Sunday, December 23, 2012

Karpal Pembohong Penipu & Pembelit



Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menempelak dua pemimpin utama parti itu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim kerana menerima darjah kebesaran yang dikurniakan raja-raja Melayu yang membawa gelaran Datuk.

Karpal melahirkan rasa tidak puas hatinya itu kerana kedua-dua pemimpin DAP berkenaan melanggar prinsip yang dipegang parti tersebut sejak pertengahan 1990-an yang tidak akan menerima sebarang gelaran ketika masih aktif dalam politik.

“Ngeh (Koo Ham) dan Teng (Chang Khim) telah melanggar prinsip tersebut dan saya tidak gembira (mengenainya)," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Koo Ham yang merupakan Pengerusi DAP Perak menerima gelaran Datuk pada 2008, manakala Chang Khim yang merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor menerima gelaran berkenaan pada 2010.

MI...Karpal hanya tau bising dan buat helah larikan isu sahaja. Kes Anwar Liwat dialah manusia pertama keluar dalam TV dan marahkan anwar seolah-olah anwar pembawa masalah negara. Tapi beliaulah yang bela anwar dan tak keluarkan apa-apa kenyataan lagi pasal anwar.

Kaprpal memang auta, dialah yang kononnya menyerang Hudud Pas dan akhirnya senyap sunyi bila Pas makin lantang suarakan hudud rekaan mereka.

Bila pakatan haram tersepit dengan sesuatu isu maka karpal akan buat bising, sebenarnya beliau hanya nak alihkan isu yang melanda pakatan haram sahaja. Yakinlah karpal hanya buat begini supaya rakyat melihat dia telus walhal sebaliknya.

Isu Ngeh terima pangkat Datuk hanya untuk alihkan isu Ngeh Koo Ham yang sedang hangat terlibat dalam isu tanah "rasuah' untuk jawatan Menteri Besar Perak. Sama saja modus operandi Karpal bagaimana dia selamatkan Anwar B Ibrahim.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More