Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

DIBAKAR KERANA MENGHINA AL-QURAN!


LELAKI DIBAKAR HIDUP-HIDUP KERANA MENGHINA AL-QURAN | HYDERABAD : Orang ramai menyerbu sebuah balai polis dan membakar seorang lelaki hidup-hidup kerana menghina al-Quran, kata polis semalam.

Lelaki terbabit dikatakan seorang pengembara bermalam di sebuah masjid di Seeta, wilayah Sindh, malam Khamis lalu.

Keesokan harinya, penduduk kampung itu gempar apabila mendapati al-Quran di masjid berkenaan musnah dibakar. Seorang imam berkata, lelaki terbabit bermalam sendirian di masjid berkenaan. Pegawai Polis Daerah Dadu, Usman Ghani, berkata orang ramai membelasah lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada polis.

“Beberapa jam kemudian, kira-kira 200 orang menyerbu balai polis yang menahan lelaki itu dan mengheretnya keluar sebelum mereka membakarnya,” katanya.

Menurut Usman, 30 orang ditahan atas kesalahan membunuh, manakala tujuh anggota polis ditahan kerana disyaki cuai.

Saturday, December 22, 2012

TEKAP MUKA PADA KEMALUAN SYARAT USTAZ BOMOH!


TEKAP MUKA PADA KEMALUAN MERUPAKAN SYARAT PELIK USTAZ BOMOH | KUALA TERENGGANU : Dia menggunakan teknik perubatan pelik dengan meraba, menekap muka pada kemaluan selain mensyaratkan pesakit tidak memakai seluar dalam ketika bertemu sebelum meminta mangsa mencium pipi selepas rawatan selesai.

Walaupun pelik, mangsa yang percaya dengan teknik rawatan itu itu tidak membantah kerana percaya ia amalan perubatannya namun kegiatan itu akhirnya terbongkar selepas seorang gadis juga pelajar sebuah sekolah menengah di Gong Badak, dekat sini, merasakan dirinya terpedaya dengan perbuatan jijik ‘bomoh miang’ berkenaan.

Gadis berusia 17 tahun itu sebelum ini mengadu masalah mengenai teman lelakinya yang mengalami gangguan pada sarafnya kepada penceramah motivasi yang bertandang ke sekolahnya.

Kesempatan itu digunakan lelaki digelar ‘ustaz’ berusia 38 tahun itu untuk menghubunginya dan menawarkan diri bertandang ke rumah mangsa, 21 Mei lalu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Superintendan K Manoharan berkata, lelaki berkenaan turut meminta mangsa tidak memberitahu kedatangannya kepada sesiapa kerana mendakwa rumahnya didiami jin dan perlu dihalau segera.

“Akibatnya, mangsa diminta menyediakan dua botol air dan tidak memakai seluar dalam sementara menunggu mangsa tiba di rumah mangsa di Gong Badak kira-kira jam 4.30 petang ketika ahli keluarga lain tiada di rumah,” katanya.

Harian Metro difahamkan, sebaik lelaki berkenaan tiba, mangsa terus membuka pintu sebelum suspek meletakkan tangan di dada lalu memeluk, memegang punggung dan meramas buah dada serta mengusap kemaluan gadis berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, suspek menekap mukanya pada kemaluan mangsa sebelum meminta dua botol air disediakan untuk dijampi.

Manoharan berkata, mangsa memberikannya dan lelaki berkenaan membaca sesuatu sebelum dia keluar dari rumah sebaik saja meminta gadis terbabit mencium pipinya.

“Mangsa tidak melawan ketika itu kerana percaya ia syarat perubatan, namun beberapa hari selepas itu dia menceritakan teknik rawatan itu kepada seorang fasilitator dan dimaklumkan perbuatan itu satu penyelewengan dalam perubatan Islam.

“Tidak cukup dengan itu, mangsa turut dimaklumkan lelaki terbabit sudah ditamatkan perkhidmatan kerana masalah disiplin menyebabkan dia berasa tertipu lalu membuat laporan di Balai Polis Gong Badak kira-kira jam 12 tengah malam Sabtu lalu,” katanya.

Ekoran laporan berkenaan, sepasukan anggota polis menjalankan gerakan memburu dan mangsa serta beberapa kakitangan agensi terbabit memasang jerat meminta bomoh terbabit kembali ke rumahnya untuk berubat kali kedua.

Difahamkan, suspek yang bertandang ke rumah mangsa kira-kira jam 2 pagi kononnya untuk meneruskan ‘rawatan’ ditahan di rumah mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

Manoharan berkata, lelaki berkenaan kini direman sehingga 3 Jun ini.

BERHATI-HATI KETIKA MENAIKI PENGANGKUTAN AWAM!


WASPADA KETIKA MENAIKI PENGANGKUTAN AWAM | Siapa sangka taktik penjenayah terbaru yang melanda negara kita adalah melalui pengangkutan awam terutama bas awam seperti Seranas dan Rapid KL.


Saya terpanggil untuk menceritakan apa yang diceritakan kepada saya oleh Mr. Desmond (gambar) beberapa hari lalu mengenai taktik awam hitam (negro) yang menjadikan pengangkutan awam sebagai tempat untuk menyamun.

"Kamu harus berhati-hati ketika menaiki bas awam sebab anak kawan saya dah kena samun oleh itu negro. 

Itu negro bawa pisau lipat dan acu pada perut. Itu negro samun semua barang-barang anak kawan saya. 

Handphone, duit semua habis kena sapu." Kata Mr. Desmond dengan nada serius.

Saya sangat terkejut kerana saya juga gemar menaiki pengangkutan awam. Selain jalan-jalan sunyi, memang tak terlintas dalam benak saya bagaimana pengangkutan awam juga boleh dijadikan tempat aktiviti jenayah.

Sekiranya anda menaiki bas yang juga dinaiki awang hitam, ada baiknya anda jangan duduk bersendirian kerana menurut Mr. Desmond, awang hitam akan datang duduk disebelah anda dan mengacu pisau ke perut.

Mana yang lebih penting? Harta atau nyawa? Sememangnya nyawa itu lebih penting. Namun, kes-kes sebegini tidak seharusnya terjadi di negara kita.

"Buat apa mau lapor sama itu polis? Barang sudah habis kena kebas. Itu negro susah mau cam. Semua muka macam sama.

Lapor pun sudah tiada guna." Ujar beliau dengan nada bergurau.

Jadi, siapa yang harus dipersalahkan? Kita tidak tahu berapa banyak kes sebegini yang tidak dilaporkan kepada polis.

Pihak berwajib khususnya harus mengambil tindakan yang seawajarnya untuk membendung kes ini. Pihak imegresen pula harus lebih telus dalam melepaskan awang-awang hitam ke negara ini.

Bukan hanya satu dua kes yang melibatkan awang hitam. Sudah terlalu banyak sehingga membuatkan mereka sudah mula memijak kepala orang Malaysia.

JANGAN SAMPAI ANAK DIPANGKU DILEPASKAN, BERUK DI HUTAN DISUSUKAN.

Terima kasih kepada Mr. Desmond atas informasi yang sangat bermanfaat ini. Semoga kita semua akan lebih waspada ketika menaiki pengangkutan awam.

