Showing posts with label Gula Batu. Show all posts
Showing posts with label Gula Batu. Show all posts

Thursday, July 8, 2010

4 Petua Pulihkan Suara Serak (Siri 2)

Demam Piala Dunia dah pun hampir ke kemuncaknya. Perlawanan akhir nanti menemukan 2 pasukan Eropah iaitu Belanda dan Sepanyol. Sejarah baru bakal dicipta. Ya, juara baru Piala Dunia bakal tercatat dalam sejarah. Sebab kedua-dua pasukan belum pernah menjulang piala tersebut.

Menjelang pertemuan bersejarah itu juga, saya pasti para penyokong Sepanyol dan Belanda akan bersorak sakan walau di mana berada. Tak kira tempat. Baik di kedai mamak, dataran, hotel, asrama mahupun di rumah. Pasti gamat dibuatnya.


Sebagai persiapan awal, ada baiknya saya sudahkan dulu petua pulihkan suara serak. Hari tu, saya baru berikan dua daripadanya. Anda boleh rujuk kembali pada entri bertajuk 4 Petua Pulihkan Suara Serak andainya terlepas pandang.


Manalah tau kan, jikalau suara serak ataupun hilang, bolehlah cuba bila perlu nanti. :)



Petua Suara Serak 3


1. Ambil sepotong halia.


Gambar Halia - shine.yahoo.com



2. Kupas halia tadi dan basuh agar ia bersih.

3. Kemudian, anda hiriskannya atau potong kecil dan masukkan dalam segelas air suam.

4. Tambahkan juga sedikit air perahan limau nipis dan gula ke dalamnya.


Amalkan meminum minuman ini setiap hari hingga suara anda pulih seperti biasa.



Petua Suara Serak 4


1. Sediakan segelas air sejuk.

2. Masukkan sedikit asam jawa ke dalamnya. Pssstt... pastikan tangan anda bersih. =)

3. Ramas-ramaskan asam jawa tersebut.

4. Kemudian, tapis dan masukkan air asam jawa tadi ke dalam gelas lain.

5. Dalam gelas yang baru ni, masukkan beberapa ketul gula batu.

6. Kacaukan gula batu tersebut sampai sebati ya.

7. Seterusnya, anda masukkan pula sedikit nasi sejuk yang masih elok dalam gelas yang sama.

8. Kacaukan juga nasi sejuk tadi hingga sebati.

9. Sekarang, embunkan air tersebut di luar rumah anda semalaman.

Ataupun sebagai alternatifnya, anda boleh sejukkan dalam peti sejuk semalaman.


10. Pada keesokan paginya, anda tapis sekali lagi air tersebut dan barulah diminum.


Amalkannya juga sehingga suara anda kembali seperti sediakala.



Mudah-mudahan petua ini membantu anda ya!

Wednesday, December 30, 2009

Lobak Putih Ubat Darah Tinggi

Sewaktu zaman kanak-kanak dulu, saya kurang gemar memakan sayur lobak putih ni. Mungkin kerana rasanya yang kurang menyelerakan kot. Tapi saya akur yang lobak putih atau Raphanus Sativus ni banyak khasiatnya. Antaranya baik untuk sistem penghadaman dan mengatasi masalah kencing tak lawas.

Paling penting kat sini adalah ia juga baik untuk merawat darah tinggi. Saya akan kongsikan caranya seketika nanti. :)

Lobak Putih (aphanus Sativus)

Lobak Putih (aphanus Sativus) - myfolia.com



Selain lobak putih, anda juga perlukan gula batu sebagai perasa tambahan.


Cara-caranya:

1. Sediakan 1 atau 2 batang lobak putih.

2. Bersihkan ia terlebih dahulu dan ambil isinya saja.

3. Kemudian anda kisarkan atau tumbuk lobak putih tu bersama dengan gula batu sebesar ibu jari. Kisar atau tumbuk bahan tersebut sehingga halus atau hancur.

4. Setelah itu, tuangkan dan tapis jus lobak putih tu ke dalam gelas.

5. Minumlah jus tersebut 2 kali sehari.

Amalkan petua ini dan lepas tu berjumpalah dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mengetahui perkembangan semasa darah tinggi anda.


Selamat Mencuba!



p.s: Bagi mendapatkan petua darah tinggi lain, anda boleh rujuk artikel terdahulu di;





Saturday, October 17, 2009

Tips Menjaga Suara Anda

Salah satu aset berharga anda ialah suara. Suara membolehkan anda berkomunikasi dengan pasangan, rakan taulan atau sesiapa saja. Melalui suara jugalah anda boleh terpikat atau terpesona pada seseorang, kan? Jadi, memang tak rugilah kalau anda berusaha menjaga suara dari sekarang.


Terdapat satu tips berkenaan menjaga suara yang ingin saya tampilkan untuk anda. Caranya adalah;


1. Ambil sebiji limau nipis dalah belah 2 atau 4 supaya ia lebih mudah untuk diperah.

2. Perahkan limau nipis tadi ke dalam sebiji gelas yang berisi air masak.

3. Seelok-eloknya air masak tu biarlah yang masih panas atau suam.

4. Lepas tu, campurkan sedikit gula batu dan kacau sampai larut.

gambar gula batu
Gambar gula batu


5. Minumlah air tersebut setiap pagi sebelum anda gosok gigi atau makan apa-apa makanan.


Amalkan tips menjaga suara di atas secara konsisten. Berikan diri anda sedikit masa untuk merasai kesannya serta usahlah cepat berputus asa.




Selamat Mencuba!


p.s: Tak lama dulu, saya pernah menyiarkan tips yang lebih kurang sama melalui artikel bertajuk "Petua dan Tips Agar Suara Merdu".

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More