Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

Awas Gadis-Gadis Yang Pakai Skirt Pendek!


Pakai Skirt Pendek
Ini adalah sebab mengapa gadis atau wanita di luar sana tidak digalakkan memakai skirt semasa menaiki kenderaan awam.
Lebih-lebih lagi skirt pendek sehingga paras paha tu. Lagi bahaya!
Sebabnya anda tidak tahu bila akan ada tangan-tangan jahil berkeliaran di belakang anda!
Seperti gambar di bawah ini, ia jelas menunjukkan yang memakai pakaian sebegitu adalah tidak selamat.
Gambar berkenaan menunjukkan seorang lelaki sedang mengambil gambar atau pun merakam bahagian alat sulit wanita.
Dapat atau tidak dia mengambil gambar itu, tak usahlah difikirkan kerana yang penting dia ada percubaan untuk menganggu hak privasi anda.
Jadikanlah ia sebagai ikhtibar. Lebih baik pakai seluar atau skirt labuh.
Bukan saja lebih selamat, malah dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa rogol.



Oleh: KASIH ISA

Acara Menarik Di Dataran Merdeka 31 Disember 2012

 Dataran Merdeka


KUALA LUMPUR – Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan menganjurkan pelbagai acara menarik di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini.
KPKK melalui satu kenyataan media memberitahu, acara berkenaan diadakan bersempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krimas 2012 dan Sambutan Perayaan Tahun Baru 2013.
“Acara bermula dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam. Acara ini bermula dengan Program Larian Tahun Baru 1Malaysia dan Program Lebuh Seni Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, turut diadakan pameran jabatan dan agensi di bawah KPKK, jualan dan demonstrasi produk kraf seni dan budaya serta program Persembahan Generasi Baru.
Tambah kenyataan itu, majlis turut dimeriahkan dengan sambutan detik 12 tengah malam, Konsert Rakyat dan penampilan Ratu Cantik Pelancongan Dunia 2012.
Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2012 dan Sambutan Perayaan Tahun Baru 2013 dijadual dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – mynewshub.my

Katie Beli Rumah Mainan RM72 Ribu Demi Anak!

 Katie Holmes

Sempena perayaan Krismas ini, selebriti terkenal Katie Holmes ingin menghadiahkan sesuatu buat anak tunggalnya, Suri Cruise.
Bukan calang-calang hadiah yang dibelinya.
Ia adalah rumah agam mainan bernilai RM72 ribu!
Amboi boleh beli kereta tu.. Ungtunglah Suri.
Sebelum ini pun, Katie memang amat terkenal dengan membeli bermacam mainan dan pakaian bernilai ribuan ringgit buat anak perempuannya itu.
Nak buat macam mana, dah terlampau kaya kan.
Tengok saja gambar dibawah ini..


Akibat Redah Banjir Dengan Motorsikal!



SETIU – Seorang lelaki berusia 27 tahun nyaris maut ketika cuba meredah banjir di sebatang jalan dengan menunggang motosikal jenis EX5 Honda di sini pagi ini.
Khairi Said dihanyutkan air deras semasa melintas sebatang jalan di Kampung Tasik untuk ke tempat kerjanya di Kampung Bari dekat sini.
Kejadian kira-kira pukul 9.36 pagi itu menyebabkan tukang rumah tersebut dibawa arus ke sebuah kawasan sawah padi berhampiran.
Dia bagaimanapun bernasib baik kerana sempat berpaut pada sebatang pokok sebelum diselamatkan oleh penduduk kampung yang kebetulan berada di tempat kejadian.
“Saya cuba lintas kerana ia laluan utama saya ke tempat kerja. Tetapi saya tergelincir dan motosikal terjatuh ke dalam air banjir.
“Tempat yang saya lalui ketika itu rupanya kawasan air arus deras dan saya tidak sempat berpatah balik,” cerita Khairi. – mynewshub.my
* Sekadar Gambar Hiasan

Kerana Makhlus Halus,Mayat jadi Berat

TRAGEDI...mayat bot pancung karam bergelimpangan di pantai, semalam. BANTU...anggota penyelamat dan penduduk kampung membantu menguruskan mayat yang dibawa ke pantai. KOTA TINGGI



               TRAGEDI...mayat bot pancung karam bergelimpangan di pantai, semalam.

