Showing posts with label artis malaysia. Show all posts
Showing posts with label artis malaysia. Show all posts

Friday, December 21, 2012

Kenapa baru nak sayang bila dah tawar hati – Ana Dahlia


“SAYA sedih sebab saya pernah sayang dia,” ujar pelakon Ana Dahlia ketika berkongsi mengenai perasaan sebaknya saat hakim syarie membacakan keputusan jatuh talak satu bagi kes perceraiannya dengan Chef Riz di Mahkamah Rendah Syariah Kajang pada 10 Disember lalu.


“Saya seorang yang sangat tabah kerana dah pernah melalui pelbagai ujian sebelum ini, di mana bapa saya kena serangan strok dan saya terpaksa berhenti belajar untuk besarkan enam adik-beradik saya. Namun, saya tak sangka yang saya akan menangis juga apabila hakim membacakan keputusan kes perceraian kami.

“Saya rasa sebak, tak tahu nak gambarkan perasaan waktu itu macam mana. Cuma saya sedih kenapa manusia tidak belajar sebelum sesuatu terjadi, kenapa baru nak sayang bila dah tawar hati dan kenapa dari awal tak cuba sebaik mungkin dalam mengekalkan perhubungan. Apapun, semua ini ketentuan serta Qada dan Qadar dari Tuhan dan saya terima dengan redha. Apa yang berlaku saya jadikan tauladan. Saya anggap ini dugaan dari Tuhan,” ujarnya sambil menahan sebak.

Walaupun dituduh sebagai penyebab keruntuhan rumahtangga mereka yang hanya mampu bertahan selama 11 bulan apabila dikatakan curang dengan bekas teman lelakinya, namun pelakon yang kini popular dengan drama bersiri, ‘Cinta Itu Milikku’ di TV3 ini masih tetap dengan pendiriannya untuk mengunci rapi mulut dari membicarakan mengenai punca sebenar perceraian mereka.

“Jika ada pihak yang masih menyalahkan saya atas punca perceraian kami, saya tak boleh nak halang. Bagi saya, apa yang penting Riz dan Tuhan tahu yang saya tak curang. Saya harap masyarakat tidak terus menuding jari atau terus menilai saya sebelum mereka kenal dan tahu diri saya yang sebenar. Bagi saya, orang tak tahu apa sebenarnya yang terjadi dan saya tak marah dengan perkara ini. Lagipun, bukan saya tak nak cerita punca sebenar cuma saya tak nak aib atau burukkan orang lain.

Ditanya kepada pemilik nama Diyana Mastura Jaafar ini mengenai hubungannya dengan Riz selepas bercerai dan adakah mereka mungkin akan merujuk semula, Ana memberitahu, “Hubungan kami tak rapat macam dulu lagi tapi kalau sekadar bertegur sapa, saya tiada masalah. Hubungan saya dengan mertua dan adik ipar juga masih baik kerana bagi saya keluarga tetap keluarga.

“Namun, untuk bersama dengan Riz semula, mungkin tidak. Tapi, jika Tuhan dah tentukan kami berbaik balik dan memang sudah tertulis jodoh antara kami berdua, saya akan terima. Cuma buat masa ini, mungkin tidak rasanya. Saya berazam untuk tahun baru 2013 ini, harap benda yang lebih baik berlaku dalam hidup dan juga karier seni saya,” ujar Ana yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama, ‘Kerana Lelaki Itu’ untuk slot Ratu di TV9.

Thursday, December 20, 2012

Keluarga Kesal Siti Fazurina Kahwin Lari



Siti Fazurina yang juga merupakan pelakon drama bersiri Trilogi Cinta, dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Haikal, 30-an tanpa pengetahuan keluarganya.

Menurut satu sumber terdekat dari keluarganya mendedahkan, Siti Fazurina Mohd Famir, 30, telah bernikah di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis berwalikan bapa saudaranya.

“Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita.

“Kami sangat terkejut dan kecewa dengan tindakannya yang membelakangkan keluarga terutama ibunya,” jelasnya ketika dihubungi pihak wartawan semalam.

Menurut sumber lagi, pihak keluarga perempuan ada menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu yang menjadi saksi pernikahan bagi memaklumkan majlis berkenaan. Individu yang menghantar sms itu turut meminta supaya ibu Fazurina bersabar dan reda dengan perkahwinan yang dilakukan secara sembunyi tanpa pengetahuan keluarga itu.

