Showing posts with label misteri. Show all posts
Showing posts with label misteri. Show all posts

Saturday, December 22, 2012

JENAZAH SEPERTI BARU DIKEBUMIKAN!


SYAHID 16 TAHUN LALU, JENAZAH SEPERTI BARU DIKEBUMIKAN | Khalil al-Syarif Khalil meninggal dunia pada 16 tahun yang lalu. Dia berasal dari Palestin. Dia syahid ketika sedang menentang tentera yahudi laknatullah.

Dulu kawasan kubur Khalil tanpa sengaja tergali. Sudah menjadi kebiasaan di Palestin menyatukan jenazah para syuhada di kubur yang sama.

Juga menjadi kebiasaan di Timur Tengah dan Arab mengebumikan jenazah di liang lahad yang telah lama digunakan.

Namun, semua orang terkejut apabila mereka mendapati jenazah Khalil yang tidak dimamah oleh tanah dan masih utuh.

Jenazahnya bahkan seperti baru sahaja dikebumikan satu jam lalu.

Satu jari telunjuknya tegak, seperti orang tengah melakukan tasyahud dalam solat.

Thursday, December 20, 2012

Hubungan Intim Dengan Rangka Manusia



Melakukan Hubungan Intim Dengan Rangka Manusia | Seorang wanita berusia 37 tahun dari Gothenburg, Sweeden kini ditahan pihak berkuasa negara itu kerana disyaki melakukan hubungan seks – dengan rangka manusia!

Siasatan polis menunjukkan dia menggunakan 100 tulang manusia, termasuk enam tengkorak dan satu tulang belakang, untuk menjalankan aktiviti seksnya.

Menurut laporan agensi berita Sweeden, TT, pihak polis telah menjumpai beberapa buah cakera padat (CD) yang bertajuk ‘My Necrophilia’ dan ‘My first experience’ serta beberapa keping gambar wanita itu bersama dengan tengkorak-tengkoraknya.

Wanita tersebut telah didakwa di Makhamah Daerah Gothenburg semalam.

Bagaimanapun, dia telah menafikan segala pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dengan alasan bahawa dia bertindak mengumpul tulang-tulang tersebut sebagai ‘koleksi sejarah’ semata-mata.

Siasatan menunjukkan wanita tersebut pernah menulis dalam forum internet beberapa tahun lalu bahawa;

” Moral saya hanya menghadkan apa yang saya ingin lakukan, justeru saya akan terima apa sahaja yang akan dikenakan terhadap saya.”

Beberapa keping gambar yang diambil dari bilik mayat turut ditemui di rumah wanita tersebut disamping beg-beg membungkus mayat dan juga sebuah mesin gerudi.

Namun, pihak polis masih tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan bahawa dia telah menggali mana-mana kubur untuk mendapatkan ‘koleksi sejarahnya’ itu.

Sabit kesalahan, dia boleh dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun jika didapati bersalah.

” Terdapat beberapa keping gambar menunjukkan wanita tersebut sedang menjilat tengkorak,” kata pihak pendakwa, Kristina Ehrenborg-Staffas kepada akhbar The Local di Sweeden.

“Kami dapati bahawa wanita itu adalah wanita yang sama seperti dalam gambar-gambar berkenaan, namun wanita tersebut mendakwa bahawa itu bukanlah gambarnya.

” Sebaliknya dia mendakwa memperoleh gambar-gambar itu menerusi internet.”

Macam-macam hal…





Wednesday, December 19, 2012

Misteri Mayat Berat di Kota Tinggi



KOTA TINGGI: Keanehan berlaku ketika pihak berkuasa menguruskan sembilan mangsa bot karam di Perairan Teluk C berhampiran Bandar Penawar, di sini, malam kelmarin apabila mayat mereka gagal diangkat kerana terlalu berat.

Walaupun lima orang dewasa berusaha mengangkat satu mayat, usaha mereka tetap gagal dan keadaan hanya berubah selepas seorang ustaz dipanggil untuk membantu.

Sumber polis berkata, selain keadaan mayat yang berat, berlaku satu lagi keanehan apabila pacuan empat roda polis secara tiba-tiba tersekat di kawasan berpasir dan tidak boleh bergerak menyebabkan usaha membawa mayat ke hospital bertambah sukar.

Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

“Semua mangsa dipercayai penumpang sebuah bot pancung yang membawa lebih 15 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang bertolak dari Bandar Penawar melalui laluan tikus untuk pulang ke negara asal mereka -Harian Metro

Tulis Guna 2 Tangan Pada Satu Masa


Chen berkebolehan menulis secara dengan dua tangan serentak tanpa sebarang alat bantuan.

Di zaman kecanggihan teknologi dan telefon pintar, pasti ada pengguna berhadapan kesukaran untuk menulis dengan baik walaupun dengan sebelah tangan sahaja.

Tetapi tidak buat seorang penterjemah China, Chen Siyuan, yang berkebolehan menulis dengan dua belah tangannya serentak pada satu masa.

Menarik sekali, Chen, 24, mampu menulis berlainan bahasa serentak seperti bahasa Cina dan Inggeris.

Menurut Chen, beliau tidak melakukan sebarang latihan tetapi bakatnya muncul tanpa disedari sewaktu cuba menyelesaikan timbunan kerja sekolah beberapa tahun lalu.

"Ketika di sekolah menengah, secara tidak sedar saya telah menulis dengan kedua-dua belah tangan secara serentak," katanya. - DailyMail

Monday, December 17, 2012

RUPA BAYI PENAGIH DADAH!

RUPA BAYI PENAGIH DADAH YANG CACAT DAN PELIK | Semua orang tahu pengambilan dadah yang berlebihan boleh menyebabkan kematian. 

Bukan itu saja, bagi wanita mengandung yang mengambil dadah berlebihan akan memberi kesan kepada bayi yang dikandung. 

Jom kita tengok apa yang terjadi kepada bayi seorang penagih dadah wanita ini apabila dilahirkan.. 


Sunday, December 16, 2012

Misteri! Lelaki Ini Hadir Ke Majlis Pengebumian Dirinya Sendiri



Menerima khabar kematian dari kenalan rapat mahupun ahli keluarga sendiri sudah tentunya mendatangkan 1001 perasaan sedih yang sukar digambarkan. Dari awal proses mengkafankan jenazah sehinggalah ke tanah perkuburan, sanak saudara berwajah sugul kelihatan sedih. Namun apakah reaksi kita apabila tiba-tiba orang yang sepatutnya berada dalam kain kafan berbalut datang menghampiri kita. Malah ia sempat menegur kita. Adakah kita harus lari ketakutan?

Itu yang terjadi apabila satu perhimpunan keluarga meratapi kematian saudara telah terkejut dan hampir pengsan apabila simati dalam majlis pengkebumian itu tiba-tiba muncul dan berjalan kearah mereka. 

Dalam kes yang pelik, kerana kesilapan identiti, berita pembunuhan Gilberto Araujo di tempat pencuci kereta, telah disampaikan kepada keluarga oleh polis tempatan di Sao Paulo, Brazil pada Ahad. Tidak lama selepas itu, seluruh keluarga ‘simati’ telah dipanggil ke bilik mayat untuk membuat sesi kenal pasti mayat. ‘Si mati telah dikenali sebagai Gilberto Araujo, dan dia dibawa pulang untuk disemadikan.

Rupa-rupanya mayat itu bukanlah Gilberto Araujo. Abang Gilberto Araujo, Jose Marcos Araujo begitu tertipu oleh kesamaan mereka. Si mati dikenali sebagai Genivaldo Santos Gama, yang nampaknya memiliki rupa dan fizikal yang agak menyerupai adiknya..

Misteri Hilangnya Bayi Kembar dalam Kandungan


Detik penantian 5 tahun seorang suami bagi menimang anak sulung hancur setelah anak kembar perempuan dalam kandungan isterinya telah hilang secara misteri.


Kejadian yang berlaku di Pokok Sena itu tidak diduga dan kehilangan itu berlaku semasa dia bermimpi sewaktu tidur di rumah ibunya, Che Som Endut di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin. Lebih memeranjatkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungan mangsa tersebut di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang telah dipercayai hilang di malam yang sama.

“Pada malam tersebut, saya telah bermimpi didatangi 5 wanita berjubah mendekati saya dan membacakan sesuatu sebelum mereka hilang setelah azan Subuh berkumandang. Setelah terjaga, saya mendapati perut saya yang selama ini besar dan berat (berisi kandungan) , tiba-tiba telah ringan dan kempis,” ujar mangsa.