BANTU...anggota penyelamat dan penduduk kampung membantu menguruskan mayat yang dibawa ke pantai.

KOTA TINGGI: Keanehan berlaku ketika pihak berkuasa menguruskan sembilan mangsa bot karam di Perairan Teluk C berhampiran Bandar Penawar, di sini, malam kelmarin apabila mayat mereka gagal diangkat kerana terlalu berat.
Walaupun lima orang dewasa berusaha mengangkat satu mayat, usaha mereka tetap gagal dan keadaan hanya berubah selepas seorang ustaz dipanggil untuk membantu.

Sumber polis berkata, selain keadaan mayat yang berat, berlaku satu lagi keanehan apabila pacuan empat roda polis secara tiba-tiba tersekat di kawasan berpasir dan tidak boleh bergerak menyebabkan usaha membawa mayat ke hospital bertambah sukar.

Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang 20 Dec 2012

 

“Semua mangsa dipercayai penumpang sebuah bot pancung yang membawa lebih 15 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang bertolak dari Bandar Penawar melalui laluan tikus untuk pulang ke negara asal mereka.

Rahsia Besar KFC Hanya Diketahui Oleh 2 Orang




 

Tapi ramai tak tahu rahsia besar tentang hidangan KFC yang digemari ramai ni.. Rahsia besar KFC ini dikatakan hanya diketahui oleh 2 orang sahaja..

Kedengaran pelik kan? Tapi itulah hakikatnya.

KFC mula diperkenalkan oleh Colonel Sanders, pakcik beruban berjanggut putih yang mungkin anda memang dah selalu nampak muka dia ditempek di mana-mana, pada tahun 1930. Resipi gabungan 11 jenis herba dan rempah ratus untuk menggoreng ayam beliau itu menjadikan perniagaannya sangat famous dan berjaya hinggalah ke hari ini.

Tapi apa yang menjadikannya sangat istimewa adalah resipi rahsia beliau yang dikawal dan dijaga sangat ketat, hanya dua orang executives yang bekerja di situ sahaja yang menyimpan rahsia tersebut. Salinan resipi asal yang ditandatangan oleh Colonel Sanders sendiri disimpan di dalam satu ibu pejabat, bersama-sama dengan 11 botol yang mengandungi herba dan rempah ratus rahsia. Untuk menyulitkan lagi rahsia tersebut terpecah, campuran herba dan rempah tersebut pula dicampur di tiga lokasi berbeza di Amerika.


Hanya dua orang executives yang mengetahui resipi lengkap tersebut manakala executive ketiga pula menyimpan maklumat nombor peti besi di mana resipi itu disimpan. Tidak ramai pekerja KFC yang mengenali identiti ketiga-tiga orang tersebut. Ketiga-tiga orang itu pula tidak dibenarkan berada dalam kapal terbang atau kereta yang sama untuk tujuan keselamatan.
Tapi itu tidak cukup lagi. Untuk menambahkan effect seperti Plankton yang ingin mencuri resipi rahsia Crabby Patty dari Mr Crab macam dalam kartun Spongebob, resipi tersebut disimpan di dalam ibu pejabat yang kawalan keselamatannya menyamai bank-bank terkemuka dunia.

Untuk itu, KFC telah mengupah Bo Dietl, seorang pakar penyiasat yang pernah bekerja untuk Donald Trump, Geoge Bush dan keluarga diraja Arab Saudi untuk menjaga keselamatan resipi tersebut. Langkah-langkah yang diambil, menurut beliau:

“Kami memperkukuh siling dan lantai ibu pejabat ini dengan batu-bata konkrit setebal dua kaki. Kami juga memasang CCTV pengesan gerakan yang disambungkan pada bahagian keselamatan. Mereka (KFC) mempunyai pengawal bersenjata yang berjaga 24 jam di tingkat bawah, jadi dalam masa 30 saat jika berlaku apa-apa mereka boleh sampai ke peti besi tersebut. Untuk masuk, anda memerlukan dua orang yang memegang dua kunci dan dua nombor pin berbeza. Peti keselamatan tersebut dipasang dengan bolt pada bahagian lantai dan tiada sesiapa yang mampu lepas masuk tanpa pengetahuan kami.”

