Showing posts with label lawak suami isteri. Show all posts
Showing posts with label lawak suami isteri. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

Malam pertama pengantin baru - depan belakang di sapunya



Sepasang pengantin tengah bersiap untuk hari persandingan mereka..Tiba2 Kasut pengantin perempuan tak muat...Mereka dah tak tahu nak buat camna..sebab lagi 1 jam nak bersanding..pastu si adik pengantin perempuan memberitahu kakaknya yang dia boleh meminjam kasut dia.....

tapi kasut tu tak muat..kerana terpaksa,dia pakai jugak kasut tu..sakit,pedih semua dia rasa..tapi terpaksa la dia tahan sebab harini hari penting dia..

Bila malam,pasangan tu masuk la ke bilik tidur...perkara pertama yang dia nak buat ialah bukak kasut yang ketat itu.Dia meminta Suaminya membukakan kasut itu..

Disebelah bilik pengantin itu,ada Ahli keluarga mereka yang tengah curi2 dengar..Tiba2 mereka terdengar suara pengantin perempuan mengerang kesakitan..pastu pegantin lelaki menjerit,

Oshh!!!Ketattnyaaaaaaa!

Keluarga pengantin perempuan berkata,Ha..Kan saya dah cakap,Anak saya tu masih dara lagi.. Pastu mereka terdengar pulak pengantin lelaki berkata,

Yang satu lagi ni pasti lebih ketat...Tahan ye Sayang,Sakit sikit je tu...

Kedua2 keluarga pengantin pun terkedu. Errr.... jahanam ko jantan, depan belakang pun disapunya

Isteri Semaun Penawar ubat Sakit kepala - Cerita Dewasa



Seorang bos masuk ke opis dalam keadaan sakit kepala. Seorang staf memerhati keadaan bos nye, lalu bertanya,

"Kenapa bos? Nampak macam sakit jer.?"

"Yer la Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos.

"Dua hari lepas saya pun sakit kepala jugak bos, tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami melakukan seks. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. 

Saya rasa bos pun patut buat macam tu jugak la?", terang Semaun.

"Betul ker? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri ngko sekarang!!!

Friday, November 9, 2012

Sumpah Lawak! Helah Suami nak Kawin Lain



Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS
tambah "s" je, kan?

p/s : hahaha..pandai isteri dia kenakan suami dia balik kan?..tula lelaki jngan dok gatai sangat naa..

Saturday, July 7, 2012

Rahsia Suami simpan telur terbongkar


SUE tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka. Sudah 20 tahun kotak hitam itu disitu satu hari ketika membersihkan bilik, Sue tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu . 


Sue terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji telur ayam dan wang tunai RM 3000. Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan bertanya kepada suaminya

"Kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita? " 

Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab

" sayang , setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai 
tanda penyesalan " .

Sue terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya. Kemudian sue bertanya lagi :

" Tapi abang kenapa ada duit RM 3000 ? "

Dengan suara terketar-keta r suaminya menjawab,
"Setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual dan duit abang letak dekat situ ". 

Friday, July 6, 2012

Apabila Janda Kehausan!


Hasnah adalah seorang janda kaya raya yang suaminya baru saja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Usianya masih muda, masih di bawah 30 tahun dan dari segi fizikalnya, Hasnah masih cantik, potongan body pun ok macam anak dara, kira bergetah giler ah.

Sejak kematian suaminya, Hasnah selalu diganggu oleh pemuda-pemuda di sekitar rumahnya yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayani pemuda2 tersebut, kerana hatinya masih rindu kepada suaminya, walaupun sebenarnya di dalam hatinya terasa sangat2 kesepian dari segi zahir dan batin terutamanya.

Lebih lebih di waktu malam hari… Rasa kesepian di hatinya memuncak muncak.
Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi…. Hasnah bangun dari tidurnya. Badannya terasa panas… tekaknya terasa haus… Hasnah merasa begitu dahaga sekali…
Hasnah bangun perlahan dan keluar dari biliknya menuju ke dapur…langkahnya begitu cepat seiring dengan kehausan yang sedang menerpanya.
Sesampai di dapur… Hasnah langsung membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air sejuk…

Hasnah menuangnya ke dalam gelas dan meminumya dengan cepat. Setelah meminum air tersebut…. Hasnah kembali ke dalam bilik untuk tidur kembali.

Begitulah kisah mengenai Hasnah, seorang janda yang kehausan.

Hahahhahaa....

Monday, June 18, 2012

Papa dan Mama Melekat dalam Bilik



Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi
pada neneknya:

"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."

