Showing posts with label Gosip. Show all posts
Showing posts with label Gosip. Show all posts

Monday, December 24, 2012

Neelofa Terlupa Butang Baju




Neelofa Terlupa Butang Baju | Ternyata, kuasa laman-laman media yang ada sekarang ini mampu membuatkan artis-artis di Malaysia ini tercalar imejnya.

Mana tidaknya, setiap perkara yang dimuat naik untuk tujuan berkongsi dengan para peminat mampu membuatkan cerita negatif mudah terjadi daripada perkara yang negatif.

Ini lagi kisah kontroversi yang datang menjengah buat selebriti wanita, Neelofa.

Satu gambar yang dimuat naik oleh Neelofa sendiri di profil Instagramnya pada 6 hari yang lalu mengundang cakap-cakap tidak enak dari orang ramai.

Gambar itu jelas menunjukkan Neelofa tidak membutang bajunya hingga menampakkan buah dadanya.

Betulkah?

Ada antara komen-komen yang diberikan kepada Neelofa boleh dikatakan tidak patut dibuat kerana hanya tuan badan sendiri sahaja yang tahu keadaan bajunya ketika itu.

Tetapi, ada juga peminat yang memberikan komen mengatakan baju yang dipakai oleh Neelofa waktu itu adalah dua lapis.

Macam-macam manusia fikirkan…

Sunday, December 23, 2012

Isteri Psy Gangnam Style!


Rupa Wajah Isteri Psy Gangnam Style | Tahukah anda Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang (34) sudah berkahwin? Berliau bernikah dengan Yoo Hye-yeon pada tahun 2006 dan mempunyai dua orang anak kembar perempuan. 

Tahukah anda Psy mendapat royalti sebanyak USD 8 Juta hasil dari berbillion video Gangnam beliau di Youtube. 

Paling terbaik ialah Psy datang dari keluarga super kaya dan sebenarnya tak memerlukan langsung kareer sebagai seorang pemuzik. 

Lucky guy! 

Saturday, December 22, 2012

APEX DAN LEUNIEY DAH MULA BERAKSI!


APEX DAN LEUNIEY DAH MULA MAIN | Siapa sangka, walaupun pasangan ini belum berkahwin, mereka sudah mula main.

Jangan fikir yang bukan-bukan. Mereka dah mula bermain bola sepak bersama-sama. AHAKS!

Jom tengok video di bawah.

Friday, December 21, 2012

GAMBAR PERCUTIAN NORA DANISH DAN KELUARGA DI DUBAI!


GAMBAR HOT PERCUTIAN NORA DANISH DAN KELUARGA DI DUBAI | Panas padang pasir dipanaskan lagi dengan kepanasan gambar Nora Danish yang panas. PANAS! PANAS! PANAS!









Thursday, December 20, 2012

Keluarga Kesal Siti Fazurina Kahwin Lari



Siti Fazurina yang juga merupakan pelakon drama bersiri Trilogi Cinta, dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Haikal, 30-an tanpa pengetahuan keluarganya.

Menurut satu sumber terdekat dari keluarganya mendedahkan, Siti Fazurina Mohd Famir, 30, telah bernikah di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis berwalikan bapa saudaranya.

“Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita.

“Kami sangat terkejut dan kecewa dengan tindakannya yang membelakangkan keluarga terutama ibunya,” jelasnya ketika dihubungi pihak wartawan semalam.

Menurut sumber lagi, pihak keluarga perempuan ada menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu yang menjadi saksi pernikahan bagi memaklumkan majlis berkenaan. Individu yang menghantar sms itu turut meminta supaya ibu Fazurina bersabar dan reda dengan perkahwinan yang dilakukan secara sembunyi tanpa pengetahuan keluarga itu.

“Jika benar mereka ingin berkahwin mengapa tidak berjumpa dengan ibunya untuk meminta restu. “Ibunya sangat kecewa dengan tindakan Fazurina bernikah tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. “Malah pihak kami tidak mengenali dan berjumpa keluarga pihak lelaki,” ujarnya.