Lebih 6,000 Mangsa Banjir Dipindah Di Pantai Timur



KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk pagi ini dengan lebih 6,000 mangsa dipindahkan.
Sebanyak 2,594 mangsa kini berada di pusat pemindahan di Terengganu berbanding 1,301 malam tadi, manakala 1,963 mangsa dipindahkan di Kelantan berbanding kira-kira 1,000 semalam, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.
Di Pahang, menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, 1,743 mangsa banjir dicatatkan berbanding 915 semalam, manakala mangsa banjir di Johor pagi ini kekal 16 orang.
Di Kelantan, jajahan Kuala Krai menyaksikan paling ramai mangsa dipindahkan iaitu 907, diikuti Tanah Merah (314), Kota Baharu (295), Pasir Puteh (225), Pasir Mas (116), Machang (100) dan Tumpat (enam).

Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah, Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan di Rantau Panjang kini masih melepasi paras bahaya walaupun dilaporkan susut sedikit berikutan tiada hujan sejak malam tadi.
Bacaan di sungai-sungai utama lain bagaimanapun masih bertahan di paras amaran.
Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan dan tiada laporan kemalangan jiwa setakat ini. Cuaca di Kelantan ketika ini mendung.
Di Terengganu, mangsa paling ramai dipindahkan ialah di daerah Besut melibatkan 1,096 orang diikuti Setiu (461), Dungun (317), Kemaman (251), Marang (224), Hulu Terengganu (154) dan Kuala Terengganu (91).
Kemaman merupakan daerah terakhir mengalami banjir petang semalam berikutan kawasan rendah dinaiki air.
Sebanyak 52 pusat pemindahan banjir kini dibuka di seluruh Terengganu.
Sementara itu, jalan dari Kuala Terengganu ke Kota Baharu di Kilometer 78.5 berdekatan Kampung Guntong Luar di Setiu ditutup kepada kenderaan ringan selepas ditenggelami air sedalam 0.3 meter (m).
Laluan sepanjang dua kilometer di Kilometer 68.1 hingga 70.1 Bandar Permaisuri pula ditenggelami air sedalam 0.35m juga ditutup kepada kenderaan ringan.
Jalan Jerangau-Jabor di hadapan stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Besi, Dungun ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami air
sedalam 0.6m. – BERNAMA

Sunday, December 23, 2012

Inilah Padahnya Apabila Menyuruh Lelaki Bangang Menebang Pokok


http://i.imgur.com/V6f1w.jpg
Seorang lelaki memutuskan untuk menebang pokok besar yang berdiri berhampiran rumahnya kerana dia tidak cukup tempat untuk meletak kereta tambahan pula pemandangan dari tingkap dilindung oleh pokok dan daun yang jatuh sentiasa perlu dibersihkan. Jirannya yang baik hati menawarkan pertolongan untuk menebang pokok itu dan inilah yang terjadi

http://i.imgur.com/7fOR3.jpghttp://i.imgur.com/RPHCO.jpghttp://i.imgur.com/pNycu.jpghttp://i.imgur.com/ul98T.jpg
jennykaleyn

