Saturday, December 15, 2012

Zed Zaidi ambil tindakan lanjut keatas Julia Perez


EKORAN kes pertelingkahan di antara Presiden Seniman, Zed Zaidi dan pelakon seksi tanah seberang, Julia Perez semalam, ramai pihak media mahu mendapatkan penjelasan lanjut daripada mengenai pas kemasukan Julia Perez sebagai lawatan atau bekerja di Malaysia.


Zed Zaidi memaklumkan bahawa, bakal ada tindakan tegas akan diambil ke atas pelakon berkenaan. Menurutnya Julia Perez yang datang ke sini bagi menjalani penggambaran filem Sumpahan Malam Pertama baru-baru ini tanpa permit yang sah.

Isu ini menjadi lebih panas selepas Julia Perez bermulut lancang mengutuk kualiti drama tempatan menerusi mikro sosial Twitternya tanpa memikirkan kesan terhadap dirinya dan industri lakonan Malaysia.

Tambah Zed Zaidi, dia telah pun ke bahagian perlesenan Finas serta Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan (SPP) untuk mendapatkan pengesahan tentang permit Julia Perez menjalani pengambaran di negara ini secara sah ataupun tidak.

Merujuk kepada jawapan yang telah diberikan oleh pihak  Finas, ada permohonan (SPP) atas tajuk Filem  ”Sentuhan Malam Pertama” tetapi tiada permohonan (PFA)bagi kemasukan Julia Perez. Tambahan lagi, borang pekerja filem asing tidak direkodkan dalam data Finas mengenai Julia Perez, cuma terdapat senarai artis tempatan sahaja.

Dibawah syarat Padu Citra (SPP), Julia Perez wajib menjadi ahli kepada 3 persatuan yang diiktiraf oleh Finas, antaranya Artis Untuk Seniman. Dalam rekod Persatuan Seniman, nama Julia Perez tidak pernah didaftarkan sedangkan itu adalah syarat wajib bagi kelulusan permit (SPP).

Tambahan, Finas kini sedang menjalankan siasatan ke lokasi pengambaran melalui pasukan penguatkuasaan bahagian utara untuk tindakan tindakan lanjut. Menurut mesej ringkas yang di terimanya dari Pegawai Finas selepas solat jumaat tadi, mereka akan datang lokasi membuat serbuan lokasi di Padang Kota Lama.

Menerusi akaun sosial Twitter milik Zed juga, dia turut mempersoalkan Imigresen tentang kemasukan Julia Perez ke Malaysia sebagai pelawat tetapi menyalahgunakan permit lawatannya dengan bekerja di Malaysia tanpa sebarang tindakan.

Menurutnya lagi apa yang dilakukannya  adalah berdasarkan undang-undang, akta, garis panduan, serta syarat artis luar  yang bekerja di Malaysia.

Artikel Asal : Forblogger

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More