Sementara itu, usaha wartawan untuk menghubungi Fazurina bagi mendapatkan penjelasan gagal kerana dia mungkin masih mahu merahsiakan majlis itu.

Wednesday, December 19, 2012

Gambar Kurang Sopan Neelofa Peluk Seorang Lelaki Tersebar


Pasti korang semua kenal dengan artis yang hot ni kan? Neelofa! baru-baru ini gambar kurang sopan pelakon ini berpelukan dengan seorang lelaki telah tersebar luas di arena internet ini. Memang panas adegan si palakon ni.

Ni la gambar yang dikatakan itu............


Hahha..jangan marah admin buat konTROLLversi skit... :)

Chef Riz Secara Rasmi Ceraikan Ana Dahlia Dengan Talak Satu



Chef Riz Secara Rasmi Ceraikan Ana Dahlia Dengan Talak Satu : Akhirnya bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor, pada 10 Disember lalu, Chef Riz secara rasmi menceraikan Ana Dahlia dengan talak satu.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, telah mengesahkan perkara itu secara ringkas ketika dihubungi wartawan pada petang Rabu semalam.

“Benar, kemelut perhubungan kami sudah selesai. Kami telah pun bercerai talak satu secara sah,” katanya ringkas kerana sibuk berada di gimnasium.

Hubungan pasangan ini mulai retak dan dihidu wartawan pada Oktober lalu selepas Ana dan Riz dikatakan sedang menghadapi masalah rumah tangga walaupun perkahwinan mereka belum menjangkau setahun lagi. Penceraian itu dikatakan berpunca kerana tiada persefahaman di antara mereka.

Manakala Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar dan Riz telah diijabkabulkan pada 11 Disember 2011. Ia adalah perkahwinan kedua buat Ana.

Dalam pada itu, Ana Dahlai ketika dihubungi pula menyatakan, dia berasa sedikit sunyi sejak berpisah dengan anak lelaki tukang masak selebriti popular Chef Wan itu.

“Saya berasa sunyi sedikit, mungkin kerana saya tinggal bersendirian. Tetapi kesannya tidaklah teruk mana kerana sebelum ini pun saya tinggal sendiri juga.

“Inilah ketentuan dan takdir Tuhan. Saya terima seadanya dan berharap agar kami dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik, Insya-Allah,” tuturnya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Kerana Lelaki Itu.

Menurut Ana Dahlia, walaupun kedua-dua mereka telah bercerai, namun dia tidak pernah menganggap Riz sebagai musuhnya dan masih lagi berkawan seperti biasa.

“Saya tidak pernah memusuhinya, kami kawan seperti biasa. Cuma hubungan kami tidaklah seperti dahulu lagi,” ujarnya.

KOMEN USTAZ AZHAR IDRUS MENGENAI CIKGU SHIDA!


KOMEN USTAZ AZHAR IDRUS MENGENAI CIKGU SHIDA | Siapa tak kenal dengan Cikgu Shida ratu miming Malaysia yang sangat popular dengan seni miming beliau. 

Serius, Mazeer pun sangat terhibur dengan persembahan miming dari beliau. Sebab itu la populariti beliau meningkat naik kerana setiap miming yang dipersembahkan menampilkan watak yang berbeza.

Lagi satu, Cikgu ni pandai make up supaya beliau kelihatan seakan-akan artis yang ditiru. Serius, Mazeer sangat terhibur.

Namun, disebabkan populariti beliau jugak la ada para peminat yang mengemukakan pertanyaan kepada Ustaz Azhar Idrus mengenai seni miming beliau.

Jom tengok kat bawah.


Ini pula komen Cikgu Shida.




Biasalah, pelajar bertanya ustaz menjawab. Jawapan Ustaz Azhar Idrus memang ada benarnya. Apa-apapun, jom layan video paling popular seni miming dari Cikgu Shida.

Tuesday, December 18, 2012

Sandiwara Shila, Sharnaaz?



