Showing posts with label Demam Campak. Show all posts
Showing posts with label Demam Campak. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

3 Cara Mengubati Demam Campak Secara Tradisional

Ramai ke yang kena demam campak? Saya pun kurang pasti. Tapi ramai rakan-rakan kita yang mencari cara tradisional untuk mengubati demam campak. Tak kurang juga yang nak hilangkan bintik-bintik merah akibat campak. 

Kalau kita tak pasti sama ada mengalami demam campak atau tak, berikut adalah tanda-tandanya; 

~ demam dan selesema

~ suhu badan meningkat secara berterusan

~ sakit tekak

~ mata agak kemerahan dan berair

~ bagi kanak-kanak, mereka hilang selera makan dan minum (kesiann...) 

Bila dah benar-benar pasti kena demam campak, kita perlulah elakkan daripada;

~ mandi

~ kena air hujan

~ menghidu minyak yang ditumis

~ memakai baju ketika cuaca panas

~ bergaul dengan kanak-kanak lain kerana ia akan berjangkit


Ini dia 3 cara tradisional menghilangkan demam campak yang boleh kita cuba;


Cara #1 

Minum air kelapa muda dan makan makanan yang berebus ketika anda mengalaminya hinggalah sembuh. 


Kelapa Muda Ubat Demam Campak
Kelapa muda -rajakelapa.com


Cara #2

i. Ambil beberapa helai daun gemilang.

ii. Kisarkan daun gemilang dengan sedikit air.

iii. Tapiskan jus daun gemilang ke dalam gelas.

iv. Minumlah jus tersebut.

v. Manakala lebihan jus yang ada di dalam tapis tadi dicampurkan dengan bedak sejuk. 

vi. Kemudian, sapukannya pada bintik-bintik campak.

Amalkan selama 3 hari berturut-turut dan demam serta bintik-bintik campak akan hilang dengan diizin-Nya. 


Cara #3 

i. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan tumbuk lumat.

ii. Campurkan dengan bedak sejuk jenis cecair.

iii. Jikalau gunakan bedak sejuk yang ketul, tumbuk sekali kedua-duanya sampai lumat. 

iv. Sapukan pada bintik-bintik campak.

v. Ulangi langkah di atas setiap hari.

vi. Apabila bintik bintik merah hampir tidak kelihatan, barulah mandi dengan air yang mengandungi beberapa helai daun jambu yang telah diramas. 

Friday, June 11, 2010

4 Khasiat Daun Belimbing Besi

Buah belimbing besi ni kalau dibuat jus memang sedap dan berkhasiat. Tapi, bab khasiat jus belimbing besi akan saya sentuh kemudian. Sebabnya, saya nak jawab pertanyaan berkaitan petua menghilangkan penyakit kurap dulu. Soalan ini pernah diajukan dalam ruangan komen kat sini beberapa hari lepas.


Jus Belimbing Besi
Jus Belimbing Besi - kikilulu.com


Buat pengetahuan anda, daun belimbing besi ni boleh dijadikan sebagai ubat kurap. Selain kurap, ia juga boleh mengubati panau, bekas demam campak dan mengatasi rasa sakit kepala.


Proses yang perlu anda lakukan bagi memanfaatkan daun belimbing besi ni adalah;


1. Ambil 4 hingga 5 helai daun belimbing besi.


Daun Belimbing Besi


2. Tumbukkan kesemua daun tadi sampai lumat.

3. Semasa tengah menumbuk daun tersebut, masukkan sedikit asam jawa dan beras.

4. Kemudian, teruskan proses menumbuk kesemua bahan di atas hingga lumat.

5. Bila semua bahan dah lumat, sapukan saja ia pada kawasan tubuh anda yang mengalami panau, kesan demam campak ataupun kurap.

6. Jikalau anda sakit kepala, tampalkan saja bahan campuran tersebut pada bahagian dahi.

Ulangi proses ini sehinggalah penyakit anda sembuh sepenuhnya ya. :)


Selamat Mencuba!

Wednesday, May 12, 2010

Petua Demam Campak dengan Daun Semambu

Sejak kebelakangan ini, saya dapati ramai individu yang dijangkiti demam campak. Terutamanya bagi mereka yang tinggal di asrama. Lagilah mudah nak kena, kan?

Justeru itu, ada satu petua demam campak yang ingin saya kongsi. Iaitu dengan memanfaatkan khasiat daun semambu. Menurut pengamal perubatan tradisional, daun semambu ni mampu mengurangkan rasa miang pada seluruh badan.

Biasanya, Pokok Semambu (Melia Indica) boleh didapati pada halaman rumah masyarakat India. Selalunya mereka menjadikan ia sebagai pokok teduhan. Ataupun ia juga boleh ditemui di kawasan-kawasan tanah biasa.


Pokok Semambu (Melia Indica)

Pokok Semambu (Melia Indica)




Cara menggunakan khasiat daun semambu ini adalah seperti berikut:


1. Ambil beberapa helai daun semambu dan bersihkannya.

2. Selepas dibersihkan, tumbukkan ia sampai lumat bersama-sama dengan sedikit beras. Anda juga boleh tambahkan sedikit kunyit jika ada.

3. Kemudian, sapukanlah bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi pada seluruh badan.

Ulangilah petua ini sehingga rasa miang di badan anda berkurangan atau sembuh. :)


Selamat Mencuba!



Sumber imej : rimbundahan.org

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More