“Jika benar mereka ingin berkahwin mengapa tidak berjumpa dengan ibunya untuk meminta restu. “Ibunya sangat kecewa dengan tindakan Fazurina bernikah tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. “Malah pihak kami tidak mengenali dan berjumpa keluarga pihak lelaki,” ujarnya.

Sementara itu, usaha wartawan untuk menghubungi Fazurina bagi mendapatkan penjelasan gagal kerana dia mungkin masih mahu merahsiakan majlis itu.

Wednesday, December 19, 2012

Chef Riz Secara Rasmi Ceraikan Ana Dahlia Dengan Talak Satu



Chef Riz Secara Rasmi Ceraikan Ana Dahlia Dengan Talak Satu : Akhirnya bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor, pada 10 Disember lalu, Chef Riz secara rasmi menceraikan Ana Dahlia dengan talak satu.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, telah mengesahkan perkara itu secara ringkas ketika dihubungi wartawan pada petang Rabu semalam.

“Benar, kemelut perhubungan kami sudah selesai. Kami telah pun bercerai talak satu secara sah,” katanya ringkas kerana sibuk berada di gimnasium.

Hubungan pasangan ini mulai retak dan dihidu wartawan pada Oktober lalu selepas Ana dan Riz dikatakan sedang menghadapi masalah rumah tangga walaupun perkahwinan mereka belum menjangkau setahun lagi. Penceraian itu dikatakan berpunca kerana tiada persefahaman di antara mereka.

Manakala Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar dan Riz telah diijabkabulkan pada 11 Disember 2011. Ia adalah perkahwinan kedua buat Ana.

Dalam pada itu, Ana Dahlai ketika dihubungi pula menyatakan, dia berasa sedikit sunyi sejak berpisah dengan anak lelaki tukang masak selebriti popular Chef Wan itu.

“Saya berasa sunyi sedikit, mungkin kerana saya tinggal bersendirian. Tetapi kesannya tidaklah teruk mana kerana sebelum ini pun saya tinggal sendiri juga.

“Inilah ketentuan dan takdir Tuhan. Saya terima seadanya dan berharap agar kami dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik, Insya-Allah,” tuturnya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Kerana Lelaki Itu.

Menurut Ana Dahlia, walaupun kedua-dua mereka telah bercerai, namun dia tidak pernah menganggap Riz sebagai musuhnya dan masih lagi berkawan seperti biasa.

“Saya tidak pernah memusuhinya, kami kawan seperti biasa. Cuma hubungan kami tidaklah seperti dahulu lagi,” ujarnya.

Tuesday, December 18, 2012

Sandiwara Shila, Sharnaaz?



ND Lala mahu anak tumpu kepada kerjaya, bukan ulas cerita peribadi

Belum reda perihal luahan kasar pelakon, Sharnaaz Ahmad, 27, di laman Twitter gara-gara ucapan kekasihnya, Shila Amzah, 22, ketika Anugerah Planet Muzik (APM) Ahad lalu, sehari kemudian penyanyi itu pula membuat pendedahan sudah menerima lamaran jejaka terbabit. 

Seperti drama rantaian dengan aneka konflik, episod turun naik percintaan yang bagai sengaja mahu dipertontonkan kepada umum menerusi laman sosial akhirnya dibiarkan bungkam begitu saja apabila Shila mahu pun Sharnaaz mengambil pendekatan berdiam diri. 

Walau si lelaki mendakwa akaun Twitternya digodam dan Shila pula memadamkan status ‘lamaran’ yang ditulisnya tidak lama kemudian, ia tetap mengundang perhatian ramai. Selepas usaha mendapatkan kedua-duanya menerusi panggilan serta sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak berbalas, kenyataan soal lamaran yang sepatutnya lebih manis tidak dibicarakan secara terbuka itu diajukan kepada bapa Shila, ND Lala. 

Harumkan negara lebih penting 

Bagi pelakon, penyanyi dan pengacara veteran ini, sebagai insan yang melihat jatuh bangun anak sulungnya itu selama 12 tahun untuk berada pada tahap sekarang, dia lebih selesa andai Shila memberikan tumpuan terhadap kerjaya berbanding hal peribadi. 