ND Lala mahu anak tumpu kepada kerjaya, bukan ulas cerita peribadi

Belum reda perihal luahan kasar pelakon, Sharnaaz Ahmad, 27, di laman Twitter gara-gara ucapan kekasihnya, Shila Amzah, 22, ketika Anugerah Planet Muzik (APM) Ahad lalu, sehari kemudian penyanyi itu pula membuat pendedahan sudah menerima lamaran jejaka terbabit. 

Seperti drama rantaian dengan aneka konflik, episod turun naik percintaan yang bagai sengaja mahu dipertontonkan kepada umum menerusi laman sosial akhirnya dibiarkan bungkam begitu saja apabila Shila mahu pun Sharnaaz mengambil pendekatan berdiam diri. 

Walau si lelaki mendakwa akaun Twitternya digodam dan Shila pula memadamkan status ‘lamaran’ yang ditulisnya tidak lama kemudian, ia tetap mengundang perhatian ramai. Selepas usaha mendapatkan kedua-duanya menerusi panggilan serta sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak berbalas, kenyataan soal lamaran yang sepatutnya lebih manis tidak dibicarakan secara terbuka itu diajukan kepada bapa Shila, ND Lala. 

Harumkan negara lebih penting 

Bagi pelakon, penyanyi dan pengacara veteran ini, sebagai insan yang melihat jatuh bangun anak sulungnya itu selama 12 tahun untuk berada pada tahap sekarang, dia lebih selesa andai Shila memberikan tumpuan terhadap kerjaya berbanding hal peribadi. 

Menerusi kiriman e-mel, ND atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, berkata dia tidak mahu Shila memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu berikutan tumpuan yang perlu diberikan kepada persiapan rapi untuk ke World Music Awards (WMA) di Miami, Florida, pada 22 Disember ini. 

“Terima kasih kepada media, peminat dan masyarakat kerana terus memberi perhatian terhadap kerjaya Shila dan saya melihat tumpuan mengangkat nama baik negara lebih penting daripada hal yang bersifat peribadi. 

“Buat masa ini saya tidak mahu Shila memberi ulasan kerana perhatiannya lebih kepada WMA memandangkan dia dicalonkan untuk kategori Artis Wanita Terbaik dan Penghibur Terbaik, sekali gus sejarah bagi industri muzik kita di mata dunia,” katanya. 

Bersaing dengan Siti, Adele 

Selain Shila, Datuk Siti Nurhaliza turut terpilih sebagai wakil negara bagi edisi ke-23 WMA yang menampilkan lebih 200 selebriti terkenal dunia merebut trofi daripada sembilan kategori dipertandingkan. 

Bagaimanapun, Siti hanya dicalonkan dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang menyaksikan persaingan dengan Madonna, Adele, Taylor Swift, Pink, Kelly Clarkson, Alicia Keys serta lebih 30 penyanyi antarabangsa lain. 

Pada masa sama, ND juga memberi penegasan bahawa hal peribadi yang boleh ditatap orang lain adalah tidak wajar dan secara tidak langsung seakan merujuk kepada keterbukaan anaknya di laman sosial.

- Lapor Berita Harian

BILA KUCING CEMBURU DENGAN KUCING LAIN YANG BERCINTA!

BILA KUCING CEMBURU DENGAN PASANGAN KUCING LAIN YANG BERCINTA | Siapa cakap kucing tiada perasaan cemburu? Gambar ni membuktikan yang kucing juga memiliki perasaan cemburu.

Jom tengok macam mana kucing ni melepaskan rasa cemburu yang terpendam di dalam hatinya sejak sekian lama.

HAHAHA!





Monday, December 17, 2012

ZILA BAKARIN MENYESAL CUCUK BOTOX!


ZILA BAKARIN MENYESAL CUCUK BOTOX PADA WAJAH DAN BIBIR | Pelakon wanita yang sering kali diberi julukan seksi dan menggoda, Zila Bakarin mengakui dia menyesal melakukan suntikan pada wajahnya dan bibir.