Gelagat Segelintir Penduduk Dunia Menggelabah Kiamat Berlaku

Gelagat Segelintir Penduduk Dunia Menggelabah Kiamat Berlaku | Jelas dan nyata dalam al-Quran sudah menjelaskan bahawa hari kiamat itu pasti akan berlaku. Namun soal bila itu, adalah rahsia daripada Allah SWT. Atas dasar kepercayaan karut dengan hari kiamat yang dikatakan akan berlaku, segelintir penduduk di seluruh dunia bimbang dan seolah-olah menggelabah mencari tempat untuk menyelamatkan diri. Sampai ada yang mahu ke gunung kononya tempat itulah yang paling selamat. Petang tadi, admin sempat mendengar laporan berita ada individu yang mula mendermakan sebahagian hartanyakerana percaya kiamat telah tiba.
gunung
BEBERAPA buah kenderaan polis menuju ke Gunung Pic de Bugarach di pekan Bugarach, selatan Perancis kelmarin. – REUTER
BEIJING – China menangkap hampir 1,000 orang dalam operasi memburu sebuah kumpulan Kristian yang menyebarkan khabar angin tentang hari kiamat akan berlaku pada hari ini, lapor media negara ini semalam.
Kumpulan yang dikenali sebagai Tuhan Maha Besar itu dituduh menyebarkan khabar angin tentang hari kiamat tersebut.
Hari kiamat tersebut dipercayai beberapa pihak akan berlaku kerana kalendar kaum Maya yang bermula pada 3114 Sebelum Masihi akan berakhir pada hari ini.
gunung2
BEBERAPA lelaki kaum Maya mengadakan upacara keagamaan bagi meraikan kedatangan era baharu di bandar raya Guatemala, Guatemala kelmarin. – Agensi
Menurut laporan stesen televisyen CCTV, operasi memerangi kumpulan itu bermula pada minggu lalu.

Akhbar Beijing Times melaporkan, polis menahan lebih 350 anggota kumpulan tersebut di wilayah Guizhou, barat daya China manakala lebih 400 lagi ditangkap di wilayah Qinghai, timur laut negara ini.
Agensi berita Xinhua menyatakan, kumpulan tersebut menjanjikan keselamatan penduduk yang menyertai kumpulan tersebut.
Di Kootwijkerbroek, Belanda, seorang penduduk, Pieter Van Der Meer menyediakan sebuah bot penyelamat di pekarangan rumahnya.
Menurutnya, bot tersebut mampu menyelamatkan 35 orang jika kiamat berlaku pada hari ini.
Di pekan Bugarach, selatan Perancis, pihak polis mengawal laluan masuk ke Gunung Pic de Bugarach setinggi 1,231 meter yang dikatakan akan terbuka pada 21 Disember ini.
Kawalan itu dilakukan bagi mengelak kebanjiran pengunjung ke gunung tersebut.
http://i.imgur.com/5hUVn.jpgBEBERAPA lelaki kaum Maya mengadakan upacara keagamaan bagi meraikan kedatangan era baharu di bandar raya Guatemala, Guatemala kelmarin. – Agensi
Beberapa pihak percaya makhluk asing akan muncul bersama kapal angkasa untuk menyelamatkan golongan yang mempercayai hari tersebut.
Seramai 254 wartawan dari seluruh dunia telah berada di pekan tersebut untuk membuat liputan tentang kepercayaan hari kiamat itu.
Di Moscow, Rusia, sebuah kubu bawah tanah yang digunakan semasa Perang Dingin akan menjadi lokasi sebuah parti selama 24 jam bagi meraikan kedatangan hari kiamat.
Tiket sebanyak AS$1,000 (RM3,056) perlu dibayar kepada pengunjung yang mahu memasuki kubu tersebut untuk menyelamatkan diri. Kubu itu sedalam 56 meter.
Bagaimanapun, Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, beliau tidak percaya kiamat akan berlaku pada hari ini.
Menurutnya, Bumi akan wujud bagi tempoh 4.5 bilion tahun lagi.
“Saya tahu bila dunia akan berakhir. Ia akan berlaku dalam tempoh 4.5 bilion tahun lagi,” katanya.
Ketika ditanya jika beliau takut menghadapi hari kiamat, Putin berkata: “Kenapa perlu takut jika ia tidak dapat dielakkan?”
Sejumlah anggota polis turut mengawal di jalan-jalan yang terdapat di Kampung Sirince, barat Turki semalam bagi menangani kebanjiran pengunjung pada hari ini.
Sebahagian orang percaya kampung itu merupakan satu-satunya tempat yang tidak akan terjejas dengan hari kiamat kerana ibu Nabi Isa, Mariam dipercayai pernah tinggal di situ.
Beberapa upacara keagamaan turut dilakukan oleh kaum Maya di Guatemala kelmarin.
Upacara itu diadakan bagi meraikan kedatangan era baharu selepas kalendar Maya berakhir pada hari ini. – Agensi
Sumber : Informasi