Profil Mr. Desmond

Beliau bukanlah ahli politik yang terkenal. Beliau adalah salah seorang manager di tempat saya praktikal. Kata-kata beliau memang sangat terbaik untuk dijadikan panduan.

Beliau akan berhenti kerja buat sementara waktu. Di bawah saya selitkan video Farewell Party untuk beliau.

Sunday, December 16, 2012

TIDURI 30 LELAKI KENALAN FACEBOOK!

Gambar Sekadar Hiasan.

RELA DITIDURI 30 LELAKI KENALAN FACEBOOK | Usianya baru mencecah 20 tahun, namun dia mendakwa ditiduri secara rela oleh 30 lelaki yang dikenali di facebook. 

Hanya mahu dikenali sebagai Qila, remaja berasal dari selatan tanah air itu mengaku pada mulanya seronok melalui hidup sebagai ‘playgirl’ sebelum ditimpa musibah.

Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki teman lelaki seperti rakan lain yang berwajah cantik tetap menebal dalam diri. 

Justeru, tanpa menyiasat latar belakang individu yang mahu mengenali dirinya, dia menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki.

Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada enam beradik itu mula mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun. 

Bukan tiada yang menegur perbuatannya, namun dia enggan mendengar nasihat dan hanya ikut kepala sendiri.

“Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari kenalan, terutama di kalangan lelaki. 

Saya akui tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana rimas dan benci dengan sikap penyibuk mereka. 

“Ketika rakan lain sibuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya sibuk berpeleseran dan ‘enjoy’ dengan teman lelaki mencari keseronokan dunia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga, sebaliknya tinggal sebumbung bersama teman lelaki di rumah sewa. 

Tidak terlintas langsung kerisauan di hatinya kerana keseronokan bersama teman lelaki yang dikenali melalui fb membuatkan dia terus hanyut.

“Seperti dijangka, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan saya tidak memberangsangkan. 

Namun saya masih tak ambil kisah kerana teman lelaki sentiasa datang silih berganti untuk menemani.

“Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan nafsu setiap lelaki yang mahu berkawan. 

Bagi saya, hal dalam bilik perkara kecil dan bukan masalah besar,” katanya.


Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman lelaki hingga ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki lain pada hari sama. 

“Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama abang yang mengesyaki saya sudah ‘dijamah’ lelaki, selain melihat perubahan pada wajah yang mempunyai ‘mata panda’ akibat mengambil dadah berlebihan.

“Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak mengaku hinggalah mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah di klinik. 

Disebabkan tiada pilihan, akhirnya saya mengaku,” kata anak kepada pekerja kilang ini. 

Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan terkilan dengan sikapnya. 

Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibuang keluarga, sebaliknya dihantar menjalani pemulihan di sebuah rumah perlindungan untuk gadis bermasalah.

“Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu mengusahakan perniagaan jahitan langsir dan pakaian,” katanya yang kini menghidap ketumbuhan di rahim. 

Saturday, December 15, 2012

CUBAAN MEMBUNUH DAN MEMOTONG KEMALUAN JUSTIN BIEBER!


LELAKI DITAHAN SUSULAN CUBAAN MEMBUNUH DAN MEMOTONG KEMALUAN JUSTIN BIEBER | Dana Martin adalah seorang bekas pembunuh yang pernah ditahan polis telah bergabung bersama dengan dua orang lagi banduan merancang untuk membunuh Justin Bieber.

Mereka juga merancang untuk memotong kemaluan Justin Bieber semasa Madison Square Garden Concert bulan lepas. 

Tetapi malang tidak berbau, polis berjaya merosakkan rancangan mereka dan ketiga-tiga telah ditahan polis. 

Seorang daripada mereka telah ditahan dengan alat-alat untuk melakukan jenayah tersebut. 

Kini Dana Martin yang merancang jenayah ini mungkin dihukum penjara seumur hidup kerana Justin Bieber. 




Friday, December 14, 2012

DICABUL KETIKA SESI UJIBAKAT!


ALAT SULIT DIRAMAS KETIKA SESI UJIBAKAT | KUALA LUMPUR – “Dia menyuruh saya melakonkan adegan dicabul sebelum dia benar-benar mencabul saya,” kata seorang gadis berusia 21 tahun yang membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul seorang pelakon tambahan berusia dalam lingkungan 40-an  ketika menjalani sesi uji bakat dikendalikan lelaki itu.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di ibu kota kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangsa yang meminta identitinya dirahsiakan mendakwa, empat lagi gadis turut menjadi mangsa pelakon lelaki tersebut.

Menurutnya, dia tertarik untuk menyertai sesi uji bakat itu selepas terbaca iklan dibuat pelakon lelaki terbabit di dalam sosial facebook (fb) untuk mencari pelakon wanita baru bagi memegang watak heroin dalam satu filem yang bakal diusahakan.

Gadis itu berkata, selepas menghubungi pelakon terbabit, dia diarahkan datang ke sesi uji bakat berkenaan di sebuah rumah di ibu kota.

“Pelakon itu bagaimanapun mengarahkan saya supaya hadir ke sesi uji bakat bersendirian dan tidak boleh ditemani sesiapa. Biarpun agak pelik dengan arahan itu, tapi saya langsung tidak mengesyaki sesuatu yang buruk,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, sebaik saja tiba di rumah tersebut, pelakon itu menyambutnya sebelum membawanya ke sebuah bilik kosong.

Dia mendakwa mula tidak sedap hati bila tiada sebarang peralatan penggambaran dalam bilik tersebut.

Lebih membuatkan gadis itu gelisah bila pelakon berkenaan mendakwa hanya mereka berdua yang terlibat dalam sesi ujibakat itu.

” Pelakon itu kata saya kena melakonan adegan dicabul,” katanya.

Belum sempat apa-apa, tiba-tiba pelakon itu memeluknya, mencium dan meramas alat sulitnya!

” Saya terkejut dan mempersoalkan tindakan tersebut, pelakon itu hanya berkata ia cuma satu ujibakat semata-mata,” ujarnya.

Pada malam itu juga, kata gadis tersebut, dia membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.

SEMENTARA itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, mengesahkan laporan itu dan meminta mereka yang pernah menjadi mangsa agar tampil untuk membantu siasatan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Thursday, December 13, 2012

WANITA BUNUH DIRI AKIBAT TERLALU KERAP MASTURBASI!


BUNUH DIRI AKIBAT TERLALU KERAP MASTURBASI | Ini adalah kisah benar mengenai wanita bernama Gretchen Molannen, 39 dari Amerika Syarikat yang menderita penyakit masalah rangsangan seksual secara berterusan atau Persistent Genital Arousal Disorder (PGAD).

Dia mengalami rangsangan yang sebenarnya tidak memberikan nikmat kerana berlaku sepanjang masa. Hanya badan yang terangsang, tetapi psikologinya tidak. Keadaan itu menjadi beban dan penyiksaan ke atas dirinya.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah itu ialah dengan melakukan masturbasi atau melancap selama beberapa jam sehari, adakalanya sehingga puluhan kali sehari. Perbuatan itu menyebabkan dia lebih banyak menghabiskan masa di bilik air tempat berkerja dari melakukan kerja sebenar. Akhirnya dia terpaksa berhenti kerja.

