Showing posts with label petua melayu. Show all posts
Showing posts with label petua melayu. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Petua Mengawal Perasaan Cemburu Gila!



Pertama
Apabila dirasuk perasaan cemburu, berfikirlah secara rasional dan matang. Apakah cemburu yang timbul itu adil terhadap pasangan anda? Jangan sesekali membenarkan fikiran anda merayau dan berfikir tentang perkara-perkara yang akan menambah burukkan emosi cemburu anda.

Sebagai contohnya, pasangan kekasih berjanji untuk berjumpa anda pada pukul 7 malam tetapi dia sms mengatakan akan lewat 2 jam kerana terpaksa menghabiskan kerja. Anda tahu kekasih anda terpaksa bekerja dengan seorang eksekutif wanita yang cantik dan belum berkahwin. 

Apabila diberitahu, anda akan dihujani dengan perasaan yang selalunya tidak masuk akal, lantas perasaan cemburu menjadi lebih membuak-buak. Perasaan anda yang pertama, mungkin kekasih anda tertarik kepada wanita ini dan oleh itu ingin menghabiskan masa bersamanya berbanding dengan anda. 

Perasaan kedua, kekasih anda tidak bekerja lebih masa sebaliknya keluar dengan wanita ini kerana wanita ini lebih menarik daripada anda. 

Perasaan ketiga, kekasih anda akan bersama dengan wanita ini di pejabat dan macam-macam boleh berlaku. Hentikan! Jika begini cara anda berfikir, anda membenarkan fikiran anda dikawal emosi dan setiap kali anda mengagak apa yang mungkin berlaku, hati terasa ingin pecah kerana cemburu.

Kedua
Untuk mengawal emosi dengan fikiran, anda perlu berfikir begini. Ketika menerima sms daripada si teman, yakinkan diri anda dia seorang yang bertanggungjawab dan kuat bekerja untuk kebaikan anda berdua di hari muka. 

Balaslah sms beliau dengan mengatakan bahawa anda faham keadaannya dan akan menunggu tetapi jangan terlalu lambat. Batalkan temu janji dan harap-harap dapat bertemu lain kali kerana tidak bagus untuk menekankan teman yang sedang bekerja. Jadi dengan berfikiran positif, cemburu akan dapat diatasi dan teman anda akan lebih menyayangi kerana anda memahami. 

Seandainya terbukti pasangan anda menipu anda, sekurang-kurangnya anda telah mempercayainya dan segala pembohongan biar dia tanggung seorang.

Ketiga
Ingatlah, di dalam sesuatu perhubungan, cemburu itu amat bahaya. Pandai-pandailah bermain cemburu, jangan sampai merosakkan perhubungan anda berdua.

“Cemburu itu perlu, tetapi ia juga boleh jadi sebutir peluru.”

Monday, December 17, 2012

Cara Menangani Bos Wanita Yang Cerewet



a) Kenali Majikan atau Ketua - Langkah terbaik adalah dengan mengenali majikan atau ketua dengan lebih rapat. Ambil tahu tentang latar belakang dirinya, keluarga dan minatnya. Bukan bertujuan untuk mengampu tetapi untuk memudahkan perjalanan kerja anda dengannya. Sebaiknya tonjolkan keikhlasan hati anda melakukan semua itu. Ini kerana apabila anda telah mengenalinya, akan akan lebih memahami sikapnya yang sebenar dan akan lebih mudah menerima setiap arahannya. Percaya atau tidak, anda akan berasa lebih tenang dan ikhlas untuk menjalankan tugas sekiranya hubungan dengan ketua berjalan lancar.

b) Jangan Tunjuk Hebat - Amat penting bagi seorang kakitangan sesebuah organisasi mempunyai pilihan terhadap tugasan yang akan dilakukan. Namun perlu diingatkan, jangan sesekali tersilap langkah yang akhirnya memerangkap diri anda sendiri. Seorang ketua atau majikan lebih suka dengan pekerja yang aktif, pandai berkomunikasi dan memberi komitmen yang tinggi terhadap kerjanya. Jangan sesekali menjadi seseorang yang hanya pandai bercakap tetapi kosong dan tiada tindakan.

c) Saling Memaafkan – Tidak ada manusia yang sempurna di dalam dunia ini. Setiap orang mempunyai kelebihan serta kekurangan diri. Seorang ketua juga pasti mempunyai kekurangan yang tidak disukai oleh pekerjanya. Sekiranya berlaku konflik atau perselisihan pendapat, belajarlah untuk saling memaafkan. Mungkin sukar untuk anda menegurnya secara terus kerana merasakan dia ialah ketua anda. Apa kata luangkan masa dengannya di kedai makan dan menegurnya dalam nada seorang kawan. Siapa tahu dia lebih selesa dengan cara itu. Jangan hanya meletakkan sesuatu kesalahan itu pada ketua, anda juga pasti ada melakukan kesilapan dan sikap yang tidak disenanginya.

d) Wujudkan Kepercayaan - Elemen kepercayaan daripada seorang ketua memang sukar tetapi anda mampu mewujudkannya dengan langkah yang betul. Kerja kuat sahaja tidak mencukupi untuk membolehkan anda menyelesaikan masalah dengan lebih efisien. Luahkan masalah anda kepadanya kerana berterus-terang merupakan komunikasi yang bagus. Dengan mengetahui masalah anda, ketua atau majikan akan lebih mempercayai anda dan kurang mengkritik setiap tugasan anda.

Sunday, December 16, 2012

Petua Melayu Lama Untuk Memudahkan Ibu Bersalin



  1. Amalkan minum air lebihan suami.
  2. Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
  3. Amalkan makan buah kurma sepanjang tempuh kehamilan. Ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan memudahkan laluan bayi, selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi. 
  4. Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
  5. Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
  6. Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
  7. Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.

Monday, October 15, 2012

25 Petua untuk merampingkan Badan


Petua-Petua Untuk Merampingkan Badan

Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif di pejabat atau rumah, cubalah naik dan turun dengan tangga.

Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan.

Sarapan setiap pagi usah diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.

Jangan makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.

Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.

Tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari.

Senaman yang sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi. Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.

Jangan berlapar. Makanan memberi anda tenaga dan apabila anda menggunakan tenaga kurang daripada apa yang anda ambil, tubuh akan terkejut. Bila anda tidak tahan berlapar, anda akan makan dengan lebih banyak.

Amalkan yang pahit. Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini tekak akan berasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

Elakkan minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 7 hingga 8 sudu gula dan ia tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat badan disebabkan air.

Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, orang yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding orang yang mengambilnya. Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

Makan Perlahan-lahan. Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Sebab, apabila anda makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan, kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa “mint” atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

Kurangkan pengambilan marjerin atau mentega dalam makanan anda.

Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren. Ini kerana, minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat dan kandungan lemak yang rendah.

Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.

Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili atau biji sawi, boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

Banyakkan bijiran dan kekacang. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Tumpukan perhatian anda untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

Cara memasak paling baik untuk mengurangkan jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan..

just sharing...

I Love Islam 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More