Showing posts with label gambar cantik Rozita Che Wan. Show all posts
Showing posts with label gambar cantik Rozita Che Wan. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Saya sangat selesa berada di sisi Rozita Che Wan - Shah Iskandar


Pelakon Shah Iskandar mengakui berasa selesa berdampingan dengan aktres Rozita Che Wan kerana sikap wanita itu yang ceria dan berfikiran positif.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 30, berkata, sikap mesra Rozita yang dikenali selepas mereka berlakon dalam dua telefilem iaitu Kiah Ke Jepun dan Anak Ikan serta drama bersiri Kiah Spy sekitar tiga bulan lalu menyenangkannya.
"Saya senang dengan sikap Rozita yang kelakar dan peramah. Dia menceriakan suasana ketika di lokasi penggambaran dengan kelucuan dan kemesraannya.

"Kebetulan pula, kami terlibat dalam tiga projek bersama, secara tidak langsung hubungan bertambah rapat," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Menerusi mStar Online pada 23 November lalu, Shah menyangkal dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan Rozita sejak terlibat dalam penggambaran bersama sehingga menimbulkan perasaan cemburu kepada aktor Zain Saidin.

Diusik mengenai perkembangan hubungan itu, Shah berkata, keintiman mereka bagaimanapun hanya berlaku di lokasi penggambaran dan tidak berlanjutan sehingga ke luar.
"Memang kami rapat ketika bekerja di lokasi tetapi saya tidak terfikir sampai ke tahap untuk mengajak dia keluar.

"Setakat ini, kami tidak pernah keluar bersama. Apabila membincangkan mengenai gosip ini kami tergelak kerana nama saya pula sudah termasuk dalam senarai lelaki yang dikaitkan dengannya," katanya.

Aktor yang berasal dari Singapura itu berkata, dia menghadapi gosip tersebut dengan tenang biarpun terus dihujani pelbagai persoalan mengenai cerita itu.
"Ini kali pertama saya terkena gosip begini dan kebetulan pula dengan Rozita."Namun, saya tiada masalah dan tenang sahaja hadapinya walaupun rakan-rakan dan keluarga ada bertanya mengenai kesahihan gosip itu," katanya.
Terbaru, Shah sedang terlibat dalam penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Cinta Agra untuk RTM. - Mstar Online

Monday, December 10, 2012

6 Gambar cantik Rozita Che Wan yang paling mengujakan


Beberapa gambar Rozita Che Wan yang paling mengujakan. “Mengambil contoh, sekiranya ada antara kita bertubuh gempal dan melihat orang lain bertubuh cantik, jangan pula kita menuduh dia melakukan pembedahan itu ataupun ini. Sebaliknya jadikan dia idola bahawa kita juga mampu cantik serta sihat sepertinya,” - forblogger. Itulah secebis nasihat ikhlas wanita cantik ini, Rozita Che Wan kepada mereka yang tidak habis-habis menyebabkan gosip liar ke atasnya tanpa usul periksa. Memang tidak dinafikan, sejak akhir-akhir ini, Rozita kelihatan semakin jelita dan cantik walaupun usianya sudah menginjak angka 41. Tidak hairanlah mengapa masih ramai jejaka yang berebut-rebut untuk mendekatinya termasuk beberapa pelakon lelaki yang kacak dan lebih muda darinya.






Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More