Saturday, August 4, 2012

Amazing: Gambar Resolusi Tinggi Transit Planet Zuhrah Oleh Nasa (9 Gambar)

Akhirnya.

Sebenarnya sebagai peminat astronomi, memang aku nantikan gambar-gambar resolusi tinggi transit planet Zuhrah melintasi matahari yang di keluarkan oleh pihak NASA. Mungkin sungguh slowpoke, tapi lebih baik daripada paparkan gambar-gambar simulasi dan resolusi rendah mahupun gambar lama yang diambil pada tahun 2004.

Untuk pengetahuan anda, Zuhrah (Venus) adalah plenet kedua yang paling dekat dengan Matahari selepas planet Utarid. Transit Zuhrah adalah fenomena apabila planet ini bergerak diantara Matahari dan Bumi. Transit terahkir pada abad ini berlaku pada 6 dan 7 Jun (hari ini). Manakala transit pada masa akan datang pula dijangka bakal berlaku pada Disember 2117 dan Disember 2125.

Aku juga tertanya-tanya, fenomena transit Zuhrah ini mempunyai persamaan dengan gerhana bulan. Pada suatu titik, akan berlaku penjajaran antara Matahari, Zuhrah dan Bumi. Kenapakah ianya tidak dipanggil gerhana Zuhrah? Mungkin kerana tiada bayang yang jatuh ke bumi. Mungkin.

Tanpa buang masa lagi, mari layan beberapa gambar dengan resolusi tinggi yang dikumpul melalui Solar Dynamics Observatory oleh pihak NASA pada 5 dan 6 Jun lalu. Sangat menakjubkan!










Tibe2Jam6Petang 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More