Showing posts with label Top 10. Show all posts
Showing posts with label Top 10. Show all posts

Thursday, August 23, 2012

Betul Betul Cool - 10 Kereta Termahal Tahun 2012

Jom kita tengok 10 kereta paling mahal tahun ini yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes.

10. Porsche 918 Spyder (USD 845,000)


9. SSC Tuatara (USD 970,000)

8. Hennessey Venom GT (USD 1,000,000)

7. Pagani Huayra (USD 1,300,000)


6. Maybach Landaulet (USD 1,400,000)


5. Aston Martin One-77 (USD 1,400,000)


4. Koenigsegg Agera R (USD 1,711,000)


3. Zenvo ST1 (USD 1,800,000)

2. Ferrari 599XX (USD 2,000,000)


1. Bugatti Veyron Supersport (USD 2,600,000)


Betul Betul Cool - 10 Orang Terkaya Di Malaysia 2012

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh majalah Malaysian Business pada 16 Februari lalu, Raja Gula Malaysia, Robert Kuok masih mendahului senarai 40 orang paling kaya di Malaysia.

Usahawan bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, yang berada di tempat kelima dengan kekayaan RM9.53 bilion manakala Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pula berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.

Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 

1. Tan Sri Robert Kuok (Kuok Group) - RM45.70 bilion


2. T. Ananda Krishnan (Maxis) - RM42.99 bilion


3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) - RM12.64 bilion


4. Lee Shin Cheng (IOI Corp) - RM11.36 bilion


5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) - RM9.53 bilion


6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Malaysia) - RM8 bilion


7. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) - RM7.58 bilion

8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) - RM6.58 bilion


9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau Group) - RM6.41 bilion


10. Ong Beng Seng - RM4.92 bilion


Betul Betul Nostalgia - 10 Barang Yang Semakin Dilupakan

Salam semua. Kali ni nak kongsi dengan korang beberapa barang yang dulunya mungkin pernah menjadi sebahagian dalam hidup kita tetapi sekarang ramai yang dah lupakan kewujudannya. Mungkin jugak ada budak² generasi sekarang yang langsung tak pernah dengar atau tengok barang² ni secara live. Apa tunggu lagi, jom saksikan 10 Barang Yang Semakin Dilupakan...

1. Walkman


- Gadget impian semua anak muda zaman dulu-dulu. Guna kaset untuk dengar lagu.


2. Discman


- Lebih kurang Walkman, tapi yang ni guna CD. Tak sempat popular kerana tidak lama selepas kemunculannya, pemain mp3 seperti iPod diperkenalkan.

3. Kaset


- Kalau ada budak-budak buat pedajal main tarik tali dia tu, terpaksa la putar secara manual guna pensel. Itupun kalau tak putus.

4. Video Tape



- Masa umur 4-5 tahun selalu senyap² pergi umah jiran sebelah, tengok citer My Little Pony.

5. Disket


- Nak transfer file masa dulu bukan macam sekarang, main download je sesuka hati. Satu disket baru 1.44MB, jadi dalam kepala selalu cari mana² file untuk di delete sebab space tersangatlah terhad. 

6. Filem Kamera (Kodak)




- Jenama lain pun ada jugak rasanya, tapi Kodak la yang legend. Bab bergambar pulak, terpaksa catu sebab satu filem boleh ambil 36 keping je. Itupun selagi gambar tak dicuci, hati akan gundah gulana takut² gambar tak menjadi. 

7. Mesin Taip


- Sebelum adanya komputer, mesin taip memang digunakan dangan meluas. Memang mencabar buat kerja guna benda ni...dah la kena hentak keyboard tu kuat², pastu kena taip dengan hati-hati, tak boleh tersilap walaupun satu huruf. Kalau tak, tiada maaf bagimu.Yang best pasal benda ni, bila dah sampai hujung tu dia akan bunyi "ting" pastu kita tolak & start balik tulis dari belah kiri. Pernah jugak penulis buat jadi alat muzik...hehe 

8. Jam Loceng



- Mungkin ada lagi yang pakai jam sebijik macam ni. Tapi dah ramai yang tinggalkannya...set alarm guna handset lagi senang kan? 

9. Mouse Dengan Roller


- Ini pun masih ramai yang guna, tapi tunggu masa je nak pupus. Baru² ni penulis ada terjumpa orang jual mouse cenggini, satu = RM2. 

10. Kad Public Phone


- Budak asrama memang selalu guna kad ni nak telefon mak ayah kat rumah. Ada yang siap buat koleksi lagi...

Itulah senarai 10 Barang Yang Semakin Dilupakan versi penulis. Pasti korang pun ada pengalaman guna barang² ni kan? Kongsi la sikit...

psst: Ehem ehem...layan My Little Pony itu macho. Sekian.

Tuesday, August 21, 2012

Betul Betul Hot - Siapa 10 Lelaki Paling Seksi Di Dunia

Bintang bolasepak terkenal, David Beckham dinamakan sebagai lelaki paling seksi di dunia oleh majalah Heat pada tahun ini. Senarai 101 lelaki paling seksi di dunia telah diundi oleh lebih 1,000 pembaca majalah Heat, di mana kedudukan tempat yang ke-26 hingga 101 hanya berdasarkan pada undi sahaja.




Senarai lelaki seksi 25 teratas merupakan hasil keputusan daripada undi pembaca dan beberapa pakar panel seperti jurugambar selebriti, Nicky Johnston; pengasas syarikat Premier Model, Carol White dan editor kolum Style dalam majalah Heat, Jo Hoare.





Bintang filem Twilight, Robert Pattinson, pelakon filem The Dark Knight Rises, Tom Hardy dan pelakon Johnny Depp turut berada dalam senarai 10 teratas.

Senarai 10 Lelaki Paling Seksi Di Dunia

1. David Beckham

2. Ryan Gosling

3. Ryan Reynolds

4. Bradley Cooper

5. Jake Gyllenhaal

6. Robert Pattinson

7. Tom Hardy

8. Johnny Depp

9. Hugh Jackman

10. Zac Efron

Wednesday, March 7, 2012

10 Website Popular Saat Pertama Dilancarkan

Kebanyakan website popular di dunia pada hari ni mula dilancarkan sejak tahun 1990an lagi. Pada masa itu perkataan jaring begitu sinonim dengan internet. Tapi sekarang, pasti ramai yang sudah tidak mengetahui apa kaitan jaring dan internet kan? Apa-apa pun, jom tengok macam mana rupa website popular ketika awal kemunculan mereka...

blogger.com - dilancarkan pada 1999


twitter.com - dilancarkan pada 2006 (baca betul². dia tulis twttr kan? tu la nama lama twitter, sebelum ditukar kepada yang sekarang ni)



facebook.com - dilancarkan pada 2004 (masa ni masih dikenali sebagai thefacebook)


google.com - dilancarkan pada 1996


yahoo.com - dilancarkan pada 1994


youtube.com - dilancarkan pada 2005


msn.com - dilancarkan pada 1995


myspace.com - dilancarkan pada 2003


wikipedia.org - dilancarkan pada 2001


flickr.com - dilancarkan pada 2004

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More