“Saya terkejut dan mula mengesyaki ada perkara buruk yang tidak kena berlaku dan lantas mengejutkan suami saya, Aziz Hussein bagi memberitahu apa yang berlaku. Apabila tiba di Klinik Kesihatan Pokok Sena bagi tujuan pemeriksaan pada lebih kurang pukul 9 pagi esoknya, bayi kembar dalam kandungan saya telah disahkan hilang. Saya berasa sangat sebak hanya mampu menangis,” jelas Norliana penuh hiba.

Mangsa yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, telah dijadualkan bersalin pada 3 November lepas. Berikutan peristiwa itu, dia mengambil keputusan bagi tinggal bersama ibunya di rumah ibunya sejak sebulan yang lepas bagi memudahkan mangsa bersalin kelak.

Norliana menjelaskan lebih lanjut, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawa beliau membuat ujian pengimbasan kandungan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul dan dia dimaklumkan mengandung kembar perempuan.

“Akan tetapi semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul bagi mengesahkan dakwaan itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang,” jelas Norliana lagi.

Norliana juga turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarganya dua hari lepas bagi mendapatkan kepastian mengenai kejadian yang berlaku ini. Pengamal perubatan itu juga menyatakan bahawa bayi kembar itu benar-benar hilang dalam kandungan.

Friday, December 14, 2012

JOM KENALI BRUCE LEE!

FAKTA TENTANG BRUCE LEE YANG ANDA TIDAK TAHU | Bruce Lee merupakan lagenda dan hampir seluruh dunia mengenali beliau. Walaupun beliau sudah meninggal, nama beliau masih lagi disebut-sebut hingga ke hari ini. Ada desas-desus yang mengatakan Bruce Lee Mati Selepas Tewas Dengan Silat Melayu.

1. Bruce Lee mempunyai kecacatan semulajadi iaitu kaki yang panjang sebelah dan testis yang besar sebelah.

2. Bruce Lee sebenarnya rabun teruk dan memakai cermin mata tebal, dan dia menggunakan soft lens. Terbukti di Amerika, soft lens sudah wujud pada zaman itu.

3. Bruce Lee bukan 100% Chinese, ibunya Grace Lee adalah campuran Chinese & Jerman, dan ini menjadikan Bruce Lee memiliki 1/4 darah Jerman.


4. Bruce Lee pertama kali muncul dalam filem ialah pada umur 3 bulan. Dia dibawa ayahnya, seorang yang cukup terkenal dalam Chinese Opera untuk tampil pada filem pertamanya.

5. Dalam suatu majlis lelong, sebuah surat tulisan tangan Bruce Lee untuk memotivasi dirinya sendiri dgn tajuk “My Definite Chief Aim” dijual dengan harga US$29,500.


6. Kelajuan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 saat dari jarak sekitar 1 meter ke sasarannya.

7. Bruce Lee seorang yang sangat kuat untuk saiznya, dia dapat melakukan push ups 50 kali dgn satu tangan. Bolo Yeung (aka Chong Li) yang begitu besar tidak pernah menang melawan Bruce Lee.



8. Bruce Lee dapat melakukan push up dgn satu tangan hanya dgn 2 jari (telunjuk dan ibu jari) dan push ups dengan dua tangan, namun hanya menggunakan ibu jari sahaja.


9. Bruce Lee mempopularkan teknik ‘one inch punch’ iaitu tumbukan dari jarak 1 inci. Pada satu pertandingan karate, dia mempraktikannya pada seorang juara judo berasal Jepun yang memiliki berat sekitar 100 kg. Juara judo itu jatuh terduduk dan kakinya terangkat apabila terkena one inch punch dari Bruce Lee. 

10. Ketika umur 13 tahun Bruce Lee berguru dengan Yip Man untuk belajar Wing Chun kerana pada ketika itu, Bruce Lee dan gengnya sering bergaduh dengan geng lain. Bruce Lee terfikir jika beliau diserang ketika berseorangan. Jadi beliau pun belajar Wing Chun untuk belajar berlawan dengan ramai orang sekaligus. 

11. Ada tiga murid Bruce Lee yang pernah memenangi World Karate Champion iaitu Chuck Norris, Joe Lewis dan Mike Stone.

12. Di Amerika, Bruce Lee mengajar kung fu kepada semua bangsa dengan tidak memilih-milih, dan kerana itu, dia dicabar oleh guru kung fu lain dengan tuduhan membocorkan rahsia Chinese Martial Art kepada bangsa lain.

