Showing posts with label space. Show all posts
Showing posts with label space. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

Amazing: Gambar Resolusi Tinggi Transit Planet Zuhrah Oleh Nasa (9 Gambar)

Akhirnya.

Sebenarnya sebagai peminat astronomi, memang aku nantikan gambar-gambar resolusi tinggi transit planet Zuhrah melintasi matahari yang di keluarkan oleh pihak NASA. Mungkin sungguh slowpoke, tapi lebih baik daripada paparkan gambar-gambar simulasi dan resolusi rendah mahupun gambar lama yang diambil pada tahun 2004.

Untuk pengetahuan anda, Zuhrah (Venus) adalah plenet kedua yang paling dekat dengan Matahari selepas planet Utarid. Transit Zuhrah adalah fenomena apabila planet ini bergerak diantara Matahari dan Bumi. Transit terahkir pada abad ini berlaku pada 6 dan 7 Jun (hari ini). Manakala transit pada masa akan datang pula dijangka bakal berlaku pada Disember 2117 dan Disember 2125.

Aku juga tertanya-tanya, fenomena transit Zuhrah ini mempunyai persamaan dengan gerhana bulan. Pada suatu titik, akan berlaku penjajaran antara Matahari, Zuhrah dan Bumi. Kenapakah ianya tidak dipanggil gerhana Zuhrah? Mungkin kerana tiada bayang yang jatuh ke bumi. Mungkin.

Tanpa buang masa lagi, mari layan beberapa gambar dengan resolusi tinggi yang dikumpul melalui Solar Dynamics Observatory oleh pihak NASA pada 5 dan 6 Jun lalu. Sangat menakjubkan!









Tibe2Jam6Petang 

Friday, July 20, 2012

Infographic: Adakah Hanya Ada Kita (Manusia) Di Alam Semesta Ini

Alien lagi.

Dulu aku ada kongsikan artikel yang boleh dikatakan marapu, wujudkah alien di alam semesta pada entry yang lalu. Di akhir artikel tersebut, aku ada menayatakan bahawa:

"Mungkinkah pada suatu hari dengan teknologi manusia yang semakin moden, manusialah yang bakal menjadi Alien kepada makhluk di planet lain. Siapa tahu."

Sebenarnya selepas aku paparkan artikel tersebut, aku juga telah terbaca beberapa artikel orang lain mengenai manusia dari Planet lain! Ada pendapat yang mengatakan bahawa kemajuan tamadun manusia sebelum banjir Besar berlaku sudah mencapai tahap yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan teknologi yang ada sekarang. Jadi, tidak mustahil teknologi penerbangan antara planet sudah dicapai dan pada beribu-ribu tahun dahulu sudah ada sekumpulan manusia berhijarah ke planet lain, planet yang menyerupai Bumi.

Infographic di bawah mungkin menarik untuk diperhatikan. Setakat ini, para saintis telah menemui empat planet yang menghampiri ciri-ciri bumi dan sudah pasti ada lebih banyak lagi planet seperti ini dalam alam semesta yang sangat luas ini!










Tibe2Jam6Petang   

Fotografi Cool: Gajah Di Planet Marikh

Nice view!

Adakah hidupan di planet marikh? bertahun-tahun sehingga hari ini masih belum dapat dibuktikan, apa lagi mahu mencari hidupan di planet yang lebih jauh!

Gambar di bawah meupakan imej seekor gajah yang dapat dirakamkan oleh HiRISE (High Resolution Imaging Science Experiment) milik NASA. Tunggu, anda jangan salah faham, ianya bukan seekor gajah hidup, tetapi ianya adalah imej gajah yang secara kebtulan terbentuk daripada lava yang telah kering pada permukaan planet tersebut. :>



Tibe2Jam6Petang

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More