Showing posts with label Hilangkan Kelemumur. Show all posts
Showing posts with label Hilangkan Kelemumur. Show all posts

Friday, September 7, 2012

3 Khasiat Pokok Mata Ayam

Pucuk pokok Mata Ayam atau Mata Pelanduk ni sering dijadikan ulam-ulaman. Rasanya agak lemak gitu. Ada yang kata kalau nak lagi sedap, anda boleh cecah dengan sambal belacan. Bagi orang pantai timur, tentu budu yang menjadi pilihan, kan?

Di sebalik keenakannya sebagai ulam, pokok Mata Ayam atau nama saintifiknya Ardisia Crispa turut mempunyai khasiat tertentu. Antaranya boleh hilangkan kelemumur, menyembuhkan demam dan melegakan sakit perut akibat cirit-birit.


Pokok Mata Ayam - Wikipedia

Bagi menghilangkan kelemumur, anda ikuti langkah berikut:

1. Ambil seluruh pokok Mata Ayam termasuk akarnya sekali.

2. Kemudian, tumbuk ia sampai hancur.

3. Seterusnya, campurkannya dengan air bersih.

4. Bilaskan pada kulit kepala dan seluruh rambut anda yang berkelemumur.

Cuba amalkan petua ini beberapa kali sehingga anda bebas daripada kelemumur. :)

Sebaliknya, untuk menyembuhkan demam atau sakit perut;

1. Ambil hanya bahagian akar pokok Mata Ayam ni dalam segenggam.

2. Bersihkannya dan tumbuk akar tadi sampai hancur.

3. Kemudian, campurkannya dengan sedikit air dan kisarkannya hingga lumat.

4. Akhir sekali, tapiskan airnya dalam gelas dan minumnya sekali sehari.

Sekiranya masih belum sembuh atau lega, anda minumlah lagi segelas pada keesokan harinya.

Selamat Mencuba!

Saturday, August 18, 2012

2 Petua Hilangkan Kelemumur

Adakah anda sedang berdepan dengan masalah kelemumur? Ataupun anda dah cuba pelbagai petua hilangkan kelemumur, namun masih tiada sebarang perubahan? Keciwa seh.... Justeru itu, saya akan kongsikan lagi 2 cara menghilangkan kelemumur yang patut anda cuba.

Apa yang pasti, ia menggunakan bahan semulajadi yang mudah anda perolehi. Harap anda sukalah yea. :)

Petua #1:

1. Ambil beberapa helai daun kesum.


Gambar Daun Kesum

2. Tumbuk kesemua daun kesum tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.

3. Kemudian, campurkan daun yang berlendir tadi dengan sedikit air.

4. Seterusnya, sapukanlah campuran tersebut ke seluruh kulit kepala anda.

5. Amalkan selalu sehinggalah anda bebas daripada kelemumur.



Petua #2:

1. Sediakan 25 ulas bawang putih dan cencang sampai hancur.

Gambar Bawang Putih


2. Kemudian, campurkan bawang putih yang telah hancur tadi dengan debu celak mata.

3. Letakkan campuran tadi ke dalam botol yang bertutup.

4. Seterusnya, jemurkan botol tersebut di bawah pancaran matahari kira-kira selama 12 jam.

5. Sehari kemudian, anda tapiskan bahan yang telah dijemur sebelum ini dan masukkan pula ia ke dalam sebuah bekas kedap udara.

6. Cara penggunaannya, anda cuma perlu gosokkan air tersebut ke seluruh kulit kepala sehinggalah tiada lagi kelemumur yang tertinggal.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More