Saturday, December 22, 2012

Lelaki Hina Al-Quran Dibakar



HYDERABAD – Orang ramai menyerbu sebuah balai polis dan membakar seorang lelaki hidup-hidup kerana menghina al-Quran, kata polis semalam. 

Lelaki terbabit dikatakan seorang pengembara bermalam di sebuah masjid di Seeta, wilayah Sindh, malam Khamis lalu.

Keesokan harinya, penduduk kampung itu gempar apabila mendapati al-Quran di masjid berkenaan musnah dibakar. Seorang imam berkata, lelaki terbabit bermalam sendirian di masjid berkenaan. Pegawai Polis Daerah Dadu, Usman Ghani, berkata orang ramai membelasah lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada polis.

“Beberapa jam kemudian, kira-kira 200 orang menyerbu balai polis yang menahan lelaki itu dan mengheretnya keluar sebelum mereka membakarnya,” katanya.

Menurut Usman, 30 orang ditahan atas kesalahan membunuh, manakala tujuh anggota polis ditahan kerana disyaki cuai. – Reuters

Thursday, December 20, 2012

URB Mulakan Operasi Secara Rasmi



KUALA LUMPUR – Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang diperkenalkan Polis Diraja Malaysia sebagai langkah untuk mengurangkan masalah jenayah di kawasan tumpuan ramai, memulakan operasinya Khamis malam.

 Tinjauan Bernama di Jalan Bukit Bintang di sini mendapati URB Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang beroperasi 24 jam memberi tumpuan kepada kawasan orang ramai dan kawasan panas yang sering berlaku jenayah.

Ketua Unit Rondaan Motosikal IPD Dang Wangi Insp Rastam Affandi Md Ramli berkata URB beroperasi dalam tiga syif tugasan dengan unit rondaan itu turut mendekati masyarakat selain mencegah jenayah.

“Unit ini menyasarkan untuk menurunkan jenayah jalanan yang menjadi kebimbangan orang ramai. Diharap penubuhan unit ini dapat membantu meredakan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata lima anggota bermotosikal ditugaskan bagi setiap syif tugasan dan IPD Dang Wangi mempunyai sejumlah 24 motosikal untuk kegunaan URB. – BERNAMA

Nikmati 20 Peratus Rebat Sempena Krismas



KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) yang membayar tol secara elektronik akan menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus sempena cuti perayaan Hari Krismas Selasa ini.
 Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohammad Fuad Khusairi berkata pemberian rebat itu merupakan satu daripada langkah PLUS meraikan sambutan Hari Natal dan sebahagian daripada strategi syarikat untuk mengagihkan trafik serta menggalakkan orang ramai bergerak pada hari bukan puncak. “Pengguna yang membayar tol menggunakan sistem elektronik seperti kad PLUSMiles, kad Touch n Go dan SmartTag akan menikmati rebat tersebut, rebat tol ini boleh dinikmati sepanjang hari serta tidak terhad pada tempoh masa tertentu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

Kes Gaduh Ayun Besi, Azad Jasmin Pertahan Diri




Ekoran dalam satu kejadian kejadian di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), seorang lelaki telah membuat laporan polis mendakwa dia dihayun dengan besi oleh seorang pelakon, kira-kira dua minggu lalu.
Akibatnya lelaki itu mendapat kecederaan di kepala serta dikenakan lima jahitan dan dua jari kirinya patah.
Manakala, pelakon yang telah didakwa memulakan pergaduhan itu adalah pelakon, pelawak dan pengacara, Azad Jasmin.
Namun, dalam Harian Metro, hari ini, Azad menafikan dakwaan dia memulakan pergaduhan tersebut.
Sebaliknya, Azad menjelaskan kejadian berpunca apabila lelaki tersebut melanggar keretanya dari belakang sebelum turun dan mengetuk cermin keretanya..
Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, Azad memberitahu ketika itu dia mahu mengundur kereta selepas membelikan nasi kandar kepada isterinya yang mengandung sembilan bulan kerana mengidam.

