Showing posts with label Menghilangkan Panau. Show all posts
Showing posts with label Menghilangkan Panau. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Petua Merawat Kudis dan Kudis Buta

Sebelum saya kongsikan petua merawat kudis buta, ada baiknya jika kita ketahui dulu serba sikit mengenai kudis buta.

Apa itu kudis buta?
Ia merupakan sejenis jangkitan kulit yang berjangkit akibat hama gatal (betina). Ia boleh dijangkiti melalui sentuhan kulit. Malah, semua orang terdedah kepada jangkitannya.

Terutamanya jika tinggal serumah dengan individu yang dijangkiti kudis buta. Ataupun berkawan rapat dengannya. Anda mesti merawatnya segera.

Walaubagaimanapun, kudis buta yang menjangkiti haiwan dikatakan tidak akan menjangkiti manusia. Ia hanya akan menyebabkan ruam.
Tapi, bolehkah kudis buta ni dirawat?
Kalau rawatan moden, anda boleh menyapu krim atau losyen pembunuh serangga. Antaranya seperti "permethrin", "malathion" dan "gamma benzene hexachloride (lindane)". Ish... susah betul nak sebut

Sebaliknya, jika anda dah buat rawatan moden tapi tidak berhasil, cubalah rawatan tradisional pula. Iaitu dengan menggunakan daun pokok semuluh ataupun keseluruhan bahagian pokok semuluh.

Daun Pokok Semuluh @ Polygonum Chinense

Caranya:

1. Ambil beberapa helai daun semuluh. Ataupun boleh ambil keseluruhan bahagian pokok semuluh.

2. Bersihkannya terlebih dahulu.

3. Kemudian, rebus daun atau keseluruhan bahagian pokok semuluh sampai mendidih.

4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam seketika.

5. Akhir sekali, jiruskan air rebusan tadi secara perlahan-lahan pada bahagian yang berkudis.

Selain kudis buta, air rebusan tadi turut berfungsi merawat penyakit kulit lain seperti kudis, panau dan ulser. Begitu juga jika nak hilangkan biasa akibat dipatuk ular, digigit anjing ataupun serangga. Caranya merawatnya tetap sama.

Sebagai tambahan, air rebusan tadi sebenarnya boleh diminum. Sekiranya anda mengalami cirit-birit, ada penyakit di usus besar, sakit kepala dan nak membersihkan darah, minumlah air rebusan daun semuluh ni. Ia dikatakan mampu mengubati 4 masalah yang dinyatakan tadi dengan izin-Nya.

Akhir sekali, jika anda sakit perut dan tidak tahu nak buat apa, gunakan daun pokok semuluh ni. Jadikan ia sebagai demah untuk mengubati sakit perut anda.

p.s: Wah, banyak betul khasiat daun semuluh ni yea. Boleh merawat pelbagai penyakit. Jadi, kalau anda jumpa tumbuhan ini, tanamlah saja di rumah. Senang nak guna nanti.

[ Demah = benda (spt pasir, air dll yg dipanaskan) utk menuam  bahagian badan yg sakit ~ Kamus Dewan Edisi Keempat]

 PetuaSejagat

Monday, June 8, 2009

Petua Hilangkan Panau

Panau adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Iaitu kulat dari jenis genus Malassezia. Sekiranya kulit anda berpanau, tentu akan berasa gatal-gatal semasa berpeluh. Lepas tu ianya agak berdebu bila digaru. Mesti tak selesa, kan?

Hah, kat bawah ni ada satu contoh kulit yang berpanau. Saya amik dari web Wikipedia.

gambar sejenis penyakit kulit iaitu panau




Justeru itu, bagi anda yang ingin sangat menghilangkan panau di badan ni, cubalah satu petua berikut;


1. Dapatkan 2 helai daun gelenggang dan basuhlah supaya ia bersih.

Ini rupa bentuk daun gelenggang yang saya jumpa di Flickr.com milik syzygy_in.

inilah rupanya daun gelenggang



2. Kemudian, anda letakkan daun gelenggang tu kat tapak tangan. Putar-putarkan daun tersebut sampai lumat.

3. Bila dah lumat, sapukanlah pada kawasan kulit anda yang ada panau tu.

4. Buatlah petua ni 2 kali sehari sehingga panau tersebut hilang.


Selamat Mencuba!


p/s: Nie ada satu lagi petua hilangkan panau yang boleh anda cuba. Sila rujuk post bertajuk "Petua Kecantikan: Anda Ada Panau?" sebagai alternatif untuk merawat panau anda. :)

Sunday, September 7, 2008

Petua Kecantikan: Anda Ada Panau?

Salam Ramadhan & Selamat Sejahtera,

Petua pertama yang ingin saya kongsikan semepena bulan Ramadhan ni ialah cara menghilangkan panau. Kalau anda ada masalah ni, boleh try petua kat bawah ni yer.

Petua Kecantikan: Menghilangkan Panau

1. Pertama sekali anda perlukan sebiji bawang putih.

2. Kupas kulit bawang putih tu dan sentalkan pada tempat yang ada panau.

3. Lepas tu, biarkan jer macam tu selama 15 minit.

4. Kemudian, cucilah dengan air suam.

5. Amalkannya sehingga panau tu hilang.

Kalau petua ni serasi dengan anda, mudah-mudahan Hari Raya nanti badan anda bebaslah daripada masalah panau.

Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More