Showing posts with label berita malaysia. Show all posts
Showing posts with label berita malaysia. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Keluarga Mohd Noor Fikrie kesal Allahyarham dilabel pengganas



PONTIAN: Keluarga Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, rakyat Malaysia yang mati ditembak polis Filipina di Davao, Jumaat lalu terkilan kerana Allahyarham dilabelkan sebagai pengganas. 

Menurut adik mangsa, Mohd Noor Hafiz, 24, mereka sekeluarga amat kesal dengan gelaran berkenaan sedangkan pihak berkuasa Filipina hanya menggelar abangnya sebagai suspek. 

"Walaupun dengan satu perkataan, namun ia sudah cukup mencemar dan menjatuhkan imej kami sekeluarga," katanya yang menyifatkan arwah sebagai seorang abang dan ayah yang baik, bertanggungjawab selain mudah tersenyum. 

Beliau yang kelihatan hiba selepas pengkebumian abang sulungnya itu di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Parit Abdul Rahman di sini pagi ini berharap, arwah tidak lagi dilabelkan dengan panggilan itu. 

Turut hadir pada majlis pengkebumian Allahyarham ialah isteri Siti Sarah Raihana dan tiga anak iaitu Aina Sofia, 6, Aisyah Nadia, 5 dan Yati Izati, 4, serta ibu bapa Allahyarham. 

Sementara itu, bapa Allahyarham Abd Kahar Sirun, 53, turut melahirkan perasaan sama dan mempersoalkan bukti yang dapat mengaitkan anaknya itu dengan kegiatan keganasan. 

"Mana bukti dia pengganas, dia ada letupkan bangunan ke?, dia ada buat keganasan ke?," katanya. Menurut Abd Kahar, kali terakhir beliau berjumpa anaknya adalah pada Mac lalu dan tidak menyangka ia pertemuan terakhir. - BERNAMA 

Wednesday, December 19, 2012

Perogol bertayam dijel 27 tahun dan 9 Sebatan!


MOHAMAD FADZLIE (kanan) yang mengaku dirinya perogol bertayam dihukum penjara 27 tahun dan sembilan sebatan atas kesalahan merogol dan merompak manakala Mohd. Khairiell dipenjara 30 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini semalam memerintahkan seorang lelaki yang memasang bebola besi atau 'tayam' pada kemaluannya dikenakan hukuman penjara 27 tahun dan disebat sembilan kali atas kesalahan rogol dan samun di sebuah rumah urut di Setapak di sini pada 25 November lalu.

Mohamad Fadzlie M. Rosdi, 20, diperintah menjalani hukuman itu oleh Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid manakala rakannya yang turut mengaku salah menyamun premis itu, Mohd. Khairiell Idzham Hashimi, 21, pula diarah menjalani hukuman penjara selama 30 tahun dan 10 sebatan.

Hukuman dijatuhkan selepas Emelia Kaswati mengambil kira pengakuan bersalah kedua-dua tertuduh sebelum ini.

Penganggur itu mengaku salah atas tiga tuduhan, iaitu merogol seorang pekerja wanita Vietnam di atas sofa di hadapan pekerja lain selain dua tuduhan samun terhadap penjaga premis, Jong Chiak Eng, 51, serta seorang pekerja, Teoh Cee Fah, 44. - Kosmo!

Monday, December 17, 2012

Padah Lakonan Ghairah Remaja di Facebook



Tergoda dengan pujuk rayu dan 'lakonan' ghairah gadis dikenalinya melalui Internet, seorang lelaki malu besar apabila aksi dia berbogel yang dirakam gadis itu dimuat naik ke laman Youtube.

Tidak cukup dengan itu, dia turut kerugian RM800 apabila gadis terbabit yang dipercayai warga Filipina meminta wang berkenaan jika mahu video bogel itu ditarik semula.

Mangsa, penuntut sebuah institusi pengajian tinggi di Kedah yang mahu dikenali sebagai Shahir, 27, berkata, dia mengenali gadis itu awal Julai lalu di laman sosial Tagged sebelum berhubung secara lebih rapat melalui facebook (FB).

Katanya, sewaktu awal perkenalan mereka, gadis berusia 19 tahun yang menggelarkan dirinya sebagai Kimoto Misaka berasal dari Jepun hanya berbual dengannya melalui FB sebelum semakin berani berhubung menerusi kamera web menggunakan Skype.

Menurutnya, selepas beberapa hari menjalinkan hubungan melalui panggilan video Skype, gadis itu mengajaknya berbogel dengan dia terlebih dulu memulakan aksi berahinya.