Menerusi kiriman e-mel, ND atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, berkata dia tidak mahu Shila memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu berikutan tumpuan yang perlu diberikan kepada persiapan rapi untuk ke World Music Awards (WMA) di Miami, Florida, pada 22 Disember ini. 

“Terima kasih kepada media, peminat dan masyarakat kerana terus memberi perhatian terhadap kerjaya Shila dan saya melihat tumpuan mengangkat nama baik negara lebih penting daripada hal yang bersifat peribadi. 

“Buat masa ini saya tidak mahu Shila memberi ulasan kerana perhatiannya lebih kepada WMA memandangkan dia dicalonkan untuk kategori Artis Wanita Terbaik dan Penghibur Terbaik, sekali gus sejarah bagi industri muzik kita di mata dunia,” katanya. 

Bersaing dengan Siti, Adele 

Selain Shila, Datuk Siti Nurhaliza turut terpilih sebagai wakil negara bagi edisi ke-23 WMA yang menampilkan lebih 200 selebriti terkenal dunia merebut trofi daripada sembilan kategori dipertandingkan. 

Bagaimanapun, Siti hanya dicalonkan dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang menyaksikan persaingan dengan Madonna, Adele, Taylor Swift, Pink, Kelly Clarkson, Alicia Keys serta lebih 30 penyanyi antarabangsa lain. 

Pada masa sama, ND juga memberi penegasan bahawa hal peribadi yang boleh ditatap orang lain adalah tidak wajar dan secara tidak langsung seakan merujuk kepada keterbukaan anaknya di laman sosial.

- Lapor Berita Harian

Saya Sangat Terkejut Akaun Twitter dipalsukan - Emma Maembong



“Ha? Saya bukan berada di Johor, kini saya berada di Shah Alam, baru je selesai photoshoot,” jelas pelakon jelita yang semakin popular di kaca TV, Emma Maembong atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani binti Ismail, 20. Ya, itu lah harga yang perlu dibayar oleh pelakon muda ini apabila privasi serta identitinya telah disalahguna oleh pihak yang tak bertanggungjawab, baru-baru ini.

Perbualan rancak antara individu palsu itu melalui akaun Twitter @Emma_maembong40 & ‘peminatnya’ mendapat perhatian seorang blogger, Hazrey.com. Hazrey terus menghubungi pihak editorial OHBULAN! bagi mempersoalkan akan ketulenan twitter  Emma_maembong40 dan hasil siasatan mendapati akaun tersebut sememangnya telah disalahgunakan.



Tak silap lagi individu palsu ini cuba memperdayakan mangsanya dengan menyamar seolah-seolah bahawa dia adalah empunya diri yang sebenar. Semalam, seorang mangsa telah dimaklumkan akan kehadiran pelakon jelita ini di sebuah pusat membeli belah di selatan tanah air, atau lebih tepat di Plaza Angsana, Johor. Individu terbabit mendakwa kononnya hadir di plaza berkenaan untuk menemani teman lelakinya membeli belah. Mangsa yang lurus ini mempercayai aktiviti individu ini sehingga mengajaknya untuk berjumpa di sebuah kedai dipercayai adalah lokasi dia bekerja.

Sebentar tadi, Hazrey melalui sumbernya cuba memerangkap individu palsu ini di plaza berkenaan. Namun, individu palsu ini berdolak dalik untuk bertemu walaupun sudah berkali-kali dipujuk.

Kemudian, usaha Hazrey diteruskan dengan mengajak bertemu untuk makan malam. Kali ini, individu palsu itu turut mendakwa akan menjamu selera di Senibong (sebuah pusat makanan laut popular), Johor Bahru, bersama keluarga teman lelakinya yang didakwa bernama @Kid_Rainen7. Penelitian mendapati individu palsu ini mendakwa secara berterusan melalui Twitter palsu itu bahawa Kid adalah teman lelakinya.

Dan, selepas berjanji untuk berjumpa di Senibong, individu palsu terus berdolak dalik dan membatalkan pertemuan dengan pelbagai alasan.

OHBULAN! sempat menghubungi Emma Maembong yang ketika itu sedang menjalani sesi fotografi bersama kumpulan Karangkraf di Shah Alam, Selangor berkata bahawa dia sangat terkejut dengan tindakan pihak yang tak bertanggungjawab itu. “Saya sangat terkejut, tak sangka pula ada orang yang sanggup buat macam ni. Takut ada yang terperangkap sehingga boleh tergadai keselamatan mereka,” jelasnya.