Bruce Lee menerima cabaran itu dan mengalahkan guru tersebut dalam masa 3 minit. Bruce Lee kecewa, kerana menurutnya mencipta konsep “Jeet Kune Do”.

13. Film Dragon The Bruce Lee Story yang diarahkan Jason Scott Lee adalah filem yang sangat tidak tepat dalam menggambarkan cerita sebenar Bruce Lee. Dalam filem tersebut, Bruce Lee ditendang punggungnya, menjadi lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Dalam kejadian yang sebenar, cedera Bruce Lee disebabkan oleh latihan dengan beban yang terlalu berat dan menyebabkan kecederaan tulang belakang, dan sebenarnya sebenarnya tidak pernah duduk di kerusi roda.


14. Sewaktu berehat dari kecederaan tulang belakangnya selama 6 bulan, Bruce Lee menulis buku “Tao of Jeet Kune Do” yang menjadi best-seller.


15.Beberapa saat sebelum kematian Bruce Lee, "Pa Qua" (sejenis azimat yang dipercayai dapat menepis evil spirits) pada rumah Bruce Lee jatudih tiup angin.

HANTU KEPALA PUTUS DITEMUI!

HANTU KEPALA PUTUS DITEMUI DI DALAM MASJID | Gempar satu Malaysia apabila imej hantu yang tidak berkepala telah berjaya dirakamkan. 

Memanglah gempar sebab imej ini telah dirakamkan di dalam masjid.

Bagaimana hantu boleh masuk ke dalam masjid?
Tiada hantu yang berani lepak dalam masjid.
Hanya "hantu" ini yang berkebolehan lepak kat dalam masjid.

KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS!

Sebenarnya, inilah isu terbaru untuk lelaki-lelaki budiman yang menunaikan solat jumaat.

Maklumlah, mereka kan penat. Jadi, mereka jadikan masjid sebagai tempat berehat.

Sambil-sambil dengar kuthbah, sambil-sambil curi tidur.

Ada yang tidur-tidur ayam, ada yang memang betul-betul tertidur sehingga perlu dikejutkan ketika khatib telah selesai membacakan kuthbah.

KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS!

BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN TIDUR KETIKA MENDENGAR KUTHBAH?

-Tumpukan perhatian pada isu yang dibentangkan khatib.

-Renggangkan otot-otot badan anda dengan cara menggerak-gerakkan.

-Goyang-goyangkan badan dari kiri ke kanan dan dari depan ke belakang.

-Buka mata luas-luas dan jangan layan rasa mengantuk.

-Kalau mengantuk sangat, ambil wuduk sekali lagi.

Ketahuilah, solat jumaat hanya seminggu sekali dan tidak sewajarnya kita tidur semasa khatib membacakan kuthbah.

Semua yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk semua berpunca dari kejahilan saya.

Wednesday, December 12, 2012

WAJAH DISELIMUTI NUR ALLAH!


WAJAH DISELIMUTI NUR ALLAH | Rakaman ini diambil secara tidak sengaja di dalam sebuah masjid.

Seorang lelaki dengan wajah yang bercahaya telah berjaya dirakamkan.

Sila lihat video.

KUBUR MISTERI DI ATAS BUKIT!


KUBUR MISTERI DI ATAS BUKIT | TAIYUAN, China - Sebuah kubur yang terletak di atas bukit yang dikelilingi projek sebuah bangunan kediaman di sini, utara China masih tidak dipindahkan.

DUA buruh bekerja di lokasi pembinaan bangunan kediaman di tepi bukit yang mengandungi sebuah kubur di Taiyuan.


Kubur itu dipercayai wujud sejak tahun 2004 lagi.

Pihak pemaju meneruskan kerja-kerja pembinaan di sekeliling bukit setinggi 10 meter itu selepas keluarga si mati enggan memindahkan kubur tersebut.

BEBERAPA pekerja berjalan menuju ke sebuah kubur di atas sebuah bukit di lokasi pembinaan bangunan kediaman di Taiyuan


Keluarga si mati enggan menerima pampasan sebanyak AS$160,454 (RM488,903) yang ditawarkan oleh pihak pemaju supaya memindahkan lokasi kubur itu.

