Showing posts with label Daun Inai. Show all posts
Showing posts with label Daun Inai. Show all posts

Sunday, August 22, 2010

Cengkam Kuku?

Kebiasaannya, pemakaian inai sinonim dengan pasangan pengantin. Di sesetengah tempat, memang ada satu majlis yang dinamakan "Malam Berinai". Tapi, inai memang banyak khasiatnya dari sudut perubatan tradisional. Antaranya ialah merawat sakit kuku atau cengkam kuku. Ataupun ada juga yang sebut cagu.


Cuba anda ikuti langkah berikut jika ingin merawat cengkam kuku;


1. Ambil beberapa helai daun inai dan masukkan dalam lesung batu.

2. Masukkan juga sedikit kunyit dan kapur sirih.


Kunyit - cantikbahagia.wordpress.com



3. Tumbuk kesemua bahan di atas sampai lumat.

4. Kemudian, tempel atau letakkan bahan tadi pada kuku anda yang sakit atau cengkam.

5. Jika mahu, anda boleh balut bahan yang telah diletakkan pada kuku tadi dengan kain bersih.


Bila dah kering, anda boleh gantikan dengan campuran inai, kunyit dan kapur sirih yang baru. Ulangilah proses di atas sehinggalah kuku anda pulih.


Sebelum ini pun, saya pernah kongsikan petua yang hampir sama. Anda boleh rujuk pada artikel bertajuk "3 Cara Merawat Kuku Bengkak a.k.a Cagu?" di sini.



Selamat Mencuba!

Thursday, March 11, 2010

Cara Mengubati Gusi Berdarah

Melalui info yang diperolehi, penyakit gusi boleh terjadi seawal peringkat kanak-kanak lagi. Selari dengan peningkatan usia anda, ia boleh jadi semakin teruk. Penyebab utamanya adalah bakteria dalam plak yang menghasilkan toksin.

Proses tersebut akhirnya mengakibatkan gusi anda bengkak, merah dan mudah berdarah. Hal ini juga dikatakan ada kaitannya dengan;

a. Mulut kering.

b. Kurang menjaga kebersihan mulut.

c. Diabetes.


e. Perubahan hormon (contohnya: saat sedang meningkat remaja atau ketika mengandung).


Sehubungan itu, sekiranya anda mengalami masalah gusi berdarah, berikut adalah petua mengubatinya:


1. Ambil beberapa helai daun bacang (daun machang) dan bersihkan ia.

Pokok Macang/Bacang (Mangifera Foetida)

Pokok Machang/Bacang (Mangifera Foetida) - Wikimedia.org



2. Kemudian, anda masukkanlah daun bacang tadi ke dalam periuk yang dah diisi dengan air.

Daun Bacang/Macang (Mangifera Foetida)

Daun Bacang/Machang (Mangifera Foetida) - Wikimedia.org



3. Kemudian, masukkan pula beberapa helai daun inai yang bersih ke dalam periuk yang sama.

4. Seterusnya, rebuskan kesemua daun tadi hingga mendidih.

5. Setelah air rebusan tadi mendidih, masukkan sedikit asam gelugor dan garam secukup rasa.

6. Suamkan sedikit air rebusan di atas terlebih dahulu ke dalam gelas.

7. Selepas itu, masukkan air tadi ke dalam mulut, biarkannya lebih kurang dalam 3 minit dan anda berkumur-kumurlah dengannya.

Lakukan petua ini 2 kali sehari iaitu sekali pagi dan sekali pada waktu malam. Amalkan sehingga 3 hari berturut-turut.


Selamat Mencuba!

Wednesday, December 30, 2009

Cara Mengatasi Keputihan Untuk Wanita

Khusus buat kaum wanita, saya nak kongsikan satu cara mengatasi keputihan. Kali ini, masalah keputihan anda tu boleh dirawat dengan menggunakan campuran beberapa ramuan. Iaitu daun inai, buah temu kunci dan tapak sulaiman.

Sebelum mengetahui caranya, saya sertakan beberapa imej di bawah sebagai rujukan anda. :)


gambar daun inai (lawsonia inermis)
Daun Inai (Lawsonia Inermis)

buah temu kunci (boesenbergia pandurata)
Buah Temu Kunci (Boesenbergia Pandurata) - uni-graz.at

tapak sulaiman


Cara-cara menyediakan ramuan mengatasi masalah keputihan:

1. Sediakan beberapa helai daun inai, buah temu kunci dan tapak sulaiman.

2. Bersihkan bahan-bahan tersebut terlebih dulu.

3. Rebuslah kesemua bahan tadi hingga mendidih.

4. Setelah mendidih, tuangkan air tersebut ke dalam gelas dan biarkan ia seketika atau suam.


Kemudian, anda amalkan meminum air rebusan ni hanya sekali sehari. Ulangi meminumnya setiap hari sehingga masalah keputihan anda berjaya diatasi.


Selamat Mencuba!




p.s: Petua lain berkaitan masalah keputihan boleh anda rujuk di Petua Mengatasi Masalah Keputihan dan 2 Ramuan Mengatasi Masalah Keputihan.

Saturday, May 16, 2009

3 Cara Merawat Kuku Bengkak a.k.a Cagu?

Cagu atau bengkak kat ibu jari kaki atau tangan memang menyeksakan. Boleh dikatakan pergerakan anda agak terbatas. Rasanya pula, jangan cakaplah. Tuhan aje yang tahu. Sesiapa yang pernah kena pasti tahu bagaimana rasanya, kan?