“Bagaimanapun, ketika itulah kereta dinaiki lelaki terbabit melanggar belakang kereta saya dan terus turun mengetuk cermin kereta saya kerana tidak berpuas hati.
“Kemudian saya turun dari kereta untuk menyelesaikan hal berkenaan tetapi secara tiba-tiba saya dihampiri rakan-rakan lelaki itu dan terus menyerang saya,” katanya yang dipetik melalui Harian Metro, di sini, hari ini.
Tambahnya, ketika diserang dia terjatuh dan luka di kepala.
“Saya terpaksa mempertahankan diri dengan mencapai sebatang besi dan menhayunkan ke arah mereka. Saya terpaksa berbuat begitu kerana mereka berempat,” katanya.
Azad turut memberitahu dia telah pun membuat laporan polis.
Malah suami kepada aktres Eira Syazira ni mengakui mengenali salah seorang daripada lelaki yang menyerangnya.
Pun begitu dia menganggap kejadian itu adalah salah faham dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Lelaki Arah Bunuh Bayi Melalui Skype



Norway – Kejam. Seorang lelaki yang asyik masyuk berbual dengan perempuan simpanannya melalui Skype, sanggup menyuruh wanita itu melemaskan anak perempuannya yang berusia setahun, hanya kerana kanak-kanak itu mengganggu perbualannya dengan wanita itu.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada bulan Oktober, dua tahun lalu ketika Ammaz Qureshi yang menetap di London, sedang berbual dengan wanita itu, Yasmin Chaudhry yang berada di Norway.
Ammaz didakwa memberitahu Yasmin Chaudhry, supaya memegang kaki kanak-kanak itu dan kemudian merendamkan kepalanya dalam besen.
Namun selepas budak itu dimasukkan ke dalam besen untuk kali kedua, dia tidak lagi bernafas serta tidak sedarkan diri.
Biarpun Hunaina dikejarkan ke hospital, namun sudah terlambat apabila bayi itu tidak lagi dapat diselamatkan.

Bayi berkenaan bagimanapun bukan anak Ammaz.
Susulan itu, pihak berkuasa Norway berjaya mendapatkan perintah ekstradisi untuk membawa Ammaz ke negara berkenaan bagi menjalani perbicaraan.
Menurut pendakwaraya, tragedi itu merupakan sebahagian daripada kekejaman yang dilakukan oleh Yasmin ke atas anaknya sendiri atas arahan Ammaz yang dilakukan menerusi Skype.
Sebelum ini, Yasmin didakwa menyembur air ke muka Hunaina, memaksanya makan serbuk cili dan tidak membenarkan kanak-kanak itu tidur.
Penderaan itu tidak berakhir di situ, malah kanak-kanak itu turut diikat kakinya selama berjam-jam, dipaksa tidur di atas lantai dan kepalanya pernah diletakkan di bawah air yang mengalir.
Susulan kematian bayi itu, Yasmin memaklumkan kepada doktor bahawa Hunaina terjatuh ke dalam besen air, menyebabkan dia ditangkap kerana disyaki cuai.
Bagaimanapun selepas Yasmin diancam akan didakwa membunuh, barulah dia memaklumkan bahawa dia melemaskan bayi itu atas arahan Ammaz dan penderaan itu turut dilakukan selama beberapa bulan.
Ammaz, yang telah berkahwin, bertemu dengan Yasmin selepas wanita itu berkunjung ke London pada bulan Februari 2010.
Dia juga berjaya merahsiakan hubungan sulit itu daripada isterinya, hinggalah kes tersebut terbongkar.

