Showing posts with label plants. Show all posts
Showing posts with label plants. Show all posts

Sunday, August 5, 2012

Cool: Bantal Seperti Pokok Kaktus (4 Gambar)

Cool.

Bantal di bawah adalah rekaan Maurizio Galante. Kelihatan bahaya, tapi sebenarnya ia selamat dan selesa digunakan.:D




Tibe2Jam6Petang 

Wednesday, July 18, 2012

Kreatif: Arca Rumput Menyerupai Manusia (8 Gambar)

Arca pelik.

Live of Grass adalah arca seni yang dihasilkan daripada benih gandum yang ditanam dan tumbuh pada tanah berbentuk tubuh manusia. Ianya dihasilkan oleh Mathilde Roussel. Nasib baiklah arca ini diletakkan di dalam bangunan, kalau di dalam hutan, mesti menjadi tanda tanya kepada orang ramai.

Inb4, entri blogger sensasi hari ini "Gempar! Manusia disumpah jadi rumput!" Lulz.









Tibe2Jam6Petang

Cool: Vending Machine Menjual Benih Tumbuhan (6gambar)

Go green.

Seedbomb Machine adalah sebuah vending machine yang menjual benih tumbuhan dengan harga $0.50 setiap satu. Setiap satu Seedbomb yang terdapat dalam mesin ini mengandungi komposisi tanah liat, baja dan juga benih rumput serta bunga. Setelah di beli, Seedboom ini perlu diletakkan dimana-mana kawasan yang sesuai dan ia akan tumbuh secara sendirinya.

Sebenarnya mesin ini adalah sebahagian daripada kempen untuk menghijaukan kawasan bandar dan ianya merupakan idea daripada Green Aid. Idea yang sangat baik untuk mengalakkan orang ramai menanam tumbuhan dan menghijaukan kawasan sekitar.

Tuesday, July 17, 2012

Cool: Payung Semula Jadi Dan Mesra Alam (Gambar)

Sangat mesra alam. Haha!


Tibe2Jam6Petang

Monday, July 16, 2012

Apakah Sihir Ini? Jagung Dengan Biji Berwarna Warni (4 Gambar)

ini sangat rare.

Mari lihat sejenis jagung dinamakan Glass Gem corn (jagung Permata Kaca?). Benih jagung ini boleh dibeli dan didapati daripada syarikat Seed Trust, iaitu sebuah syarikat menjual benih tumbuhan milik keluarga Greg Schoen.

Pada mulanya, benih jagung ini diberikan kepada Greg Schoen oleh Carl Barnes, seorang lelaki Cherokee yang berusia 80 tahun. Kemudiannya beliau menanam benih jagung ini, dan hasilnya sangat mengejutkan!

Sebenarnya ini bukan sihir atau photoshop haha. Mungkin ini adalah benih jagung turun temurun dari puak Cherokee?. Mungkin.





Friday, July 13, 2012

Pemandangan Indah Daripada Hutan Bambu Sagano (8 Gambar)

Semuanya hijau!

Tempoh hari aku ada paparkan pemandangan indah daripada taman bunga Kawachi Fuji yang memukau mata, Sekarang mari lihat pemandangan indah daripada hutan bambu Sagano yang terletak di Arashiyama, Kyoto, Jepun.

Terdapat sedikit info menarik mengenai hutan ini. Hutan ini menghasilkan bunyi daripada tiupan angin dan bunyi dari hutan ini telah dipilih sebagai salah satu bunyi yang harus dipelihara oleh kerajaan Jepun.

Pada tahun 1870-an, gabenor Kyoto telah mencadangkan dua sumber pokok bambu untuk digunakan oleh Thomas Edison sebagai bahan membuat filamen lampu. Salah satunya ialah daripada hutan ini, namun Edison memilih sumber yang satu lagi iaitu daripada pokok bambu yang terdapat di kuil Otokoyama Hachimankan.

Apapun, pemandangan indah di sekitar hutan ini memang sangat menenangkan!









Tibe2Jam6Petang

Wednesday, July 11, 2012

Pemandangan Indah Dan Menakjubkan Dari Taman Bunga Kawachi Fuji (7 Gambar)

Amazing scene!

Jepun memang sinonim dengan bunga sakura, tapi pernahkan anda mendengar mengenai bunga Wisteria di jepun? Wisteria merupakan sejenis bunga yang berkongsi keluarga biologi dengan dengan pokok pea iaitu keluarga Fabaceae.

Ianya dipanggil Fuji dalam bahasa Jepun. Pokok bunga ini merupakan salah satu pokok asli di Jepun dan ianya mempunyai pelbagai jenis dan warna.

Mari lihat pemandangan indah di sekitar taman bunga Kawachi Fuji yang teletak di Kitakyushu, Jepun. Sungguh nyaman dan tenang~








Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More