan kulit muka dengan kulit telur. Lepas ini, anda bolehlah memanfaatkan kulit telur daripada terbuang begitu saja, kan?


Selamat Mencuba!

Tuesday, July 7, 2009

Cara Menghaluskan Kulit Muka Anda

Kulit muka yang bersih dan halus tentunya menjadi idaman anda semua. Begitu juga dengan masalah tompok hitam di muka. Pasti anda seboleh-boleh nak mengelakkannya daripada berlaku, kan?

Baiklah, di sini ada satu petua yang berfungsi untuk kedua-dua tujuan di atas. Iaitu menghaluskan kulit dan mengelakkan masalah tompok hitam pada wajah. Anda cuma sediakan sesudu susu pekat manis, sedikit air panas dan kapas.


Cara melakukannya;


1. Ambil satu sudu besar susu pekat manis.

gambar susu pekat manis

Gambar susu pekat manis ini diambil dari David Chin-Flickr



2. Campurkan susu tersebut dengan sedikit air panas.

3. Kacau campuran tu sehingga ia cair.

4. Kemudian, ambil kapas dan gunakannya untuk meratakan campuran susu dan air tadi ke seluruh muka anda.

gambar kapas muka

Gambar hiasan kapas muka



5. Biarkan ia kering selama beberapa minit.

6. Akhir sekali, bilaslah wajah anda dengan air bersih.

Amalkanlah 2 atau 3 kali seminggu agar hasrat anda untuk memiliki kulit muka yang cantik serta mengelakkan masalah tompok hitam tercapai.


Selamat Mencuba!


p.s: Beberapa petua lain untuk memelihara dan penjagaan kulit muka anda akan menyusul kemudian. Nantikannya yer. :)

Tuesday, June 2, 2009

Cara Melambatkan Muka Berkedut

Adakah anda ingin mengekalkan keremajaan kulit wajah? Dewasa ini, saya yakin kebanyakan anda akan mengatakan YA. Siapa yang nak nampak tua, kan? Mestilah nak "maintain" awet muda. Sentiasa kelihatan 10 atau 20 tahun lebih muda dari usia sebenar. Tu yang sampai ada yang sanggup berhabis duit cucuk sana cucuk sini. Jangan marah ea.

Satu faktor yang menandakan anda semakin berusia adalah kedutan yang timbul pada wajah. Ataupun wajah berkerut. Terutamanya di bahagian dahi dan di tepi mata. Itu adalah perkara biasa. Tiada apa yang perlu anda risaukan.


Tapi kalau anda tahu serta rajin mengamalkan petua kecantikan tertentu, pasti kulit muka anda kan lebih lambat kedut. Ataupun kalau anda masih muda, ia akan lebih tegang gitu.

Salah satu petua melambatkan muka berkedut yang boleh saya tonjolkan di sini adalah dengan menggunakan minyak sayuran dan kuning telur.

gambar minyak sayuran

Gambar hiasan - current.com


gambar kuning telur




Beberapa langkah yang boleh anda praktikkan adalah:


1. Anda perlu menyediakan topeng muka (masker) buatan sendiri.

2. Ambil sebiji telur dan gunakan bahagian kuning telur saja. Bahagian putih tu anda boleh simpan dulu buat masa ni.

3. Kemudian, titiskan beberapa titik minyak sayuran ke atas kuning telur tadi.

4. Kacau campuran itu hingga sebati. Pastikan campuran tersebut tak terlalu pekat atau cair.

5. Sapukan campuran tersebut ke seluruh wajah anda dan biarkan sehingga ia kering. Lebih kurang dalam 15 ke 20 minit.

6. Kemudian barulah anda cuci muka dengan air bersih.


Anda boleh mengamalkannya 1 atau 2 kali dalam seminggu sebagai permulaan. Kemudian, bila kulit anda dah bertambah baik, boleh jarakkan sikit tempohnya. Contohnya macam anda buat 2 minggu sekali atau sebulan sekali.

Kalau anda nak buat topeng muka tadi dengan menggunakan putih telur pun boleh. Buat selang seli. Sekali guna kuning telur + minyak sayur. Giliran seterusnya anda pakai formula putih telur + minyak sayur. Kedua-dua bahagian telur tu baik untuk kulit. Kalau tak diguna, membazir pula nanti.


Selamat Mencuba!

Wednesday, February 4, 2009

6 Cara Penjagaan Kulit Muka

Kulit muka yang tak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada sepatutnya. Begitu juga dengan kulit yang aktif. Sebab anda kerap menegangkannya tetapi tak membersihkannya dengan sempurna, tak gunakan pelembab serta sering terdedah kepada matahari.



Gambar - Nivea


Sebaliknya, kalau anda nak mengekalkan keremajaan kulit muka lebih lama, ikutilah 6 cara penjagaan muka berikut;

1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari pun boleh. :)

2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.

5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.




Sayangilah Kulit Anda!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More