sumber

Wednesday, December 19, 2012

[Video & Gambar] : Bekas Imam Terkenal Masjidil Haram Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Bekas Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci dan juga Imam serta khatib terkenal Masjidil Haram Mekah, Sheikh Muhammad bin Abdullah Al- Subbayyil selamat dikebumikan selepas solat Asar semalam.
Jenazah sebelum itu disembahyangkan di masjid suci berkenaan.
Allahyarham meninggal dunia dua hari lalu.
Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Maabdah, Mekah.
Allahyarham pernah menjadi tenaga pengajar dalam ilmu tauhid, tafsir, ilmu fiqh dan usul fiqh, ilmu faraid, nahu, balaghah, syair dan kesusasteraan di madrasah dan masjid-masjid.
Satu perintah diraja dikeluarkan pada tahun 1964 agar beliau dilantik sebagai Imam dan Khatib di Masjidil Haram, Makkah. Beliau juga dilantik selaku Pengerusi bagi Tenaga pengajar dan pemantau (bahagian Agama) untuk Masjidil Haram.
Pada tahun 1970, Allahyarham dilantik selaku Timbalan Presiden (Bahagian Agama), Bahagian Pengurusan Masjidil Haram, dan seterusnya dilantik selaku Timbalan Presiden Bahagian Pengurusan Masjidil Haram yang kemudian dijenamakan semula menjadi Bahagian Pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Pada tahun 1991, beliau dilantik menjadi Presiden bagi jabatan tersebut.
Beliau bersara pada tahun 2001 dan beliau juga merupakan Ahli Badan Ulama’ Senior dan Majlis Fiqh Rabitah Alam Islami.
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, moga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.












Tuesday, December 18, 2012

Izaad Amir, Gitaris Kumpulan Estrella Telah Kembali Ke Rahmatullah


Takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Izaad Amir atau lebih mesra disapa sebagai Mad daripada kumpulan Estrella kerana telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.
Berita yang sungguh mengejutkan ini telah dikongsikan oleh beberapa teman rapat Allahyarham dilaman Twitter masing-masing di mana menurut Liyana Fizi, Allahyarham dikatakan telah terlibat dalam sebuah kemalangan di Johor Bharu.

Video: ‘Apa Salah Saya? Kenapa Hina Saya?’



Penulis tidak pasti sama ada pembaca-pembaca Mynewshub.my sedar atau tidak dengan satu video yang ketika ini hangat diperkatakan.
Di laman YouTube, seorang anak gadis bernama Tsara Nabilla boleh dikatakan agak popular di laman media itu.
Satu video bertajuk ‘Sedih by Tsara Nabilla’ sudah ditonton oleh orang ramai sebanyak 33,262 kali!
Dalam video sepanjang 6:09 minit itu hanya memaparkan Tsara menangis dan mempersoalkan apa salah yang dilakukannya dan kenapa penonton videonya suka menghina dirinya.
Begini kisahnya.
BACA: Menteri Pengsan Ketika Melakukan Hubungan Seks
Tsara masih lagi berumur 12 tahun dan hobinya adalah gemar membuat video atau vlog yang berunsurkan nasihat kepada penontont-penonton laman YouTube.
Antara video nasihat yang dia sudah buat adalah ‘Dunia Masa Kini – Remaja Sekarang’, ‘Hina’, ‘Cinta’ dan Tsara juga gemar merekod nyanyiannya untuk lagu-lagu tempatan yang ada.
Dek kerana minatnya yang suka memberikan motivasi dan nasihat biar pun masih lagi muda, dirinya dihina dan dikutuk oleh orang ramai.
Sebab itulah, Tsara membuat video ‘Sedih’ kerana ingin meluahkan rasa sedihnya berikutan sikap manusia yang suka menghina orang termasuk dirinya.
Kata Tsara, dia hanya suka-suka sahaja untuk membuat vlog dan ingin berkongsi pendapat dengan semua orang.
Walaupun dia merasa sedih kerana dihina dan dikutuk, gadis itu masih lagi mempunyai semangat untuk terus kuat walaupun dihina orang.
Malah, dia juga turut mencabar semua orang yang mengutuk dirinya bahawa, satu hari nanti dirinya akan menjadi jauh lebih baik dan terbaik dari orang lain.
Video:





Oleh: NAIMAH SHAARI

Monday, December 17, 2012

Gempar! Apa Sudah Jadi Dengan I-City Shah Alam?