Saturday, June 16, 2012

Isteri kantoi dengan Robot main kayu tiga



Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu... 

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang. 

"Kamu dari mana?" tanya Samad. 
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya. 
-PLANG- Robot tersebut menampar anaknya. 

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??! 
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...". 
"Cerita apa? 
"Cerita Papadom ayah". 
-PLANG- 
"Katakan dengan jujur cerita apa?!" 
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah". 

Mendengarkan itu marahlah Samad. 
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie. 

-PLANG- Samad ditampar oleh robotnya. 
Suasana hening untuk beberapa ketika... 

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..." 

-PLANG*-
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam..

p/s:hahaha

Monday, June 11, 2012

Suami kantoi Beristeri dua


Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?

Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.

Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.

Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?

Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?

Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?

Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?

Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?

Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak.. Jadi, drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?

Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...

Isteri: @#$%????!!!!!

Suami: (Dalam hati)Alamak!!

Friday, June 8, 2012

Lawak - Baju Cinta Nenek


Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!”.
“tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek .
“ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya
“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan

“ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogell kat depan pintu.

“kenapa dengan kau nie … buang tebiat???” marah si atok tadi.
“ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi.
“BAJU CINTA???……kalau iye pun, iron la dulu baju tu...dah berkedut dah tu...” 

Tuesday, June 5, 2012

Cerita Seorang Bapak dengan anak Perempuan (18++)


Bapak : Siti, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
Siti : Ya bapak, ada apa?
Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
Siti : Apa?!! (isk bapak aku ni..lain macam jerr)
Bapak : Bapak kata.....
Siti : Ya bapak, Siti dengar... Cuma Siti tak percaya apa yang bapak kata ni.
Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap.

Siti pun dalam ragu-ragu tu..dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh.  Sambil tu dok pikir gak laa..apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah takder sapa...tinggal diorang berdua jerr.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh heh...
Siti : Eh bapak, Siti kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.
Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!! Jangan bagi bapak berkasar.

Siti pun terpaksa la duduk jugak...hati dia takleh cakap laa...berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh.. mai masuk dalam selimut bapak plak.
Siti : Apa?!!
Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.
Siti : Bapak... Siti takut laaa. (nak nangis)
Bapak : Siti, tengok ni

Siti tak sanggup nak tengok...dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Siti teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit-sikit. Dia pun nampak laaaa ........

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap.
Mahal nih!!! Dah, pegi keluar

Subuh 3 rakaat


Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. 

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...hahaha

Wednesday, May 30, 2012

Lawak - Panggilan Sayang untuk si Isteri


Kamal diundang kawannya makan malam.  Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata  Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dengan kata-kata itu." Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

Monday, May 28, 2012

Kalau berani buatlah, aku cincang 14 anu' kau



Itulah gelagat sepasang suami isteri yang tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.

Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..

Isteri : Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami : Tak semua.. ada juga yang saya setuju.

Isteri : Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya!

Suami : Tentu ada.. cuma tak kena tempatnya jekk...

Isteri : Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut?

Suami : Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri : Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..

Suami : Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!

Isteri : (Nada marah) Dasar lelaki.....!!! Kalau berani buatlah... aku cincang 14 anu' kau..

Suami : Aiikk.. bila kita setuju dia marah pulak...!!!

Sunday, May 27, 2012

Wow aku mengintip pasangan pengantin baru



Suatu malam aku dan kawan2 mengintip jiran sebelah pasangan pengantin baru pada jam 12 malam, terdengar suara pengantin perempuan bersuara:

"Bang! cepat lah bukak! I nak rasa ni bang"

Tiba-tiba terdengar pengantin perempuan teriak "Aduh!".

Lalu aku dan kawan2 ku tak sabar lalu panjat dan mengintip, rupa-rupa nya mereka sedang kopek durian...!

p/s : Sekian terima kasih....

Thursday, May 24, 2012

Sakit Malam Pertama - Bukan untuk tontonan Umum



Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."

Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".

p/s : jangan fikir2 yg bukan2 yerr...

Telur Separuh masak untuk ayah daripada mak



Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

“beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu.”

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

“Telur ni untuk saya ke mak?”, tanya si anak.

“Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah

kau punye”, kata emaknya.

p/s : ahaahahaa, pandai mak dia main trick...

Wednesday, May 23, 2012

Panas! Suamiku Hebat



Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.

Pian: “Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?”

Amat: “Ya betul…”

Pian: “Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?”

Amat: “Akhirnya dia berlutut di depan aku…”

Pian: “Wuahhhh hebat sekali kau… kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?”

Amat: “Isteri aku berteriak dengan kerasnya, “Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!”

Pian: “@#$!%^&%”

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More