Namun itu juga bukan jalan keluar bagi dirinya. Masalah PGAD tidak pernah reda. Dia secara berterusan terangsang. Jalan keluar yang ditemui Gretchen adalah dengan membunuh dirinya!


Selama 16 tahun dia tertekan dengan keadaan fisiologi dirinya sehingga dia mengambil keputusan untuk mencari jalan keluar dengan menamatkan riwayatnya minggu lalu. Ia berlaku sehari selepas kisah PGAD dirinya disiarkan secara online oleh sebuah media, Tampa Bay Times.

Dia menangis ketika menceritakan beban sakitnya itu.


Dia juga berharap, pendedahan yang dilakukannya itu akan merintas jalan kepada lebih banyak kajian dilakukan terhadap PGAD kerana dia yakin ramai wanita yang tidak memahami penyakit berkenaan dan menderita dalam senyap.

Gretchen juga berharap agar masyarakat terutama kaum lelaki akan lebih memahami permasalah itu jika mereka bertemu teman yang mempunyai masalah demikian.

“Lelaki tidak faham masalah ini,” katanya dalam temuramah berkenaan.

Tuesday, December 11, 2012

Kisah Aisyah Dirogol Di Kilang Gula!


Kisah Aisyah Dirogol Di Kilang Gula | Kisah ini diceritakan dari seorang gadis Sunni (Ahli Sunnah wal Jama’ah) bernama Aisyah di sebuah Hospital di Istanbul Turki. Maklumat lengkap dari salah seorang saksi hidup yang selamat.

Tarikh: 15 – 28 Jun 2011

Lokasi: Kilang Gula Jisr Al-Shughour, Syria Utara, bandar Sunni, 20km dari Turki, sempadan Syria.

Pada tarikh 14 Jun, pasukan Basyar mengelilingi Jisr Al-Shughour dengan formasi 3000 tentera dan 300 kereta kebal, untuk menyerbu bandar pada keesokan harinya, iaitu tarikh 15 Jun.

Berita terkini dari bandar tersebut adalah, hampir 30 orang dibunuh dan dikuburkan di Kilang Gula kemudian di atasnya dilapisi simen. Hari berikutnya sehingga 28 Jun, berita mengenai peristiwa di Jisr Al-Shughour disembunyikan dari dunia.

Berita tersebut mula bocor selepas 13 hari kemudian iaitu pada 28 Jun, ketika tentera Assad meninggalkan kota itu untuk menyerbu bandar lain.

Pada hari Jumaat tarikh 17 Jun 2011, para jeneral Assad membunuh lebih kurang 30 pemuda dan menguburkannya di Kilang Gula, lalu melapisinya dengan simen. Tapi ketika malam tiba, para jeneral itu tiada tempat yang lebih baik untuk tidur kecuali Kilang Gula ini, sehingga mereka memutuskan untuk menggunakannya sebagai markas semasa operasi serangan ke atas bandar.

Untuk menghidupkan suasana, sebuah idea sadis melintas di benak para jeneral itu. Mereka ingin beberapa budak Sunni telanjang untuk hiburan! Mereka memerintahkan menangkap gadis-gadis tercantik di bandar termasuk Aisyah dan seramai lebih kurang 20 orang gadis.

“Pertama kali kami memasuki kilang, kami ditelanjangi dan menjadi sasaran gangguan dan pemukulan, kemudian para jeneral itu memerintahkan tenteranya untuk berhenti memukul kerana mereka ingin menikmati daging putih bersih kami,” kata Aisyah.

“Selepas beberapa hari, saya pasrah tentang perkosaan tersebut. Sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Tapi jika menggunakan tubuh saya pun untuk menyiapkan sarapan, makan tengah hari dan makan malam serta menghidangkan teh dan kopi, sekurang-kurangnya mereka memakaikan sehelai baju di tubuh saya. Saya benci menjadi budak telanjang. Saya hanya berharap mereka menutupi tubuh saya, “kata Aisyah.

“Gangguan ditujukan pada Aisyah. Maka ketika para jeneral itu kembali dari peperangan, mereka memerintahkan kami berbaris dan menjilat kasut booth mereka sampai bersih sebagai rasa terima kasih kepada mereka. Mereka bilang, mereka akan membunuh pemberontak dan melindungi kami dari pemerkosaan. Mereka biasa mengatakan, “Aisyah ….... Kemari. Jilati booth ku “,” Aisyah …...Bawa kopiku “,” Aisyah …... Siapa Allah-mu sekarang? “Dan hal-hal sangat buruk yang lain,” kata Aisyah.

“Saya sudah tahu apa yang akan berlaku sejak diberitahu bahawa yang ditangkap adalah gadis-gadis cantik yang muda. Tapi saya tidak pernah tahu mereka memilih kami kerana nama kami sehingga keesokan harinya apabila mereka mula memanggil kami semua sebagai Aisyah dan mengganggu kami dengan pelbagai cara. Barulah kami faham apa yang mereka inginkan “kata Aisyah.

“Hari pertama dia menyuntik sesuatu ke kaki saya sehingga kami tidak mampu berdiri. Saya berharap dia membunuh saya saja malam itu, namun mereka tidak pernah menyuntik kami lagi.”

“Pada hari ke-3 mereka membunuh salah seorang gadis yang melawan salah seorang tentera itu. Mereka memotong putingnya kerana dia menentangnya. Lalu kami tahu dari perbincangan para tentera itu bahawa mereka memperkosanya kemudian membunuhnya dan menguburnya bersama ‘yang lain’ di bawah kilang! supaya dapat menakutkan para gadis agar tidak ada lagi yang berfikir untuk menentangnya, “kata saksi mata yang selamat.

“Kami takut, kami membahagiakan mereka, dan kami memuaskan seksual mereka walaupun di depan orang ramai. Mereka ‘main’ dengan kami bahkan di atas meja apabila mereka sedang merancang bagaimana memindahkan tank-tank mereka untuk menghancurkan bandar kami. Satu-satunya yang biasa membuat kami selesa adalah apabila kami memasak untuk mereka. Tentu saja kami dilarang saling berbicara ataupun saling berjumpa. Tapi kami menikmati makanan enak sejak kami memasaknya, “kata Aisyah.

“Selepas hari ke-10 mereka bangun dan hilang begitu saja. Kami telanjang. Kami sendirian di kilang. Kami tidak berani melarikan diri. Kami tidak berani bertanya apakah kami sudah boleh berbual atau tidak. Kami benar-benar takut. Lalu beberapa lelaki dari kampung kami datang dan menyelamatkan kami “kata Aisyah.

“Alhamdulillah, saya telah keguguran dan dapat berjalan lebih baik sekarang.< Saya masih ingat wajah-wajah mereka, nama-nama mereka dan bandar-bandar asal mereka. Saya bersumpah akan membalas dendam. Hanya abang saya yang tahu cerita keseluruhannya yang tidak mungkin saya paparkan kepada keluarga saya kerana mereka tidak akan lagi mengiktiraf saya sebagai anak mereka setelah orang Syiah memperkosa saya. Tidak ada lelaki akan berkahwin dengan saya kerana saya seorang budak.

Saya akan cuba menukar nama saya dan tidak akan ada seorang pun mengenali saya, “kata Aisyah Diterjemahkan dari sumber arrahmah.