Pada masa yang sama, OHBULAN! berpendapat pelakon drama ’Cinta Itu Milikmu’ seharusnya membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

Ketika artikel ini ditulis, individu palsu ini kelihatan begitu rancak membalas setiap tweet & pertanyaan daripada ‘peminatnya’ tanpa rasa sekelumit pun rasa bersalah atas tindakannya itu.

Artikel Asal

Saat gemilang Shila Amzah



HAMPARAN karpet merah saya bentangkan kepada Shila Amzah atas kejayaannya dalam Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China, hujung minggu lalu.

Gadis berusia 22 tahun itu berjaya mendapat perolehan termanis dalam sejarah kerjayanya kerana mampu menjejaki kejayaan artis senior beliau di peringkat antarabangsa seperti Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Ziana Zain, Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Deja Moss.

Nyata sekali kejayaan artis kita dalam mana-mana pertandingan nyanyian di peringkat dunia seharusnya dibanggakan kerana artis kita menjunjung nama Malaysia di mata dunia.

Asian Wave 2012 itu sendiri bukan acara picisan kerana kira-kira 30 negara menghantar wakil untuk berentap vokal bersama lagu pilihan masing-masing.

Melalui YouTube, kita dapat melihat aksi hebat Shila itu menerusi beberapa pusingan bersama koleksi lagu-lagu Melayu, Inggeris dan Mandarin termasuk daripada Adele, Bruno Mars dan Jaclyn Victor. Memang anak ND Lala itu sangat ‘versatile’.

Sejak dulu lagi, kebolehan Shila menguasai bahasa Mandarin menjadi satu lagi ‘advantage’ kepadanya untuk mendapat perhatian di pentas hiburan. 

Masih saya ingat ketika berborak-borak dengan Shila dan ibunya sambil menjamah ikan patin masak lemak di Temerloh, Pahang tahun lalu, kami bersembang isu belajar bahasa Mandarin di kalangan artis. Jelas langkah ayah dan ibu Shila menghantar dia mempelajari bahasa Cina sangatlah tidak rugi kerana selain fasih menguasai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris, Shila punya satu lagi kelebihan lagi. Saya percaya semua ilmu dalam dunia ini bukan tersembunyi dalam satu bahasa.

Saya sendiri beberapa kali pernah mendengar wakil korporat dari kalangan bukan Melayu begitu tertarik dengan Shila. Vokal, kualiti persembahan, kebolehan dan sikap Shila itu memang membuatkan mereka jatuh hati.

Inilah antara contoh yang boleh diikuti anak-anak muda di luar sana yang bercita-cita menjadi artis. Jangan ingat kejayaan boleh datang secara mudah dan sekelip mata atau memadai dengan sekadar memuatkan lagu sendiri ke dalam YouTube tetapi pengetahuan seni... kosong.

Tanyalah Shila yang dulu dikenali sebagai Shila Tekno mahupun Anuar Zain yang bermula sebagai Anuar Kain Pelikat. Bukan sehari dua mereka berjuang di sini dan akhirnya mereka berada dalam kelas tersendiri.

Saya juga bangga kerana pertandingan nyanyian di luar negara seperti Asian Wave 2012 tidak mengamalkan diskriminasi terhadap artis yang bertudung seperti Shila. 

Mereka jelas lebih memandang bakat dan inilah yang seharusnya menyedarkan segelintir masyarakat kita sendiri terutama badan korporat yang mula memandang sebelah mata apabila penyanyi kita bertudung. Kita sama-sama renungkan

Zila Bakarin Menyesal Suntik Wajah dan Bibir


KUALA LUMPUR: Pelakon wanita yang sering kali diberi julukan seksi dan menggoda, Zila Bakarin mengakui dia menyesal melakukan suntikan pada wajahnya dan bibir. Zila telah melakukan suntikan pada bahagian dagu dan bibirnya pada empat tahun lalu hingga merubah bentuk wajahnya dari yang sebenar.


Bagi Zila, perubahan wajah sekarang ini menimbulkan perasaan menyesal yang tebal dalam dirinya. Ini kerana, Zila merasakan wajahnya yang dulu jauh lebih sempurna berbanding sekarang.

