Showing posts with label Air Asam Jawa. Show all posts
Showing posts with label Air Asam Jawa. Show all posts

Thursday, July 8, 2010

4 Petua Pulihkan Suara Serak (Siri 2)

Demam Piala Dunia dah pun hampir ke kemuncaknya. Perlawanan akhir nanti menemukan 2 pasukan Eropah iaitu Belanda dan Sepanyol. Sejarah baru bakal dicipta. Ya, juara baru Piala Dunia bakal tercatat dalam sejarah. Sebab kedua-dua pasukan belum pernah menjulang piala tersebut.

Menjelang pertemuan bersejarah itu juga, saya pasti para penyokong Sepanyol dan Belanda akan bersorak sakan walau di mana berada. Tak kira tempat. Baik di kedai mamak, dataran, hotel, asrama mahupun di rumah. Pasti gamat dibuatnya.


Sebagai persiapan awal, ada baiknya saya sudahkan dulu petua pulihkan suara serak. Hari tu, saya baru berikan dua daripadanya. Anda boleh rujuk kembali pada entri bertajuk 4 Petua Pulihkan Suara Serak andainya terlepas pandang.


Manalah tau kan, jikalau suara serak ataupun hilang, bolehlah cuba bila perlu nanti. :)



Petua Suara Serak 3


1. Ambil sepotong halia.


Gambar Halia - shine.yahoo.com



2. Kupas halia tadi dan basuh agar ia bersih.

3. Kemudian, anda hiriskannya atau potong kecil dan masukkan dalam segelas air suam.

4. Tambahkan juga sedikit air perahan limau nipis dan gula ke dalamnya.


Amalkan meminum minuman ini setiap hari hingga suara anda pulih seperti biasa.



Petua Suara Serak 4


1. Sediakan segelas air sejuk.

2. Masukkan sedikit asam jawa ke dalamnya. Pssstt... pastikan tangan anda bersih. =)

3. Ramas-ramaskan asam jawa tersebut.

4. Kemudian, tapis dan masukkan air asam jawa tadi ke dalam gelas lain.

5. Dalam gelas yang baru ni, masukkan beberapa ketul gula batu.

6. Kacaukan gula batu tersebut sampai sebati ya.

7. Seterusnya, anda masukkan pula sedikit nasi sejuk yang masih elok dalam gelas yang sama.

8. Kacaukan juga nasi sejuk tadi hingga sebati.

9. Sekarang, embunkan air tersebut di luar rumah anda semalaman.

Ataupun sebagai alternatifnya, anda boleh sejukkan dalam peti sejuk semalaman.


10. Pada keesokan paginya, anda tapis sekali lagi air tersebut dan barulah diminum.


Amalkannya juga sehingga suara anda kembali seperti sediakala.



Mudah-mudahan petua ini membantu anda ya!

Saturday, March 20, 2010

2 Tip Mengembalikan Kilauan Barang Kemas

Barang kemas dan wanita memang sukar dipisahkan. Malah barang kemas bukan sekadar perhiasan semata-mata. Ini kerana ada yang membelinya kerana ia boleh digunakan sewaktu tersesak. Tidak kurang juga yang berlumba-lumba mengumpulnya bagi tujuan pelaburan jangka panjang.

Tapi untuk tujuan pelaburan, biasanya hanya emas 916 dan emas 999 yang laku dan anda boleh membuat keuntungan daripadanya. Begitulah serba sikit ilmu yang saya dapat menerusi ebook Emas-Emas yang Hilang.


Gambar hiasan emas

Gambar hiasan emas - Ebook Emas-Emas yang Hilang



Opss... sebelum saya menyimpang jauh, jom kita kembali pada topik asal. Barang kemas ni bila dah lama dipakai akan kelihatan kusam, pudar dan kurang berkilat seperti mula-mula membelinya. Jadi, tarikannya pun dah kurang, kan?