Sunday, December 9, 2012

ADIK BERCINTA DAN TERLANJUR DENGAN ABANG KANDUNG SENDIRI!

ADIK BERCINTA DAN TERLANJUR DENGAN ABANG KANDUNG SENDIRI | "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”

Itu pengakuan jujur seorang remaja berusia 13 tahun, Lydia (bukan nama sebenar) yang ditemui Jurnal di sebuah pusat pemulihan di Selangor baru-baru ini.

Sejak kecil hidup Lydia diselubungi rahsia. Dia dipelihara datuknya sejak berusia tiga bulan. Status Lydia hanya terbongkar selepas dia terbabit dalam satu kemalangan jalan raya tahun lalu.

Menurut cerita Lydia, datuknya mendakwa ibu bapa kandungnya ialah mak cik dan pak ciknya iaitu ibu bapa kepada sepupunya.


Tidak beragama

Lydia selesa untuk bercinta dengan sepupu sendiri (abang kandungnya), Rashid (bukan nama sebenar) walaupun dia ketika itu baru berusia 10 tahun.

Hakikatnya, remaja itu bukan sahaja ditipu oleh datuk dan keluarganya, malah Lydia dibiarkan terkapai-kapai tanpa didikan agama.

“Saya tidak pernah mengenal erti solat dan menunaikan amalan wajib yang ditetapkan agama Islam sehingga pada usia saya sekarang. Itupun saya belajar di pusat pemulihan.

“Malah, saya tidak beragama walaupun keluarga saya beragama Islam kerana mereka tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Agama Islam hanya sekadar warisan semata-mata,” katanya sedih.

Keadaan itu menyebabkan Lydia bebas untuk melakukan apa sahaja yang disukainya termasuk menjadi minah rempit, menghidu gam dan merokok.

Hakikatnya, antara sebab dia bercinta dengan Rashid adalah kerana mereka berkongsi minat yang sama.

“Rashid juga seorang mat rempit walaupun bersekolah agama. Jarak sekolahnya hampir dengan rumah datuk menyebabkan dia sering bermalam.

“Kami sering minum (di restoran) dan menonton wayang bersama-sama. Rashid sering memberikan hadiah seperti jam tangan, rantai, cincin dan telefon bimbit kepada saya. Setelah sekian lama bercinta kami akhirnya melakukan hubungan seks.

Rumah datuk lokasi seks

“Lokasi perbuatan terkutuk itu tentulah di rumah datuk, terutama ketika dia tiada di rumah. Kami melakukan aktiviti itu selepas menghidu gam.

“Jiran-jiran pula tidak mengesyaki apa-apa kerana hubungan persaudaraan kami,” katanya.

Lydia bernasib baik kerana tidak mengandung kerana dia mengambil pil perancang kehamilan.

Cinta Rashid sebenarnya palsu malah dia mempunyai agenda tersendiri untuk memusnahkan hidup Lydia. 

Rashid tidak mencintai Lydia, sebaliknya dia berhasrat untuk menjadikan remaja itu sebagai objek taruhan merempit.

“Saya tidak menyedari perkara itu pada awalnya tetapi rahsia itu terbongkar setelah dia kalah dalam perlumbaan.

“Rashid meminta saya mengikut sekumpulan mat rempit. Saya kemudian dibawa ke sebuah rumah dan di sana saya dipaksa melakukan hubungan seks dengan 10 lelaki dalam satu malam.

“Sakit rasanya, tetapi kerana cinta pada Rashid saya pendam sahaja. Keesokannya saya dihantar pulang.

Abang pandai pujuk

“Saya geram dengan sikap Rashid tetapi akhirnya cair kerana Rashid memang seorang yang pandai memujuk,” ujar Lydia.

Selepas itu, dia terus menjadi umpan taruhan Rashid apabila lelaki itu merempit. Lydia akhirnya rela menjadi pemuas nafsu mat rempit.

“Saya tidak kisah (terhadap) pandangan masyarakat. Mereka kata, saya bohsia, pelacur dan sebagainya (tetapi) saya tidak kisah kerana realitinya (saya) memang begitu.

“Saya juga sering melawan cakap datuk malah sanggup memakinya dengan kata-kata kesat jika kehendak saya tidak dipenuhi,” katanya.

Pecah tembelang

Namun, peristiwa kemalangan jalan raya pada tahun lalu mengubah perjalanan hidup Lydia kerana kejadian itu mendedahkan tembelang Rashid.

“Peristiwa (kemalangan) itu berlaku di Puchong semasa saya bersiar-siar bersama seorang kakak angkat. Saya dilanggar oleh sebuah kereta semasa ingin memasuki simpang di satu selekoh.

“Saya kemudiannya dimasukkan ke sebuah hospital dan koma selama seminggu.

“Sebaik sedar, datuk memberitahu saya sebenarnya bercinta dengan abang sendiri. Datuk mengatakan individu yang selama ini saya anggap sebagai bapa dan ibu saudara sebenarnya ibu dan ayah kandung saya sendiri,” ujarnya.

Lydia tidak dapat menerima hakikat itu pada mulanya kerana dia menganggap hubungan seks dengan abang sendiri merupakan perkara paling jijik pernah dilakukannya.

“Selepas sembuh, saya menjadi tidak keruan dan berkurung dalam bilik. Saya pernah cuba membunuh diri. Saya bernasib baik kerana keluarga menghantar saya ke pusat pemulihan untuk menjalani rawatan.

“Rashid juga menghilangkan diri. Syukur kini saya telah kenal erti solat dan bertaubat. Saya berharap Allah dapat ampunkan dosa saya,” ujarnya pilu.

Pasangan Kekasih Bawah Umur Kantoi Di Hotel!


Pasangan Kekasih Bawah Umur Kantoi Di Hotel | LUNAS - Hasrat sepasang kekasih berusia 16 tahun dan masih bersekolah untuk melarikan diri dari keluarga masing-masing tidak kesampaian apabila ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sebuah hotel murah di sini kira-kira jam 10.30, malam kelmarin.

Suspek seorang remaja lelaki sebelum ini pernah bersikap agresif dengan memecahkan cermin kereta jenis Honda bapanya, kerana tidak berpuas hati dengan keluarga.

Bagaimanapun setelah dibaiki, suspek mengambil keputusan melarikan diri dengan menggunakan kereta itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis menerima maklumat dari orang awam setelah berjaya menemui kereta digunakan suspek untuk melarikan diri. Ia disorok di bahagian belakang hotel.

“Polis membuat semakan terhadap resit pembayaran dibuat oleh pelanggan yang menginap di hotel itu dan mendapati, suspek mendaftarkan diri kira-kira jam 9.15 malam.

"Polis kemudiannya membuat serbuan di salah sebuah bilik di tingkat satu hotel itu dan mendapati suspek dan kekasihnya berada di dalam.

"Sebelum ini waris pelajar perempuan terlibat sudah membuat laporan di Balai Polis Kulim apabila tidak pulang ke rumah dan dipercayai melarikan diri bersama suspek.

"Pasangan itu kemudiannya dibawa balik ke IPD untuk siasatan lanjut,” katanya.

Thursday, December 6, 2012

1,800,000 Euro Dijumpai Dalam Seat Kereta!