Gempar! Apa Sudah Jadi Dengan I-City Shah Alam? |  Mungkin ada di antara kita di sini mempunyai pengalaman berkunjung ke I-City di Shah Alam ini. Sudah tentu kawasan ini dipenuhi pengunjung lebih-lebih lagi musim cuti sekolah sudah pun bermula dan bakal berakhir awal bulan Januari tahun depan. Di bawah ini tentang kisah seorang bapa menyatakan ketidakpuashatian terhadap servis yang ditawarkan oleh pihak I-City. Sebagai pengguna kita berhak menyatakan apa yang dirasakan betul. Namun persoalannya, apa sudah jadi dengan I-City Shah Alam ini? I-City Shah Alam mahal ke?

icity
I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit….
Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.
Aku kena main dan aku kena tipu.
Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara ‘as per term and condition’, juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.
Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.
Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.
Mari aku ceritakan celakanya.
Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.
Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.
Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.

Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.
Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, “handbeg tak boleh bawak masuk”. Aku balas balik dengan sabar,”handbeg nak kena letak mana?”. “Dalam locker kat sana”, brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, “ada duit kecik? locker tu kena bayar”. Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.
Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, “is this the best they can offer?”. Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.
Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!
Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.
Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. **** anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?
Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau “Janganlah..mahal lah”. yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.
Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.
Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated “RM5/person” untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game” RM10/person”. Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?
Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.
Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang “kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?” Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,”Kat atas kan ada beritahu” sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.
Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal “encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main”, kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.
Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?
Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panjaNG SEMBANG KENCANG. Kesimpulan 


Saturday, December 15, 2012

[Video] Taktik Terbaru Penipuan


Taktik terbaru digunakan penyamun ni memang licik dan hebat. Kepada korang yang bekerja sebagai cashier kat stesen minyak atau mana-mana sekalipun, hati-hati lah selepas ini. Sampai-sampaikan pesanan ini kepada kawan-kawan yang bekerja sebagai cashier agar tidak sama menjadi mangsa.


+ Via Oh! Media Network


Friday, December 14, 2012


Pengumuman! Pengumuman! Pengumuman! Kami baru menonton sebuah video mengenai penukaran nama Nesvita kepada Nestum. Berita ini sangat penting kepada semua rakyat Malaysia untuk mengelakkan kekeliruan. Sila tonton video di bawah.
Jadi sekiranya anda pergi ke Giant, 99 Speedmart, 7 Eleven dan sebagainya untuk mencari produk Nesvita, sila jangan terkejut jika tidak dapat menjumpainya. Ini kerana kesemuanya sudah dijenamakan kepada Nestum.
nestum
Sila beritahu mak, ayah, makcik, pakcik, adik, kakak dan abang anda tentang berita penting ini. Kang tak pasal-pasal mereka mengamuk di kedai kerana tidak menjumpai produk yang dicari sedangkan sebenarnya nama je yang bertukar. Kang siapa yang malu? Anda jugak ~~nestum
Dan jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi hadiah berjumlah RM10,000 dengan hanya mengupload gambar berdasarkan tema yang diberi di Facebook Nestum 3 in 1 My Perfect Morning. Mana tahu hujung-hujung tahun ini ada rezeki anda untuk menjadi pemenang. Tak cuba tak tahu kan?
nestumMinggu ini temanya ialah “Loved Ones”. Hmmmm. Mungkin boleh upload gambar isteri/anak/ayah/ibu kesayangan anda sedang bangun tidur. So jangan lupa untuk masuk contest mudah ini di Facebook Nestum 3 in 1 My Perfect Morning. Dan sematkan juga di dalam kepala anda mengenai penukaran nama daripada Nesvita kepada Nestum. Untuk info lanjut, layari www.nestle.com.my.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More