Showing posts with label ajaib. Show all posts
Showing posts with label ajaib. Show all posts

Saturday, November 3, 2012

Subhanallah ! - Keajaiban & Keanehan Air Zam-Zam

Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.


Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Sumber : TaoTauAjer

Tuesday, October 30, 2012

WOW! - Ayam tanpa kepala mampu hidup selama 2 tahun (7 GAMBAR)

Korang masih ingat akan kejadian ayam yang telah disembelih tapi masih hidup di perak bulan lepas tao paparkan? 

Dalam artikel tersebut dimana kejadian ayam hidup walaupun kepala sudah putus pernah berlaku pada 60 tahun yang lepas? lebih tepat pada 2012 ini peristiwa seperti itu berlaku pada 67 tahun yang lepas. Dimana seekor ayam yang juga di sembelih tapi hidup bukan 2 minggu tetapi 2 tahun.


Kejadian ini berlaku pada 10 September 1945, dimana seekor ayam yang dipelihara oleh Clara Olsen dan suaminya yang dinamakan MIKE, Llyod Olsen mampu bertahan hidup sehingga 2 tahun lamanya setelah kehilangan kepalanya akibat satu insiden yang terjadi di rumah keluarga Olsen.

ikuti lagi akan kisah ayam tak berkepala dan penjelasan bagaimana ayam tanpa kepala ini mampu hidup selama 2 tahun.....

Sumber : TaoTauAjer

Monday, October 1, 2012

Keajaiban dunia yang terunggul Sepanjang Zaman


Sejak zaman berzaman, ahli sarjana masyarakat barat begitu mengagung-agungkan hasil-hasil binaan yang disifatkan sebagai lambang ketamadunan yang maju dan menyenaraikannya sebagai salah satu keajaiban dunia.

Sejak dari kecil, kita dimomokkan bahawa Tembok Besar di China, Taman Tergantung Babylon di sempadan Iraq, Piramid Giza di Mesir, Taj Mahal di India, Candi Borobodur di Pulau Jawa, Angkor Watt di Kemboja dan Menara Condong Pisa di Itali sebagai tujuh benda ajaib di dunia.

Namun, tidakkah terlintas di fikiran kita bahawa rumah Allah, Kaabah, merupakan satu keajaiban dunia yang tiada tolok bandingnya dan tidak pun disenaraikan oleh sarjana-sarjana itu berbanding keajaiban-keajaiban lain.

Menurut golongan ulama dan pakar sejarah Islam, Kaabah yang terletak di dalam kawasan Masjidil Haram di Mekah pertama kali dibina di atas dunia oleh manusia pertama yang diturunkan Allah di muka bumi ini iaitu Nabi Adam AS.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Al-Karim dan diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA bahawa Nabi Adam mengerjakan tawaf di keliling Kaabah sebanyak 40 kali.

Selain itu, Kaabah yang juga digelar sebagai Baitullah atau Baitul Ateeq itu dikatakan telah dibina semula sebanyak 11 kali lagi dan di antara yang membinanya ialah Nabi Syith AS, Nabi Ibrahim AS, kaum Amaliqah, kaum Jurhum, Qusai Ibnu Qilab, dan datuk kepada Rasulullah SAW, Abdul Muttalib Ibnu Hasyim.

Kaabah yang dilanda banjir besar pada tahun 605 Masihi telah dibina oleh empat ketua suku kaum Quraisy bersama Muhammad SAW Al-Amin yang meletakkan posisi batu Hajarul Aswad ketika Baginda berumur 35 tahun, lima tahun sebelum diangkat menjadi Rasul.

Seterusnya, rumah Allah itu juga pernah dibina oleh seorang sahabat, Abdullah Ibnu Zubair RA pada tahun 64 Hijrah, Hajjaj Ibnu Yusuf At-Thaqafi pada tahun 74 Hijrah dan Sultan Murad Khan pada tahun 1040 Hijrah.

Menurut reka bentuk Kaabah ketika di bina oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS, rumah Allah itu berukuran 48 kaki 6 inci bagi Dinding Timur, Dinding Barat 46.5 kaki, Dinding Hatim 33 kaki, manakala dinding antara Hajarul Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki.