Sebanyak 1,800,000 Euro Dijumpai Dalam Seat Kereta | Dua orang warga China telah ditahan oleh kastam Perancis selepas terdapat 1.8 juta Euro tersembunyi di dalam kerusi kereta mereka.



Saturday, December 1, 2012

PENGANTIN DIBAKAR, DIKURUNG DAN DIPAKSA MENJADI PELACUR!


Seorang pengantin remaja, Sahar Gul yang baru berusia 15 tahun telah berjaya diselamatkan oleh pihak polis di Baghlan, Afghanistan selepas menerima laporan dari jirannya yang mendengar tangisan Gul.

Gul dikatakan telah didera, dipukul dan dikurung di dalam tandas untuk lima bulan kerana tidak ingin mengikut arahan keluarga suaminya untuk menjadi pelacur.

Selain itu, Gul juga membakar kulitnya dengan puntung rokok dan mengorek dagingnya dengan playar.

Gul memberitahu dia telah dikurung oleh keluarga suaminya terutamanya mak mertua.

Polis telah berjaya menahan mak mertua dan kakak ipar tetapi bapa mertua serta suaminya dalam perlarian tetapi sedang diburu polis.




ALAT ANTI MASTURBASI!


Gambar ini hanya sekadar informasi kepada anda.

Alat ini dicipta pada tahun 1880 untuk lelaki yang didapati bersalah kerana 'masturbate' yang dikatakan adalah satu dosa yang sangat berat. 

Sangat berat seperti kesalahan mencuri.

#Fap fap fap adalah HARAM! Ingat tu wahai reader semua.





Thursday, November 29, 2012

ABANG RATAH ADIK ANGKAT HINGGA HAMIL!


Seorang lelaki tergamak meratah tubuh adik angkatnya yang masih di bawah umur sehingga gadis terbabit yang masih bersekolah hamil lapan bulan menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, gadis berusia 14 tahun itu dirogol suspek berusia 25 tahun pada Ogos tahun lalu di rumahnya di Kampung Tengah, Batu 14, Puchong, dekat sini.

Menurutnya, siasatan mendapati walaupun kejadian berlaku sekali, tetapi gadis terbabit hamil.

Mangsa tidak memberitahu perkara itu kepada sesiapa termasuk keluarganya kerana bimbang dimarahi.
“Suspek yang tinggal di Batu 13, Puchong, anak angkat kepada keluarga mangsa dan dia sering datang ke rumah mangsa termasuk bermalam di situ.

“Ini menyebabkan keluarga mangsa tidak mengesyaki perbuatan terkutuk dilakukan lelaki terbabit dan suspek merogol mangsa pada waktu malam ketika tiada sesiapa di rumah,” katanya.

Katanya, kejadian disedari keluarga mangsa selepas melihat perut gadis itu yang semakin membesar di samping perubahan sikapnya.

“Mangsa menceritakan kejadian rogol itu selepas dia tidak dapat berselindung dan keluarganya membuat laporan polis.

“Suspek terbabit yang baru melangsungkan perkahwinan dua bulan lalu kini diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Wednesday, November 28, 2012

Laman Sosial Mampu mengundang Jenayah Harta Benda



KUALA LUMPUR - Pemilik telefon pintar yang gemar mengemas kini sistem 'geolocation' mereka melalui laman sosial, berisiko mendedahkan diri mereka kepada jenayah harta benda dan jenayah korporat.
   
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata penggunaan aplikasi yang mempunyai akses kepada 'geolocation' di mana pengguna memaklumkan kedudukan serta aktiviti mereka, dikhuatiri membuka ruang kepada berlakunya jenayah seperti pecah rumah dan rompakan.
   
"Ramai antara penggemar laman sosial suka mengemas kini atau 'check in' lokasi atau kegiatan mereka menerusi aplikasi seperti 'Foursquare', facebook dan sebagainya untuk memberitahu apa yang sedang mereka lakukan dan tempat hotspot yang dikunjungi atas dasar sekadar suka-suka.
   
"Namun tindakan ini sebenarnya menjadi faktor pendorong kepada risiko dijadikan mangsa jenayah selepas penjenayah memperoleh maklumat sasaran mereka hanya melalui alam siber," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
   
Syed Ismail berkata terdapat juga pengguna laman sosial yang mengemas kini status semasa dengan menyatakan mereka akan meninggalkan kediaman mereka untuk beberapa hari dan tindakan tersebut mengundang risiko kepada keselamatan kediaman mereka.

Beliau berkata apa yang membimbangkan ialah kemungkinan laman sosial mereka dicerobohi dan maklumatnya digunakan penjenayah.
   
Syed Ismail berkata tindakan mengemas kini kedudukan atau kegiatan semasa juga berisiko mengundang berlakunya jenayah korporat terhadap individu yang memegang status atau jawatan besar dalam sesuatu organisasi.
   
"Ada pihak cuba mencari maklumat untuk menandingi pesaingnya dan sanggup berbuat apa saja bagi tujuan itu," katanya.
   
Jenayah korporat dalam dunia perniagaan pula berkemungkinan melibatkan penjenayah melakukannya bagi kepentingan perniagaan seperti mencuri data berkaitan perniagaan dalam usaha untuk mensabotaj pesaing, katanya.
   
Syed Ismail berkata meskipun setakat ini belum terdapat maklumat atau aduan mengenai kegiatan jenayah seperti pecah rumah atau rompakan disebabkan tindakan mengemas kini status atau kedudukan, namun langkah keselamatan dan risiko penggunaannya harus diketahui pengguna.

Beliau menasihatkan pengguna supaya bijak menggunakan applikasi demikian serta memahami fungsinya.
   
"Meskipun setiap aplikasi itu ternyata mempunyai kebaikan, tetapi segalanya berbalik kepada pengguna sendiri sama ada ingin menggunakan atau tidak.
   
"Kalau kita nak guna kemudahan ini kita kena tahu dan faham betul-betul risiko yang mungkin berlaku, kalau kita tidak mahu mengambil risiko kita jangan muat turun," katanya.
   
Beliau berkata sebanyak 24 kes kegiatan menggodam yang melibatkan kerugian kira-kira RM3.3 juta dilaporkan dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.
   
Sebelum ini, Bernama melaporkan Ketua Pembangunan Perniagaan CyberSecurity Malaysia Mohd Anwer Mohamed Yusoff sebagai berkata negara mencatat anggaran kerugian sebanyak RM2.75 bilion dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini akibat daripada jenayah siber khasnya dalam sektor kewangan.   - Lapor Bernama

Monday, November 19, 2012

SUMBANGKAN DANA KEPADA PALESTINE!

Mesej ini ditujukan kepada semua warganegara malaysia khususnya. Tetapi kepada sesiapa yang boleh faham apa yang ditulis ni juga di alu-alukan membaca kalau pun korang bukan warganegara malaysia okay.

Citer dia gini. Mula2 korang tengok dulu gambar2 kat bawah neh oke ;








Ini ialah gambar2 peperangan yang berlaku di gaza. Umum tahu wilayah gaza - tanah haram israel tak pernah aman di kawasan persempadanan. Kisah2 penderitaan rakyat gaza bukan perkara yang baru. Seme tahu. Dan sejak beberapa hari lepas penderitaan rakyat gaza semakin bertambah apabila kali neh israel bertekad melancarkan perang secara terbuka dan sekaligus melanggar perjanjian yang telah terbentuk sebelum neh.