Zila telah melakukan  suntikan pada bahagian dagu dan bibirnya pada empat tahun lalu hingga merubah bentuk wajahnya dari yang sebenar.

Bagi Zila, perubahan wajah sekarang ini menimbulkan perasaan menyesal yang tebal dalam dirinya.

Ini kerana, Zila merasakan wajahnya yang dulu jauh lebih sempurna berbanding sekarang.

“Kalau masa boleh diputar ke belakang, saya memang tak akan lakukan suntikan pada wajah. Walaupun sudah lebih empat tahun saya tidak menyuntik apa-apa pada wajah, tapi bentuk tersebut masih kekal.

“Bila saya lihat gambar lama, saya rasa wajah saya sudah cukup sempurna,” kata Zila yang dipetik dari Sinar Harian.

Zila percaya, keghairahan setiap wanita untuk tampil kelihatan cantik memungkinkn diri masing-masing mengambil setiap cara untuk mengekalkan kecantikan.

Namun, Zila ikhlas menasihati orang ramai yang ingin mengambil suntikan kecantikan tidak meneruskan niat tersebut.

SHARNAAZ MAKI SHILA AMZAH DI TWITTER KERANA CEMBURU?


SHARNAAZ MAKI SHILA AMZAH DI TWITTER KERANA CEMBURU | Ramai sedia maklum, pelakon lelaki, Sharnaaz Ahmad mempunyai perangai panas baran yang tidak terkawal dan bahasa yang sering digunakan agak kasar bunyinya.

Tetapi, apabila berhadapan atau melayan kekasih hatinya yang juga pelakon dan penyanyi wanita, Shila Amzah, Sharnaaz mampu menjadi lembut dan menjaga setiap tutur katanya.

Mungkin, tidak mahu mengguriskan hati insan yang Sharnaaz sayangi itu. Cerita-cerita mengenai mereka lebih banyak terarah kepada cerita yang negatif berbanding positif sejak mereka menjalinkan hubungan cinta.

Pun begitu, dua figura artis itu masih lagi mampu untuk bertahan dan menjaga hubungan mereka agar setiap badai yang melanda khususnya cerita-cerita buruk tidak menggugatkan ikatan kasih sayang antara mereka.

Ini kisah yang baru terjadi semasa berlangsungnya Anugerah Planet Muzik 2012 malam Sabtu lalu. Ketika Shila berada di atas pentas untuk menyampaikan anugerah Lagu Terbaik, Shila ada mengatakan sesuatu.

“Saya lupa nak cakap terima kasih pada cinta hati saya, dia merajuk sebab saya nyanyi dengan Taufik Batisah tadi sebenarnya, saya tak tahu mana dia pergi,” kata Shila. 

Ramai yang beranggapan kenyataan yang dikeluarkan oleh Shila itu hanyalah gurauan semata-mata.

Namun, ada sesuatu yang tidak enak untuk dibaca di laman Twitter Sharnaaz.



Sharnaaz ada mengeluarkan ayat-ayat yang tidak sepatutnya kepada Shila dan nampaknya Sharnaaz marah benar dengan kenyataan yang dibuat oleh Shila.

Namun, semalam, Sharnaaz telah memberitahu kepada umum kenyataan yang dibuatnya itu bukanlah dari dirinya. Sebaliknya, laman Twitternya telah digodam oleh orang lain.

Shila juga turut meminta maaf di atas gurauannya itu dan berharap orang ramai tidak menyalah tafsirkan perkara yang terjadi itu.


NAJWA LATIF ANAK DERHAKA?


NAJWA LATIF BUANG AYAH DAN LALAI DENGAN TANGGUNGJAWAB SELEPAS BERGELAR ARTIS POPULAR | Belum tamat rupanya kisah hubungan keruh antara Najwa Latif dan ayahnya yang pernah menjadi isu sekitar September 2011 yang lalu. Kali ini, si bapa sendiri tampil ke hadapan.

Abdul Latif Ismail, 51 yang merupakan seorang jurulatih renang menghubungi Berita Harian untuk meluahkan perasaan terhadap sikap Najwa Latif yang seakan melupakan beliau.

