Showing posts with label Sakit Tekak. Show all posts
Showing posts with label Sakit Tekak. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

4 Khasiat Jus Belimbing Besi

Penyakit darah tinggi dan kencing manis merupakan penyakit yang saling berkait rapat. Begitu juga dengan sakit jantung dan kegagalan buah pinggang. Biasanya, jika anda mengalami penyakit kencing manis, risiko untuk dihidapi 3 penyakit yang dinyatakan tadi amat tinggi. Lebih-lebih lagi jika anda tak kawal paras gula dalam darah.

Manakala sakit tekak pula merupakan gejala biasa yang dialami oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak. Bila dah sakit tekak, biasanya ia akan disusuli pula dengan batuk dan bersin.

Bagi masalah kencing tak lawas, ia terjadi akibat berlakunya jangkitan pada saluran kencing. anda Kesannya, anda yang menghidapnya mungkin;

  • Sukar untuk menahan kencing,
  • Tak dapat kepuasan yang sepatutnya semasa kencing,
  • Terasa pedih dan panas sewaktu kencing,
  • Kekadang akan mengalami kencing berdarah
  • Mengalami demam dan
  • Sakit pada bahagian ari-ari.

Uihh... begitulah serba ringkas info tentang penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit tekak dan kencing tak lawas.

Namun begitu, anda masih berpeluang untuk merawatnya sebelum terlambat. Setiap penyakit tentu ada ubatnya. Salah satunya adalah dengan mengamalkan petua tradisional. Iaitu dengan meminum jus belimbing besi sebanyak 2 atau 3 kali sehari. :)

Jus Belimbing Besi

Jus Belimbing Besi - amountainofcrushedice.wordpress.com




Langkah-langkah penyediaan jus belimbing besi:


1. Ambil 3 biji buah belimbing besi dan basuh sampai bersih.

Buah Belimbing Besi

Buah Belimbing Besi - Wikipedia



2. Anda kisar kesemua belimbing besi tadi.

3. Setelah itu, anda minumlah jusnya. Anda boleh bahagikannya dengan membuat 2 atau 3 kali minum.


Itu saja. Haha... rasanya ini mungkin antara ubat darah tinggi, kencing manis, sakit tekak dan kencing tak lawas yang paling sedap kot. :D


Selamat Mencuba!

Tuesday, March 16, 2010

5 Kegunaan Tanaman Tutup Bumi

Tanaman Tutup Bumi yang juga dikenali sebagai Elephantopus Scaber selalunya tumbuh di tepi jalan, tempat letak kereta, tanah terbuka dan di kawasan padang rumput. Malah ia juga boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan di rumah anda.

Walau tanaman tutup bumi ni senang ditemui, tapi adakah anda tahu tentang kegunaannya dari sudut penjagaan kesihatan diri?

Tutup Bumi (Elephantopus Scaber) 1

Tutup Bumi (Elephantopus Scaber) 1 - Prof KMS@Flickr



Percaya atau tidak, para pengamal perubatan tradisional mengakui yang ia boleh merawat selesema, sakit tekak, anemia bagi wanita dan kanak-kanak, batuk serta masalah haid tidak teratur.


Petua ringkas menggunakan tanaman tutup bumi bagi merawat 5 masalah di atas adalah seperti berikut;


A. Selsema dan Sakit Tekak

1. Ambil kesemua bahagian tanaman tutup bumi dan bersihkannya.

Tutup Bumi (Elephantopus Scaber) 2

Tutup Bumi (Elephantopus Scaber) 2 - dinesh_valke@Flickr



2. Setelah bersih, rebuskan ia hingga mendidih.

3. Bila dah mendidih, biarkan seketika air rebusan tersebut.

4. Kemudian, tapiskannya ke dalam gelas dan minumlah secara perlahan-lahan.


B. Anemia (Wanita dan Kanak-Kanak)

1. Ambil bahagian akar tutup bumi sahaja.

2. Bersihkan akar tersebut dan rebuskan sampai ia mendidih.

3. Kemudian biarkan air rebusan tadi suam, tapiskan ia dan minumlah dengan perlahan.


C. Batuk

1. Ambil beberapa helai daun tutup bumi.

2. Bersihkannya dan salai(layur) daun tersebut di atas api.

3. Akhir sekali, gosokkanlah daun tersebut pada bahagian leher anda.


D. Haid Tidak Teratur

1. Ambil hanya bahagian batang dan daun tutup bumi saja.

2. Bersihkannya dan rebus bahagian tersebut sampai mendidih.

3. Seperti biasa, lepas dah mendidih biarkan ia seketika.

4. Setelah agak-agak suam, barulah anda tapis air rebusan tadi ke dalam gelas dan minumlah ia perlahan-lahan.


Begitulah serba ringkas khasiat tanaman tutup bumi dan cara penggunaannya. Mudah-mudahan ia memberi manfaat dan nilai tambah kepada anda sekeluarga.


Selamat Mencuba!

Monday, January 4, 2010

5 Khasiat Limau Kasturi

Perahan jus limau kasturi (Citrus Microcarpa) memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaannya tak terhenti setakat tu aje. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.

Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi ni pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelah, sakit tekak dan juga pening kepala. Tak lupa gak, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.


gambar limau kasturi (Citrus Microcarpa)

Gambar limau kasturi (Citrus Microcarpa) - lifesmorgasbord.blogspot.com




Bagi memudahkan anda, saya akan senarai khasiat limau kasturi ni satu persatu mengikut kegunaan beserta dengan caranya sekali ya. :)


1. Mengurangkan Lelah

- Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.

- Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.

Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.


2. Melegakan Pening Kepala

- Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.

- Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulitnya secara mentah. :)


3. Mengatasi Masalah Badan Berbau

- Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.


4. Menyembuhkan Sakit Tekak

Biasanya ia digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak.

- Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.

- Kacau campuran tu hingga rata dan minum.

- Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak tu mengalami kepanasan.


5. Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian

- Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.

- Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.

- Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.

- Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.

Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.


Begitulah 5 fungsi limau kasturi yang boleh anda manfaatkan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda menangani masalah yang dinyatakan di atas dengan berkesan. Sambil tu dapat gak berjimat, kan?


Selamat Mencuba!

Monday, February 9, 2009

Siapa Sakit Tekak?

Khusus buat anda yang sakit tekak, ada satu petua kat sini. Kadang-kadang tekak anda rasa perit atau rasa macam tak selesa jer, kan?

Anda boleh melegakan masalah tu dengan cara berkumur menggunakan air garam. Amalkannya 2 kali dalam sehari.

Jika tiada aral, tekak anda akan kembali lega. :)


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More