Showing posts with label melayukini. Show all posts
Showing posts with label melayukini. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Tembakan Tembus Kepala di Jalan Bayam Kota Bharu


Mazlan (kanan) melihat anggota polis mengangkat mayat mangsa di tempat kejadian, malam kelmarin.


Pasangan ini diiringi polis keluar dari mahkamah selepas diperintah tahan reman.

KOTA BHARU - Seorang warga Bangladesh maut selepas ditembak dua das tembakan, dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam di Lorong Tok Gading, Jalan Bayam di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian itu mangsa, Md Shah Jalan dipercayai menunggang motosikal jenis Honda Wave, berseorangan keluar dari rumahnya di kawasan berdekatan menuju ke kedai makan. Tembakan itu mengenai bahagian kanan belakang kepala mangsa dan tembus sehingga ke atas kening sebelah kirinya. Mangsa maut serta-merta di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, ketika kejadian dua saksi terdengar dua das tembakan dilepaskan. Beliau berkata, saksi terbabit juga turut melihat sebuah motosikal jenis Honda EX 5 warna merah yang tidak dapat dikenal pasti nombor pendaftarannya bersama suspek di atas motosikal itu.

“Selepas pemeriksaan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis, mendapati kecederaan mangsa amat serius dan setakat ini kita masih menyiasat motif dan punca kejadian terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) semalam.

Sementara itu, sepasang suami isteri ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan. Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozita Md Saad bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mazlan berkata, lelaki tempatan berusia 40 tahun bersama pasangannya, warga Thailand yang berusia 30 tahun itu ditahan di rumah mereka jam 1.30 pagi, semalam. “Ketika serbuan anggota, kedua-duanya berada di rumah di Padang Garong, di sini dan dengan ketangkasan yang ada, pihak kami berjaya menahan mereka.

“Pun begitu, motif kejadian masih dalam siasatan dan kedua-duanya akan ditahan sehingga 24 Disember depan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) atas kesalahan membunuh dengan niat.

Sunday, December 16, 2012

Misteri! Lelaki Ini Hadir Ke Majlis Pengebumian Dirinya Sendiri



Menerima khabar kematian dari kenalan rapat mahupun ahli keluarga sendiri sudah tentunya mendatangkan 1001 perasaan sedih yang sukar digambarkan. Dari awal proses mengkafankan jenazah sehinggalah ke tanah perkuburan, sanak saudara berwajah sugul kelihatan sedih. Namun apakah reaksi kita apabila tiba-tiba orang yang sepatutnya berada dalam kain kafan berbalut datang menghampiri kita. Malah ia sempat menegur kita. Adakah kita harus lari ketakutan?

Itu yang terjadi apabila satu perhimpunan keluarga meratapi kematian saudara telah terkejut dan hampir pengsan apabila simati dalam majlis pengkebumian itu tiba-tiba muncul dan berjalan kearah mereka. 

Dalam kes yang pelik, kerana kesilapan identiti, berita pembunuhan Gilberto Araujo di tempat pencuci kereta, telah disampaikan kepada keluarga oleh polis tempatan di Sao Paulo, Brazil pada Ahad. Tidak lama selepas itu, seluruh keluarga ‘simati’ telah dipanggil ke bilik mayat untuk membuat sesi kenal pasti mayat. ‘Si mati telah dikenali sebagai Gilberto Araujo, dan dia dibawa pulang untuk disemadikan.

Rupa-rupanya mayat itu bukanlah Gilberto Araujo. Abang Gilberto Araujo, Jose Marcos Araujo begitu tertipu oleh kesamaan mereka. Si mati dikenali sebagai Genivaldo Santos Gama, yang nampaknya memiliki rupa dan fizikal yang agak menyerupai adiknya..

Misteri Hilangnya Bayi Kembar dalam Kandungan


Detik penantian 5 tahun seorang suami bagi menimang anak sulung hancur setelah anak kembar perempuan dalam kandungan isterinya telah hilang secara misteri.


Kejadian yang berlaku di Pokok Sena itu tidak diduga dan kehilangan itu berlaku semasa dia bermimpi sewaktu tidur di rumah ibunya, Che Som Endut di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin. Lebih memeranjatkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungan mangsa tersebut di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang telah dipercayai hilang di malam yang sama.

“Pada malam tersebut, saya telah bermimpi didatangi 5 wanita berjubah mendekati saya dan membacakan sesuatu sebelum mereka hilang setelah azan Subuh berkumandang. Setelah terjaga, saya mendapati perut saya yang selama ini besar dan berat (berisi kandungan) , tiba-tiba telah ringan dan kempis,” ujar mangsa.

“Saya terkejut dan mula mengesyaki ada perkara buruk yang tidak kena berlaku dan lantas mengejutkan suami saya, Aziz Hussein bagi memberitahu apa yang berlaku. Apabila tiba di Klinik Kesihatan Pokok Sena bagi tujuan pemeriksaan pada lebih kurang pukul 9 pagi esoknya, bayi kembar dalam kandungan saya telah disahkan hilang. Saya berasa sangat sebak hanya mampu menangis,” jelas Norliana penuh hiba.

Mangsa yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, telah dijadualkan bersalin pada 3 November lepas. Berikutan peristiwa itu, dia mengambil keputusan bagi tinggal bersama ibunya di rumah ibunya sejak sebulan yang lepas bagi memudahkan mangsa bersalin kelak.

Norliana menjelaskan lebih lanjut, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawa beliau membuat ujian pengimbasan kandungan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul dan dia dimaklumkan mengandung kembar perempuan.

“Akan tetapi semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul bagi mengesahkan dakwaan itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang,” jelas Norliana lagi.

Norliana juga turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarganya dua hari lepas bagi mendapatkan kepastian mengenai kejadian yang berlaku ini. Pengamal perubatan itu juga menyatakan bahawa bayi kembar itu benar-benar hilang dalam kandungan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More