Showing posts with label Bengkak. Show all posts
Showing posts with label Bengkak. Show all posts

Friday, August 31, 2012

Kaki Bengkak Atau Terseliuh! Apa Nak Buat?

Kaki ni kalau dah bengkak, pergerakan pun agak terbatas. Nak dijadikan cerita, bebaru ni kaki saya bengkak. Masa beriadah tu tak terasa sangat. Bila malam, barulah terasa sakitnya. Perggghhhh... Tuhan saja yang tahu.

Jadi, apa yang patut dibuat bila kaki dah membengkak?
- Pertamanya, carilah halia tua

- Tumbuk halia tu sampai hancur

- Kemudian, alaskan bahagian kaki yang bengkak dengan kain atau tuala kecil yang bersih. "Bandage" pun boleh.

Bandage

- Letakkan halia hancur tadi pada kawasan yang bengkak dan balut dengan kemas.

Sebaik-baiknya, buat sebelah malam sebelum tidur. Esok pagi barulah buka balutan tersebut. Kalau masih belum surut sepenuhnya, ulangi semula pada malam kedua, ketiga dan seterusnya sampai sembuh. Ok. ;)

Tapi, ada cara lain yang boleh anda cuba jika mengalami masalah serupa. Sama ada bengkak ataupun terseliuh, kedua-duanya boleh applikasikan cara di bawah. Lebih-lebih lagi jika di rumah anda ada pokok Bunga Tahi Ayam. Hehehe...

1. Ambil beberapa helai daun pokok Bunga Tahi Ayam.


Pokok Bunga Tahi Ayam - Wikipedia

2. Ramas daun tersebut dan pupukkan pada bahagian yang bengkak mahupun terseliuh.

3. Kemudian, balut dengan kain sehinggalah bengkak tu hilang.

Itu saja petua kali ini khusus buat anda yang mengalami bengkak ataupun terseliuh. Mudah-mudahan ia berguna kepada anda yang memerlukan.

Selamat Mencuba!

Friday, August 17, 2012

7 Khasiat Pokok Cili Padi

Siapa suka makan pedas? Tentu sekali cili padi tidak asing bagi anda, kan? Selain cili padi, ia dikenali juga sebagai cili api dan cabai burung. Ramai di antara hanya tahu ia hanya penambah selera dalam masakan. Barulah "kick"!

cili padi atau cili api
Cili Padi 

Namun begitu, rupa-rupanya daun serta akar pokok cili padi ni turut memiliki khasiat tersendiri. Antaranya boleh menyembuhkan bisul, luka, sakit sendi, sengal-sengal otot, bengkak, mengurangkan tekanan darah tinggi serta merawat cirit-birit.



Daun Pokok Cili Padi

Bagi tujuan menyembuhkan bisul dan mengubati luka, anda ambil beberapa helai daun dan tumbuk sampai lumat. Kemudian, tampalkan daun tersebut pada tempat bisul atau luka.

Sekiranya ada yang rasa sengal-sengal otot, sakit sendi ataupun mengalami bengkak; layurkan daun pokok cili padi dan tampal pada tempat yang sakit.

Ulangi langkah tersebut sehingga ia beransur pulih ya.



Akar Pokok Cili Padi

Akarnya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi serta menghilangkan cirit-birit.

Petuanya - anda ambil dan bersihkan akar pokok cili padi. Kemudian, rebuskan akar tersebut hingga mendidih. Seterusnya, tapiskan air rebusan ke dalam cawan atau gelas. Tunggu ia suam dan minum.

Begitulah sebahagian khasiat pokok cili padi yang sempat saya kongsi dengan anda. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk anda sekeluarga.


PetuaSejagat

Thursday, April 1, 2010

Merawat Bengkak, Salah Urat dan Terseliuh

Bagi anda yang sukakan gaya kehidupan aktif dan lasak; mengalami bengkak, salah urat dan terseliuh ni adalah lumrah, kan? Kesakitan yang dirasai selalunya tertumpu pada bahagian tangan ataupun kaki.

Tapi, anda sebenarnya boleh mengurangkan rasa sakit tu dengan cara tradisional. Petuanya adalah dengan menggunakan daun tembaga suasa. Biasanya daun ini tumbuh di tepi pantai dan pinggir hutan. Malah, ada juga sesetengah individu yang menjadikannya sebagai tanaman hiasan.


Daun Tembaga Suasa(Crinum Asiaticum)

Daun Tembaga Suasa(Crinum Asiaticum) - wikimedia.org




Cara merawatnya;


1. Ambil beberapa helai daun tembaga suasa.

2. Bersihkan daun tadi dan tumbuk sehingga lumat.

3. Kemudian, anda tampalkan pada bahagian yang bengkak, salah urat atau terseliuh tadi.

4. Selepas itu, balutkan bahagian yang telah ditampal dengan daun tadi.

Sebaiknya, anda balut juga menggunakan daun tembaga suasa. Jika khuatir ia lekas putus, layurkan dulu daun tersebut dengan api.

Itu saja. :)


Sebagai tambahan, petua ini pula khusus untuk anda merawat kawasan bengkak saja. Sekali lagi, khidmat daun tembaga suasa diperlukan.


Kaedahnya seperti berikut;

1. Ambil sehelai daun tembaga suasa dan bersihkannya.

2. Sapukan daun tadi dengan minyak kelapa.

3. Seterusnya, salai daun yang telah disapu dengan minyak kelapa di atas api.

4. Apabila daun itu kelihatan berminyak, anda boleh balutkannya pada kawasan yang bengkak.

5. Ulangi proses ini beberapa kali dengan daun yang baru sehinggalah hilang rasa sakit.


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More