Sunday, December 23, 2012

Tarikh Baru Kiamat Pada 1.1.2017? Tak Serik-serik ke…?



LONDON – Selepas kiamat tidak berlaku pada Jumaat lalu, muncul pula sekumpulan pengikut ajaran sesasat yang mendakwa, ia akan berlaku empat tahun lagi.

Tarikh baru kiamat, menurut kumpulan The Sword of God Brotherhood ialah pada 1 Januari 2017.

Kumpulan itu mendakwa ‘Nabi Gabriel’ memberitahu mereka bahawa kiamat akan berlaku pada tarikh berkenaan dan hanya anggota kumpulan itu saja akan terselamat sementara yang lain akan musnah dalam ‘neraka.’

Kenyataan itu dibuat selepas ribuan orang terpedaya dengan kepercayaan kononnya dunia akan musnah Jumaat lalu, seiring dengan hari terakhir dalam kalendar kuno kaum Maya. – DM

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More