Showing posts with label himpunan cerita hikmah. Show all posts
Showing posts with label himpunan cerita hikmah. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

Kisah seorang ulama dengan seorang pramugari


seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. 

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Thursday, May 31, 2012

Kisah mengenai Harta Karun/Qarun


Pernahkah korang semua dengar cerita mengenai harta karun? Kalau ada yang berceritakan tentang Harta Karun, Maka Yang dimaksudkan adalah harta yang terpendam di dalam tanah, gua-gua ataupun di dasar laut.  Mungkin dinamakan Harta Karun Kerana harta itu terbenam di dalam tanah Seperti yang terjadi Qarun dan hartanya Yang Dibenamkan Oleh Allah S.W.T.

Seperti yg dikisahkan dalam ayat al quran yg bermaksud
“Maka Kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golonganpun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya).” (QS A;-Qashash [28] : 81)

Berikut ini adalah kisah Qarun yang diambil dari Al-Qur'an dan tafsir Ibnu Katsir rahimahullah, dengan makusd agar anak-anak menjauhi sifat sombong dan mengambil pelajaran bahwa kelebihan harta benda yang dimiliki tidak menjadikan seseorang lebih mulia di sisi Allah.

Semoga bermanfaat...

sumber

Wednesday, May 30, 2012

Himpunan Kata-Kata Motivasi Tokoh Terkenal


Motivasi Sehinggit.blogspot.com

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
(Charles Cahier)

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
(Charles Cahier)

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
(James Allen)

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
(Peribahasa Cina)

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
(I. Salanter Lipkin)

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
(Aristotle)

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
(Albert Camus)

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
(Marcus Aurelius)

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
(Jose Joaquin Olmedo)

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
(Joseph Conrad)

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
(William J. Siegel)

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
(Philip Massinger)

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
(Lao Tze)

Kegagalan adalah asas kemenangan
(Lao Tze)

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
(Lao Tze)

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
(Flower A. Newhouse)

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
(Samuel Johnson)

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
(Cecil B. DeMille)

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
(Peribahasa Arab)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
(Peribahasa Melayu)

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
(Confucius)

10 Surah yang dapat menghalang 10 Ujian Besar Allah




01) Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
02) Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
03) Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
04) Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
05) Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
06) Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
07) Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
08) Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
09) Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10) Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Sila share - Semoga dapat menjadi amalan kita semua. :-)
sumber

Tuesday, May 29, 2012

Kisah Syaitan yang membantu pemuda ke Masjid



Seorang pemuda buta bangun awal pagi untuk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan  berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid . Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. 

Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid . Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki dan memimpinnya. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab “Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya mahu bantu anda..”

Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid . Saat sampai di masjid , pemuda buta itu bertanya kepada lelaki yang memimpinnya untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali kali dan, lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat?
lelaki itu menjawab
“Aku adalah Syaitan”
Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.

Syaitan kemudian menjelaskan, ‘Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa dosamu.

Saya membuatmu jatuh kali kedua, dan bahkan itupun tidak membuatmu berubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa dosa seluruh anggota keluargamu.

Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan jangan Allah akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dengan selamat….’

Kesimpulan, 
Janganlah anda sesekali berputus asa untuk mengerjakan ibadah@kebaikan ke jalan Allah. Kerana kita tidak pernah tahu akan ganjaran Allah S.W.T kepada umatnya.
Sama-sama lah kita SHARE kepada sahabat Facebook yg lain untuk kebaikan bersama

Thursday, May 24, 2012

Koleksi Kata-kata Hikmah



Koleksi kata-kata hikmah yang sesuai dijadikan renungan bersama dan dijadikan sebagai motivasi diri.

01) Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
02) Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
03) Sabar penghilang penat, tekun pembawa berkat.
04) Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan berusaha untuk maju
05) Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

p/s : Semoga berguna untuk dikongsikan...

Tuesday, May 22, 2012

Kerana sudah terlanjur (18++)


Gambar hiasan sahaja...

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai… Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..

“Maaf, Encik… Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada… Maaf ya Encik.” 

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,”Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya.”

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

“Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau.”

Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan dengan penuh sopan nya dia mengangkat ayam itu, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut…

p/s : Asal tajuk panas sikit jer...laju ehhh

Monday, May 21, 2012

Awas! Kita diserang syaitan melalui 10 pintu



  1. TAMAK DAN BURUK SANGKA. Lantas aku hadapi dengan sifat menaruh kepercayaan dan berada dengan apa yang ada setelah berusaha berakhir.

  2. CINTAKAN DUNIA DAN PANJANG ANGAN-ANGAN. Lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kadatangan maut secara tiba-tiba.

  3. CINTAKAN NIKMAT DAN KEREHATAN. Lantas aku menghadapinya dengan meyakini pemberian Allah dan takutkan balasan seksa Allah.

  4. UJUB(Kagum dengan diri sendiri). Lalu aku menghadapinya dengan menyukuri nikmat pemberian Allah dan Takutkan balasaan Seksa Allah.

  5. PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA. Lalu aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

  6. RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN ORANG. Lalu aku menghadapinya dengan sikap iklhas dan Tawaduk.

  7. HASAD. Lalu aku menghadapiya dengan sifat qanaah iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar serta Redha di atas pemberian Allah terhadap Makhluk-Nya.

  8. BAKHIL. lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa dengan ada di tangan makhluk-Nya.

  9. TAKBUR. lalu aku menghadapi dengan meyakini sifat Tawakal dan rendah Diri.

  10. TAMAK. Lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesat yang ada pada MANUSIA.

Sumber : I Love islam web Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More