Showing posts with label Diet yang Betul. Show all posts
Showing posts with label Diet yang Betul. Show all posts

Monday, October 18, 2010

Cara Diet yang Betul Tanpa Risiko

Cara diet yang betul memainkan peranan penting dalam usaha anda melangsingkan badan. Jika tersalah langkah, silap haribulan ia boleh memudaratkan kesihatan. Daripada nak kuruskan badan, lain pula jadinya.

Oleh itu, anda ikutilah beberapa panduan diet yang betul di bawah;


1. Ambil Protein yang Cukup


~ Tubuh anda secara puratanya memerlukan 30 gram protein dalam sehari.

~ Antara makanan berprotein yang boleh diambil - daging, susu, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.



2. Elak Perut daripada Lapar


~ Rasa lapar mungkin disebabkan faktor psikologi seperti tekanan atau stress.

~ Jika begitu, anda boleh atasi rasa lapar tersebut dengan memakan buah-buahan seperti epal.



Buah epal - thundafunda.com




3. Usah abaikan Lemak


~ Bila berdiet, saya yakin ramai di antara anda seboleh-bolehnya mengelak pengambilan makanan yang berlemak.

~ Tapi, tubuh anda perlukan air, karbohidrat, lemak yang sedikit, mineral, serat dan vitamin.

~ Jadi, tubuh anda sememangnya memerlukan lemak. Cuma pastikan kuantiti lemak yang diambil adalah terkawal.

~ Ambillah juga jenis lemak yang baik seperti kekacang dan minyak zaitun.

~ Lemak tetap diperlukan kerana ia berfungsi menjaga otot dalam tubuh anda.

~ Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.

~ Dengan cara ini, anda tetap berdaya melawan penyakit walaupun berdiet.


Selamat Berdiet!







Thursday, August 5, 2010

Kenapa Anda Perlu Berdiet? Sambungannya...

Ini adalah sambungan kepada entri bertajuk "Kenapa Anda Perlu Berdiet?". Tanpa berlengah, saya teruskan saja kesudahannya di bawah ini ya.



4. Minum Air Putih


Salah satu diet berkesan yang mudah adalah dengan meminum air putih secukupnya. Ia bertujuan menyeimbangkan kadar cecair dalam badan anda.

Bagaimana nak tahu sama ada ia cukup atau tidak?

Mudah aje. Sekiranya anda berasa haus, itu maknanya anda memang memerlukan air putih. :)



5. Kacang Soya


Memilih makanan berasaskan kacang soya setiap hari boleh membantu anda menurunkan kadar kolesterol.

Kacang Soya

Kacang Soya - www.webmd.com



Selain itu, ia berfungsi melindungi anda daripada diserang sakit jantung. Jadi, jangan lupa memasukkan tauhu, tempe atau air soya dalam menu harian anda.



6. Ikan Laut


Tubuh anda memerlukan lemak yang baik untuk memelihara kesihatan jantung. Nah, ikan laut seperti tuna dan salmon yang dapat membekalkannya.


Hidangan Berasaskan Tuna

Hidangan Berasaskan Tuna - blog.foodnetwork.com


Selain untuk jantung, ia juga mengandungi protein yang tinggi.



7. Bakteria


Terdapat juga jenis bakteria yang memang diperlukan tubuh. Iaitu bakteria baik. Contohnya seperti yogurt.


Yogurt

Yogurt - cookinglight.com




Fungsinya adalah memelihara saluran pencernaan dalam badan anda agar dapat berfungsi sepenuhnya serta menghalang kemasukan bakteria jahat. Bakteria jahat ni biasanya masuk melalui makanan yang anda makanlah.



8. Katakan Tidak pada Alkohol


Sudah terang lagi bersuluh, kan? Tubuh anda tak perlukan alkohol. Tubuh anda akan lebih sihat tanpa alkohol.



9. Lakukan Senaman


Mahu atau tidak, anda mesti bersenam sekiranya benar-benar mahu berdiet. Setakat menjaga pemakanan yang seimbang saja belum tentu akan menjayakan usaha diet anda.

Bersenamlah secara berkala dan teratur agar matlamat anda untuk menurunkan berat badan tercapai.



Selamat Mencuba!


p/s: Anda mahukan bentuk badan yang cantik dan tegap? Panduan bina badan ini (klik) boleh membantu anda. Dengan syarat anda mestilah bertindak dan mulakannya sesegera yang boleh. :)

Monday, August 2, 2010

Kenapa Anda Perlu Berdiet?

Tentu ramai di kalangan anda yang menyangka diet hanyalah untuk golongan yang ingin menurunkan berat badan saja. Tanggapan ini sebenarnya kurang tepat. Ini kerana diet yang betul bukan sekadar untuk kuruskan badan atau menurunkan berat badan.

