Showing posts with label Menghilangkan Sakit Kepala. Show all posts
Showing posts with label Menghilangkan Sakit Kepala. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Ayat Ringkas Menghilangkan Sakit @ Pening Kepala

Ramai di antara kita sering sakit kepala ataupun pening kepala. Kekadang tu, kita sendiri pun kurang pasti apakah punca sebenarnya. Sekejap baik, lepas tu sakit balik. Mak ai.... Makin bertambahlah pening dibuatnya.

Buat pengetahuan anda, ada dua kategori sakit kepala iaitu;

1. Berpunca dari bahagian dalam kepala

2. Berpunca dari bahagian badan yang lain

Sakit kepala yang berpunca dari dalam kepala amat jarang berlaku. Kalau berlaku pun disebabkan oleh angin ahmar, edema otak dan tumor. Sekiranya ia terjadi pada anda, sila dapatkan rawatan segera ya.

Manakala bagi sakit kepala jenis kedua, selalunya disebabkan oleh ketegangan, migrain ataupun servikogenik.

Ringkasnya, sakit kepala akibat ketegangan lazimnya dialami secara kerap. Adakalanya ia ringan dan adakalanya juga agak sederhana kuat di kedua-dua belah kepala. Rasa macam ada sesuatu yang mencengkam di kepala.

Akibatnya, bahagian kepala akan tegang seolah-olah macam ada sesuatu melilit serta menekan sekeliling kepala dengan kuat. Aduhh... memang sakit.

Untuk migrain pula, pesakit biasanya pening kepala secara berkala. Rasa sakitnya agak kuat serta berdenyut-denyut. Tapi, biasanya ia hanya terasa pada sebelah bahagian kepala. Tak seperti sakit kepala yang berpunca daripada ketegangan.

Akibatnya, penghidapnya mula hilang selera makan, loya ataupun mengalami muntah-muntah.

Bagi pening kepala jenis servikogenik, ia berlaku akibat ketegangan yang melibatkan otot skeletal. Ermmm, ia boleh juga dikaitkan dengan migrain. Tapi ia agak sukar untuk didiagnosis.



Baiklah, walau apa jenis sakit kepala yang dialami, saya ingin kongsikan satu cara mudah yang mujarab bagi mengatasinya. Sila rujuk video di atas yang saya sertakan khas buat rakan-rakan yang beragama Islam.

Caranya;

- Letakkan tangan kanan pada bahagian kepala yang sakit


Mudah-mudahan ia dapat mengatasi sakit kepala anda. Amin.

PetuaSejagat

Tuesday, November 2, 2010

Mencegah dan Mengubati Sakit Kepala

Anda diserang sakit kepala ataupun berasa pening kepala mungkin disebabkan oleh faktor tertekan, migrain mahupun darah tinggi. Kebiasaannya jika pening kepala, anda mesti telan panadol (paracetamol), kan?

Tapi saya pernah terbaca(tak ingat pula di mana sumbernya) bahawa amalan memakan panadol tidak digalakkan. Ia dikatakan boleh memberikan kesan buruk dalam jangkamasa panjang. Ini kerana terdapat satu bahan yang akan kekal dalam tubuh anda kira-kira selama 5 tahun.

p.s: Saya harap jika anda yang mengetahui fakta sebenar dan terperinci mengenai hal ini, dapat berkongsi di ruangan komen@ulasan ya. Harap maklum.


Justeru itu, saya ingin berkongsi satu alternatif tradisional bagi mencegah dan menghilangkan sakit kepala. Paling tidak pun, ia akan mengurangkan rasa pening kepala itu sendiri.


Bahan yang anda perlukan ialah daun sambung nyawa. Ataupun jika ada, anda boleh gunakan bahagian pucuknya. Kesannya lebih baik terutamanya untuk pesakit migrain. Sambung nyawa ni juga dikenali sebagai Gynura Procumbens. Anda boleh rujuk gambar di bawah;


Daun Sambung Nyawa - besitai@flickr



Anda cuma perlu memakan 1 atau 2 helai daun sambung nyawa ni setiap hari. Boleh jadikan ia ulam ataupun dimakan begitu saja.

Selain pening kepala, amalan memakan daun ini boleh mengurangkan tekanan darah. Kiranya anda boleh jadikannya sebagai penawar darah tinggi juga. Secara tak langsung, ia bertindak mengatasi komplikasi sakit kepala itu sendiri.

Begitu juga halnya jika anda diserang migrain, amalan memakan bahagian pucuk sambung nyawa ni adalah lebih baik. Boleh diamalkan setiap hari. InsyaAllah anda akan merasai kesan positifnya.


Kesimpulannya, daun dan pucuk sambung nyawa ni bukan sekadar ubat untuk melegakan pening kepala, malah ia turut berfungsi mengubati komplikasi yang menyebabkan pening kepala itu sendiri seperti darah tinggi dan migrain.


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More