Pihak keluarga si mati itu menunggu tarikh yang dianggap bertuah untuk memindahkan kubur tersebut.

Kerja-kerja pembinaan itu dijangka siap pada April tahun depan.

Kaum Cina bila diperhatikan diorang memang suka dikebumikan atas bukit sebab makin tinggi makin cepat sampai ke syurga.


Monday, December 10, 2012

KITAB INJIL BERUSIA 1500 TAHUN MERAMAL KEDATANGAN RASULULLAH!


KITAB INJIL BERUSIA 1500 TAHUN MERAMAL KEDATANGAN RASULULLAH | ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa.

WALLAHUA’LAM

SEBAB JIN MERASUK MANUSIA!

PUNCA JIN MERASUK MANUSIA | WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.


Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya." Tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

"Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat." katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Misteri Bukit Putus!

Kisah Seram Bukit Putus | Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. 

Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. 

Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokannya dia bekerja.


Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. 

Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?” Tanyanya.

”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. 

Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was…

Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya.

Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu.

Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan!

Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi.

Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk.

Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam.

Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…
”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

MISTERI GUNUNG LEDANG!

MISTERI GUNUNG LEDANG YANG TIDAK DAPAT DIBONGKAR | Kisahnya lebih kurang pada tahun 1993 atau 1994 saya kurang pasti, ada seorang pemuda ni pelajar universiti di johor ada membuat aktiviti luar bersama siswa-siswa universiti tersebut untuk menjelajah gunung ledang dan berkhemah di sana untuk bermalam.

Tiba pada masa yang dijanjikan untuk jungle trekking seperti biasalah mereka berangkat ke sana dan masing-masing ada partner untuk melakukan sebarang aktiviti di gunung ledang. Setiba si pemuda ni di sana mestilah dia rasa gembira, teruja melihat keindahan gunung ledang yang semula jadi cantik berbanding gunung-gunung lain di malaysia. Gunung ledang juga antara gunung yang menjadi no. 1 yang kaya dengan lagenda yang tersendiri sejak dari dahulu kala.


Baik, kita berbalik pada cerita si pemuda tadi. Hampir sehari suntuk dia dan teman-teman yang lain menjelajah hutan, mendaki gunung melalui sungai, memasak makanan sendiri, games misi mencari harta karun dan sebagainya. Hari semakin senja, matahari semakin terbenam dan benar-benar senja. Semasa si pemuda dan teman-teman yang lain menyusuri hutan dan semak-samun, mata si pemuda seimbas lalu terlihat seorang nenek kebayan tidak jauh dari kumpulan mereka. Tidak silap saya kata si pemuda ni dia nampak susuk tubuh nenek kebayan itu dari belakang. Mujur juga tidak nampak dari depan entah bagaimana rupa dia.

Sebaik sahaja si pemuda melihat nenek kebayan yang berjalan pergi ke semak-semak itu, terlintas di dalam hati "apa orang tua tu buat senja-senja ni?" Tidak lama kemudian si pemuda sudah tidak nampak kelibat nenek kebayan itu lagi. Setelah tamat perkhemahan mereka selama 2 hari keesokan harinya kumpulan si pemuda bersama teman-temannya berangkat ke kampus untuk kuliah seperti biasa. Pada malam itu juga sesuatu yang aneh berlaku pada si pemuda itu. Kawan-kawan sebiliknya merasa pelik dengan kelakuan si pemuda yang mengurungkan diri di dalam bilik dan tidak mahu bercampur orang. Hanya diam dan termenung sahaja di dalam bilik tanpa sebab. Semakin lama kawan sebilik si pemuda itu merasa tingkah laku si pemuda itu berlainan. Macam kebingungan dan terpinga-pinga. Malam semakin larut dan si pemuda masih tidak tidur lagi.

Tidak lama kemudian lebih kurang jam 3 pagi, terdengar bunyi cermin berderai. Kawan-kawan di bilik dan jiran mereka turut terkejut mendengar bunyi benda pecah. Sebaik bangun kawan sebilik si pemuda melihat si pemuda ini telah memecahkan kepingan-kepingan kaca tingkap di bilik mereka. Si pemuda dengan tidak sedarkan diri seperti dirasuk meronta-ronta ingin terjun tingkap. Segera mereka menahan si pemuda dari terus terjun tingkap dan mengamuk. Istilah sekarang dipanggil histeria, begitulah yang di alami si pemuda. Segera kawan sebiliknya memanggil warden asrama dan memanggil pensyarah yang arif dalam bidang histeria untuk membantu si pemuda yang tidak sedarkan diri itu. Setelah ustaz atau pensyarah yang berkaitan datang dan meredakan si pemuda dari kerasukan, kelihatan si pemuda ini perlu diubati atau dicutikan untuk pulang berubat.

