Showing posts with label Petua Kuruskan Badan. Show all posts
Showing posts with label Petua Kuruskan Badan. Show all posts

Saturday, August 18, 2012

Adakah Anda Berdiet Dengan Betul?

Jika nak kuruskan badan, anda pasti berdiet, kan? Namun, adakah anda tahu sama ada cara berdiet yang diamalkan itu betul atau sebaliknya? Andai anda mengamalkan cara diet yang salah, hasilnya tentu mengecewakan. Akhirnya nanti akan timbul persepsi bahawa anda memang tak boleh kuruskan badan.

Persepsi sebegitu sebaiknya dibuang sejauh mungkin. Yakinlah bahawa anda semua boleh kurus dan langsing secara sihat. Cuma perlu diperhalusi semula kaedah diet yang pernah diamalkan.

Bagaimana cara mengenalpasti sama ada diet anda itu betul atau tak?

Cuba perhatikan 5 situasi di bawah. Jika anda sedang berdepan dengannya, ia menandakan teknik diet anda kurang tepat.


1. Pening, lekas penat dan tubuh tidak bermaya

Semasa melakukan aktiviti, anda akan rasa seperti di atas. Ia berlaku kerana tubuh anda kekurangan karbohidrat dan gula.

Tersalah Diet

Oleh itu, pastikan anda mengambil kandungan karbohidrat dan gula yang berpatutan agar tidak pengsan ketika beraktiviti.


2. Kulit kering dan kusam

Kulit anda memerlukan vitamin C dan E yang boleh diperolehi melalui makanan tertentu. Justeru, masukkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam menu harian anda.

Antaranya seperti buah jambu batu, betik, kiwi, mangga, pisang dan sayuran hijau.


3. Mual dan nafas berbau

Seandainya nafas anda berbau dan berasa mual, itu tandanya ada sesuatu yang tak kena dengan usus anda.


4. Buang air secara berlebihan

Masalah buang air kecil mahupun air besar secara berlebihan biasanya terjadi akibat daripada pengambilan ubat pelangsing.

Ia akan menyebabkan dehidrasi. Dehidrasi yang berlebihan boleh menyebabkan kematian.


5. Mudah tersinggung dan hilang konsentrasi

Mudah Tersinggung

Cuba elakkan perut kosong. Makanlah secara kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.

Ini kerana jika perut kosong, otak anda akan kekurangan nutrisi dan mendorong kepada tidak berfikiran sempurna.


Adakah anda pernah mengalami mana-mana situasi di atas? Kalau ada, cubalah perbaiki cara diet anda. Saya pernah kongsikan satu artikel mengenai Cara Diet yang Betul Tanpa Risiko.

Thursday, September 3, 2009

8 Cara Pemakanan Sihat Sepanjang Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan ni, anda boleh pilih pelbagai jenis juadah yang jarang ditemui pada bulan-bulan lain. Memang banyak pilihan yang mampu menggoda nafsu. Lebih-lebih lagi jika gaya persembahan sajian tu nampak sedap dan mampu menarik perhatian anda, kan?

gambar hiasan hidangan ketupat beserta lauk pauk

Cuma jika anda ingin kekal sihat sepanjang bulan puasa ni, pastikan memilih makanan sesuai. Iaitu makanan seimbang yang dibahagikan kepada 5 kumpulan di bawah;

1. Roti dan bijirin

2. Susu dan produk tenusu lain

3. Daging dan kekacang

4. Sayur dan buah-buahan

5. Lemak dan gula (diambil sedikit saja)


Dengan mengamalkan pemakanan seimbang, berat badan anda pun dapat dikekalkan. Malah, jika anda ingin kuruskan badan, bulan puasa nilah masa yang paling sesuai. Cuma anda perlu sedar, yang penting ialah kualiti makanan yang diambil. Bukannya kuantiti tau.

Dengan mengambil makanan yang berkualiti, ianya dah mampu menampung keperluan tubuh anda. Walaupun anda hanya mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit. :)


Berikut 8 cara pemakanan sihat sepanjang Ramadhan untuk anda;


1. Sewaktu berbuka, sebaiknya anda mengambil hidangan yang kurang berminyak dan kurang lemak.

2. Kurangkan juga makanan yang pedas-pedas, bergoreng atau berminyak. Ia boleh menyebabkan pedih ulu hati, menimbulkan masalah ketidakhadaman dan juga masalah berat badan.

3. Kunyah makanan yang dimakan secara perlahan-lahan supaya proses penghadaman anda lebih teratur.

4. Makanlah sekadar yang perlu. Bila terlebih makan, ia bakal menjejaskan sistem penghadaman anda. Akibatnya, anda akan letih lepas berbuka.

5. Lagi satu, elakkan makan berulam air. Senak perut anda nanti.

6. Selain itu, anda digalakkan bersahur. Kan sunat tu.

7. Ambillah makanan yang lambat hadam dan mengenyangkan semasa bersahur. Iaitu makanan yang mengandungi serat dan kompleks karbohidrat seperti roti, pisang, epal, anggur, kubis, kubis bunga, tomato dan brokoli.

8. Selain itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi sedikit gula. Iaitu yang mampu bertahan lebih kurang 3 ke 4 jam dalam sistem penghadaman. Tujuannya supaya ia dapat mengembalikan tahap glukosa dalam badan anda.


Akhir sekali, semoga cara pemakanan di atas dapat membantu anda kekal sihat ketika berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ini.


Selamat Menjalani Ibadah Puasa. :)


p.s: Sebelum ini, saya ada tulis mengenai 5 Tips Pemakanan Sihat Ketika Bulan Puasa. Anda klik saja pada tajuk tersebut untuk mengetahuinya.

Wednesday, October 22, 2008

Petua Kecantikan: Petua Kuruskan Badan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Siapa yang nak kuruskan badan? Mesti ramai di antara anda yang mengimpikan untuk memiliki bentuk tubuh yang ideal, kan? Jadi, saya nak kongsi satu petua kecantikan dengan anda nih. Iaitu petua kuruskan badan.

Perkara yang boleh anda amalkan untuk kuruskan badan ialah dengan meminum air asam jawa dan bonglai. Kalau anda tak tahu apekebende bonglai tu, boleh rujuk gambar kat bawah ni;


Pokok Bonglai (Zingiber Cassumunar)
Pokok Bonglai (Zingiber Cassumunar) - kanchanapisek.or.th



Apa yang perlu anda buat adalah:

1. Ambil segenggam asam jawa yang telah diperah pekat.

2. Ambil sedikit akar kunyit dan akar bonglai.

3. Kemudian rebus perahan air asam jawa, akar kunyit dan akar bonglai dengan menggunakan 2 gelas air sehingga mendidih.

4. Bila air rebusan dah mendidih, biarkan ia sejuk dulu.

5. Lepas tu, minumlah air rebusan tersebut pada setiap pagi.

6. Amalkan sekali jer dalam sehari.


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More