Justeru itu, berikut adalah 2 tip untuk anda mengembalikan kilauan barang kemas tersayang;


Tip Pertama


1. Ambil sedikit sos cili.

2. Campurkannya dengan 2 hingga 3 titis air bersih.

3. Kemudian, sapukan campuran tersebut pada barang kemas yang hendak dikilatkan.

4. Seterusnya, berus atau gosok barang kemas tadi secara perlahan-lahan dengan menggunakan berus gigi terpakai.

5. Akhir sekali, cucilah barang kemas tadi dengan air bersih.



Tip Kedua


1. Ambil sedikit asam jawa.

2. Bancuhkan asam jawa tadi dengan mencampurkan sedikit air.

3. Kemudian, rendamkan barang kemas anda ke dalam air asam jawa selama 30 minit atau setengah jam.

4. Selepas itu, beruslah barang kemas anda dengan berus gig terpakai.

* Tujuan memberus adalah untuk mengeluarkan daki-daki yang terdapat di celah-celah barang kemas.

5. Akhir sekali, bilaslah barang kemas tadi dengan air bersih.


Jika dilakukan dengan teratur dan cermat, hasilnya kilauan barang kemas anda kembali menyerlah dan hampir kelihatan seperti baru.


Selamat Mencuba!



p.s: Ebook emas-emas yang hilang telang ditutup jualannya. Jika anda masih berminat mengetahui mengenai pelaburan emas, sila lawati laman web pada banner di bawah;




Wednesday, November 18, 2009

2 Petua Mengubati Sakit Kepala

Kadang-kadang, anda akan mengalami gejala sakit kepala. Mungkin disebabkan oleh faktor tertentu. Kalau anda ingin tahu apakah antara punca sakit kepala ni, sila rujuk post terdahulu bertajuk 7 Punca Sakit Kepala di sini. Kali ini, saya akan berkongsi 2 petua mengubati sakit kepala pula.


Petua 1:

Anda amalkan meminum 1 sudu teh sama ada;

- cuka nipah, ATAU

- cuka biasa, ATAU

- air asam jawa, ATAU

- air limau nipis

apabila mengalami sakit kepala.


Petua 2:

1. Anda perlukan segenggam daun turi, 7 biji lada dan beberapa ulas bawang putih.

Jika anda kurang mengenali daun turi, di bawah ni saya ada jumpa gambar pokok turi dan daun turi sebagai rujukan anda.

gambar pokok turi

Gambar pokok turi - Kambing - Usrah Agro Farm @ flickr



gambar daun turi

Gambar daun turi - iptek.net.id



2. Tumbuk kesemua bahan di atas sehingga halus.

3. Tambahkan pula 1 sudu besar cuka dan perapkannya seketika.

4. Akhir sekali, sapukan campuran tadi kat atas kening anda.

Jika takde aral, rasa sakit kepala anda akan berkurangan dan sembuh tak berapa lama selepas itu.


Selepas ini, bolehlah anda mencuba 2 ubat sakit kepala yang telah dinyatakan di atas. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda melegakan sakit kepala nanti.


Selamat Mencuba!

Friday, May 8, 2009

1 Cara Mengurangkan Lemak Dalam Badan

Lemak yang berlebihan dalam badan ni kadang-kadang membuatkan diri kita berasa kurang selesa. Secara tak langsungnya, bila kadar lemak meningkat, berat badan pun akan bertambah gak. Untuk itu, saya nak kongsi satu lagi petua untuk mengurangkan lemak dengan anda semua.


Caranya adalah dengan meminum air asam jawa. Mula-mula, anda ambil sebuku asam jawa.


gambar asam jawa aka tamarind
Gambar hiasan - TrekNature



Kemudian, ramas asam jawa tadi dengan segelas air putih dan sejukkannya di dalam peti sejuk.

Seterusnya, selepas anda makan tengahari atau malam, minumlah air asam jawa tadi. Amalkan meminumnya setiap hari secara konsisten. Mudah-mudahan anda berjaya menurunkan berat badan secara beransur-ansur dan selamat. :)






Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More