Ya, ramai yang ingat hamas langgar perjanjian tersebut. Sebenarnya  itu bohong. Jangan ingat bila ia dilaporkan oleh BBC, oleh Aljazeera korang terus ingat berita2 dorang tue benar lagi telus.

Ingat perang manipulasi dan spin hanya mampu dilakukan oleh bn je meh? Ia berlaku di mana2 dan ia boleh dilakukan oleh mana2 syarikat akhbar sekalipun. Tidak terkecuali dan terbatas sebab tue kita kena pandai2 baca berita dan terima maklumat. Jangan main masuk jek beb. Kasi tapis sikit la.

Yang sebenarnya israel memang banyak kali serang orang awam gaza. Dan mereka sumbatkan info palsu ke rakyat mereka. Mereka sebarkan risalah palsu. Mereka buat berita propaganda. So orang israel ingat rakyat gaza tue jahat sangat. IDF pula suka sebarkan info yang tak tepat dan tak wujud untuk mencari simpati orang israel dan orang luar.

Orang2 israel neh juga berkawan oke. Bila disuapkan dengan info palsu mereka akan sebarkan info neh kepada kawan2 mereka baik dalam dan luar negara. Akibatnya persepsi palsu dah terbentuk. So terjadi la perpecahan maklumat di mana wujud orang2 yang sokong israel. Mereka fikir israel itu benar dan sedang mempertahankan tanah air. Mereka fikir palestine mahu menakluk tanah air mereka. Pfttt.

Ini gambar yang korang mesti tengok.


Apa yang palestine tak hilang?

Apa yang palestine tak kompromi?

Apa yang palestine tak bertolak ansur dan beralah?

Palestine dah lakukan seme perkara yang mereka mampu lakukan. Seme perkara yang mendorong kepada perjanjian damai yang berada dalam bidang kuasa mereka, mereka sudah lakukan. Mereka sudah beralah. Mereka sudah bersabar. Mereka sudah berkompromi. Mereka sudah buka peluang untuk membentuk perdamaian.

Hanya itu yang tinggal. Hanya tanah2 itu yang rakyat palestine ada. Setelah israel menakluk mereka, israel merampas hak mereka dan kini mereka bercakap pasal penyelesaian 2 negara? Babi pun ludah lue kalau lue sokong penyelesaian 2 negara. Jika israel datang malaysia dan rampas semua yang ada di malaysia lue nak sokong ka usul penyelesaian dua negara? Babi panggil beb. Napa cik babi? Gua nak ludah muka lue. Bukan muka aku le. Muka orang yang sokong 2 state solution tue. Especially orang islam. 

Gaza sedang lakukan apa yang mereka perlu lakukan. Iaitu pertahankan tanah air mereka. Atau negara mereka lenyap. Dan mungkin diri mereka juga akan lenyap. Akhirnya mereka jadi pelarian disebabkan kehilangan negara. Nak hidup di bawah israel? Tak tengok video Muhammad SAW dimaki orang israel? Mungkin penindasan yang mereka akan dapat kelak jika terus beralah dan biarkan diri dijajah.

Situasi rakyat gaza berbeza dengan israel. Bagi israel, mereka tetap mahu memastikan wilayah palestine tidak wujud ini kerana mereka tidak mahu palestine bangkit semula dan sekaligus merampas semula hak2 mereka di kemudian hari. So kewujudan gaza dan mana2 wilayah palestine harus dinafikan untuk menafikan kebangkitan rakyat palestine.

Apa benda yang israel pongpang2 kan dalam media ialah propaganda semata2. Takde satu perkara yang betul pun keluar dari mulut PM israel. Melainkan dia mengakui dia kejam. Itu memang betul la. Dari awal lagi israel tak pernah ada niat nak berdamai or hentikan segala serangan ke atas gaza. Apa yang gaza buat kini ialah bangkit daripada penindasan dan pertahankan hak mereka setelah tertindas bertahun2. 

Dunia menutup mata kerana USA sebagai negara kuasa besar. USA menyokong israel. Jadi peranan USA menyebarkan propaganda untuk melemahkan sokongan ke atas gaza dan palestine. Mereka mohon gaza hentikan segala serangan. Aik? Yang bunuh orang ko, yang rampas tanah ko, tapi yang kena hentikan kekejaman itu aku?

Jikalau ada peluang dan ruang untuk hentikan darah anak2 palestine takpayah ko suruh dorang sendiri akan buat. Tapi peluang itu takde. Apa yang tersiar di akhbar hanya kata2 manis ayat pemimpin israel dan mereka2 yang bersekutu dengan israel. Situasi dia sekarang neh macam neh..

Pemimpin2 negara kuasa besar, negara2 arab dan negara2 membangun macam malaysia mereka bersikap 50-50. Nak tolong kang aku kena balik. Tak tolong kang aku rasa sedih. Serba salah. Situasi tengah2. Tapi yang menariknya majoriti rakyat menyatakan sokong kepada palestine berbanding gaza. Yang tak sokong palestine tue sebenarnya dah dipengaruhi dan dihasut dengan sentimen keagamaan. Bagi mereka sokong gaza, sokong palestine bermaksud sokong islam. Padahal bukan.

Orang bukan islam juga boleh bersama2 rakyat gaza. Korang boleh membantah atas nama hak asasi manusia. Rakyat gaza harus diselamatkan daripada terus terusan dizalimi. Jangan takut sokong palestine. Sokong palestine bukan bermaksud tukar agama jauh sekali tukar kepercayaan. Hanya sokong sebab palestine di aniaya dan dizalimi. Lihatlah bagaimana orang luar bukan negara islam juga menyokong rakyat gaza ;


Ini berlaku di paris. Di mana mereka berdemo membantah serangan ke atas gaza. Ia dilakukan oleh orang2 bukan islam. Bahkan selama beberapa negara telah melakukan mass demo menyokong gaza. UK dan USA antara yang terlibat. Mereka juga bukan orang islam. Tetapi mereka tetap menyatakan sokong ke atas gaza. Asasnya mudah. Mana2 manusia tiada hak untuk bunuh mana2 manusia.

Jangan terpengaruh bila orang israel kata hamas jadikan kanak2 dan wanita sebagai benteng. Orang bodoh jek percaya kata2 karut itu. Roket terbang. Bom datang. Ko ingat hamas tahu bom dan roket tue nak ke mana? Hoiiii roket datang tue hoiiiiii cepat2 cari bayi dan kanak2 dan wanita supaya mereka kena bomm.. nanti bleh masuk media.

Siapa yang sanggup korbankan Kanak-kanak dan wanita?

Ko ingat hamas suka2 nak serang balik? Ko ingat hamas suka2 nak melawan dan balas kekerasan dengan kekerasan? Ini kerana orang tue dah masuk rumah ko tetak seme ahli family ko.. rileks2 israel. Aku mengalah jek neh oke. Hihi haha.