Apa yang diperhatikan benda yang merasuk di dalam tubuh si pemuda gagal dikeluarkan dan amat ganas. Hanya mampu ditundukkan buat sementara waktu sahaja. Tidak lama kemudian pihak universiti menghubungi keluarga si pemuda dan meminta mereka menjemput anak mereka pulang untuk diubati baru meneruskan pengajian seperti biasa. Diringkaskan cerita sebaik sahaja pulang di rumah perkara sama diulangi oleh si pemuda. Dia seakan-akan dirasuk oleh sesuatu yang membuatkan dirinya melakukan kekecohan. Habis tingkap di rumah keluarganya dipecahkan satu persatu. Tingkap dapur dan tidak lama selepas itu tingkap di bilik air. Kemudian menjerit-jerit meminta tolong.

Apa yang anehnya tangan yang digunakan untuk pecahkan kaca-kaca tingkap tidak luka dan berdarah. Memang sesuatu yang jika difikirkan dengan fikiran waras hakikatnya mesti berdarah dan cedera. Seperti kebal pula langsung tidak luka malah si pemuda tidak merasa sakit. Mungkin begitulah yang akan terjadi setelah ada makhluk lain di dalam badan manusia. Bila melihat situasi yang serius ini, ayah si pemuda segera memasung anaknya yang kerasukan itu dengan tali dan ikat tangan dan kakinya. Kasihan sungguh melihat apa yang berlaku. Tiada ibu atau ayah yang ingin menyakiti anak sendiri tapi dalam kes ini terpaksa diikat dulu untuk keselamatan semua pihak.

Ayah dan ibu si pemuda mencari jalan keluar untuk memulihkan anak mereka. Setelah mereka mendapat tahu ada seorang tukang ubat yang boleh mengubati anaknya segera mereka bawa. Malangnya tidak berjaya malah semakin mengganas reaksi si pemuda seolah-olah tidak takut diubatkan. Begitulah kesnya ramai juga yang cuba ubatkan tapi gagal. Yang terakhir setelah melalui jalan buntu, ibu dan ayah pemuda mendengar khabar ada seorang kiyai yang boleh mengubati penyakit-penyakit ganjil yang pelik. Setelah dibawa berubat Alhamdulillah menampakkan kesan positif dan sifat si pemuda yang sering mengganas bertukar sedikit demi sedikit lembut dan tidak berkasar. Cuma kelakuannya masih keanak-anakan dan separuh sedar.

Setahu saya sepanjang keluarganya menjaga si pemuda ini, ianya berlaku di bulan yang berkat iaitu ramadhan bulan umat islam berpuasa. Kejadian itu berlarutan sehingga syawal sambil mendengar takbir raya. Cukup sedih dan syahdu mana tidaknya semua menyambut raya dengan gembira tapi mereka dalam keadaan berduka dengan anak yang masih separuh pulih. Ada yang menyarankan untuk di bawa ke hospital orang sakit jiwa sahaja kerana sudah tidak boleh dikawal lagi. Orang sekeliling memandangnya seperti orang gila. Siang hari berjalan kaki seorang pergi ke kedai dengan tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek. Jalan tidak menoleh ke kiri dan ke kanan dan tidak hiraukan orang yang hon kereta dengar cerita. Nasib tidak berlaku kemalangan.

Di ringkaskan lagi cerita ini, si pemuda yang sakit dirasuk oleh sesuatu yang tidak tahu dari mana puncanya pulih setelah menjalani susulan perubatan dengan kiyai yang mengubatinya. Si pemuda tidak lama itu menghabiskan pengajiannya dan tamat mendapat ijazah sarjana muda. Syukur pada Allah masa depannya cerah dan berjaya menjadi pegawai kerajaan yang disegani dan dihormati. Siapa sangka dahulu jika dilihat akan mengatakan dia orang gila dan patut berada di hospital gila atau tanjung rambutan sekarang telah menjadi orang yang berjawatan tinggi. Ini semua berkat kesabaran ibu dan ayah serta keluarga yang membantu memulihkan anaknya.

