Showing posts with label Wanita Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Wanita Bersalin. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

Kacip Fatimah Bukan Hanya Untuk Wanita?

Bila bercerita tentang Kacip Fatimah, fikiran kita pasti tertumpu kepada wanita. Memang tidak syak lagi, kan? Normal la tu. Tapi selain untuk wanita, ada 1 khasiat Pokok Kacip Fatimah yang mungkin boleh digunakan oleh kaum lelaki.

Khasiat yang dimaksudkan ialah menyembuhkan demam malaria. Mungkin ada sesetengah anda yang mengenalinya sebagai demam ketar mahupun demam kura.

Jika demam malaria ni tak dirawat pada peringkat awal, ia boleh membawa maut. Antara tanda-tanda jika anda dah kena demam malaria ni adalah;

~ demam yang diikuti dengan demam berpeluh

~ rasa seram sejuk

~ badan menggeletar

~ badan letih dan lesu

Justeru, saya terpanggil untuk kongsikan satu petua yang mungkin bermanfaat untuk mereka yang memerlukan.


Caranya seperti berikut;

1. Ambil beberapa helai daun kacip fatimah (rujuk gambar di bawah) dan bersihkannya.


Pokok Kacip Fatimah - http://drrozmey.wordpress.com


2. Rebus kesemua daun tersebut hingga mendidih.

3. Kemudian, tapis air rebusan tadi dan tuangkannya ke dalam cawan.

4 Biarkan ia suam seketika dan minumlah perlahan-lahan.

Ulangi petua ini sehinggalah anda benar-benar pulih.

Pun begitu, agak tidak lengkap jika saya tak sertakan sekali khasiat kacip fatimah untuk wanita, kan? apa barang, tak adillah camni Ok... ok, air rebusan akar kacip fatimah ni baik untuk wanita yang baru lepas bersalin. 


Caranya;

1. Ambil akar pokok kacip fatimah dan bersihkan.

2. Rebuskan akarnya hingga mendidih.

3. Setelah itu, tapiskan air rebusan tadi ke dalam cawan.

4. Biarkan ia suam dan minumlah perlahan-lahan.


Begitulah 2 khasiat pokok kacip fatimah @ "Phyllagathis Rotundifolia yang telah anda ketahui. Satu, air rebusan daunnya dan kedua ialah air rebusan akar pokok kacip fatimah. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk anda yang memerlukan.

PetuaSejagat

Wednesday, January 27, 2010

6 Khasiat Pokok Cempaka Untuk Kesihatan Anda

Pokok cempaka telah diketahui umum akan mengeluarkan bunga yang amat cantik. Namun, keistimewaan pokok cempaka ni sebenarnya bukan tertumpu pada bunganya saja. Malah, daun serta akarnya turut memiliki khasiat dari sudut aspek kesihatan jika anda tahu menggunakannya.

Bunga cempaka ni pula ada yang berwarna kuning dan juga putih. Kedua-dua pokok yang mengeluarkannya masing-masing mempunyai khasiat tersendiri.

Sebagai contoh, pokok cempaka kuning sesuai untuk kegunaan wanita selepas bersalin, mengatasi masalah kencing tak lawas serta menyembuhkan demam selsema.

Gambar Bunga Cempaka Kuning

Gambar Bunga Cempaka Kuning - arletepqt @ flickr.com




Wanita Selepas Bersalin

1. Anda ambillah beberapa helai daun pokok cempaka kuning.

2. Lap atau bersihkannya terlebih dulu.

3. Kemudian, rebuslah daun itu sehingga mendidih.

4. Lepas mendidih, biarkan air rebusan tu agak suam kuku. Kemudian barulah anda meminumnya.


Kencing Tak Lawas

1. Sediakan beberapa kuntum bunga cempaka kuning dan bersihkannya.

2. Rebus kesemua bunga tadi sampai mendidih.

3. Bila air rebusan dah mendidih, biarkannya sehingga agak suam kuku. Kemudian, barulah anda meminumnya.


Demam Selsema

1. Dapatkan bahagian akar pokok cempaka kuning dan bersihkannya terlebih dulu.

2. Kemudian, pecah-pecahkan akar tersebut. Atau dengan kata lain, "titik" kan akar tadi.

3. Seterusnya, rebus akar tersebut sampai mendidih.

4. Setelah ia mendidih, biarkan air rebusan akar tu suam.

5. Kemudian, anda minumlah ia secara perlahan-lahan.


Manakala, pokok cempaka putih pula berfungsi merawat pitam, bisul dan bronkitis.

Gambar Bunga Cempaka Putih

Gambar Bunga Cempaka Putih - creativehousefl.com




Pitam

1. Ambil beberapa kuntum bunga cempaka putih dan bersihkannya.

2. Kemudian, rebus bunga tersebut hingga mendidih.

3.Setelah mendidih, sejukkan air rebusan tadi sehingga agak suam kuku dan minum.


Bronkitis

1. Sediakan beberapa kuntum bunga cempaka putih dan bersihkannya.

2. Kemudian, rebus bunga tersebut sampai mendidih.

3. Seterusnya, biarkan air rebusan tadi sehingga ia agak suam-suam kuku.

4. Lepas tu, tuangkannya ke dalam gelas dan campurkan dengan sedikit madu.

5. Akhir sekali, kacaukannya dan minum.


Bisul

1. Petik beberapa helai daun cempaka putih yang masih segar-bugar.

2. Lapkannya agar bersih dan tumbuk daun tersebut agar ia lumat.

3. Tampal atau tepek daun yang telah dilumatkan tadi ke tempat yang ditumbuhi bisul.

4. Pastikan anda telah mencuci bisul terlebih dulu dengan air suam sebelum menepek daun tersebut.


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More