Ko nak bunuh sapa lagi israel? Aku nak bunuh ko pula. Oke bunuhla. Lagi ko nak apa israel? Seme tanah ko tanah aku automatik. Lepas tue seme undang2 dan polisi pelarian gaza tertakluk kepada undang2 aku. Ini tanah sudah jadi negara aku dan ko di bawah aku. Hihi haha. Sila2 la israel. Gua rela jek jadi anjing macai lue. Lue nak bunuh ka tembak ka bom ka tikam ka gua steady jek. Gua takmo melawan. Gua memang spesis takde maruah beb.

Itu ke yang korang buat kalau korang jadi rakyat palestine? Aku percaya itu bukan yang korang akan buat walaupun mungkin mulut ko cakap ya disebabkan ego. Palestine telah menderita dan semakin menderita. Kita tak boleh buat apa2 disebabkan diri kita sangat2 lemah.

Takpe. Nak jihad ke sana memang haram le jawapan nya. Tapi apa yang kita boleh? Doa? Doa je ke kemampuan kita? Boikot mekdi? Itu je ke kemampuan kita? Habis tue apa? Kita boleh pergi jauh dari itu. Kita boleh jadi ubat kepada rakyat palestine ketika mereka sakit. Kita boleh makanan kepada rakyat palestine ketika mereka lapar. Kita boleh membalut rakyat palestine ketika mereka sejuk. Kita boleh jadi ilmu rakyat palestine ketika mereka belajar. Bagaimana?

Sumbangkan dana kepada palestine. 

Aku ada rm5 jek admin. Takpe. RM5 ke rm10 ke apa ke.. derma jek. Aku ada rm1,000 admin. Takpe ko memang kaya, derma jek der. Tak kira ada berapa derma berapa. Rakyat palestine perlukan kita dalam bentuk ubat, dalam bentuk makanan, dalam bentuk baju serta perlindungan.

Kita akan terbang ke palestine dalam seme bentuk itu. So hari neh atau esok mari kita semua rakyat malaysia pergi masukkan duit masing2 ke tabung derma kat akhir artikel ini. Selepas tue jangan lupa like posting neh. Wajib like oke. Bila korang like ia akan muncul kat wall fb korang. So kawan2 ko akan nampak dan dia maybe akan baca. So kita dah buka satu lagi pintu derma dan begitulah seterusnya.

Siapa ada blog maka sebarkan dalam blog masing2. Nak copy paste ke apa ke lantak lue la der. Janji kita gerakkan kempen mohon derma besar - besaran untuk palestine. Ayuh.. ramai2.

Tabung derma ada banyak. Yang aku stated kat sini 1 jek oke. Nanti kalau ada keperluan dan permintaan dari rakan2 lain aku akan masukkan lain2 tabung derma untuk gaza disini.

Sumbangan boleh dibuat ke dalam salah satu akaun di bawah:

1. Aqsa Syarif Berhad
5515 7500 4299 (Maybank Islamic)
12 092 01 003490 4 (Bank Islam)

kemudian sila maklumkan beserta slip deposit kepada:

admin@aqsasyarif.org.my
Tel: +603-8733 4636
Faks: +603-8734 9636

www.aqsasyarif.org.my

♥ Sumbangan melalui SMS

Para dermawan juga boleh memberikan sumbangan melalui SMS. Hanya ikuti langkah mudah ini untuk menyumbang:

1. Taip PALESTIN <10 3="3" 5="5"> (10 / 5/ 3 itu adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan)
2. Hantar ke 39111

Contoh: PALESTIN 10 dan hantar ke 39111

Mulakan sekarang. Terima kasih atas sumbangan anda semua.

- Aman Palestin -

Teruskan doa kita dan sumbangan untuk Tabung Kecemasan Gaza Aman Palestin

Maybank 562263010787
Bank Islam 12029010047880
Bank Muamalat 12070005133717
RHB 21245760004907

atas nama Aman Palestin Bhd

Saturday, November 17, 2012

KONFLIK ISRAEL PALESTIN!

Perlukah Palestin dan Islam tukar cara perjuangan?

Konflik asia tengah sudah berlarutan beratus tahun. Kalau mahu lebih tepat sudah lebih semillenia pihak islam dan "mush islam“ (Bukan RPK ya!) bergochoh di atas tanah yang dinamakan Palestin. Cuma dulu pihak islam ber-smackdown dan bermain pancung-pancung leher dengan askar salib. Kini bila majoriti orang Islam dah bercomolot dengan orang barat kerana saling bergantung paut penjualan minyak, giliran kita untuk ber-smackdown dan pancung memancung dengan Yahudi pula.


Dulu ketika baru bertumbuk pihak PLO main curik-curik kapal terbang. Kapal udara milik El Al dan beberapa syarikat penerbangan antarabnagsa "dipau“ dari udara dan dipaksa mendarat di Revolution Airport, Amman Jordan. Ketika itulah akronim PLO dan perjuangan mereka kali pertama mendapat tumpuan dunia. Maka berkelahlah pihak perampas dan 310 orang tebusan di padang pasir selama beberapa hari. Kemuncak episod rampasan ini ialah main event dimana kesemua pesawat yang dirampas diletupakan secara serentak. Pada masa tu membunuh tebusan masih lagi dianggap taboo. Selepas permintaan mereka ditunaikan semua terbusan dilepaskan dan perampas melarikan diri ke Jordan.

Itu kali terakhir pihak Israel berurusan dengan pihak "pengganas". Tahunnya ialah 1970. Selepas peristiwa ini pihak Israel tidak lagi melepaskan pengganas dalam tahanan sebagai pertukaran untuk nyawa orang awam.

Selang beberapa tahun selepas itu dan kita menyambut kedatangan Olimpik ke 20 di Munich, Jerman Barat. Pada bulan September 1972 segerombolan pejuang palestin menceroboh perkampungan Olimpik dan menahan sekumpulan atlet dari Israel sebagai tebusan. Uniknya insiden kali ini ialah selain meminta dibebaskan pejuang Palestin dalam tahanan Israel, mereka juga meminta beberapa tahanan dari kumpulan pengganas anti-semitik Baader-Meinhoff dibebaskan dari penjara. Baader-Meinhoff adalah kumpulan pengganas dari German Timur yang ditaja secara rahsia oleh badan perisikan Russia yakni KGB. Dan sekiranya kamu ingin tahu kebanyakkan "pengganas“ atau "radical elements“ (ini adalah klasifikasi yang digunakan CIA) pada waktu perang dingin ditaja oleh KGB. KGB tidak pedulipun jika "elemen radikal“ ini terdiri dari golongan islamist. Yang penting mereka mewujudkan kekacauan di negara-negara Barat. KGB juga menjadi pemodal utama bagi PIRA (Provinsional Irish Republican Army) yang banyak mengebom bandar-bandar utama di United Kingdom sehinggalah pertengahan 90-an. Lebih menarik lagi elemen-elemen radikal ini selalu berjumpa,berbincang dan berlatih bersama-sama di kem latihan di padang pasir Syria. Hanya selepas Kesatuan Soviet musnah pada tahun 1991 barulah elemen radikal islamist ini mendapat bantuan kewangan secara total dari “pemodal” seperti Osama ben Laden. Baader-Meinhoff dan PIRA pula hilang secara mendadak kerana ketiadaan "penaja“ aktiviti revolutioner mereka.

