Showing posts with label kamera aes. Show all posts
Showing posts with label kamera aes. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

4 Kamera AES Tumbang lagi


IPOH - Empat kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di negeri ini menjadi sasaran perbuatan khianat termasuk dua daripadanya ditumbangkan pada Oktober dan November lalu.


Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Ramli Awang Seberang, dua daripada kamera AES itu terletak di Lebuh Raya Utara-Selatan iaitu di Kilometer 376 Slim River dan Kilometer 205.6 Taiping.

Dua lagi kamera yang dirosakkan terletak di Jalan Pasir Putih di sini dan Kilometer 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Sungkai.

"Kesemua kejadian dikesan berlaku pada awal Oktober lalu kecuali di Taiping pada awal bulan lepas," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

Mereka yang melakukan perbuatan itu boleh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan berhadapan hukuman penjara maksimum dua tahun serta denda jika sabit kesalahan.

Laporan Asal oleh Kosmo!

Wednesday, December 12, 2012

Gambar kamera AES dirosakkan di Perak

Gambar di bawah memaparkan satu daripada dua kamera AES yang dipasang tumbang akibat perbuatan khianat di Kilometer 376 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Slim River, Perak.


Sunday, December 9, 2012

4 Gambar 2 Kamera AES disimbah cat merah

Inilah beberapa gambar dua Kamera AES yang disimbah dengan cat merah. Kedua-dua Kamera berkenaan dipasang di Kilometer (KM301.5) Lebuhraya Utara-Selatan arah Bangi menuju Kajang. Difahamkan, pihak polis mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh sekumpulan individu sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi pada dua hari lepas (8 Disember 2012).




   

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More