“Kalau masa boleh diputar ke belakang, saya memang tak akan lakukan suntikan pada wajah. Walaupun sudah lebih empat tahun saya tidak menyuntik apa-apa pada wajah, tapi bentuk tersebut masih kekal. “Bila saya lihat gambar lama, saya rasa wajah saya sudah cukup sempurna,” kata Zila yang dipetik dari Sinar Harian.

Zila percaya, keghairahan setiap wanita untuk tampil kelihatan cantik memungkinkn diri masing-masing mengambil setiap cara untuk mengekalkan kecantikan. Namun, Zila ikhlas menasihati orang ramai yang ingin mengambil suntikan kecantikan tidak meneruskan niat tersebut.


“Jadi pada sesiapa yang mahu menyuntik atau mengubah wajah, saya rasa baik lupakan sahaja niat mereka itu,” katanya. Bercerita mengenai perjalanan seni lakonannya, Zila sudah dilabelkan sebagai pelakon wanita yang berjaya membawa watak jahat atau antoganis.

Wanita yang mempunyai dua orang anak perempuan itu mengakui lebih selesa membawa watak seorang perempuan yang jahat dan tidak kisah sekiranya dipanggil pelakon sterotaip. 

“Biarpun orang label saya sebagai pelakon stereotaip, tapi pada saya, saya rasa lebih selesa membawa watak perempuan jahat. Saya suka pada watak yang menjadi pencetus kepada segala masalah dalam sesebuah cerita.

“Pernah saya menjayakan watak ibu yang baik, namun akhirnya saya ditegur pengarah kerana katanya, gaya saya seperti mahu memikat anak saya pula. Malah kadangkala saya jadi tertekan kerana perlu mengawal segala tindak tanduk, kawalan suara, reaksi muka dan banyak lagi,” terang Zila


Monday, December 17, 2012

Gitaris Kumpulan Estrella Telah Kembali Ke Rahmatullah



Takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Izaad Amir atau lebih mesra disapa sebagai Mad daripada kumpulan Estrella kerana telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Berita yang sungguh mengejutkan ini telah dikongsikan oleh beberapa teman rapat Allahyarham dilaman Twitter masing-masing di mana menurut Liyana Fizi, Allahyarham dikatakan telah terlibat dalam sebuah kemalangan di Johor Bharu.


Dalam pada itu beberapa artis terkenal seperti Yuna, AG COCO, Hafiz Suip, Ana Raffali dan Kumpulan GoGerila turut mengucapkan takziah atas kepergian seorang ahli muzik yang berbakat dalam industri seni tanah air ini.







Saturday, December 15, 2012

Zed Zaidi ambil tindakan lanjut keatas Julia Perez


EKORAN kes pertelingkahan di antara Presiden Seniman, Zed Zaidi dan pelakon seksi tanah seberang, Julia Perez semalam, ramai pihak media mahu mendapatkan penjelasan lanjut daripada mengenai pas kemasukan Julia Perez sebagai lawatan atau bekerja di Malaysia.


Zed Zaidi memaklumkan bahawa, bakal ada tindakan tegas akan diambil ke atas pelakon berkenaan. Menurutnya Julia Perez yang datang ke sini bagi menjalani penggambaran filem Sumpahan Malam Pertama baru-baru ini tanpa permit yang sah.

Isu ini menjadi lebih panas selepas Julia Perez bermulut lancang mengutuk kualiti drama tempatan menerusi mikro sosial Twitternya tanpa memikirkan kesan terhadap dirinya dan industri lakonan Malaysia.

Tambah Zed Zaidi, dia telah pun ke bahagian perlesenan Finas serta Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan (SPP) untuk mendapatkan pengesahan tentang permit Julia Perez menjalani pengambaran di negara ini secara sah ataupun tidak.

Merujuk kepada jawapan yang telah diberikan oleh pihak  Finas, ada permohonan (SPP) atas tajuk Filem  ”Sentuhan Malam Pertama” tetapi tiada permohonan (PFA)bagi kemasukan Julia Perez. Tambahan lagi, borang pekerja filem asing tidak direkodkan dalam data Finas mengenai Julia Perez, cuma terdapat senarai artis tempatan sahaja.