Disangkakan Ikan Besar, Rupanya Buaya



SARATOK: Sangkaan seorang nelayan dia menangkap ikan besar ketika menarik jaring dipasang di Sungai Krian, meleset sebaliknya dikejutkan dengan kelibat seekor buaya sepanjang kira-kira 2.5 meter.

Zipni Jali, 42, berkata, ketika menarik jaringnya dengan dibantu anaknya, Faizal, 18, dia terasa sesuatu yang berat tersangkut pada peralatan menangkap ikan itu.

Katanya, pada mulanya dia menyangka ikan besar tersangkut pada jaring, namun terkejut apabila melihat seekor buaya katak terjerat dalam jaring berkenaan.

“Saya amat terkejut kerana sepanjang umur hidup ini pertama kali buaya terjerat dalam jaring yang saya pasang, katanya.

Menurut Zipni, Sungai Krian menjadi lubuk buaya terutama di sekitar Tanjung Kelimah namun setakat ini belum ada kes serangan ke atas penduduk dilaporkan

Ketika ditanya apa yang dilakukan kepada buaya itu, Zipni berkata, buaya yang masih hidup itu dilepaskan sejurus jaring yang tersangkut pada mulut buaya itu dilucutkan

Saya tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan dan saya tidak membunuhnya kerana saya percaya reptilia ini bersifat pendendam,katanya. 

Apakah yang Lebih Power dari Nasi Kangkang?

Inilah dikatakan surat khabar melayu, iklan yg mereka paparkan langsung tak ditapis. Yang buat iklan pon satu, main bedal ikut suka dia jer. mcm lah nasi kangkang tu dah jadi amalan para isteri. aishhhh


Sunday, December 16, 2012

Apa Kes! Pemuda ini Ajak Polis Bergaduh


Peristiwa ini berlaku di Raub Pahang. Kerana tidak berpuas hati akibat kenderaannya dihon, seorang pemuda yang merupakan penagih dadah bertindak kasar apabila mengajak seorang pegawai polis bergusti dan bergaduh dengannya di hadapan sebuah kedai serbaneka.


Akibat perbuatan samsengnya itu, penagih berusia lingkungan 30-an itu telah ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Raub.

Kejadian yang berlaku sewaktu jam 10 malam itu, pegawai polis berpangkat Inspektor terbabit difahamkan memperlahankan kenderaan sewaktu mencari parking di depan kedai itu.

Pada masa yang sama itu, penagih terbabit yang berada dalam kenderaannya mengundur keretanya secara mengejut, hingga mengakibatkan kenderaan itu hampir berlanggar.

Pegawai polis terbabit yang mengambil langkah berjaga-jaga membunyikan hon sebagai amaran agar berhati-hati, namun penagih itu tidak berpuas hati dengan tindakan pegawai berkenaan lalu keluar daripada kenderaannya.

Menurut Ketua Polis, Wan Samsudin Wan Osman berkata, suspek terbabit berada di bawah pengaruh alkohol dan telah mengajak pegawai polis itu bergaduh dengannya.

Bagaimanapun pegawai terbabit bertindak bijak mengawal situasi keadaan dan terus menghubungi Bilik Gerakan IPD untuk meminta bantuan sambil melengah-lengahkan suspek.

“Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota polis telah bergegas ke kedai serbaneka itu dan terus mengepung suspek sebelum berlaku pergelutan berikutan penagih terbabit telah bertindak agresif dalam cubaannya hendak meloloskan diri.

“Suspek terbabit berjaya ditahan beberapa minit selepas itu. Hasil pemeriksaan, polis menjumpai serbuk mencurigakan yang dipercayai dadah milik suspek. Suspek yang disahkan positif dadah telah dibawa ke Balai Polis Raub bersama dadah dan kenderaan miliknya bagi membantu siasatan lanjut,” ujar ketua polis terbabit.

Wednesday, December 12, 2012

Perkembangan kes Bapa Dera Anak Baru-baru ini


PERKEMBANGAN KES DERA KANAK-KANAK :


Lelaki yang terlibat adalah bapa tiri kepada kanak-kanak tersebut, telah ditahan dan disiasat di bawah Sek. 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Kanak-kanak malang tersebut kini dirawat di Hospital Klang di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

p/s : Tahniah diucapkan kepada pasukan PDRM yang cekapt dan cepat mengambil tindakan....

Sumber Asal : FB PDRM

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More