“Cukup cukuplah menjadi anak derhaka! Yang saya inginkan ialah anak anak datang berjumpa saya serta memohon maaf sebelum saya menutup mata,” luah Abdul Latif.

Menurut laporan itu juga, Abdul Latif sebenarnya tidak kisah dengan keputusan Najwa Latif untuk bergelar penyanyi selagi tidak mengabaikan pelajaran sendiri.

“Mereka berkata kepada media, hubungan dengan saya keruh kerana masalah keluarga — saya berani mengesahkan ianya bukan masalah keluarga tetapi disiplin anak”

“Selepas bercerai dengan ibu Najwa pada 2008, hubungan saya dan anak anak baik. Kami sering keluar makan dan ada kala menonton wayang bersama,” tambah beliau lagi.

“Hubungan kami mula dingin pada 2011 selepas saya menegur sikap mereka. Salahkah sebagai bapa saya menegur anak?” jelas Abdul Latif hari ini yang turut mendakwa Najwa Latif semakin lalai selepas mengecap populariti sebagai penyanyi.

“Paling saya terkilan apabila anak langsung tidak menziarah atau bertanya khabar ketika saya hendak pergi menunaikan haji pada 20 November tahun lalu. Saya ingatkan apabila kembali ke tanah air mereka akan menunggu — luluh hati saya apabila tiada seorang pun daripada mereka yang tunjuk muka”

Dalam masa sama, Najwa Latif yang dihubungi untuk memberikan komen tentang isu ini mengambil pendirian untuk berdiam diri kerana ingin menjaga hati banyak pihak dek melibatkan isu keluarga.

Sunday, December 16, 2012

GAMBAR KEKASIH BARU YUNA!


GAMBAR KEKASIH BARU YUNA |  Jules Schratter adalah lelaki yang dikatakan menjadi pakwe baru Yuna. Hal ini kerana, mereka sering dilihat bersama.

Susah juga menjadi selebriti seperti Yuna ini. Semua perbuatan akan diperhatikan.

Lebih-lebih dalam dunia yang serba maju dengan teknologi seperti Twitter, Instagram dan Facebook. 

Yang terbaru, ada gosip yang Yuna sudah menemui pengganti Qi Qushairi.

Lelaki yang dikatakan berjaya mencuri hati Yunalis Zarai tak lain tak bukan ialah jurugambar peribadinya, Jules Schratter. 

Kemungkinan besar gosip ini bertebaran kerana banyak gambar mereka berdua yang telah diupload di Instagram masing-masing sejak kebelakangan ini.

Dan sememangnya kami akui kekacakan Jules Schratter ini mampu menakluk hati ramai wanita. 

Namun rasanya, hubungan mereka berdua tak lebih daripada kawan. 

Kalau dah namanya jurugambar peribadi, confirmlah 24 jam kena berada di sisi kan? 

Itu yang banyak gambar mereka berdua. Tak ke gitu?

ANAK DATUK K TERUSKAN MAJLIS PERKAHWINAN TANPA BELIAU!

ANAK DATUK K TERUSKAN MAJLIS PERKAHWINAN TANPA BELIAU | KLUANG - Majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan anak lelaki Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K tetap diteruskan di Taman Sri Lambak, Sembrong dekat sini semalam.

Datuk K tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana dia kini terlantar di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand selepas terbabit dalam kemalangan motosikal di negara itu pada Khamis lalu.


Pasangan Muhd. Anas Zawawi Khalid, 26, dan Nasha Alyssa Hishammuddin, 24, telah diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya pada 24 November lalu.

Sebelum ini, majlis resepsi mereka telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra dan sebuah hotel di Kuala Lumpur.

HISHAMMUDDIN (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Muhd. Anas Zawawi (tengah) sambil diperhatikan oleh Nasha Alyssa pada majlis perkahwinan mereka di Kluang semalam.

