Showing posts with label gadis cun. Show all posts
Showing posts with label gadis cun. Show all posts
Saturday, December 22, 2012
Friday, December 21, 2012
Thursday, December 20, 2012
Gadis ini selamba tunjuk kecantikannya yang sehebat Emma Maembong dan Neelofa
Gadis ini selamba tunjuk kecantikannya yang sehebat Emma Maembong dan Neelofa. Dengan hanya berbaju T-shirt dan berseluar agak ketat sambil melipatkan kaki ketika duduk, gadis ini kelihatan tidak ubah seperti artis terkenal Malaysia, setaraf dengan Emma Maembong dan Neelofa. Siapakah agaknya gerangan gadis cantik dan cun ini?
Sunday, December 16, 2012
Gambar TIGA gadis cun bergambar bersama
Inilah gambar tiga gadis cun dan cantik yang bergambar bersama ketika hari perkahwinan salah seorang daripada mereka. Walaupun rupa paras mereka berbeza namun dengan cara pemakaian yang agak seksi dan menggoda, ketiga-tiga mereka kelihatan sama cantik dan jelita. Sudah semestinya, gadis yang duduk di tengah-tengah dalam gambar berkenaan ialah pengantin perempuan. Selamat mencuci mata korang yang masih mengantuk walaupun dah bangun.
Saturday, December 15, 2012
Gadis HOT ini bergambar macam artis
Gadis HOT ini bergambar macam artis. Hebat posing gadis cantik dan comel ini ketika bergambar sehingga mengalahkan artis Malaysia. Gaya dan aksinya sehebat Neelofa yang terkenal dengan kontroversi kerana cara pemakaiannya dan aksi menggodanya.
Monday, December 3, 2012
Wanita ini lebih cantik daripada artis Malaysia
Wanita ini lebih cantik daripada artis Malaysia walaupun tidak memakai. Kebanyakan artis Malaysia banyak memakai make-up untuk sentiasa kelihatan cantik dan menawan. Kecantikan yang dimiliki oleh wanita ini semulajadi. Untuk pengetahuan korang, kekerapan memakai make-up hanya akan merosakkan kecantikan diri yang sediada selain mempercepatkan penuaan kulit terutama apabila usia mula mencecah 40-an. Sebolehnya, kurangkan penggunaan make-up dan lakukan penjagaan kecantikan diri secara sederhana. Fakta pelik tentang wanita, mereka suka menunjukkan kecantikan mereka ketika berada di tempat awam tetapi tidak pula kepada suami ketika di rumah.
Saturday, December 1, 2012
Kecantikan seorang gadis yang luar biasa
Kecantikan seorang gadis yang luar biasa dan menakjubkan. Dengan hanya sedikit make-up, gadis ini kelihatan berseri-seri.
Friday, November 30, 2012
Cium pipi je, mak tak marah pun - Gadis bertudung
Gambar hiasan
Gadis bertudung upload gambar bercium dalam Facebook. "Cium pipi je, mak tak marah pun," itulah kata-kata dan jawapan seorang gadis bertudung yang tidak segan silu memuat-naik gambarnya sedang bercium di Facebook apabila ditanya oleh rakannya. Bahaya sebenarnya kalau upload gambar macam ini dalam Facebook kerana ianya bukan sahaja memalukan diri sendiri tetapi juga mungkin berdepan risiko gambar berkenaan disalahgunakan oleh orang lain.
Wednesday, November 28, 2012
Jom temuduga dengan wanita terlampau
Seorang lelaki berjalan masuk ke bilik untuk ditemuduga...
Penemuduga itu pun mula bertanya, "apakah perkara pertama yang awak perasan tentang diri saya?"
Lelaki menjawab, "Ke mana hilangnya kedua-dua belah telinga tuan?"
Penemuduga: "Awak keluar sekarang !!! panggil lelaki seterusnya masuk"
Lelaki kedua pun berjalan masuk untuk ditemuduga.
Penemuduga itu bertanya, "apakah perkara pertama yang awak perasan tentang diri saya?"
Lelaki itu pun menjawab, "Kenapa tuan takde telinga?"