Jika ikut kajian juga setahu saya, peratusan orang gila yang jika diperdengarkan selalu dengan ayat suci Al-quran akan pulih dari sakitnya. Berbalik pada tajuk kita misteri nenek kebayan gunung ledang tadi. Sehingga sekarang masih tidak dapat dirungkaikan apa kaitan nenek kebayan yang dilihat di gunung ledang dengan si pemuda itu. Yang pasti selepas kejadian melihat nenek kebayan itu telah berlaku perkara misteri dalam hidup si pemuda. Adakah nenek itu sejenis jin ifrit yang merasuk atau jin baik? Hanya Allah sahaja yang tahu. Apa yang saya dengar jin islam memang tidak boleh merasuk tubuh manusia kerana itulah perjanjiannya. 

Waallahua'lam.

Lelaki Ini Berkahwin Dengan Anjing!


Lelaki Ini Berkahwin Dengan Anjing | Lelaki ini yang bernama Selvakumar dipercayai terpaksa berkahwin dengan anjing untuk melepaskan diri dari sumpahan akibat kekejamannya membaling dua ekor anjing sehingga mati dan menggantungnya pada pokok 15 tahun yang lalu.

Kejadian pelik ini berlaku di salah sebuah daerah di India.

Kata Selvakumar, sejak kejadian itu kaki dan tangannya menjadi lumpuh, kehilangan pendengaran sebelah telinga dan percakapannya menjadi tidak jelas. 

Oleh itu, dia mendapatkan rawatan secara tradisional dan ahli astrologi memberitahunya bahawa dia telah dikutuk oleh roh-roh anjing-anjing yang telah dibunuh.

Tukang ramal itu memberitahu sumpahan itu akan berakhir sekiranya dia berkahwin dengan seekor anjing dan hidup bersama.

Selvakumar mempercayai dan terpaksa berkahwin dengan seekor anjing bagi memastikan sumpahan itu hilang.

Isu Kiamat Pada 21-12-12!

Isu Kiamat Pada 21-12-12 | PARIT BUNTAR : Umat Islam di negara ini digesa tidak terpedaya dengan ramalan berlakunya hari kiamat pada 21 Disember 2012 oleh segelintir musuh Islam bagi mengelakkan akidah mereka tercemar.

Imam Masjid Batu 2, Shamsul Bahrin Din dalam khutbah Jumaatnya, berkata, dakwaan musuh Islam mendakwa terdapat bukti kononnya menjurus kepada kepercayaan itu adalah tidak berasas memandangkan pengetahuan hari kiamat hanya diketahui Allah SWT.


Menurutnya, segelintir media massa turut memainkan peranan negatif dalam menyebarkan iklan satu jenama shampu yang menggunakan isu itu sebagai jalan cerita sehingga menyebabkan ada umat Islam terpedaya, menggambarkan keadaan musuh Islam yang cuba merosakkan akidah mereka secara halus.

“Lebih membimbangkan, saban hari ada sahaja hadis palsu yang dimuat turun menggunakan medium internet kononnya untuk membuktikan hari kiamat berlaku pada 21/12/12 adalah sahih.

“Biar pun orang Islam wajib mempercayai adanya hari kiamat, tetapi kita harus menyedari Allah SWT tidak menjelaskan bilakah tarikh hari itu berlaku walaupun terhadap Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW,” katanya sewaktu menyampai khutbah Jumaat kepada lebih 700 jemaah, di sini, semalam.

Shamsul Bahrin berkata, kerahsiaan hari kiamat bukan hanya melampaui pengetahuan Nabi Muhammad SAW, bahkan malaikat Israfil yang bertugas meniup sangkakala juga tidak mengetahui bilakah tarikh sebenar.

“Jadi, malaikat Israfil hanya bersiap-sedia menunggu arahan daripada Allah SWT untuk menjalankan tugas sebagai peniup sangkakala.

“Bagaimana mungkin manusia biasa boleh menerima bahawa tarikh kiamat mampu diramalkan pihak tertentu yang mendakwa diri mereka cerdik pandai,” katanya.

Shamsul Bahrin berkata, kedangkalan musuh Islam terbukti pada sekitar tahun 80-an di mana terdapat segelintir saintis barat menjangkakan berlakunya perlanggaran bumi dengan komet Haley yang bakal menyebabkan kiamat.