Datuk K jalani pembedahan esok

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra dipanggil Datuk K yang terlibat dalam kemalangan motosikal pada Khamis lalu dijadual menjalani pembedahan ekoran kecederaan serius pada bahagian belakang badan di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand esok.

Anak ketiganya, Muhammad Asyraf, 20, berkata, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh bapanya dalam perbualan telefon kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Muhammad Asyraf menyifatkan kecederaan bapanya agak serius tetapi beliau dalam keadaan stabil.

"Ayah beritahu bahawa dia akan dibedah pada hari Isnin (esok), pembedahan itu mungkin melibatkan bahagian belakang badannya.

"Ayah minta kami supaya tidak terlalu risau keadaannya, malah cadangkan agar kami adik-adik tidak perlu ke New Zealand. Bagaimanapun, saya maklumkan bahawa tiket penerbangan sudah dibeli dan kami akan ke sana pada pukul 2 petang hari ini (semalam)," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Datuk K yang merupakan suami penyanyi popular Siti Nurhaliza kini dirawat di hospital itu yang terletak kira-kira 190 kilometer dari bandar Queenstown. Di bandar itulah Datuk K terlibat dalam kemalangan motosikal ketika bersiar-siar bersama rakan pada Khamis lalu.

Beliau mengalami kemalangan setelah motosikal Harley Davidson yang ditunggangnya terbabas dan melanggar pagar di tepi jalan dalam kemalangan pada pukul 12 tengah hari Khamis waktu Malaysia (pukul 4 petang waktu New Zealand).

Muhammad Asyraf memberitahu, dia dan adik-beradiknya, Muhammad Adib, 22, dan Muhammad Aazief, 14, dijangka tiba di negara tersebut malam ini dan berharap dapat bertemu dengan bapa mereka sebelum pembedahan dilakukan.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza, 33, pula selamat tiba di hospital itu kira-kira pukul 10 pagi waktu Malaysia semalam (pukul 2 petang waktu New Zealand) setelah menempuh perjalanan udara dan darat selama 27 jam dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton.

Datuk Siti menyanyi bagi meraikan majlis perkahwinan anak beliau.

P/s : Jom pakat-pakat doa dan sedekah Al-fatihah untuk Datuk K okay. Semoga beliau cepat sembuh dan pembedahan selamat dan berjalan dengan jayanya.

Saturday, December 15, 2012

ROZITA CHE WAN AKAN BERTUNANG!


ROZITA CHE WAN AKAN BERTUNANG | Siapakah lelaki bertuah yang dapat memikat hari Rozita? Beliau adalah Iskandar Shah yang berasal dari Singapura.

Pada bulan lalu, dalam ruangan Kak Pora (B*POP - BH Ahad) ada usik-usik hubungan aktres jelita top - Rozita Che Wan (Cik Ta) berkawan baik dengan aktor kacak berusia 30 tahun dari Singapura - Iskandar Shah atau panggilannya ‘Is’. Selepas itu terus ‘malatop’ dunia hiburan!

Pada 9 Disember lalu, Juwie bertanya beberapa soalan kepada Cik Ta. Terkejut Juwie bila kata Cik Ta, dia dah bertunang dengan Is.

Oh! Yeahhh...Menurut Cik Ta, dia menjadi tunang Is dalam telefilem Anak Ikan arahan Rashid Sibir untuk siaran Astro Prima pada 25 Disember ini. Cik Ta berlakon sebagai Idora dan Is sebagai Syed.

Yang gempaqnya... teman rapat Cik Ta iaitu Zain Saidin pun turut berlakon sebagai Kamal yang menjadi ‘anak ikan’ kepada Idora.

Auw! Dah bertunang pun masih simpan anak ikan ke? Hu! Hu! Dalam telefilem itu ada karakter wartawan lembut bernama Zuwie lakonan pelawak dan pengacara popular - Dee (Jangan Ketawa). Kah! Kah! Kah! Kah!...

“Best sangat lakonan Dee dan Mak Jah. Memang pecah perut sampai terguling-guling tengok gelagat mereka,” cerita Cik Ta.