Kalau anda sedang mengalaminya sekarang, pastinya nak lekas sembuh. Sebab ada juga di antara kita yang masih belum sembuh walaupun dah kena bertahun-tahun. Ada beberapa cara yang saya pernah dengar dan diberitahu oleh orang yang berpengalaman untuk menyembuhkan cagu ni. Tapi saya kurang ingat semuanya secara terperinci.


Cuma 3 cara di bawah saja yang saya pasti. :)


#1 Sebagai permulaan anda boleh cuba dengan menggunakan daun inai. :)


1. Mula-mula, ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus.

2. Kemudian, balutkan pada ibu jari anda yang kena cagu tu.

3. Biarkan sampai ia kering dan barulah anda buangkan inai tadi.

4. Jika cagu anda masih belum surut, ulangi langkah 1 - 3 di atas.



#2 Jika cara di atas masih tak berkesan, cuba anda gunakan daun keembung putih pula.


i. Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus.


ini bukan keembung putih, tapi keembung ungu. carilah daun keembung putih yer

Gambar hiasan - Wikipedia



ii. Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi.

iii. Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik.

iv. Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi.

v. Teruskan langkah i hingga iv di atas sampailah cagu anda tu sembuh.



#3 Langkah terakhir yang boleh anda ikhtiarkan ialah cuba anda pergi ke kedai ubat sensei. Kedai ubat-ubatan orang Cina tuh.

Anda tanyakan kat tokei kedai tu ada tak ubat cagu. Biasanya mereka akan tanya nak ubat cecair atau krim.

Pilih yang cecair (saya kurang ingat nama spesifik ubat ni). Tapi warna cecair tu agak gelap. Macam warna ubat batuk, tapi cair sikit lah. Ia diletakkan dalam botol kecil macam botol ubat mata yang ada di klinik-klinik.

Sebab cecair ni akan menyerap secara lebih menyeluruh kat kuku dan ibu jari anda.


Caranya begini;


a. Lap atau bersihkan dulu ibu jari anda.

b. Titiskan saja ubat tersebut kat ibu jari yang cagu tu.

c. Kalau boleh, ibu jari anda tu jangan dikenakan air untuk beberapa jam.

d. Rasanya taklah perit sangat bila letak ubat tuh. Kalau sakit, mungkin sekejap aje.

Cuma kesannya untuk cara ke #3 ni adalah bila dah sembuh nanti, kuku anda kurang cantik sikit lah. Sebab warna kuku tu akan jadi lain sikit. Mungkin makan masa bertahun untuk kembali kepada warna asal.


Begitulah 3 cara yang dapat saya kongsikan kat sini. Semoga anda yang menghadapi masalah ni segeralah mempraktikkan salah satu rawatan kuku di atas. Kalau anda ada cara lain, silalah kongsikannya di ruangan "ulasan" untuk manfaat bersama yer.


Selamat Mencuba!

Sunday, February 1, 2009

Inginkan Wajah Berseri?

Muka atau wajah berseri sepanjang masa memang diidamkan oleh setiap insan. Tentunya pelbagai petua atau rawatan muka yang akan dilakukan sekiranya anda menitikberatkan penjagaan muka. Kalau nak cantik, mestilah berusaha skit, kan?


Gambar-budiey.com



Tapi macamner plak kalau wajah anda pucat dan tak bermaya? Pasti masalah ini amat memeningkan kepala. Tahap keyakinan diri pun makin menurun. Kalau begitu gayanya, apakata anda cuba satu petua tradisional ni.

1. Memula, ambil segenggam daun inai.

2. Tumbuk daun inai tu sehingga halus.

3. Kemudian, gentel daun inai tersebut. Setiap satu saiznya lebih kurang sebesar kepala mancis.

4. Bila dah siap, sejukkannya ke dalam peti sejuk.

5. Amalkan memakannya sebiji sehari selepas sarapan pagi sehinggalah anda berpuashati dengan kulit muka masing-masing.


Selamat Mencuba!

Sunday, November 9, 2008

Daun Inai Atasi Kelemumur

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Anda ada masalah kelemumur? Gunakanlah syampu anti kelemumur dot dot dot. Inilah ayat iklan standard yang selalu dilihat kat tv, kan?

Anda dah letih try macam-macam brand, tapi masalah kelemumur ni tak jugak settle lagi. Rambut anda dah banyak yang gugur ni. Time cuaca panas ataupun kalau berpeluh, kepala ni buat hal plak. Asyik gatal memanjang.

Apakata anda try satu petua tradisional ni. Gunakan daun inai. Biasanya orang ingat inai ni untuk menghitamkan rambut jer, kan? Tapi sebenarnya fungsi inai lebih daripada tu.

Daun Inai (Sumber: www.melur.com)



Untuk mengatasi masalah kelemumur ni;

1. Anda ambil dulu semangkuk daun inai.

2. Tumbuk inai tu sampai halus.

3. Basahkan rambut anda dengan air dan lumurkan inai tadi kat atas kepala.

4. Bungkus rambut anda dengan plastik pembungkus rambut. Pakai "shower cap" pun boleh.

5. Biarkan rambut anda berbungkus selama 30 minit.

6. Akhir sekali, basuh rambut anda tu dengan air bersih.

Itu saja yang perlu anda buat.

Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More