Binaan suci ini yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter itu, mencetus keajaiban teragung apabila jutaan umat Islam di dunia sujud kepadaNya setiap saat dan masa sejak di zaman Rasulullah SAW lagi.

Antara keajaiban Kaabah yang tiada pada benda keajaiban dunia lain ialah sebiji batu besar yang asalnya berwarna putih dan dinamakan sebagai Hajar Al-Aswad yang bermakna ‘batu yang berwarna hitam’ setelah batu yang dikatakan dibawa dari syurga itu bertukar ke warna hitam kemudiannya.

Selain itu, Kaabah turut dibina dengan ‘pakej ajaib’ dengan melengkapkan binaan itu dengan sebuah telaga Zam-Zam yang bermaksud ‘berkumpullah..berkumpullah’, yang tidak pernah kering-kering sejak dibina sejak di zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail lagi.

Memakmurkan rumah Allah, puluhan juta umat Islam akan berkumpul mengelilingi Kaabah bagi menunaikan rukun Islam kelima, menunaikan haji, di mana hanya mereka-mereka yang terpilih sahaja yang akan mendapat ‘surat jemputan’ dari Allah SWT sebagai ‘tetamu’Nya setiap tahun.

Subhanallah! Beruntunglah kepada sesiapa yang pernah mendapat ‘surat jemputan’ itu untuk menjadi tetamu Allah di rumahNya memandangkan ramai yang kaya raya dan berkemampuan pun tidak pun bernasib baik menerima ‘surat’ itu.

Semoga kita semua, umat Islam, diberikan kemudahan dan lorongan dari Allah untuk menjadi tetamuNya sebelum uzur dan ajal menjemput kita menemuinya. Wallahua’lam.

I Love Islam

Tuesday, July 10, 2012

WOW! - Kucing ini mampu bercakap seperti manusia [VIDEO]

TAOTAUAJER - Kucing adalah salah satu haiwan yang istimewa, sepertimana yang tao penah bagi tau kat korang tentang kenapa Nabi Muhammad sangat sayangkan kucing dan apa ada pada kucing?


Kejadian ini berlaku di Indonesia ..Seperti yang kita maklum, kucing mempunyai suara yang unik , atau dalam erti kata lain kucing hanya mampu mengiau tidak seperti haiwan lain. Namun terdapat seekor kucing yang pandai bercakap. 


Saksikan video di bawah ini...

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Friday, May 18, 2012

Subhanallah! - Bayi Lahir Bersama Al-Quran Dari Rahim Ibunya (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Satu keajaiban berlaku di bumi Nigeria dimana seorang bayi yang dilahirkan keluar bersama-sama dengan Al-Quran pada 7 Mei lepas. Ibunya, Puan Kikelomo Ilori, 32, ahli kecantikan, memberitahu kita bahawa dia telah lahir pada hari Isnin selepas dia telah mengandung selama kira-kira 10 bulan.


Keajaiban bayi yang lahir dengan Al-Quran

Ibu tunggal tersebut mendakwa dia telah ditinggalkan oleh suami yang menafikan tanggungjawab untuk kehamilan dan digalakkan untuk menggugurkan kandungan terseubt. Wanita itu juga berkata: "Saya enggan untuk menggugurkan kehamilan" Mrs Ilori melahirkan rasa terkejut dengan kelahiran anak lelaki. Seorang ulama Islam, Ustaz Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed, menamakan bayi lelaki Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Monday, March 12, 2012

#tautak? - Sotong boleh terbang seperti ROKET ?

TAOTAUAJER - Korang tau tak sotong boleh terbang? Kalau sotong naik kapal terbang tu tak perlu di pertikaikan la, sebenarnya sotong boleh terbang dalam beberapa saat jer kalau korang nak tau.


Kalau korang nak tau sotong tidak hanya melompat keluar air seperti ikan lumba-lumba. Sotong sebenarnya mengambil menyedut dan memancutkan air, dimana dengan menggunakan air sebagai pendorongan yang menjadikan mereka sehingga 5 kali lebih cepat ke udara daripada di atas air!

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More