Bagaimana pula status hubungan rapat Cik Ta dengan Zain dan Is? Jelas Cik Ta: “Kita orang berkawan baik atas tiket sebagai rakan sesama artis.”

Is pula menjelaskan: “Cik Ta hanyalah kawan baik saya. Dia kelakar dan cepat mesra.”

Pada awal November lalu, selama seminggu Cik Ta dan Is pergi ke Jepun untuk penggambaran telefilem Kiah Pekasam Ke Jepun dan siri drama Spy Kiah terbitan Fazil Teh (Zeel Productions) untuk siaran Astro.

Lokasinya di Tokyo, Osaka dan Kyoto.

Sejak peristiwa itulah mereka menjadi kawan baik. Lihatlah foto Cik Ta dan Is... Hmmm jangan ‘jeles’ ya... kenalah tengok lakonan mereka nanti, lagi terangkat!

PEMINAT DISERANG SAWAN MELIHAT SELUAR DALAM JUSTIN BIEBER!


PEMINAT DISERANG HISTERIA MELIHAT SELUAR DALAM JUSTIN BIEBER | Lihat bagaimana peminat wanita Justin Bieber diserang histeria ketika melihat seluar dalam Justin Bieber.

Justin Bieber memang suka akan trend seluar londeh ni.

Lagi londeh, lagi bagus katanya.


CUBAAN MEMBUNUH DAN MEMOTONG KEMALUAN JUSTIN BIEBER!


LELAKI DITAHAN SUSULAN CUBAAN MEMBUNUH DAN MEMOTONG KEMALUAN JUSTIN BIEBER | Dana Martin adalah seorang bekas pembunuh yang pernah ditahan polis telah bergabung bersama dengan dua orang lagi banduan merancang untuk membunuh Justin Bieber.

Mereka juga merancang untuk memotong kemaluan Justin Bieber semasa Madison Square Garden Concert bulan lepas. 

Tetapi malang tidak berbau, polis berjaya merosakkan rancangan mereka dan ketiga-tiga telah ditahan polis. 

Seorang daripada mereka telah ditahan dengan alat-alat untuk melakukan jenayah tersebut. 

Kini Dana Martin yang merancang jenayah ini mungkin dihukum penjara seumur hidup kerana Justin Bieber. 




Friday, December 14, 2012

Rozita Che Wan Pernah Jalani Pembedahan Besarkan Payudara?


Rozita Che Wan Pernah Jalani Pembedahan Besarkan Payudara | Dia menjawab dakwaan segelintir peminat hiburan di utara tanah air kononnya dia pernah menjalani pembedahan rekonstruktif payudara akibat barah sebelum menjadi artis.

Saya tak pernah menjalani pembedahan untuk kecantikan tubuh mahupun wajah,” kata aktres popular, Rozita Abu Bakar @ Che Wan atau lebih popular dengan panggilan Cik Ta.

Alasan diberi ialah, setiap kali bergambar, pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah ini hanya akan mengiring ke kiri bagi memastikan kedudukan tubuhnya stabil dan perkara itu tidak disedari umum.

Ada pihak percaya dakwaan itu memandangkan pada 2008, Che Ta dilaporkan menjalani pembedahan kecil dan ditahan di hospital selama 10 hari. Ia dikatakan berpunca daripada kanser usus, namun masih di peringkat awal.

Selain itu, dia turut didakwa ‘mengikat perut’ dengan memakai dua lapis korset bagi membolehkan tubuhnya kelihatan langsing dengan dada gebu dan tegang.

Ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu, Che Ta yang kini sibuk menjalani rakaman program Primadona berkata, dakwaan itu tidak benar kerana dia sering menghalakan tubuh ke kiri apabila bergambar disebabkan keadaan dirinya yang kidal.

“Selalunya apabila bergambar, saya akan ikut keselesaan tubuh. Tambahan pula saya kidal. Rambut yang didandan selalunya mengikut belah kiri juga menjadi faktor mengapa saya hanya akan bergambar di sebelah kiri atau mengiring tubuh ke arah itu.

