Showing posts with label Rekod. Show all posts
Showing posts with label Rekod. Show all posts

Monday, November 5, 2012

SubhanaAllah! - Menakjubkan Labah-labah Membuat sarang Seladang selepas banjir ( 9 Gambar)

Subhanallah, pasti korang tak penah melihat kejadian seperti ini dimana sekumpulan Labah-Labah membuatt sarang secara besar besaran selepas banjir di Austrailia. Dulu ade kes macam ini jugak di India dimana labah-labah membuat sarang seperti gula-gula kapas di pokok. Tapi ini lagi dahsyat!


Ape yang korang lihat ini adalah seperti banjir..ia memang banjir tetapi di banjiri dengan sarang labah-labah...

Sumber : TaoTauAjer

Friday, November 2, 2012

WOW! - Penyelam bina masjid pertama di bawah air

Di JEDDAH: Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat di dalamnya.


Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air. 

Akhbar harian Almadina melaporkan, penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang diisi pasir untuk membina masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk dan berhampiran sempadan Jordan.

Sumber : TaoTauAjer

Sunday, October 14, 2012

WOW! - Rekod bunuh diri paling tinggi Lelaki ASIA Bunuh Diri Di Menara Burj, Dubai

Harimau Mati meninggal kan belang, ini lah manusia mati meninggalkan nama.. dimana seorang lelaki mencipta rekod Membunuh diri di tempat paling tinggi iaitu di Menara Burj Dubai.


DUBAI - Seorang lelaki Asia telah membunuh diri dengan terjun dari menara tertinggi dunia, Burh Khalifa, di Dubai, UAE.

Sumber : TaoTauAjer

WOW! - Rekod manusia dengan nama terpanjang 161 patah perkataan !

Don McManus memutuskan untuk menukar namanya kepada yang baru, dimana dipercayai akan menjadi yang terpanjang di dunia. Menurut BBC, warga British yang berusia 41 tahun ini mengambil nama daripada 161 perkataan, dengan harapan untuk menarik perhatian media kepada organisasi kemanusiaan bagi membantu kanak-kanak - "Red Dreams". Beliau mengasaskan organisasi ini selepas kematian anak lelakinya.


Panjang 161 patah perkataan macam mana la agak nyer nama dye tu kan... korang tengok bawah nie nama terpanjang di dunia ini.....

Sumber : TaoTauAjer

Saturday, October 13, 2012

TAUTAK? - Kajian mendapati Malaysia antara negara paling malas

Satu kajian di London mendapati Malaysia berada di tangga ke-10 negara paling malas di dunia dengan 61.4 peratus penduduknya tidak aktif.
Malta yang merupakan antara destinasi pilihan pelancongan pula mempunyai penduduk paling malas di dunia dengan 71.9 peratus rakyatnya tidak aktif.

Sumber : TaoTauAjer

WOW! - Negara terkecil di dunia hanya dihuni 3 penduduk (10 GAMBAR)

Pernah kah terlintas di fikiran korang nak tau apakah negara paling kecil di dunia ini? Pernah tak korang bayangkan Negara yang hanya dihuni oleh 3 orang penduduk? haaa.. ini jawapan nyer iaitu Negara Molossia.
Sebagaimana syarat-syarat berdirinya sebuah negara yang berdaulat, maka Republik Molossia memang Layak dikatakan sebagai negara Republik terkecil di muka bumi ini, walaupun tidak berdaftar dengan Perikatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun Republik yang memiliki wilayah kedaulatan sendiri ini memang ada secara fakta.

Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini...

Sumber : TaoTauAjer

DAHSYAT! - Gambar Fenomena Baskin-Robbins FREE di Malaysia ( 14 GAMBAR)

Sepertimana yang kita tau meskipun Dato Lee Chong Wei dan Azizulhasni Awang berjaya tidak membawa pulang pingat emas. Rakyat malaysia telah di hadiahkan dengan Aiskrim percuma dari Baskin Robbins di seluruh cawangan di Malaysia kecuali yang di nyatakan. Mari kita saksikan Fenomena Baskin-Robbins di Malaysia ini.


Bagi menghargai usaha gigih semua ahli sukan Malaysia yang berjuang di Olimpik London, Impian Emas Negara, satu inisiatif Olimpik oleh Media Prima Bhd, telah memutuskan untuk memberi ganjaran kepada semua rakyat Malaysia dengan memberi 1 scoop setiap orang dari 8pm sehingga 10pm secara percuma.

Saksikan lagi gambar fenomena Baskin Robbins FREE di Malaysia di bawah ini...

Sumber : TaoTauAjer

Wednesday, October 10, 2012

WOW! - Kerusi Gergasi terbesar di dunia Shanghai (7 GAMBAR)

Kerusi Gergasi di Shanghai diiktiraf terbesar di dunia.Sebuah kerusi setinggi 6.8 meter (m) dan lebar 7.7m telah diiktiraf sebagai yang terbesar di dunia.


