Showing posts with label Punca Sakit Kepala. Show all posts
Showing posts with label Punca Sakit Kepala. Show all posts

Wednesday, November 18, 2009

2 Petua Mengubati Sakit Kepala

Kadang-kadang, anda akan mengalami gejala sakit kepala. Mungkin disebabkan oleh faktor tertentu. Kalau anda ingin tahu apakah antara punca sakit kepala ni, sila rujuk post terdahulu bertajuk 7 Punca Sakit Kepala di sini. Kali ini, saya akan berkongsi 2 petua mengubati sakit kepala pula.


Petua 1:

Anda amalkan meminum 1 sudu teh sama ada;

- cuka nipah, ATAU

- cuka biasa, ATAU

- air asam jawa, ATAU

- air limau nipis

apabila mengalami sakit kepala.


Petua 2:

1. Anda perlukan segenggam daun turi, 7 biji lada dan beberapa ulas bawang putih.

Jika anda kurang mengenali daun turi, di bawah ni saya ada jumpa gambar pokok turi dan daun turi sebagai rujukan anda.

gambar pokok turi

Gambar pokok turi - Kambing - Usrah Agro Farm @ flickr



gambar daun turi

Gambar daun turi - iptek.net.id



2. Tumbuk kesemua bahan di atas sehingga halus.

3. Tambahkan pula 1 sudu besar cuka dan perapkannya seketika.

4. Akhir sekali, sapukan campuran tadi kat atas kening anda.

Jika takde aral, rasa sakit kepala anda akan berkurangan dan sembuh tak berapa lama selepas itu.


Selepas ini, bolehlah anda mencuba 2 ubat sakit kepala yang telah dinyatakan di atas. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda melegakan sakit kepala nanti.


Selamat Mencuba!

Wednesday, September 30, 2009

7 Punca Sakit Kepala

Rasa sakit kepala boleh dialami oleh sesiapa saja tanpa mengira usia ataupun waktu. Kadangkala, anda sendiri tak pasti apakah punca sebenarnya. Alih-alih jer kepala ni terasa pening. Nak kata lapar, tak jugak. Baru jer lepas menjamu selera tadi. :)

gambar penghidap sakit kepala

Gambar penghidap sakit kepala - www.healthplusclinics.com



Menurut apa yang saya faham, sakit kepala ni berpunca dari sel-sel saraf dalam badan anda. Kepala anda terasa sakit apabila sel saraf ini dibangkitkan dan berlaku kerosakan pada tisu. Rasa sakit akan bertambah teruk jika semakin banyak tisu yang rosak.

Sehubungan itu, bagi mengelakkan sakit kepala anda perlulah menghindari 7 punca utamanya seperti berikut:

1. Fikiran yang bercelaru atau tak menentu.

2. Duduk bertentangan dengan cahaya terang.

3. Memakai cermin mata yang tak sesuai dari segi "power" sama ada di sebelah mata kanan atau kiri atau kedua-dua belah.

4. Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu.

5. Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi.

6. Memakai pakaian yang kurang sesuai. Terutamanya yang agak ketat pada bahagian pinggang.

7. Memakai pewangi atau bau-bauan yang berlebihan.

Akhir sekali, sekiranya terlalu kerap mengalami sakit kepala kemungkinan besar ia adalah tanda anda mengalami barah otak. Pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut sebelum terlambat.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More