“Pada waktu sama, saya tak pernah memakai korset dua lapis. Apa yang peminat tengok, itulah keadaan tubuh saya,” katanya kepada Metro Ahad.

Che Ta turut meluahkan rasa kecewanya apabila ada pihak membuat dakwaan berkenaan, apatah lagi ia ibarat mempermain-mainkan keadaan kesihatannya.

“Saya mahu tanya kembali kepada mereka yang menimbulkan spekulasi sedemikian, kenapa manusia tidak boleh terima anugerah dan kejadian Tuhan yang sempurna. Setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan, tapi mempertikaikan ciptaan Tuhan bermakna mereka tak pernah bersyukur,” kata pelakon berusia 41 tahun itu.

Pelakon jelita itu turut menyifatkan dakwaan itu disebabkan sifat dengki kerana ada pihak tidak puas hati melihat orang lain mempunyai kelebihan.

“Pada saya, kita jangan busuk hati kalau nampak orang lain lebih. Sepatutnya kita menjadikan kelebihan dimiliki itu sebagai sumber inspirasi.

“Mengambil contoh, jika ada antara kita bertubuh gempal dan melihat orang lain bertubuh cantik, jangan pula kita menuduh dia melakukan pembedahan itu dan ini.

“Sebaliknya, jadikan dia idola bahawa kita juga mampu cantik dan sihat sepertinya,” kata ibu kepada Ammar Effendy, 16, dan Aniq Ezzra, 13, ini.

Pelakon yang turut dikaitkan punya hubungan ‘istimewa’ dengan pelakon muda, Zain Saidin ini menegaskan, kecantikan wajah dan tubuh dimiliki juga bergantung kepada usaha.

“Badan saya kalau berisi sikit, saya tak akan makan banyak selain melakukan senaman sekerap mungkin.

“Bagi menjaga tubuh, kita kena berusaha. Apatah lagi kebaikannya untuk diri kita sendiri kerana apabila kerap bersenam, tubuh menjadi sihat dan secara tak langsung akan menyerlahkan kejelitaan wajah,” kata pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Manjalara ini.

Che Ta turut menegur pihak yang sering mempertikaikan kelebihan dan kemewahan dimilikinya dengan mendakwa kononnya dia dibela orang kenamaan (VIP).

“Tahukah mereka bahawa saya mahupun artis lain bekerja siang malam untuk mendapatkan rezeki. 

“Fikirlah kalau seseorang itu bekerja siang malam, tidakkah dia boleh hidup senang.

“Allah menyatakan bahawa Dia akan memberikan rezeki kepada hamba-Nya yang berusaha dan sabar,” katanya.

Enggan berasa tertekan dengan apa diperkatakan orang keliling mengenainya, Che Ta berkata, dia cuba melihat segala tuduhan itu daripada sudut positif.

Katanya, setiap orang ada hak untuk bersuara dan memberikan pendapat, namun biarlah berpada-pada dan tidak melampaui batas.

Bercerita mengenai kerjaya terbarunya sebagai pengacara bergandingan dengan aktres popular lain iaitu Erra Fazira, Raja Azura dan Ziela Jalil mengendalikan Primadona, Che Ta berkata, dia mula berasa seronok, apatah lagi pihak produksi merancang menyambungnya sehingga 52 episod.

“Setakat ini, kami menjalani rakaman untuk tujuh episod. Maklum balas diberikan peminat sungguh memberangsangkan. 

“Memang Primadona mengambil konsep program bual bicara The Views, tapi daripada sudut corak persembahan sangat berbeza.

“Yang seronoknya, selain bergandingan dengan pelakon popular dan berpengalaman, saya dapat menjadi diri sendiri sepanjang mengendalikan rancangan bual bicara ini.

“Ia bukan lakonan di mana saya membawa karakter orang lain, sebaliknya saya benar-benar menjadi diri sendiri. Malah, sewaktu berbicara juga saya kekal dengan dialek utara iaitu tanah kelahiran saya,” katanya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More