Dibawah syarat Padu Citra (SPP), Julia Perez wajib menjadi ahli kepada 3 persatuan yang diiktiraf oleh Finas, antaranya Artis Untuk Seniman. Dalam rekod Persatuan Seniman, nama Julia Perez tidak pernah didaftarkan sedangkan itu adalah syarat wajib bagi kelulusan permit (SPP).

Tambahan, Finas kini sedang menjalankan siasatan ke lokasi pengambaran melalui pasukan penguatkuasaan bahagian utara untuk tindakan tindakan lanjut. Menurut mesej ringkas yang di terimanya dari Pegawai Finas selepas solat jumaat tadi, mereka akan datang lokasi membuat serbuan lokasi di Padang Kota Lama.

Menerusi akaun sosial Twitter milik Zed juga, dia turut mempersoalkan Imigresen tentang kemasukan Julia Perez ke Malaysia sebagai pelawat tetapi menyalahgunakan permit lawatannya dengan bekerja di Malaysia tanpa sebarang tindakan.

Menurutnya lagi apa yang dilakukannya  adalah berdasarkan undang-undang, akta, garis panduan, serta syarat artis luar  yang bekerja di Malaysia.

Artikel Asal : Forblogger

Wednesday, December 12, 2012

Pengantin Kejang


MESRA...Farid dan isteri, Diana melambai hadirin majlis resepsi perkahwinan mereka.


JITRA: Majlis resepsi pasangan pelakon, Farid Kamil Zahari, 31, dan Diana Danielle Danny Beeson, 21, di Taman Tema Tasik Darulaman, di sini, semalam, menjadi kelam-kabut apabila pengantin perempuan mengalami kekejangan pada kaki kanannya selepas beramah-mesra dengan tetamu dan peminat.

Diana Danielle yang kini berbadan dua mengalami kekejangan pada kaki kanannya selama hampir 15 minit menyebabkan pasangan itu bergegas keluar meninggalkan majlis jam 3 petang.

Malah, usaha media menunggu hampir empat jam untuk menemu bual Farid termasuk isu pakaian istiadat pegawai pasukan keselamatan pada majlis resepsi pengantin perempuan di Putrajaya, 1 Disember lalu, gagal selepas pelakon terbabit beredar menaiki kereta.

Adik Farid, Fadzil Zahari, 29, berkata perkara itu amat dikesali dan tidak dapat dielakkan kerana Diana Danielle keletihan selepas berarak menemui peminat.

“Kami meminta maaf kerana terpaksa membatalkan sidang media seperti dijanjikan kerana kesuntukan masa dan Diana tidak sihat akibat mengalami kekejangan kaki,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Monday, December 3, 2012

Wanita ini lebih cantik daripada artis Malaysia

Wanita ini lebih cantik daripada artis Malaysia walaupun tidak memakai. Kebanyakan artis Malaysia banyak memakai make-up untuk sentiasa kelihatan cantik dan menawan. Kecantikan yang dimiliki oleh wanita ini semulajadi. Untuk pengetahuan korang, kekerapan memakai make-up hanya akan merosakkan kecantikan diri yang sediada selain mempercepatkan penuaan kulit terutama apabila usia mula mencecah 40-an. Sebolehnya, kurangkan penggunaan make-up dan lakukan penjagaan kecantikan diri secara sederhana. Fakta pelik tentang wanita, mereka suka menunjukkan kecantikan mereka ketika berada di tempat awam tetapi tidak pula kepada suami ketika di rumah.







Sunday, December 2, 2012

Gambar Resepsi Perkahwinan Diana Danielle & Farid Kamil


Bertempat di di Taman Ekuestrian Putrajaya satu majlis resepsi perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle telah diadakan.

Bertemakan garden wedding, majlis resepsi itu telah berjalan dengan lancar walaupun majoriti rakyat Malaysia masih terpaku dikaca televisyen menonton perlawanan Malaysia Vs Indonesia pada ketika itu.






Sumber Gambar : RotiKaya.com

Gambar Resepsi Perkahwinan Ratu Rock Negara Ella

Berikut adalah sedikit bingkisan gambar majlis resepsi perkahwinan Ella, iaitu ratu rock negara  dan Azhar  yang telah pun selamat dilangsungkan di Kelab Darul Ehsan, Ampang pada 1 Disember lalu..






Sumber Gambar : RotiKaya.com

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More