Penemuduga: "Awak pun keluar sekarang !!! panggil lelaki seterusnya masuk"
Lelaki kedua itu pun berjalan keluar dengan sedih sambil berkata kepada lelaki ketiga...
"Kalau penemuduga tu tanya pasal diri dia, kau jangan jawab dia takde telinga...Nanti dia suruh kau keluar"
Lelaki ketiga pun berjalan untuk ditemuduga...
Penemuduga itu bertanya, "apakah perkara pertama yang awak perasan tentang diri saya?"
Lelaki itu pun memberi respon, "tuan pakai contact lense kan? Berseri-seri mata tuan...hehe "
Penemuduga itu berkata, "Wah..pandai kau puji aku eh, macam mana kau tau aku pakai contact lense?"
Lelaki ketiga berkata, "Kerana tuan takde telinga untuk menggantung cermin mata tuan"...
Penemuduga pun lalu berkata...You also get out...getttt ooooouuuuttt !!!
Wednesday, November 14, 2012
Tolong, saya tidak mahu terlanjur lagi
Inilah kisah seorang gadis yang terlanjur dikenali A dengan ramai lelaki kerana menaruh perasaan cinta itu sepenuhnya kepada kekasih yang baru dikenali. A sangat menyesal dan sedih kerana telah dipermainkan oleh bekas-bekas kekasihnya hanya untuk memuaskan nafsu mereka. Ikuti kisah gadis cantik ini. - memori-kasih.blogspot.com
Saya wanita berumur pertengahan 20-an, bekerja dan tinggal bersama keluarga serta masih belum berkahwin.
Sebelum ini saya mempunyai teman lelaki ketika belajar di universiti. Saya namakan dia A. Selepas beberapa lama berkawan, kami terlanjur. Saya rasa bersalah kerana itu kali pertama melakukannya….
Saya terus berkawan dengan A hinggalah saya mendapat tahu dia bertunang. Saya amat marah dan sedih kerana dia menipu saya.
Saya memutuskan perhubungan dengan A dan bertemu beberapa lelaki lain. Mulanya, saya amat menyukai dan ingin serius dengan seorang lelaki.
Saya bersikap jujur dengannya dengan memberitahu bahawa saya pernah terlanjur. Saya ingatkan dia dapat menerima dengan hati terbuka malangnya ada maksud lain.
Dia juga ingin meniduri saya. Sejak itu, saya tidak mahu serius dengan sesiapa kerana menganggap lelaki hanya mengambil kesempatan.
Saya berasa diri amat hina sekali, walaupun solat lima waktu tapi tetap melakukan zina.
Kali terakhir saya mempunyai teman lelaki, dia juga mahu meniduri saya lalu saya nekad memutuskan hubungan. Saya amat sedih.
Sejak dari itu saya berazam untuk berubah dengan menjauhkan diri daripada zina. Mujurlah saya mendapat kerja berhampiran rumah ibu bapa jadi pergerakan saya sedikit terbatas.
Namun, sejak akhir-akhir ini, hati saya teringin berkawan dengan lelaki tapi takut kerana teringat cerita lama. Saya sengaja menduga beberapa kenalan lelaki dengan mengatakan bahawa saya pernah terlanjur. Mereka juga seperti lelaki-lelaki sebelum ini, berniat jahat.
Saya tidak tahu sampai bila ia akan berterusan begini. Saya kasihankan ibu bapa yang sentiasa mendoakan saya diberikan suami yang baik.
Saya tidak tahu bagaimana harus saya luahkan. Saya tidak mahu berzina lagi, sebaliknya ingin berkawan dan bersikap jujur.
Tuesday, November 13, 2012
Gadis cantik 45 tahun ini macam baru berusia 20 tahun
Gadis cantik dan comel berusia 45 tahun dalam gambar di bawah kelihatan seperti baru berumur 20 tahun. Apa agaknya rahsia penjagaan diri yang diamalkan oleh gadis cantik ini sehingga tidak dimamah usia? Memang hebat dan menakjubkan.





