Diantara 1972 hinggalah sekarang banyak serangan di serata dunia menggunakan Palestin sebagai basis untuk mengahalalkan pembunuhan orang awam. Maka sudah lebih 30 tahun mereka menggunakan "fear and intimidation“ untuk memaksa Yahudi untuk berundur dari Palestin. Persoalannya berapa efektifkah taktik memaksa ini? Adakah kamu merasakan sekarang orang Islam atau bukan islam semakin simpati pada orang Palestin? Aku rasa sebaliknya berlaku sekarang. Rata-rata komentar dari lama web luar negara mentertawakan Palestin. Kebanyakkan komen berbunyi sebegini

"They have been doing this terrorism business for the past three decades. When will they realize that people no longer sympathise with their plight. It is like what happened to the Japanese in WWII. They started the war and killed millions. So when we dropped THE bombs on Nagasaki and Hiroshima no one cared that thousands of civilians died in the ensuing firestorm. No one wept for those who died in the Tokyo firebombing as well. Simply put, if you started the the war by killing civilians/non-combatants you have NO MORAL GROUND to start calling people unfair and barbaric”

Harap kamu semua dapat melihat kenapa sekarang bila Gaza dilanyak tidak adapun kuasa besar yang membantah. Kita hanya mampu membakar bendera berbintang David dan mengutuk “kekejaman” regim Zionis.Kamu marah bila melihat tiada reaksi besar dari negara barat. Konspirasi pihak anti Islam kata kamu. Tapi cuba kamu “pakai kasut” mereka untuk satu hari. Cuba lihat dari mata pandangan seorang Eropah. Lupakan selama seminit yang kamu seorang penyimpati Palestin. Kamu rasa bolehkah kamu berasa kasihan pada orang Palestin bedasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku semenjak 30 tahun lebih kebelakangan ini? Jika kamu kata "ya saya boleh simpati" aku rasa kamu membohongi diri kamu atau kamu memang berhati suci kudus mengalahkan Son Goku. Ingat di kawasan yang diserang baru-baru ini 65% penduduknya mengundi Hamas. They know what they are doing by voting these opportunist disguised as soldiers of Allah.

Bila berbincang isu keganasan dan Palestin aku gemar menjadi Devil’s Advocate. Mungkin kerana ketika zaman berdebat zaman persekolahan dulu selalu sangat berdebat dari pihak pembangkang. Bila kita lihat sesuatu isu dari pihak yang berlainan barulah kita boleh tahu motivasi mereka. Apa yang membuatkan mereka berdetik (what make them tick) dan dari situ kita boleh tahu cara menyelesaikan masalah yang ada.Dalam kes terkini aku tidak boleh salahkan Israel 100% atas retaliotary reaction mereka. Tahukah anda yang Hamas sengaja meletakkan pejabat mereka ditengah-tengah kawasan awam? Tahukah kamu Hamas meletakkan bom dan alat persenjataan mereka di dalam masjid,hospital dan apartment awam? Read that again UNDERNEATH mosque,hospitals and apartments.Jadi janganlah terkejut dan mengamok bila ada orang awam terkorban bila bom pintar Yahudi jatuh ke atas kepala mereka.

Kebanyakkan "pejuang Islam“ sekarang mengatakan mereka mahu berjihad seperti rasul menentang kuffar. Tapi aku pelik. Ketika zaman nabi dahulu ada ke nabi menyerang penempatan awam? Ada tak nabi menyembunyikan senjata di tempat awam?

"Tapi Effi kamu ni memang si liberal laknat. Yahudi bunuh saudara kita macam bunuh nyamuk.Itu yang lebih penting kamu fikirkan“

Betul. But does that give us a MORAL GROUND for justice? Why fight fire with fire? Since muslims are now so keen on being TRUE ISLAMIST LIKE THE PROPHET then why aren’t they following his example when he returned to Mecca? Ingat nabi dibaling batu dan pelepah ketika dihalau mushrikin Mekah. Marahnya seorang malaikat sehingga dia bertanya bolehkah dia menterbalikkan bumi dan membunuh mushrikin ini. Nabi kata tidak. Bila baginda pulang untuk menawan Mekah adakah nabi menyerang orang awam dan membalas dendam akibat dilontar batu? What we seeing now is people justifying killing non combatant because the Jews killed non combatant. What do we know about revenge taking? It only perpetuates the problem instead of solving it. Peace DUDES.

What can we learn from this story and this very TL:DR entry?

1. Penentangan bersenjata untuk pembebasan Palestin gagal. Sudah 30 tahun lebih ia dilakukan dan ianya hanya menaikkan kemarahan orang bukan Islam. Ini bertentangan dengan niat asal untuk memberi tahu dunia yang mereka ditindas.

2. Hamas bukanlah insan suci tak bersalah. Mereka SENGAJA meletakkan senjata dan markas di tempat awam. Dengan adanya orang awam bolehlah dapat perisai daging manusia. Kalau ada yang mati boleh digunakan sebagai alat merekrut lebih banyak pejuang Hamas kelak

3. Mungkin kita harus guna cara passive resistance dan civil disobedience ala Mahatma atau Martin Luther King. Orang India dibunuh inggeris. Orang kulit hitam pulak dihambat pak putih ketika pergerakan “civil rights” di US. Mereka tidak membalas kekejaman dengan kekejaman. Akibatnya “popular opinion” memihak mereka.

4. Pertelingakahan di Palestin sudah berlarutan ribuan tahun. Kamu tak bosan ke asik bermatian semata-mata nak tunjuk agama kamu lagi kick ass? Stop this nonsense. It only reinforce the idea that religion divide people instead of uniting them. It is a shame how Jews and Muslims share loads of commonalities but still fight like Kane and Abel.

Dah.. I hope you read this long shit. I spend hours typing it and doing the research. Dan aku menulis dalam bahasa kebangsaan. Perlahan sunguh bila menaip dan lebih perlahan lagi ketika cuba membina ayat. Maka tolonglah baca supaya aku tak menyesal menulis panjang-panjang.

Mr. Ambassador, you have nearly a hundred naval vessels operating in the North Atlantic right now. Your aircraft has dropped enough sonar buoys so that a man could walk from Greenland to Iceland to Scotland without getting his feet wet. Now, shall we dispense with the bull?

P/s : Artikel ini hanya sekadar perkongsian dan ia bukanlah ditulis oleh admin.

Wednesday, November 14, 2012

ORANG UTAN DIBAKAR HIDUP-HIDUP DI INDONESIA!


Orang utan ini telah masuk ke sebuah kampung di Indonesia dan menyebabkan penduduk di kawasan sana terganggu dengan ada nya orang utan ini. 

Menurut BKSDA orang utan ini masuk ke kampung di sebabkan kawasan habitatnya terganggu. "Oleh sebab itu, orang utan ini mencari tempat habitat yang baru dengan masuk ke kawasan kampung dan bersarang di sebuah pokok kelapa. 

Secara tidak langgsung mengganggu penduduk di kawasan tersebut "kata Djohon.

Menurut beliau, penduduk di sini pada mulanya hanya menggunakan asap bagi memaksa orang utan meninggalkan pokok, namun orang utan tetap bertahan. 

Akibat angin terlalu kuat, memyebabkan asap yang mereka buat itu terbakar, dan orang utan tersebut terjatuh dari pokok tersebut.




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More