Pengiktirafan itu dibuat oleh Persatuan Rekod Dunia yang beribu pejabat di Hong Kong. Kerusi itu ketika ini dipamerkan di sebuah pusat beli-belah di Shanghai.

Lagi gambar Kerusi gergasi di bawah ini....

Sumber : TaoTauAjer

Tuesday, October 9, 2012

UNIK! - Restoran 80 Meter Di Bawah Tanah (5 GAMBAR)

Dunia sekarang ramai yang mencari kelainan seperti konsep restoran ini dimana Seorang chef pemenang anugerah membuka sebuah restoran baharu yang unik di Finland pada kedalaman 80 meter di bawah tanah.


Menyajikan pelbagai hidangan istimewa seperti ikan salmon masin, daging anak lembu dan siput dimasak bersama epal cincang, restoran itu berada di dalam lombong batu kapur Tytyri di sini, sekitar 60 kilometer ke barat ibu kota Finland, Helsinki.

Saksikan lagi gambar restoran di dalam tanah ini....

Sumber : TaoTauAjer

WOW! - Popeye di dunia sebenar dengan rekod bicep terbesar di dunia (12 GAMBAR)

Ini lah POPEYE di dunia sebenar yang memegang rekod terkini bicep terbesar di dunia yang sebelum ini di pegang oleh Gregg Valentino kini di pegang oleh Moustafa Ismail dari Mesir.


Ini adalah hasil daripada sepuluh tahun mengepam besi dua kali sehari!

Moustafa Ismail dari Egypt mempunyai bisep 31 inci dan di nobatkan sebagai paling besar didunia. Beliau telah menghabiskan sepuluh tahun mengangkat besi dua kali sehari dan lengan atas beliau kini mempunyai lilitan yang sama seperti pinggang seorang budak lelaki. Tetapi walaupun kalau dalam kartun popeye suka makan bayam tapi disebaliknya dia membenci bayam.

Sumber : TaoTauAjer

WOW! - Anjing Great Dane dengan rekod tertinggi di dunia (5 GAMBAR)

Ini lah Anjing tertinggi di dunia dari baka Great Dane . Sebelum ini tao ade tunjuk anjing terbesar iaitu anjing gergasi newfoundland maka ini pula adalah anjing tertinggi yang pernah di rekodkan.


Great Dane tertinggi di dunia dengan tinggi 2.2 meter apabila haiwan itu berdiri dengan menggunakan kaki belakangnya dinamakan anjing tertinggi di dunia dalam edisi terbaharu Guinness Book of World Records semalam di London.

Lagi gambar di bawah ini....

Sumber : TaoTauAjer

Monday, October 8, 2012

WOW! - Rumah paling nipis di dunia sedang dibina di Poland (2 GAMBAR)

Rumah adalah tempat untuk kita tinggal dari hujan dan panas selain dari itu kita perlukan keselesaan dengan ruang yang luas. Tapi tidak bagi rumah yang sedang di bina ini di Poland Rumah paling nipis dengan berukuran 120cm di titik terluas dan 71cm yang paling sempit.


Rumah yang dibina diantara dua bangunan di Warsaw adalah antara paling nipis didunia dan juga yang tao pernah catatkan dimana Seperti sebelum ini rumah paling kecil tao penah jumpa adalah Rumah dengan hanya 1.5 meter dan juga Fuyuh! Rumah Dengan Luas Hanya 2 Meter.

Saksikan Video di bawah ini....

Sumber : TaoTauAjer

WOW! - Pereka Fesyen Jepun Cipta Rekod Rambut Mohawk Tertinggi Di Dunia (12 GAMBAR)

Rasanyer ini rambut mohawk paling panjang didunia pereka fesyen dari Tokyo Kazuhiro Watanabe 40 tahun mempunyai Mohawk tertinggi di dunia. Ia adalah 3-kaki 8,6 inci atau 1.3 m tinggi.


Untuk menghasilkan rambut mohawk tersebut, dia menghabiskan sebotol gel rambut dan 3 tin spray rambut dan mengambil masa 2 jam untuk menjadikan ia terpacak.

Sumber : TaoTauAjer

Sunday, October 7, 2012

WOW! - Perempuan ini Pasti Mempunyai Kaki Terbesar di Eropah (12 GAMBAR)

Emma Cahill, 19. gadis British dengan ketinggian 195 cm (6 kaki 5) mempunyai saiz kasut AS 15 (yang merupakan saiz 14 di UK dan saiz 50 di Eropah). Beliau berpendapat bahawa kakinya mungkin yang terbesar di Eropah di rekodkan, jadi ia adalah "hampir mustahil" untuk mencari kasut yang sesuai. Emma membeli kebanyakan kasut beliau di sebuah kedai khusus di Jerman di mana mereka kos kira-kira $ 160 untuk sepasang.