Tujuan berdiet sebenarnya lebih luas daripada itu. Diet seimbang penting bagi mengurangkan risiko anda dijangkiti pelbagai jenis penyakit. Antara penyakit yang dimaksudkan adalah barah, jantung, obesiti dan juga diabetes.


Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimanakah cara diet yang betul?


Baiklah, di bawah nanti ada beberapa tips diet yang boleh anda ikuti. Harap ianya boleh dijadikan panduan agar tahap kesihatan anda sentiasa berada paras optimum ya;


1. Memahami Piramid Makanan


Piramid Makanan

Piramid Makanan - infosihat.gov.my



Anda boleh merancang menu seharian yang sihat berdasarkan piramid makanan. Fahami jenis makanan yang perlu diambil pada kuantiti yang banyak, sederhana dan sedikit. Nescaya diet anda akan lebih seimbang selepas ini.



2. Pilih Makanan yang Segar


Tahap kesegaran makanan yang anda pilih juga mesti diperhatikan. Sebagai contoh, makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan yang masih segar.

Perhatikan keadaan fizikal dan warnanya. Pilihlah yang tak layu dan warnanya pula masih terang. Jika dah lebam atau pudar warnanya, baik anda lupakannya.



3. Serat


Jangan lupa memasukkan makanan yang mengandungi serat dalam menu anda. Banyakkanlah memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan minum air secukupnya.

Pengambilan serat penting bagi memastikan kelancaran sistem pencernaan anda dan seterusnya ia bekerja dapat bekerja dengan lebih efisien.


Buat masa ni, saya kongsikan 3 cara diet yang betul dahulu. Saya terpaksa berhenti setakat ni dan akan sambung kemudian ya. :)

Thursday, July 22, 2010

Sistem Menurunkan Berat Badan Anda?

Barangkali anda banyak membaca mengenai bagaimana untuk menurunkan berat badan, tips kuruskan badan, diet seimbang dan seumpamanya. Tapi sampai sekarang, ianya belum menampakkan hasil. Tentu anda rasa kecewa, bukan?

Anda berjaya menurunkan berat badan? - shape.com


Dimanakah agak silapnya?

Andainya anda masih belum nampak dimanakah kesilapan masing-masing, apakata anda ikuti langkah-langkah berikut;


1. Menitikberatkan waktu makan dan kuantiti makanan

Dalam sehari, anda boleh makan sehingga 5 ataupun 6 kali. Paling tidak pun, anda tentu akan makan 3 kali sehari. Iaitu sarapan, makan tengahari dan malam.

Cuma apa yang penting adalah anda perlu menjaga waktu makan dan kuantiti makanan yang diambil.

Contohnya jika anda selalu bersarapan jam 7.00 pagi, cuba disiplinkan diri untuk bersarap dalam lingkungan waktu tersebut. Ini kerana sarapan penting bagi membekalkan anda tenaga memulakan aktiviti harian.

Contoh hidangan sarapan pagi - thestonesoup.com


Jika sering melewat-lewatkan waktu makan, tahap metabolisme anda akan menurun. Bila menurun, ia akan menyukarkan proses pembakaran lemak dan kalori dalam badan anda. Inilah sebabnya mengapa anda masih tak berjaya untuk kelihatan langsing.


Begitu jugalah dengan kuantiti makanan yang diambil. Pastikan ianya bersesuian dengan diet anda. Jika nak senang, berhentilah makan sebelum kenyang.


2. Diet yang Betul

Anda sepatutnya memilih makanan yang bergizi lengkap. Ambillah makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan lemak. Cuma, pastikan makanan yang diambil tadi rendah lemak atau rendah kalori.

Ingat, amalkan diet yang betul serta seimbang tau. :)

Contoh Menu untuk Diet - diet-blog.com



3. Minum Susu Rendah Lemak dan Berkalsium Tinggi

Sebaik-baiknya, anda minulah susu rendah lemak dan berkalsium tinggi setiap hari. Ini bagi memenuhi keperluan kalsium dalam tubuh anda.

Saya tahu ramai yang kurang menggemari susu rendah lemak ni, tapi ia sememangnya baik untuk diet anda.

Susu Rendah Lemak - thedailygreen.com



Urmm...nampaknya, saya terpaksa berhenti setakat ini dulu. Tapi jangan lupa yang entri kali ini ada sambungannya. Saya akan cuba siapkannya secepat mungkin untuk anda ya. :)


Jumpa lagi.


P.S: Nak baca sambungannya tak? Sila ke pautan Sistem Menurunkan Berat Badan Anda? Siri 2 ya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More