Bagaimanapun, beliau menegaskan ramalan itu meleset, sebaliknya dunia menjadi semakin maju hasil kurniaan nikmat pemberian Allah SWT.

“Kita tidak boleh memandang ringan perkara ini dan jika momokan atau dakyah mengenai berlakunya kiamat pada 21/12/12 terus diperkatakan, dibimbangi umat Islam yang kurang mantap asas agama akan terpengaruh.

“Golongan yang membuat ramalan hari kiamat itu mempunyai motif tertentu, bahkan pada hakikatnya perkara dilakukan mereka turut memberi saham kemenangan kepada syaitan untuk menyesatkan manusia,” katanya.

Friday, December 7, 2012

MANTERA UNTUK MENYERU LANGSUIR!


MANTERA UNTUK MEMANGGIL LANGSUIR | Sir Richard Olaf Winstedt (2 Ogos 1878 - 2 Jun 1966), atau juga dikenali sebagai R. O. Winstedt, merupakan pengkaji Timur Inggeris dan pentakbir koloni dengan kemahiran Malaya British. 

Winstedt dilahirkan di Oxford, mendapat pendidikan di Magdalen College School and New College, Oxford, dari mana dia menerima MA.

Pada 1902 dia menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu, dan ditempatkan di negeri Perak di mana dia mempelajari bahasa dan budaya Melayu. 

Pada 1913 dia dilantik sebagai Pegawai Daerah di Kuala Pilah, dan pada 1916 menyertai jabatan pendidikan. Pada 1920 Winstedt menerima DLitt daripada Oxford.


Olaf Winstedt ada satu sifat buruk. Bila dia ditugaskan ke negeri-negeri FMS, dia tidak buat kerja yang ditugaskan tapi dia selongkar istana-istana Melayu and belajar pasal manuskrip-manuskrip lama.

Pada 1909 dia tulis dalam satu unpublished Journal by Asiatic Society, ILMU MEMANGGIL PUNTIANAK. Recorded from account of Dato' Amarabangsa Wiraja/Wijaya.. Seorang pawang yang amat ampuh zaman itu dari Temenggor.. Sometimes in 1850's.

#BOLEH CUBA KALAU BERANI...

Read this LOUD and CLEAR!


Monday, December 3, 2012

WANITA MENGANDUNG SELEPAS MAKAN!


Perut Kerri Dowdswell akan membesar seperti dia sedang hamil setiap kali selepas makan. Namun, perut gadis berusia 23 tahun itu akan kembali kepada keadaan normal beberapa jam selepas itu.

"Saya kerap kali ditanya bila akan bersalin dan ia agak tidak menyelesakan apabila berada dalam keadaan seperti ini," katanya yang berasal dari Cannock, Staffordshire. 

Masalah tersebut membuatkan dia terpaksa memakai seluar untuk ibu bersalin setiap kali keluar makan. 

Setakat ini, doktor-doktor masih bingung kerana mereka masih tidak mengetahui punca kejadian itu.

Kerri, sebelum dan selepas makan
Kerri menghidap penyakit itu semasa dia mendapat haid buat kali pertama. Menurut gadis itu, perutnya akan membesar dalam tempoh 15 minit semasa dia makan.

Namun, katanya, ada ketika perutnya mengambil masa selama beberapa jam selepas waktu makan untuk kelihatan seperti wanita hamil.

Mayat Bayi Tumbuh Rambut Dan Kuku Di Thailand!


Di Thailand, seorang petani telah bermimpi mengenai anak kecilnya yang meninggal dunia tiga hari yang lepas dan merayu untuk dipindahkan ke tempat lain kerana 'penghuni-penghuni' tanah perkuburan sering mengacaunya. 

Petani tersebut terus menuju ke tanah perkuburan tersebut untuk mengali mayat anaknya dan terkejut melihat mayat anaknya tumbuh rambut yang lebat dan tangannya berkuku. 

Sehingga kini, petani tersebut belum lagi menempatkan mayat tersebut di tanah perkuburan yang lain tetapi mereka kerap mencukur rambutnya dan memotong kukunya yang tumbuh selalu. 

Kini, rumah mereka menjadi tumpuan orang ramai untuk memdapat 'berkat' dari roh anak kecil yang anek tersebut.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More