Mungkin ini akan menjadi satu rekod perempuan dengan kaki paling bersar di eropah nanti lihat la gambar-gambar di bawah ini perbezaan kaki emma dengan kaki seorang wanita yang normal.

Sumber : TaoTauAjer

Saturday, October 6, 2012

WOW! - Terjunan bebas yang menghampiri kelajuan bunyi bakal dilakukan (3 GAMBAR)

Terjunan bebas yang menghampiri kelajuan bunyi bakal di lakukan oleh Felix Baumgartner dengan ketinggian 37 kilometer di atas udara. Dimana mempunyai risiko tinggi untuk mati sekiranya sut tersebut mengalami sebarang kerosakan.


Pada Isnin minggu hadapan, seorang warganegara Austria, Felix Baumgartner akan cuba melakukan terjunan bebas terpantas, tertinggi dan bakal menjadi penerjun udara pertama di dunia menghampiri kelajuan bunyi.

Bunyi bergerak selaju 1,236 kilometer sejam(km/j) .

Dia merancang membuat terjunan dari sebuah belon helium pada ketinggian 37 kilometer di padang pasir New Mexico dengan kelajuan 1,110 km/j.



Baumgartner, akan memakai satu sut bertekanan tinggi dan topi seperti seorang angkasawan.

Percubaan itu mempunyai banyak risiko, termasuk pembentukan buih dalam aliran darah yang boleh membawa maut dan darah beku pada otak.

Ketua penasihat perubatannya ialah bekas pakar bedah penerbangan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan.

Sumber : TaoTauAjer

Friday, October 5, 2012

Wow! - Video ular terbesar di dunia di MALAYSIA

Sungguh kita tak sangkan ingatkan ularpaling besar datang dari spesis Anaconda di Hutan Amazon, rupa-rupa nyer kat malaysia pon ade juga ular yang sangat besar di jumpai.


Mak ai... besar giller ular ini, apa yang kita dapat lihat disini adalah seekor ular yang amat besar dimana diameternya sudah hampir sama besar dengan peha seorang manusia.

Video >>

Sumber : TaoTauAjer

Wow! - Jambatan Gantung dan tertinggi di dunia milik China (5 Gambar)

Sebelum ini tao ade tunjukkan jambatan terpanjang yang dibina di Brazil pada Januari yang lalu kini, Jambatan gantung Aizhai di China kini pula menjadi Jambatan Gantung tertinggi bagi menghubungkan dua terowong di wilayah Hunan, tengah China.


Jambatan gantung dengan ketinggian 3,858 kaki dan sejauh 355 meter tersebut menghubungkan dua bandar - Chongqing Municipality dengan bandar Changsha dibuka secara rasminya 31 Mac lalu.

Saksikan lagi gambar-gambar di sini >>

Sumber : TaoTauAjer

Thursday, October 4, 2012

Wow! - Rekod angkat 23 bangku dengan gigi

Seorang lelaki berusia 30 tahun dari Cina, Li Hongxiao berjaya memecahkan rekod menjunjung 23 bangku dengan giginya. Ini bukan perkara mudah, karena Li harus menumpukan dan menyeimbangkan semua bangku tersebut.


Bila satu buah bangku beratnya 3 kg, setidaknya jumlah beban yang harus ditahan lelaki yang berasal dari Desa Tianqiao ini hampir 70 kg.

Sumber : TaoTauAjer

Saturday, September 1, 2012

Betul Betul Cool - Limosin Terpanjang Di Malaysia

Limosin yang dimiliki oleh Natasya Resort Cameron Highland ini adalah limosin terpanjang di Malaysia iaitu melebihi 8 meter. Dilengkapi dengan TV LCD, mood lighting dan banyak lagi kemudahan mewah, ia boleh memuatkan 6 orang penumpang.








 Blog Rilek-Rilek

Friday, August 31, 2012

Hoshi Ryokan – Hotel Tertua Di Dunia

Hōshi Ryokan adalah hotel dan spa yang dibina di Ishikawa, Jepun sejak hampir 1300 tahun dahulu! Diasaskan pada tahun 717, ia diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai hotel tertua yang masih beroperasi sehingga sekarang.



Hotel ini dimiliki dan diuruskan oleh keluarga yang sama buat 46 generasi. Kini, ia mempunyai lebih kurang 100 bilik penginapan dan boleh menerima 450 tetamu dalam satu masa.


Hōshi Ryokan terkenal dengan kolam air panas yang menyegarkan. Terdapat 2 kolam air panas tertutup dan 2 lagi kolam air panas terbuka yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan.




Pengunjung akan diberikan kimono istimewa, Yukata sepanjang penginapan mereka. Turut terdapat taman tradisional dengan pemandangan yang begitu indah.











Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More