Showing posts with label Selulit. Show all posts
Showing posts with label Selulit. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Sambungan 7 Cara Hilangkan Selulit

Sebentar tadi, saya hanya sempat menulis 3 cara hilangkan selulit. Jadi, cara selanjutnya ada di bawah ini. Sila teruskan bacaan anda ya. ;)



4. Urutan


Anda boleh mengurut tubuh anda untuk melancarkan aliran darah. Boleh gunakan krim anti selulit dan/atau minyak aromaterapi semasa mengurut.

Melalui cara ini, ia boleh menyahkan lemak-lemak degil dalam saluran darah anda.



5. Menyikat badan




Anda boleh menggunakan sikat untuk menyikat memana bahagian tubuh yang biasanya timbul selulit. Sikat tubuh anda dengan gerakan secara melurus tau. Amalkan setiap hari lebih kurang dalam 5 minit.



6. Banyakkan minum air masak


Air masak dapat membersihkan sistem pencernaan anda. Secara tak langsung menyingkirkan racun pada sel-sel tubuh.



Ada pendapat mengatakan anda patut minum sekurang-kurangnya 2 liter air masak sehari. Namun, ia bergantung pada aktiviti harian anda juga. Bagi memudahkan anda, minumlah air masak bila terasa haus. Itulah tandanya anda memerlukan air. =)

Selain itu, kurangkan juga meminum kopi, teh dan jauhi minuman beralkohol jika anda mahu mencegah pembentukan SELULIT.



7. Nyah lemak secara semulajadi


Anda nak buang lemak dan racun dalam badan? Kalau NAK, amalkan meminum air suam yang ditambah dengan sedikit perahan lemon setiap pagi. Boleh diamalkan lepas bangun tidur ya.



Lengkaplah sudah cara mengatasi selulit yang dapat saya kongsi dengan anda. Jika anda sudi menambah, saya amat mengalu-alukannya. Mudah-mudahan rakan-rakan lain turut mendapat manfaatnya.

7 Cara Menghilangkan Selulit

Selulit terbentuk akibat timbunan lemak yang berlebihan pada jaringan kulit. Kesannya, permukaan kulit anda menjadi tidak rata.

Selulit


Tidak dinafikan ada beberapa cara mengatasi selulit yang mudah dan moden. Antaranya melalui kaedah suntikan dan pembedahan. Namun, adakah ia benar-benar terjamin keberkesanannya?


Untuk itu, lebih baik tumpukan pada beberapa tips berikut agar peredaran darah berjalan lancar. Apabila peredaran darah baik, lemak akan dapat dihancurkan dan selulit tidak terbentuk pada lapisan kulit anda. =)



1. Pola makanan yang teratur


Jauhi makanan yang bergula, berlemak dan makanan segera. Sebabnya kandungan nutrisi dalam makanan sebegini amat sedikit TAPI meningkatkan peluang pertambahan berat badan anda.



2. Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran


Jika anda jarang memakan buah atau sayur segar, ia menganggu keseimbangan sodium/potasium. Ketidakseimbangan inilah yang menyebabkan terbentuknya selulit.

Jadi, mulai hari ini amalkanlah memakan buah-buahan dan sayur segar setiap hari.



3. Rajin bersenam


Amalan bersenam melancarkan peredaran darah anda yang tersumbat lalu membakar lemak yang menjadi punca selulit.

Dalam seminggu, anda bersenamlah secara teratur iaitu 3 hingga 5 kali. Untuk setiap sesi, anda peruntukkan waktu bersenam antara 30 hingga 40 minit.

Pilihlah mana-mana jenis senaman yang anda suka dan mampu melakukannya secara kerap. Contohnya macam berjalan kaki dengan cepat, berenang, berbasikal atau main badminton.


Baiklah, saya hanya sempatkan nyatakan 3 cara untuk hilangkan selulit aje dulu. Bakinya akan saya sambung nanti ya. ;)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More